Archive for August, 2012

Aug 31 2012

5 hari di hari raya.

Published by under I'm just rambling.

Assalammualaikum,

Baru sedar tak update pasal raya ;agi. Maklum lah raya pun macam tak raya. Setakat ini baru beraya tak sampai 5 buah rumah. Kuih raya pun boleh hitung berapa ketul je makan.

Malam raya I kerja sampai malam. Besoknya letih, pagi raya pun bangun lambat. Mamai-mami pakai baju raya, just for memenuhi syarat untuk bergambar raya dipagi raya.

Selamat Hari Raya dari saya dan CikMun.

Baru lah namanya, Merdekaraya.

Sekejap sahaja bergambar. Tengah hari dah kena siap-siap. Prepare mental dan fizikal untuk kerja. Harini kerja sampai 11 malam. Tapi MO baik hati bagi kami yang muslim balik awal, pukul 9malam katanya. Dengan syarat, yang kerja oncall malam dah datang awal. Iye lah tak kan nak tinggalkan ward kosong tanpa doktor kang tiba-tiba patient collapse siapa nak handle?

Gambar di hari raya. Bukan pakai baju raya, tapi memang sengaja nak berbaju kurung. Sila abaikan selipar getah saya. Iyaa I memang suka pergi kerja pakai selipar senang nak rushing sana sini. Ngeh ngeh. Oh ini gambar bersama Dr. Nelson dan Dr. Hidayah yang juga poyo konon-konon sedih bekerja di 1 Syawal tapi padahal esoknya dia cuti sehingga ke 5 Syawal.

Baby 1 Syawal pun sibuk nak enterprem juga.

Konghasam nya, yang kerja malam datang pukul 11malam. Serupa macam bonus balik awal yang dijanjikan itu sia-sia belaka. -_-  I kena balik pukul 11 malam juga semata-mata tunggu mereka datang. CHETTTT.

Raya ke 2

Kerja full extended hours. Dari pagi sampai ke 11 malam. Tak apa yang istimewa selain mengira waktu nak balik, oh jam cepatlah berlalu, nak balik oh boringnya kerja di hari raya.

Balik kerja terus ke rumah Emmet sebab esoknya adik dia nak tunang. So tolong lah sedikit-sedikit apa yang patut. Tapi rasa macam tak berfungsi pun aku ni, datang rumah orang malam-malam buta baru nak tolong. -_-

Raya ke 3

Yey baru dapat cuti! Cuti raya ketiga tapi tak nama raya pun. Sebab whole day dekat rumah si Tunang sebab adik si Tunang nak berTunang. Haha ok pening. Adik Emmet nak bertunang lah senang cerita. Gatal budak-budak zaman sekarang kecik-kecik dah nak bertunang. Hikhik.

Eh tak adalah. Adik dia tak kecik mana, aku ni yang kecik. Rasa macam dwaft pula aku bila masuk dalam family Emmet ni. Tak apa janji cute. Ok confident yang penting.

Raya ke 4

Kerja lagi. Haa semalam penat di majlis pertunangan orang, hari ini kena kerja full extended hours lagi from 6am till 11pm. Pengsan gua pengsan. Tapi balik kerja masih lagi mengada nak pergi beraya.

Merengek dengan Emmet nak follow dia beraya rumah kawan-kawan dia. Emmet dah pergi beraya half, dia terpaksa fetch aku balik kerja. Padan muka. Tak peduli nak beraya juga!

Sempat beraya ke beberapa rumah kawan Emmet and last sekali rumah Scha Zober. Actually abang Scha adalah kawan baik Emmet so yeaaaaa, kira macam ada la gak beraya rumah kawan sendiri kan? Still including la kan? Tapi tak berapa best sebab beraya rumah dia pukul 2 pagi cenggitu. Parents dia dah tidur pula. Tak sempat salam datins! (mak Scha)

Raya ke 5

Tak ada apa lah. Boring. Kerja kerja kerja.

2 responses so far

Aug 29 2012

Makan sambil camwhore, dimana sesuai?

Orang lain hari raya pergi beraya. Tapi I tersesat ke Melaka. Kesihan si Emmet cuti seminggu tapi nak jumpa si Totin memang tak menyempat. Si Totin sibuk mencari nafkah maklumlah miskin nak kahwin tak ada duit. Si Emmet cuti banyak, duit pun banyak. Ngeh-ngeh.

Jadi rather than pusing pusing Batu Pahat balik balik BP Mall, Square One oh bukan lah bosan, no BP is ohsem! mana ada bosan! (Tetap pertahankan Batu Pahat) Cuma saja nak bertukar angin ke Melaka.

Jalan-jalan Melaka, Emmet ajak lunch dekat Calanthe Art Cafe. Ternganga sekejap. Ini kedai makan ke kedai kraftangan ke Muzium Malaysia? Ngeeeh sungguh unik. Tak tahu nak kategori kan ini tempat apakah. Yang sesuai, kita sebut sebagai kedai camwhore kot? bhuahaha.

Masuk masuk kedai je Emmet dah offer, nak ambil gambar tak? Nampak sangat dia tahu baca fikiran I. Bukan nya dia nak tanya, Nak order makan apa? Good good. Tak sia-sia kau jadi tunang aku.

Calanthe Art Cafe. Jom masuk!

Rukun Negara, Peta Malaysia, Gambar tokoh-tokoh Malaysia dan suasana kampung kampung Malaysia sungguh cool. Sesuai untuk foreigner yang untuk memperkenalkan Malaysia. Terasa nak bawa kawan-kawan Indo jalan sini. Baru mereka tahu, Malaysia kan kerennnnnnnnn!

Camwhore dulu.

Menarik tak menarik tak? Ada pelbagai ruang makan. Semua konsep yang unik. Pintu hujung belakang tu akan masuk ke ruangan makan outdoor dalam taman.

Abaikan budak ni.

Minuman dengan straw yang berbelit-belit. Memerlukan sedutan yang jitu untuk air sampai ke tekak. Makanan I order mestilah favourite butter chicken. Tapi tetap tak boleh lawan butter chicken dekat Qwan’s!

Yang harus dicuba di kedai ini sebenarnya adalah Laksa! Best Laksa  in Malaysia katanya.

Tak boleh makan dekat ruangan makan ini. Sangat geli tengok binatang ni melepek lepek dekat dinding. Eeuw geli.

Romantik tempat ni tapi gelap gelap I tak minat youu nanti cicak jatuh I tak perasan.

Artwork dia mengancam. Tengok design meja pun dah tertarik!

So orang Melaka, kalau nak melepak memang highly recommended dekat sini!

Calanthe Art Cafe

No 11, Jalan Hang Kasturi, Melaka

(Area Jonker Walk)

Facebook: http://www.facebook.com/calanthe.melaka

5 responses so far

Aug 18 2012

What is your favourite lagu raya?

Published by under I'm just rambling.

Forever be my favourite raya song.

Bagi lah lagu raya apa pun, dengar lagu ini je touching. Walaupun tahun ini beraya dekat dengan family, feeling raya di negara orang tu masih terasa.

Paling touching raya tahun 2009. Raya seorang-seorang dekat Jogja, Indonesia. Malam raya I oncall, family SMS, tengah makan ketupat dan rendang. Awak makan apa dekat sana? Saya sedang makan Pizza Hut, order delivery suruh hantar hospital. Puhyo raya raya makan Pizza Hut gitu! Orang lain malam raya kumpul sanak saudara, I sedang terkedek-kedek sorong ECG machine untuk merakamkan jantung 80 patients. Wah ingat lagi sebaknya masa itu.

Pagi-pagi raya dapat balik, even lewat sedikit. On the way balik (naik bas) sempat view suasana orang solat hari raya di tengah lapang, beramai-ramai, warna warni gitu. Peh orang solat raya, I dalam bas kokak , bas Intrakota jauh lebih maju, orang pakai baju raya, I pakai baju kerja semalam punya tak ganti lagi. Bau baikkkk punya.

Sampai rumah tak ada siapa pun dekat rumah. Eh ada, 2 ekor ikan, seekor kucing dan seekor anjing yang housemates kirim suruh minta jaga kan. Anjing tu I tak jaga ye, jenguk dari jauh je hidup ke tak. Sampai hati kau housemates, binatang binatang yang kau tinggalkan. Actually semua housemates dalam rumah, eh housemates memang la dalam rumah takkan luar rumah? Okeh semua housemates non muslim. Jadi bila tak balik raya, I assumed macam meriah la juga ada orang di rumah. Tetapi mereka pun sibuk balik kepangkuan keluarga masing-masing. Indonesia cuti lama, so mereka menukar plan di saat I outstation kerja luar. Kalian kejam! T_T

Pagi raya tak makan apa-apa. Makan biskut Tiger, depan laptop sambil dengar lagu Arwah Sudirman tersebut. Lepas itu tidur (topup tidur sebab malamnya oncall).  Bangun-bangun dah petang. Nak keluar beli makanan semua kedai tutup. Jogja macam bandar tak berpenghuni. So decide masak meggi, masak dalam heater di bilik, malas nak ke dapur sebab ada ternakan lain seperti tikus dan cicak di sana.

Jadi begitulah kisah raya 2009 yang menyayat hati. Ada sedih ala-ala iklan BERNAS tu tak?

Tahun ini, Alhamdulillah. Walaupun terpaksa bekerja di hari raya, tapi masih boleh bersama keluarga.

Yes, responsibilities come first. 🙂

It is not too late to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my readers and friends. May each and everyone of us enjoy a meaningful and joyous celebration. Amien.

4 responses so far

Aug 17 2012

Finally launched!

Published by under Ladies & Gentleman!

Kalau dua tiga hari ini blog macam berubah-ubah kucar kacir tunggang langgang, sekarang tidak lagi. Blog sudah siap sepenuh. Ada lah sikit-sikit I nak alter but later on pun tak apa.

Ada yang bertanya, siapa web designer I? Tak lain tak bukan, jeng jeng jeng.

Cik Cicah dan lelabah. Binatang zaman sekarang pun pandai design blog. Ehee mula lah tu nak merapek. Sebenarnya I pun tak kenal dia siapa. Bhuahaha. Panggilan dia Sri, terjumpa blog time blogwalking. Muka tak malu minta dia tolong design kan balik blog yang dah bersawang. I sengaja minta konsep mixture formal and casual. Formal tak macam formal sangat ala ala google.com, casual tak berapa casual kekanak pula jadinya nanti. Konon konon sekarang dah besar, jadi nak nampak matang sikit lah. *Ptuih.

Warna theme still kekalkan slow pink but mix with grey and light green. I tak suka blog yang gelap, jadi tetap kekalkan putih as background.

Installed:
* Custom Favicon
* Custom Header
* Custom top menu bar and sidebar mini menu
* Custom font for post title and Sidebar title
* Custom image divider with icon+name (between every entry)
* Custom Sidebar
* Custom background
* Custom Footer
* Custom CSS, HTML coding and PHP in webhosting.
* Installation at your site
* After sales service. (design related)

Sangat senang bekerjasama dengan dia. Request sahaja apa-apa sure dia akan try sebaik mungkin. Siap bagi extra alteration lagi. Harga pun sangat berpatutan. Pergi kerja gitu gini balik kerja tengok blog dah berubah.

Tabik spring lah tengok budak-budak zaman sekarang ini. Kreatif Inovatif. Pandai cari duit. Pandai habiskan duit aku juga. ;p

Apa-apa pun, thank you so much. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan artwork Sri boleh langsung book dan isi form ini!

8 responses so far

Aug 13 2012

Baby King Kong!

Jangan takut jangan gelabah kalau tiba-tiba blog jadi kucar kacir. Banner berterabur, sidebar tunggang terbalik, entry up and down. Sempena raya ini blog TotinJamain akan bertukar wajah sedikit demi sedikit. Kau ingat langsir je ganti baru? blog pun nak berwajah baru! Jadi faham-faham sahaja lah.

Rasanya dah bertahun tak customize blog. Cenggitu jeklah dari awal sampai sekarang. Bukan taknak, cuma tak ada masa. Kadang-kadang bila ada masa, tak berani nak buat takut hancur jadinya. Jadi niat itu tersimpan begitu sahaja. Cuma mampu bagi jelingan sahaja ler dekat blog orang lain yang bertukar tukar header saban hari saban tahun.

Pening sebenarnya nak adjust itu ini. Iya lah, I pakai wordpress, not a blogspot user. Seperti sedia maklum, wordpress sangat rumit, coding tak sama macam blogspot. Cerewet pula. Ada banyak version, sikit-sikit kena update version. Tapi I tak update pon, I prefer version lama. Bila pakai wordpress version lama ini, banyak pula yang tak kena dengan theme. Ada yang suggest suruh ubah ke blogger.com sahaja. Tetapi tidak, satu kerja pula dibuatnya. Tak apa, akan ku usahakan yang wordpress boleh maju kehadapan! Eh? Tak pasal-pasal.

Apa-apa pun, untuk sesi kemaskini blog dan tata rias wajah blog, I hire orang. Nampak sangat I pemalas kan? Tak ada masa nak mengedit blog semua. Header di atas masih half way lagi. Tak payah cakap pun dah tahu. Obviously, siap ada tulis, will be filled later.

Sorry, introduction panjang sangat. Lari topic pula.

Nah seperti yang dinanti-nantikan, gambar baby paling comel abad ini..

5kg, born via SVD (normal delivery). Memang superwoman lah mak dia ni! First masuk ward baby, takut dia hypoglycaemic, sekali check darah dia, glucose normal. Excellent lah baby ni! Tapi dia kena tahan ward lama sikit sebab tachypneic (nafas laju) and we treat as Congenital Pneumonia. Mungkin dia memerlukan tenaga yang banyak untuk bernafas dan menggerakkan dada dia yang berlemak itu. Bhuahhaa suka suka je kau ni Totin. Kau tu doktor, cuba buat kesimpulan yang releven sikit? Haip. Buat malu alumni je.

Mata baby ditutup dah macam pesalah pula. Iye lah kan anak orang, suka suki je letak. Nama baby dirahsiakan nanti baby tu dah besar dia bengang, konghajo Totin cakap aku gemok bundal!

Tangan dia pun terpaksa dicensored. Sebab banyak kesan poke-poke hasil tusukan untuk ambil darah / pasang branula. Nanti engkorang jadi seram nak masukkan baby dalam hospital kami. Heheh tak adalah. Tak lah worst sangat. Normal lah baby SIHAT cenggini kalau nak ambil darah, memang susah nak nampak vein (salur darah). Cucuk cucuk keluar lemak, bukannya keluar darah. Eh, boleh ke keluar lemak?

Siap sempat buat comparison between my hand and her hand. Sama besar. Tapi kawan I cakap, tangan I nampak lebih cachexic (severe muscle wasting). Eeee tengok budak ni, muka menyampah gila nak tengok.

Rasa nak slap-slap terajang-tendang tindih-tindih cubit-cubit!

Oh ye, itu uniform sterile untuk kerja di dalam ward ICU / SCN baby ye. Ada pula yang tanya I baru lepas bersalin kah? Tumbok kang.

15 responses so far

Next »

| |