Archive for July, 2012

Jul 25 2012

5 Ramadhan

Assalammualaikum.

Salam Ramadhan. Chewah macam rancangan agama di bulan puasa. Macam mana perkembangan berpuasa korang? Ada yang puasa yang yok lagi? Haip!

For me, bulan puasa ke bulan tak puasa ke tetap sama. Tak ada masalah berpuasa bagi I. Setiap hari bekerja I memang akan berlapar sehingga habis waktu kerja. Skip lunch itu normal. Stomach yang awalnya ada gastric sekarang sudah sebati. So bila bulan puasa, sibuk bekerja aleh-aleh eh dah berbuka? Ala, tak syok betul tak merasa air liur meleleh saat menunggu waktu berbuka. Feel berpuasa tak ada langsung.

Biasanya I akan beli makanan awal-awal. Tiba waktu berbuka, makanan still simpan. Teguk air sedikit dan sambung buat kerja. Sebab kita kena settlekan round malam kesemua patient secepatnya selagi tak habis round tak boleh balik. I selalu hold berbuka, dalam pukul 8, kira kira dah round half baru I berbuka.

Sayu lah berbuka seorang-seorang. Bukan tak ada doctor lain yang berpuasa, ada. Tetapi semua berbuka muka ketat. Muka stress sebab kerja melambak. Berbuka secepat ekspress. Tak merasa nak gelak ketawa menikmati juada berbuka. Lauk pauk tak macam dirumah. Satu jenis air, satu jenis makanan. Cukup. Ibarat seperti makanan alas perut tetapi itulah makanan kita tak ada alas-las lagi dah.

Sejak dua menjak ini selalu balik lewat. Pukul 1 pagi baru balik kerja, 4 pagi dah kena bangun sahur. 6 pagi kerja lagi, keesokan harinya balik 1 pagi lagi, dan lagi, dan lagi. Kena study untuk exam lagi, study untuk ward round lagi, study itu study ini. Kepala kalau kenyal macam belon, boleh meletop dibuatnya.

Selalu rasa regret bila terlepas terawih. 🙁

7 responses so far

Jul 11 2012

Stand by!

Published by under Don't sue me!

Stand by adalah istilah untuk doctor paediatric bersiap-siap di dewan bersalin / bilik operation time si ibu nak bersalin. Biasanya doctor bersalin akan panggil doctor paediatric untuk stand by bila baby yang dijangkakan prognosis buruk. Contohnya baby tak cukup bulan ke, baby yang dalam perut dah lemas ke dan macam-macam lagi.

Waktu stand by saat yang mendebarkan. Kita tak tahu baby yang came out from mommy’s is well or not. Kadang-kadang baby keluar dengan tidak bernafas, tidak menangis, lembek semacam. Masa itu gelabah lah. Dengan pengalaman yang tak banyak, masa itu lah kena resust seorang-seorang. Initial steps buat seorang-seorang, intubate seorang seorang, nak call orang yang lebih kepakaran, kalau pukul 2-3 pagi tiada sapa nak layan.

Sebenarnya steps dia senang sahaja. Semua doctor paediatric dah diajar steps yang betul apabila baby keluar, baby flat, baby lembek, baby biru, baby tak bernafas, baby tak ada nadi, baby kojol. Tapi penyakit gelabah diriku memang susah nak diubati. Bila penyakit datang je habis semua steps tonggang terbalik. Kalau baby itu boleh bercakap, dia pun boleh ketawa tengok aku gelabah.

*Anak kawan sendiri. Awal-awal dah minta permission nak ambil gambar*

Bila baby keluar, muka merah begini, tarik nafas lega. Tapi bila biru pucat lembek tak bernafas, sebelum baby menangis, diri sendiri dah menangis dahulu. Hwaaaaaaaa.. Episode gelabah bermula.

Take up the challenge! Tak doctor lah kalau tak ada challenge!

Note pink memang awesome. Hadiah buat diri sendiri.

Anyway, minggu ini adalah minggu terakhir saya single. Rasa macam tak percaya, cepatnya masa berlalu.. Persiapan masih tonggang terbalik lagi. Sesiapa yang dah dapat jemputan, see you this weekend! Yang tak dapat jemputan, maaf. Buat simple-simple je. Minta doa semoga semuanya dipermudahkan dan semoga ini keputusan terbaik buat diriku. Alamak sedih. srooooooooot *kesat hingus.

Thank you kakak MO bagi cuti last-last minute! *peluk-peluk.

Nanti I buat live update from Facebook Totinx.com

17 responses so far

Jul 03 2012

Wa-Na weddings! : Part 3

Published by under Where the heart is.

Part 3 adalah wedding majlis lebih kepada saudara dan keluarga sebelah JB dan Singapore. Jemputan tak ramai dan havoc macam part 2. Part 2 banyak saudara jawa menjawa jadi kecoh orang jawa pun jelas kelihatan.

Doorgifts berupa, jeng jeng jeng. Rahsia.

Fruits sentiasa berubah. Oren habis ganti tembikai. Tembikai habis ganti jambu, jambu habis ganti nenas eh macam macam lah. Nasib baik tak letak durian atas ni.

Candy table paling meriah. Berapa kali mereka topup gula-gula agaknya.

Meja beradap mengancam. Lagi-lagi kotak hatiak pink biru setiap satu.

Tarian joget dari kanak-kanak sekolah apa entah sudah lupa. Not bad not bad. Pengapit lelaki pon not bad juga.

Suka sangat pelamin ala-ala macam Yusry Lisa gitu tapi sorry lah pengantin macam Afdlin Shauki la pula. ;p

Pengapit lelaki not bad juga. Eh macam dah ulang je ayat tu?

Baju persalinan kedua. Jap fikir. Total dah berapa kali mereka salin baju ye?

Sempat lagi nak berposing *dah biasa dah* walaupun dekat belakang orang sibuk ber tepung tawar.

Ye faham. Semua majlis I tak pakai baju ikut tema. Okeh sebenarnya baju ini dibeli siap direka khas dari Indonesia untuk dayang-dayang penyambut tetamu. Fesyen tetap sama, warna sahaja berbeza-beza. Tetapi kurang asamnya, dayang-dayang yang lain pergi auta balik baju ini menjadi…

Kurang adam. Dah I sorang-sorang pakai baju terbang-terbang begini. Nak kena ni.

Semenjak dua menjak agak busy. Tak dapat nak update secara pukal. Exam bertubi-tubi melanda. Macam sekolah pula ada exam exam bagai ='(

2 responses so far

| |