Archive for June, 2012

Jun 25 2012

Wa-Na weddings! : Part 2

Published by under Where the heart is.

Sorry lah ye, blog akan dihujani dengan entry wedding tak akan habis-habis. Almaklum lah abang gua kelas gitu. Majlis sampai 3. Ni baru part 2 ye kawan-kawan. Tapi yang paling kelas dan ikut excited adik dia lah sibuk nak melaram juga.

Malam sebelum majlis.

Waktu inilah kita nampak semangat kekeluargaan. Pakcik Makcik bibik-bibik saudara mara, masing masing membantu. Seronok, macam kerja kilang. Masuk-masukkan jajan dalam goodies bag. Oh  terasa macam nak berhenti kerja lalu apply kerja kilang lagi syokkk. Buat kerja sambil gosip-gosip.

Anak bujang kena pasang bunga manggar *Kononnya* Tapi tak siap-siap. Berjam-jam bunga tak kembang kembang pun. Yang Pro juga kena datang membantu. Ewah.

Awal-awal pagi bebudak ini sudah beratur depan pintu, minta di make-up kan! Musykil haku. Punya lah merah lipstick I pakaikan, pucat semua akhirnya. Dia telan ke?

Hairstyle from James Poh. Awal-awal dah buat appointment! Hasilnya memang sentiasa awesome! Sengaja minta style korean girl yang rare gitu. HAHAHA ada hati korean bagai tak sedar diri makan cencaluk.

Bertempat di BPCC (Batu Pahat Convention Center) Cheh nama nak glamour.

Ini pula, mama kepada korean girls tadi. *ptuih* Mama kepoh gila tak tahu cemana nak bergambar dengan Tab. “Mana satu camera ni, mata nak tengok mana ni?”

Goodie bags hasil kerja last minute, 2000packs siap packing.

Yang paling digemari di kenduri kahwin adalah telur pindang. Itu wajib. Kami memang sentiasa mengekalkan adat-adat orang jawa pada majlis perkahwinan ini. Telur pindang, bunga mangga dan paluan kompang. Yang itu semua mesti ada.

Favourite I memang telur pindang. Kalau kenduri kahwin dapat telur pindang, memang I akan habiskan. Sorry lah beb kalau lu nak cakap harapkan muka je korea tapi kentut bau telur. ;p

Alahai yang menyambut tetamu macam tak ikhlas je.

Awesome cousin.

Versi Skema.

Hayat. Diyana. Hidayah. Eekin. Yun. Pengantin lelaki. Pengantin perempuan. Cikanot. Pareq. Korean Girl. NabilaJ

Awesome friends pun datang juga!

Versi gila.

Rutin question, “Awak bila lagi”

Coming Soon!

Dah standby jawapan awal-awal. Soon lah, tapi tak tahu bila. Iye, cara menjawap soalan kena confident. Itu penting.

Thank you Orchid Catering and Event Management. Makanan yang sedap, lauk yang cukup rasa, sambal goreng yang menggoda walaupun sedikit masin, tidak elok bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi, layanan pelayan yang efisien walaupun sambil-sambil makan sambil snap snap gambar alih-alih tengok pinggan dah tak ada, pelayan dah kemas. -_-

Ayam dan daging yang empuk tetapi sudu kurang kualiti sehingga bengkok-bengkok dibuatnya. Diharap selain kerusi plastik ada juga disediakan kerusi yang besi yang kukuh kerana kawan saya yang berbadan besar kata kerusinya hampir patah dan terkangkang sewaktu dia duduk. Seram juga kot kot jatuh tertonggeng dekat majlis orang.

Pelamin cantik dan kemas. Aturcara majlis teratur. Pengantin cantik. Adik pengantin pun cantik. eh itu tak termasuk dalam pakej katering

Overall, kami semua berpuas hati. Jumpa lagi tahun depan. Eh macam setiap tahun je nak kahwin kahwin.

Sesiapa berminat, boleh hubungi mereka di Facebook Orchid Catering.

4 responses so far

Jun 19 2012

Ingin kelihatan cantik luar dan dalam?

Tidak. Ini bukan iklan jualan premium beautiful corset. Tidak perlu nak corset-corset. Ini adalah iklan product Catalyst, yang ber agent kan Cik Eekin.

Pernah dengar Collagen? Khasiat Collagen? Kenapa perlu makan collagen? Secara ringkasnya, collagen ini ala-ala ibarat supplement tambahan untuk kulit. Kononnya akan membuatkan kulit lebih tegang, mehilangkan noda-noda hitam dan awet muda gitu. Itu secara ringkas, untuk lebih detail tentang collagen boleh baca sini.

Tak berani nak comment lebih, I baru makan 1 kotak, sekarang baru nak masuk kotak ke 2. Baru makan 1 kotak, kulit tumbuh bintik-bintik satu badan, masa itu mula lah nak mengamuk dengan eekin, ni mesti collagen kau jenis palsu dan cetak rompak! Look at my skin, how can I become more ugly!!

Eh rupanya chicken pox.

;p

Eekin dah saspen. Kih-kih-kih.

Tapi I percaya, product ini memang memberi kesan. Banyak testimonial orang yang berpuas hati setelah makan Collagen Catalyst. I yang baru start makan pun berpuas hati sebab rasanya sedap gila. Kalau boleh nak makan 2 3 packet sekaligus.

VCO adalah short form untuk Virgin Coconut Oil. Atau bahasa melayunya, Minyak Kelapa Dara. Masih perawan lagi belum disetubuhi. Jadi bila kita makan minyak ini, kita sentiasa berbody anak dara. Ewah. Khasiatnya terlalu banyak dan detail, boleh baca dekat sini penat Eekin dah list down satu persatu jadi mudah kerja I tidak link kan blog dia sahaja.

Jujur, I tak makan VCO. Bukan sebab VCO tak bagus, tapi sebab I dah ada supplement lain. Makan macam-macam supplement abis rosak buah pinggang ku. Bagi sesiapa yang belum ada supplement tambahan, kerap lebih tak bermaya, boleh cuba makan capsule VCO. Senang nak telan. Cuma 2 biji sehari!

Dan berbagai lagi product kecantikan dan kesihatan dari Catalyst boleh didapatkan dari Eekin dengan harga yang mengancam. Kalau nak beli, pakai secret code, “Saya blogReader TotinJamain” nanti dia bagi special price. Cheah.

Lagi satu, Eekin ada buat Giveaway untuk testimonial terbaik tentang VCO dan COLLAGEN. Peh, cayalah eekin, makan collagen /VCO sahaja boleh dapat giveaway barangan Maybelline. Siapa yang berminat, boleh direct pm ke Facebook Eekin before 14 July 2012. Bersempena dengan.. ehem ehem.

Atau untuk sebarang pertanya, bole drop message ke

Eekin Zainal

0177163191

7 responses so far

Jun 16 2012

Awesome Lembayung Senja Photography

Kenapa awesome?
Sebab Lembayung Senja Photography sahaja yang bagi discount untuk bloggers. Mana ada photography lain yang buang cenggini? Ye dak?

Menurut pendapat saya, promotion ini bagus sekali sebab sekaligus dapat menggalakkan para bloggers untuk cepat-cepat nak kahwin sebelum 2013. Semua rasa gelabah nak kahwin segera untuk grab promotion Lembayung Senja semata-mata!  Cepat!!! Jangan lepaskan peluang! Kahwin cepat cepat dan dapatkan promotion sebelum 2013. Tak kesah kahwin dengan siapa pun, grab promotion tu yang lebih penting! Bhuahaha. *Boleh gitu?

I buat entry post ini tidak semestinya I akan berkahwin next year. I stand by je ni mana lah tahu kan kan kan? Sediakan payung sebelum bunyi guruh! Wah, awal betul dah sediakan payung.

Tertarik? Check Facebook Lembayung Senja atau direct ke blog Lembayung Senja

7 responses so far

Jun 14 2012

Do and Don’t for babies!

Buaian untuk baby

Buai? Kenapa ibu suka pasangan buaian untuk baby? Enjut enjut baby supaya baby tido. Kenapa? Entah, I tak ada baby I pun tak pasti. Mungkin mitos dedulu kata, kalau enjut-enjut, baby senang tidur. Cuba kita bayangkan kalau kita tengah tidur, orang enjut-enjut katil kita, main lompat-lompat atas katil spring kita.. terasa nak terajang tak?

Baby kalau boleh terajang, dia dah bangun terus buat smack down sekali. Jangan sesekali kita buai kan baby, especially yang baru-baru lahir merah merah lagi kulitnya. Salur darah dekat baby masih halus, kecil dan mudah rapuh. Dengan buaian akan buat salur darah mudah pecah, menjadi lebih bahaya, salur darah di bahagian otak pecah. Maka terjadi pendarahan otak.

Kita tak tahu bila salur darah baby boleh pecah. Alih-alih baby kejang (fitting) berulang. Lalu tidak sedarkan diri.

Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Eh aku pulak yang nangis.

Ubat batuk untuk kanak-kanak

Ingat ya, tiada istilah ubat batuk untuk kanak-kanak. Tidak perlu bagi ubat batuk warna hitam dalam simpanan korang terutama sekali baby kecil yang batuk-batuk uhuk uhuk. Haip, siapa ajar bagi ubat batuk? Fungsi ubat batuk adalah supaya dapat mencairkan kahak kita dan memudahkan kita membuang kahak sekaligus membuang kuman. Tetapi budak-budak mana reti buang kahak? Buat apa bagi?

Dan paling menyeramkan, ubat batuk mengantukkan dan mengkhayalkan. Jika kita hayal, itu tidak mengapa. Tetapi jika baby kita hayal, itu bahaya. Baby hayal atau tidak bernafas sama sekali? Itu susah kita nak bezakan dikemudian hari.

Kejut-kejut tak bangun.

Oh.. baby mengantuk, tadi kan bagi ubat batuk.

Kejut lagi.. tak bangun juga.

Hentak hentak pun tak bangun juga.

Tak bangun juga.

Tak bangun juga.

Sampai bila-bila pun tak bangun.

:'(

Kesimpulannya, perawatan kanak-kanak dan orang dewasa sangat berlainan. Jangan jadi doctor sendiri di rumah. (Tapi kalau memang anda title doctor, tak apalah) Anak sakit, kurang pasti, bawa langsung ke klinik berhampiran!

Cara-cara bancuh susu baby

Eh I bukan nak buat rancangan masak-memasak, cara-cara membuat susu paling sedap untuk baby atau sebagainya. I cuma nak tegur kesalahan para ibu yang kadang-kadang kita tidak rasa itu salah, tapi sebenarnya salah. Selepas membancuh susu, cemana korang goncang?

Iya, mostly para ibu akan gunakan jari telunjuk, tutup puting susu, kocok-kocok-kocok-kocok ( sambil nyanyi ku tak mahu cintaku dikocok-kocok ahhhhh -Inul version), kemudian hulurkan pada baby. Lalu baby pun minum susu, sroooottt- sroooooot -srooooot

Sedapnya mummy buat cucu cayaaa…

Kata baby tersebut.

Beberapa jam selepas itu, baby didapati cirit birit, muntah muntah beberapa kali.

Ceh tiba-tiba macam sketsa pula. Kenapa cirit birit? Sebab jari telunjuk yang ditutup untuk dibuat kocok-kocok itu sebenarnya KOTOR. Banyak kuman lompat-lompat. Lupa ke sebelum tutup puting susu tu engkau orang ada kurek muntot sket sebab gatal? Heh. example je tu.

Jadi apa gunanya penutup botol yang korang dah cuci dan rendam dalam air panas lama-lama untuk buang kuman kalau tak digunakan? Tutup dulu botol susu itu, baru lah kita kocok-kocok sepuas hati.

Part 1 ni I bagi 3 example benda yang rutin para ibu lakukan, kadang-kadang kita tak perasan perbuatan itu sebenarnya membahayakan anak kita sendiri. Nanti kalau ada terlintas lagi, I tulis part two, three, dan seterusnya.

Mohon share this post. Thankyou.

Thanks for reading.

Cium sikit.

:*

21 responses so far

Jun 13 2012

It wasn’t fair having chicken pox at this time! *musical cry*

Published by under Wasn't That Funny?

Sebab kena chicken pox. (Sambungan previous entry)

Yes, I’m vaccinated. Complete 2nd dose gitu. Bangga sangat. Bila patient chicken pox datang ward, attend cepat-cepat.

“Totin, you haven’t get chicken pox. Let me clerk that case!”

“It’s okey, IM VACCINATED!”

Bangga betul jerit sampai satu ward dengar. Bangga sebab dah kena vaccine. Amek kau.

Tak kelakar ok bila kena chicken pox time houseman. Bila kena chicken pox a week before wedding reception abang sendiri. Kah kah kah tak kelakar tapi kenapa ketawa?

12 responses so far

Next »

| |