Archive for September, 2012

Sep 29 2012

Open house 4 minggu lepas.

Published by under Celebrity Oops!

Assalammualaikum. Ini kisah open house yang lalu. Peh raya dah habis lama dah, baru nak update entry open house. 29 August lepas I pergi open house rumah Rody the rockstar. Satu-satunya open house yang I attend. Sadis tak? Kebetulan cuti waktu itu dan kebetulan dekat KL dan kebetulan lama gila tak jumpa mereka wah banyak betul kebetulan.

Sebenarnya bajet dia buat open house biasa-biasa sahaja, jadi kami datang sahaja sempoi sempoi, orang dah jemput marilah kita makan percuma! Sekali alamak, apakah? Khemah-khemah bagai. Ini open house ke majlis Pak Din menerima menantu? Videocameraman sana sini, orang pegang microfon mewawancara sana sini (wartawan), Alamak alamak aku lupa lah rody ni artis weh nak patah balik ke kita makan kedai mamak depan ini je nak tak Yun?

Lama sangat tak jumpa mereka. Actualy shila baru bersalin (eh tak adalah baru sangat) Tapi tak bawa pula baby dia.

Yun datang dari Putrajaya balik kerja terus drive ke Balakong. Semangat gila kau Yun. Gaya macam peminat tegar Kristal plak siap majlis belum start kau dah standby.

Wah baru daku sedar, tak bergambar dengan tuan rumah pun. Tuan rumah sangat sibuk melayan tetamu jadi tak berkesempatan untuk camwhore. Apa-apa pun thankyou so much jemput kami.

Seminggu selepas itu, tengok rancangan Propaganza sedang menemuramah Siti Nordiana. I nampak yun enterframe dibelakang, terkekek-kekek daku gelak.

No responses yet

Sep 27 2012

How can you say someone is fake, if you don’t know what real is?

Published by under I'm just rambling.

Fake is to make something seem real, satisfaction. Untuk buat orang satisfy. At first I terima bila orang kata I fake. Sebab kawan-kawan I akan cakap I fake in good way. Derang macam miracle dalam hidup I sebab itu derang sangat faham. Tapi bila my fake-ness disalahfahamkan, disini I ingin menegaskan, ewah.

Fake smiling? Yes I’m professional at that. Mengaku ye saya mengaku. Tipu lah kalau engkorang tak pernah buat fake smile. My bestie semua tau I memang terrel bagi fake smile. Sebab I selalu mengalami situasi sebegini.

Hai Totin!

Eh hi!!! Lamanya tak jumpa! Sekarang buat apa! *with my fake smile*

Dialoq itu macam auto reflex bila orang tak kenal, datang tegur. I akan mulakan soalan sebegitu. Entah entah orang itu memang tak pernah pun jumpa kita, I bantai je cakap cenggitu. In term of jaga hati orang. Takkan kita nak jawap greet dia dengan,

Kau sapa? Tak kenal. *lalu berambus*

Anyway any happens pon kita kena jawap greet dia dengan respectful way lepas itu baru lah bertanya secara tipis supaya tidak ada perasaan tersinggung, seperti..

Eh siapa nama ye? Alamak lupe lah.. saya dah tua!

Walaupun dia bagitahu nama dia tapi still tak ingat juga. Kena teruskan dengan fake smile.

Yes. Itu one example. Berdosa ke? I don’t think so.

Jumpa beliau di kenduri kahwin kawan. Salam fake smile siap laga-laga pipi, tapi after that I tarik kawan I and asked. Ni siapa? I lupa! Oh mai got, she’s Jannah! Jannah yang dulu zaman sekolah comot lomot badan kerimping kerengge, sekarang dah cun melecun body shape model Premium Beautiful gitu.

Lepas itu baru datang balik dekat Jannah with my real smile, hadiah minta maaf sebab tadi bagi smile palsu. Jannah jom ambil gambar sekejap, so that I won’t forget you later.

Sama juga dengan situasi kita berdepan dengan someone yang kauorang tak suka/tak serasi/ tak sekepala/ tak boleh kawan rapat rapat sebab mak tak bagi. Tipu lah kalau semua orang kau suka kan? In life, mesti ada someone yang ko rasa kau tak patut kawan dengan dia, because of so dangerous. Mak kata jangan cari kawan yang dangerous. But in case kau terserempak dengan dia, kau kena lah being nice. Takkan nak jeling menjeling or bermuka poyo atau lebih parah main tarik-tarik rambut? Professional smile is important.

Being nice to someone you dislike doesn’t mean you’re a fake. It means you are mature enough to tolerate your dislike towards them.

Setuju?

Fake is different with backstabber tau. Later I cerita pasal backstabber pula.

5 responses so far

Sep 21 2012

Mari belajar dance ala gangnam style!

Gangnam style melanda fenomena dunia. Dunia gitu. Sana-sini Oppa oppa hakupun tak faham kenapa. Adik-adik kecil pun dah tahu menari gangnam style. Dance yang dipopulerkan oleh PSY itu memang seolah-olah nak melawan Shuffle dance. Habislah sekarang dekat mana-mana sahaja orang menari dance ala-ala penunggang kuda. -_-

Kalau nak tahu, dance gangnam style ini ada 4 basic steps. Cheh tiba-tiba I jadi guru tarian pula.

1. Gerakan sunglasses.

Ala-ala macam tengah pakai sunglasses sambil menari goyang-goyang buntot. Kena buat gaya ini baru lah complete tarian gangnam style korang!

2. Tarian cowboy

Ini gaya terpenting gangnam style. Buat gaya ini seolah-olah sedang menggoyangkan tasi lasso ala cowboy! Kaki hentak-hentak ikut beat lagu.

3.  Gerakan Horseback!

Silangkan kedua tangan sambil melakukan beberapan lompatan kecil. Inilah gerakan yang korang buat semasa hentak memacu kuda. Jangan lupa, lompatan kecil kena ikut beat lagu!

4. The finish

Ini pose akhir gangnam style. Buat pose sebijik macam dalam gambar ini!

So yeah, enjoy the Gangnam Style Dance! Selamat Menari!

2 responses so far

Sep 19 2012

Pengantin baru Aida Suraya

Mesti boring kan asik nak cerita pasal wedding orang sahaja. Peduli apa. Nak cerita juga. Sebenarnya bila I cerita pasal wedding kawan-kawan, at least bila dah lama lama sedikit / berumur sedikit, boleh rewind balik ingatan. Eh bila si polan si polan kahwin ye? Kejap-kejap saya check blog!

Haa kan nampak sikit kegunaan menulis blog itu. Kali ini I nak bawa semua orang jelajah ke majlis perkahwinan Aida Suraya dan Epiy. Aida ini schoolmate I masa dekat TIGS. Sekarang jadi cikgu dekat mana entahlah. Epiy tu bf dia. Dia kahwin dengan bf dia. Haha macam bodo je statement ni. Memang lah dia kahwin dengan bf dia takkan lah dia kahwin dengan bf I pula.

Masa pertama kali sampai ke rumah pengantin, rasa ternganga sekejap. Meriahnya! Ni betul-betul wedding party namanya. Tema pink yellow. Jarang orang buat tema cenggini. I rasa Aida buat perancangan terperinci  pasal wedding dia. Daripada kad kahwin sampai ke decorations wedding semua cute cute belaka.

Dahlah warna pink sana sini, confirm lah I camwhore puas-puas.

Kantoi ada 2 orang penceroboh. Pengantin sedang sibuk makan di meja beradap, kiterang serbu bilik tanpa rasa bersalah. Bhuahaa. Tapi 2 orang tu lagi jahat sampai rak baju semua dia sekodeng.

Photobooth sangat meriah. Nama pun photo booth, apalagi I sepuas-puasnya menggunakan kemudahan bergambar yang ada. Hihi excitedddd!

Syok sendiri betul. Masing masing nak pegang prop yang disediakan.

Camwhore lagi. Rasanya tuan rumah pun macam nak halau kami sahaja. Datang majlis orang, bergambar dahulu area pelamin dan sekitar dalam rumah, kemudian makan cepat-cepat, kemudian sambung camwhore persekitaran rumah. Lepas itu macam ignore pengantin pula. Belek-belek rupanya sekeping dua je gambar dengan pengantin. Bhuahaha.

Kawan-kawan Aida semua sporting, segala autograph, pokok pokok ucapan dan thumbprint penuh dengan ucapan buat pengantin. I tak yakin nak buat cenggini untuk wedding I takot tak ada siapa nak buat pokok cop ibujari ini, nanti ranting pokok I togel je buat malu je.

Buat Aida and Epiy yang cantik dan gorgeous sangat-sangat, congratulations! Thanks jemput datang majlis Aida! Meriah sangat! Lain kali kalau kahwin lagi, jemput la lagi! Eh?

Ha alamak, lupa nak tunjuk gambar pengantin. Syok sangat letak gambar sendiri. Ish ish.

Inilah Aida! Dari zaman sekolah dia memang suka yang cute cute dan creative sangat so memang tak terperanjat pun wedding dia sangat creative dan inovatif. Ewah.

10 responses so far

Sep 17 2012

Pengantin baru Iliyana.

Published by under Well-meaning friends.

Assalammualaikum.

Penat penat penat!

Cheh intro je dah mengeluh penat. I baru balik dari wedding kawan. Seronok bila tengok kawan kawan sendiri kahwin. Sana sini weddings. Bila dapat offday weekends je mesti tak lekang dengan weddings. Dulu, kita ada tanya kawan kita, bila nak kahwin?,  jawapan diberi “Lama lagi, I tak nak langkah bendul you!” Aleh-aleh dia melangkah parit besar bukan bendul lagi dah.

Congratulations, Iliyana dan Nazrif!

Well, itulah namanya jodoh. Jodoh ditangan Tuhan. Kadang-kadang bila ada orang sakit hati, sungguh sungguh nak pisahkan kita, tapi kalau dah namanya jodoh. Tertulis di atas sana jodoh kita. Tak boleh nak cakap apa lagi dah. Kalau kita dah bersungguh-sungguh buat yang terbaik, dia bukan jodoh kita, kun fa ya kun. Itu kehendak Tuhan. Kena mengalah.

Selagi kita buat baik, tak busuk hati dengan orang, selagi itu Tuhan tolong kita.

Bersama sahabat dari kecil kita bersama, paling rapat, paling dipercayai.

Bersama pasangan Khalis dan isteri. Ekin and Muhaimin (bukan pasangan)

Hai. Bukan sengaja nak membuli tapi apa salahnya sekali sekala kan kan kan.

Paksa Muhaimin shoot gambar kiterang banyak-banyak sampaikan dia sound, Wei jangan la bagi aku pegang camera ni lama-lama! Aku tak sanggup weh.

Ala-ala Scha Alyahya punya baju pengantin tapi Ili pakai hijau lagi stunning lah.

Masa dekat pengantin Ili, boleh terserempak dengan patients. Uh bahaya sekarang ini nak kemana-mana kena jaga tatasusila kang patients nampak aku macam perangai tak senonoh ketawa tertonggeng-tonggeng ish ish ish ngeri masyarakat.

Written on 15th September 2012, 8pm

No responses yet

Next »

| |