Archive for October, 2012

Oct 26 2012

Will never let you go, no matter how hard the situation is.

Published by under I'm just rambling.

Assalammualaikum!

Rindunya nak berblogging. Tak pernah rasanya tinggalkan blog lama-lama. Tapi kali ini terpaksa, sehingga keadaan betul-betul stabil.

So yeh things have been pretty up and down lately. But I’ve begun to realize one thing..the power of the word ‘Alhamdulillah’.  I had the best birthday gift ever, last 12th Oct. A gift from Allah. Allah bagi saya kekuatan. Walaupun diduga macam mana pun, selalu percaya Allah bagi kekuatan kenapa tak nak gunakan?

Have you ever felt like you did your very best and turns out not what you expected? I believed that what I want, will be coming true in near soon. And turned out none of what I want has happened. Kecewa. Kecewa sampai tak mahu jumpa sesiapa, cuma ingin berdepan dengan Allah. Sumpah, ini pertama kali rasa kecewa sampai ingat Allah sahaja tak ingat sesiapa lagi. Baru sedar yang shaytan always whispers to me selama ni, to stay sleep (Authu billah)Astagfirullahalazim. Maybe it’s a big opportunity untuk dekat dengan Allah,maybe itu hint yang kita jauh dengan Allah azza wajalla.

I was devastated at first. And don’t ask how many rivers I’ve cried. Kenapa besar sangat dugaan Allah bagi? And why on my birthday? I hope a simple birthday wish from my fiance, tapi lain yang dapat. Memang, dugaan bertunang itu besar tapi tak pernah terbayang sebesar ini. Well, almost 99% orang suruh give up and end it, cuma ada 1% je kekuatan untuk teruskan. Kekuatan tu datang dari Allah juga.

“In Your knowledge if this action is bad for me, bad for my religion and faith, for my life and death, for here and the hereafter then turn it away from me and turn me away from it. Whatever is better for me, ordain that for me and then make me satisfied with it. Amien Ya Rob..”

Solat Istikharah bagi jawapan. Ya Allah, I give it all to you,please give me something better?  All of  a sudden, my silent prayers got answered, my problem solved just in time. Alhamdullillah, praise to Allah the Almighty. Always have faith in Allah, He knows what you’ve done. He knows what you’ve sacrificed. He knows sangat-sangat. Not even the family, the friends, tapi Allah.

Melupakan sesuatu yang perih tak mudah macam mencuci pakaian pakai Dinamo. Tapi belajar untuk memaafkan InsyaAllah Tuhan tolong bagi kita kebahagiaan.  Pegang janji Allah, masa bercinta akan penuh dengan kesedihan tapi Allah akan gantikan dengan kegembiraan selepas perkahwinan.

Allah maha pengampun, besar mana dosa kita pun, Allah ampunkan. Allah tetap kata kita hambanya. Pernah ke Allah cakap, mulai hari ini, kau tak boleh jadi hamba aku lagi! Kena selalu beringat, kalau orang buat salah dengan kita, ampunkan. Yes ampunkan. Tak kira lah dia minta maaf ke tidak, lantak dia lah. Bila ada orang susahkan hidup kita, merancang runtuhkan masjid Allah yang kita nak buat, nanti Allah marah. Biar Allah bagi kesusahan kat mereka. Itu tugas Allah untuk bertindak sesuatu. Kita jangan nak menyebuk.

People gona say and do whatever they want. I don’t even care anymore. I got my own life to live.

If shit happens well miracles do too. Kenapa tidak?

Sekian. Salam Aidil Adha to all the readers!

26 responses so far

Oct 12 2012

Mini birthday celebration, Simple yet meaningful!

Happy birthday to me.. Happy birthday to me.. Happy birthday to Totin yang muda sentiasa, Happy birthday to me..

Sarcastic nya nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Yes, birthday memang sesuatu yang meaningful bagi I, sebab mengingatkan I pada birthday-birthday yang lalu. I do love parties! Dulu, setiap kali birthday mesti I akan celebrate dengan partiess! Bukan niat buat party untuk collect birthday present, but for me, birthday party lah satu-satu cara untuk kumpul kawan ramai-ramai, and celebrate! And camwhore’ing!

Meh sini I buat review birthday party I dari saban tahun, cheewah.

Tahun 2007, I buat party dekat RedBox, Sogo. Masa ini celebrate bertiga dengan bestie yang birthday dekat-dekat. Tema warna hitam merah kalau tak salah. Birthday cake siapa sponser ye? I tak ingat. Seingat I, masa ini I baru landing flight dari Jogja, sampai airport kak Diana fetch, and terus siap siap pergi party yang kiterang dah plan awal-awal. Tahun 2007, paling banyak dapat birthday present!

Oh ye gambar Dodie (Diana Amir) kena cencored sikit sebab retis tu sekarang dah pakai tudung. Kang jadi blog spekulasi pula dekat sini.

Tahun 2008, party kali ini di Borneo Rainforest, Sunway. Tema hitam. Kali ini masih celebrate party be3 dengan orang yang sama. Masa ini I datang party lewat sedikit, kelam kabut. Datang-datang semua dah tunggu tinggal nak potong kek je. Haha. I pon tak pasti kenapa kek sampai 2 ye?

Tahun 2009, I tak dapat cuti untuk celebrate di Malaysia. Tapi tak apa, I ada housemates yang awesome. So kiterang celebrate dekat 1 restaurant and lepastu pergi karaoke ramai-ramai.

Tahun 2010 memang birthday celebration yang paling meriah. Siap celebrate 2 kali pula. First party celebrate dengan rakan-rakan Shah Alam. Masa ni kiterang makan dekat kedai area Shah Alam, and potong potong cupcake. Birthday celebs sama-sama dengan Nieja. Cupcake handmade by Nieja. Thankyouuuuu!!!

I memang nak all out for 2010’s birthday. First, sebab  I dah habis study and officially a doctor! Yeaaa, Second memang dah set dalam mindset, after this no more birthday party cenggini lagi. Dah tahu, kehidupan doctor tak kan ada masa nak berparty yet like this. uhukkkks.

Ini party paling meriah. I buat dekat Frames, Sunway Pyramid. Kebetulan, bf Scha (sekarang tunang dia) chef dekat situ, so dia booked Frame awal-awal buat kita! Masa ini, more of kesayangans came, from BP and KL semua ada. Siang-siang hari derang dah prepare decorations, panjat-panjat tiup belon. Sungguh-sungguh betul. Atas paksaan atau kerelaan hati itu wallauhualam.

Tema warna putih. Tak sangka semua sporting ikut warna tema!

Rindu gila weh time ni!

2011, simple birthday party with family and Emmet. Dekat Dreamworld karaoke menyanyi menyanyi potong cake! Kan dah kata, tak ada party lagi lepas tahun 2010.

All in all in a nutshell to conclude, I had a blast birthday since year 2007. Itulah pentingnya menulis blog dan mencatat segala moments penting dalam hidup. Tak payah nak kerah otak ingat balik, tinggal buka Achieve lama sahaja. Dari tahun 2007 sampailah 2011. Dari dulu kawan, sekarang entah kemana. Kalau dulu bercinta sekarang mereka dah berkahwin, beranak pinak. Cepat sungguh masa terbang!

12 October 2012. Cantik juga tarikh ini, tapi tak berdaya nak berparty. I memang ambil cuti hari ini, bukan kerana birthday tapi sebab nak uruskan beberapa hal. Tak merancang nak berparty, cuma malam tadi pergi menonton filem ‘Aku Terima Nikahnya’ semata-mata Nora Danish nampak cute dan comel jadi I terhasut untuk menonton cerita itu.

Habis movie, jeng jeng jeng

My guy bestfriend, Dr Halim Othman eh suka suka je ubah nama dia, Dr Halim Muhamad telah mengeluarkan surprise birthday cake sewaktu I sedang gelojoh makan dekat McD. Tak cool weh tak cool, kau siap ambil video mulut aku penuh nugget suruh aku tiup lilin bagai. Kalau nugget itu tersembur jatuh dekat kek bagaimana?

Stress betul ada surprise cenggini. Kalau tahu aku pakai dress cantik-cantik sambil potong kek lepas itu korang bolehlah ambil gambar pakai SLR ke apa. Wa pakai t-shirt buruk kepala serabut muka berlemoh selebet mata mengantuk dah pukul 12.30 pagi weh.

Syaff yang awalnya kata mengantuk mengantuk tetapi bila keluar kek terus mata terbeliak. Tak kesah pun celebrate dekat McD, bila orang usha pelik je lalu kami berkata, Ele.. nak ngecek kek kita lettew!

Dah alang-alang selekeh muka melekit, kita tambahkan lekitan di muka!

Bagi sesiapa yang belum wish birthday I, silakan-silakan. Peluang masih ada. I tahu ramai yang missed nak wish sebab I tak ada facebook, tak ada notification “Totin Jamain’s birthday is today”. Tapi yang still ingat my birthday pukul 12 malam korang sanggup tak tidur semata-mata nak berebut-rebut wish tu terima kasih sangat-sangat. Semoga Tuhan panjangkan umur korang! Sayang semua orang kiss pipi kiss kanan, kiss dekat cyber untuk bukan mahram tak apa tak berdosa.

29 responses so far

Oct 07 2012

Bilik oncall.

Sejak hospital berbangunan baru, bilik oncall pun baru. Baru lah rasa kerja dihormati sedikit. Amboi kau demand gituw.

Dulu, bilik patient lagi selesa dari bilik doctor. Ramai ramai doctor tidur lantai, kusyen buruk, tidur atas lengan dimeja, sebab tak provide pun bilik oncall untuk kiterang. Tidur dalam kereta adalah favourite I! Syssss

Sekarang tidak lagi. Yey! Terima kasih kerana ada juga bilik untuk kami. Walaupun sebenarnya tak adalah guna sangat pun bilik ini, waktu tidur time oncall apalah sangat. Lelap mata 15minit mesti ada call dari stuff nurse, “Doctor, new case!” , “Doctor, patient ni GM high!” , “Doctor, patient ni muntah-muntah”, “Doctor, patient ni terkentut-kentut” eh apa apa lah, nama pun oncall kan semua benda derang inform kat kita.

Dan poyo sahaja ada kerusi meja study desk. Macam lah ada masa nak study study time oncall kan? Haruslah kita tidur jika ada waktu terluang! Haruslah!

Kalau postcall of cozz mata rabak cenggini.

Sila abaikan.

Sekian sahaja entry blog saya yang tak ada motif pon. Tadaaaaaaa.

2 responses so far

Oct 05 2012

Pull up a chair, sit down and get comfortable with PATH.

Published by under Ladies & Gentleman!

Apakah itu Path? Mengapa sejak ada Path, I dah deactivate my personal Facebook account? Best sangat ke Path?

I just starting using Path. MikaelaIda hasut. At first memang tak faham. Lama-lama addicted juga.

Facebook and Path, it look familiar but actually it’s different. Path is a mobile application, only for Iphone or Android. Blackberry, Nokia or Sony Erricson dia tak kawan. Nak main Path pakai browsing internet through your laptop also kenot. Path is more to those who need a private way to share your private life! Itu yang bestnya path. Takkan ada massive growth interacting macam dekat Facebook. Dia memang dah designed for smaller or closer group of friends. Jadi kehidupan lebih private. No more stalker. Yeah.

Kau tak boleh nak stalk stalk pun dekat Path. Every time someone peers in at you, the app relays a message that reads “Farid Kamil visited your Path.” Kantoi Farid Kamil stalk aku. Mungkin Diana Danielle tak tahu tapi saya tahu. Every time someone checks out one of your photos, or reads a status update, that’s displayed too. And boleh tahu at what time. Tak boleh tipu, tak boleh tipu. Now I know who is paying attention to me. Eceh.

Path saya untuk camwhore muka selebet tak mandi pun tak apa.

Home.

Kau tidur pukul berapa, kau bangun pukul berapa. Semua ada di Path!

Buat masa ini, sudah tidak punya personal Facebook lagi. Apa-apa hal boleh ke Totinx.com punya Facebook. Tapi rasa bersalah juga bila sudah tidak punya facebook, banyak pula agenda yang missed. Especially, birthday bestfriend sendiri pun tak ingat lepas dah seminggu baru terperasan gambar dia potong kek dekat whatsapp.

“Oh, makan kek dekat ward tak ajak ye. Kek siapa tu?”

Rasanya kawan itu macam nak lempang diri ku ini.

Facebook juga buat saya tak tahu atok kawan baik sendiri sudah meninggal. Al Fatihah atok Muhaimin.

🙁 Bersalah nya. Tapi tak apa, kan boleh activate Facebook balik once kita dah bersedia. Buat masa sekarang belum bersedia lagi.

Physically yes, mentally not.

5 responses so far

Oct 01 2012

Baby Eka!

Tahniah tahniah tahniah. Norajoey dah selamat melahirkan baby nya. Eka Bin Hafeez. Teliti betul-betul nama dia. Eka BIN Hafeez ye bukan Binti. Sehari sebelum jumpa Eka, I siap gaduh-gaduh masa nak beli hamper baby Eka, “Auntie, I nak warna pink! Baby girl la auntie, takkan tak ada pink color!” Punyalah confident cakap baby girl, tak perasan nama dia pun.

Nasib baik auntie tu tak ada stok warna pink. Eka masih dapat mengekalkan maskulin nya lagi.

Kalau dulu, bila jumpa new born baby je I takut-takut nak dekat. Mesti tengok baby satu depa jauhnya. Nak cium? memang tak. Nak pegang memang haram sekali. Tapi sejak masuk paediatric department, nampak baby je rasa nak examine head to toe. Bhuahaha. Masa examine Eka, baru perasan Eka ada ‘bebird’. Astagfirullah kau lelaki rupanya. Nasib baik akak check tau! Kalau tak sampai bila-bila tak tahu.

Akak tu. Panggil kita akak tau Eka.

Hafeez ini adalah guitarist New Boyz, kump Monoloque, keybordist Kristal eh banyak lagi lah semua dia bolot. Jadi rambut rockstar dia itu tak bermakna dia gengster berhati keras. Luaran tidak menunjukkan apa-apa. Nampak je keras tapi bila bini nak bersalin pun terketar ketar potong tali pusat. Kelakar bila dengar dia bercerita melihat Eka dipersalinkan. Eh betul ke ayat ni?

Yun, apa kau cuba lakukan?

Hampir bertahun juga tak jumpa Nora. Masa Nora kahwin pun tak dapat pergi, di Sabah jauhnya. Kalini jumpa Nora lebih berisi dan I rasa nora lebih cantik berisi daripada kurus. Wah untung nya dia tak perlu diet. Makin berisi makin cantik pula. Jadi kesimpulannya, sila mengandung beranak mengandung beranak banyak-banyak kali!

2 responses so far

| |