Archive for April, 2012

Apr 27 2012

The reason why I miss Singapore!!

Published by under I'm just rambling.

Only can find in Singapore! Sedapnya ice cream potong apek-apek tepi jalan ni! Jom pergi Singapore lagi?

3 responses so far

Apr 21 2012

Come, let me suck your blood!

Kenapa perlu takut menderma darah? Why tell me why? Ewah emosi pula. Tak pernah ada kes kematian selepas menderma darah, unless kalau dia memang dah ada banyak penyakit. As long as you sihat, why not kita share kesihatan kita dengan orang yang memerlukan?

Siapa sebenarnya yang layak menderma darah? Semua readers blog totinx.com yang berumur 18-60 tahun, sihat walafiat *Alhamdulillah. cukup tidur lebih dari 5jam, dan berat badan melebihi 45kg. Haa yang penting sekali, jangan lupa makan dulu sebelum menderma. Isi perut sikit!

Siapa pernah menderma darah, saya!! Tak pernah. Tak cukup weight. Tapi ramai yang kata, selepas menderma badan akan rasa lebih selesa, macam free from everything gitu. Cuba try, lepastu share dengan I!

Okey, motif sebenar entry kali ini adalah, esok akan diadakan Kempen Menderma Darah di BPMall, Batu Pahat, Johor dari pukul 10pagi sehingga 3petang. Kalau nampak I, kita hai hai lah ye. Jumpa di sana!

5 responses so far

Apr 11 2012

Share your love with..

Published by under Ladies & Gentleman!

Cards!

Err, not just a card, but everything with craft. Bila birthday orang tersayang, engkorang pernah tak buat sesuatu handmade yang konon-konon macam pengorbanan lah but end up dengan hancur tak ada seni langsung. (Sometime I hate myself for this unskilled). Bilik bersepah sampah sarap. Bila tak cantik, diri sendiri tekanan.

Sekarang tak perlu pening kepala susahkan diri. Sebab dekat shareyourlovewithcards , engkorang dapat request sendiri apa yang engkorang nak, dan mereka akan dapatkan sesuatu yang awesome untuk engkorang. Terpegun melihatnya, itu sudah tentu.

Alah lepastu korang mengaku lah sendiri muka perasan tak tahu malu ‘Hey. ni semua I yang design tau! Tak tidur malam buat bendalah ini!’

Bukannya orang tau pun. hik-hik. Tips tak boleh pakai.

Rasa nak order sekarang juga! Walaupun tak tahu nak kahwin bila dan dengan siapa -_-

Ok sedih. Tissue tissue..

Impikan ini secara percuma? Okey jom ramai-ramai kita join giveaway from shareyourlovewithcards before 30th of April 2012.

4 responses so far

Apr 10 2012

Somebody is a big girl already!

Published by under Well-meaning friends.

Terrel lah siapa perasan advertisement ini di LCCT.

Zaman awesome dulu boleh lah ikut ikut photoshoot. Sekarang sana sini sudah gemok, muka stress berkerut-kerut sudah tidak seawesome mana. -_-

Lately ini sangat sibuk. Stressful memanjang. Emo dekat twitter itu sudah biasa. Sila abaikan. You know how stressfull everyday encounters orang yang maki hamun kita memecahkan gegendang telinga? Just think positive thought and keep my mind ease. Lantaklah.

Had a simple birthday celebration with my lovelies Alien. Teacher Asyikin celebrated her 26th birthday last 4th April. That 26 is not old. It’s just a number. Siapa kata kami tua itu, dia tak ada bebola mata. Cuba tengok muka kami semua kan macam dak-dak. Haha.

At first, I don’t think I can celebrate her birthday. Pagi-pagi balik oncall dah WhatsApp Pareq (What a technology, sekarang WhatsApp tak main lah sms ewah boleh blah), I don’t think I can make it, cause I have a lot of work, sleepless, stressfull and all. Sob sob/

Tapi nafsu tetap nafsu. Nafsu bersuka ria tetap ada apatah lagi apabila Pareq dah parking depan rumah, orang dah kata tak nak ikut, dia parking depan rumah juga. #$%^&* terus bersiap laju-laju. Lupa ke esok ada presentation? Argh like I care. I had so much fun ketawa puas-puas, thank you everyone for loving me. Eh? macam celebrate birthday I pula.

Happiest of birthday my dear Eekin. Hope this is your last birthday before becoming someone’s wife. 🙂 Ehem ehem. Sakit tekak.

Pathetic sungguh hidup. Tahu lah doctor, tak payah lah sampai nak tampal sticker patient dekat iphone case, Pareq oi!

Rasa nak campak je bendalah itu. Nampak sticker patient, ingat hospital. Ingat hospital, ingat kerja. Ingat kerja, ingat lubang hidung bos.

Ok abaikan.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan, eh? Macam ucapan raya. Tak tak, ini serious.

AlFatihah buat blogger Huda / @hudAoki yang telah kembali ke rahmatullah semalam petang. Arwah merupakan membaca blogger ini dan cukup terkenal di dunia blogger juga. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kami, rakan blogger semua terperanjat atas pemergiannya. 🙁

Gonna miss you, girl. Al Fatihah.

Hari-hari berhadapan dengan pemergian orang. Sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang Tuhan kurniakan. Alhamdulillah.

8 responses so far

Apr 02 2012

Jawatan kosong untuk penganggur.

Published by under Ladies & Gentleman!

Masalah mencari pekerjaan? Anda runsing? Oh sekarang tidak lagi.

(Chellamak macam iklan breeze) Tak perlu menganggur lagi untuk adik-adik yang gagal SPM, lepasan sijil / diploma, result tak bombastik, mak marah bagitahu kita anak tak berguna. Oh sungguh tak berperi-kemanusiaan. Padahal kita anak baik-baik, sudah berusaha tetapi apakan daya, genetik tak berapa hebat, rezeki bukan di tangan kita.

Dah fed up nak belajar lagi? I nak offer pekerjaan. Dengan syarat! Kena janji, berperilaku mulia, bertanggung jawab, dedikasi, mendengar cakap, boleh diharap. Senang cerita tak menyusahkan orang.

Q&E cawangan Jalan Medan Tunku, hadapan shopping mall Maju Junction.

Anda pernah dengar kedai Quick and Easy Convenience Store(Q&E)? Alah, dekat Bukit Bintang ada. Korang lepaks sana tak kan tak perasan? Kalau tak pernah dengar, hari ini I dengarkan. Itu adalah kedai convenience store (ala-ala macam 7eveleven) yang baru dibuka di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini hampir 10 store baru akan dibuka and yes, derang memerlukan tenaga pekerja.

Kedai serba serbi, sesuai dengan namanya Quick and Easy! Cepat dan mudah, mahu apa semua ada. Satu-satunya convenience store yang mempunyai perkhidmatan wifi percuma! Siap ada kerusi kerusi beriadah dan bersantai untuk berchit-chat, berinternet-an sambil buka blog Totin Jamain, dan tv LCD untuk melepaks menonton bola pun boleh. Peh gerek seh layan live football match dekat Q&E! Barulah unik tak pernah dibuat orang.

Lu nak lepak mana tu?

Lepak Q&E lah! Selain boleh menonton live Manchester kalahkan Liverpool, kita boleh layan online percuma bab!

Style tak perbualan tersebut?

Berbalik kepada peluang pekerjaan. Nak cari kerja, mestilah tanya gaji? Gaji boleh tahan.

Shop Asisstant: RM750

Asistant Store Manager: RM1100 – RM1300

Store Manager: RM1300 -RM1500

Keutamaan kepada yang mempunyai experience in retails. Have a transport and willing to work extra hour or during public holidays. Senang cerita, tak banyak kerenah. Kalau tak ada transport pun logik lah, pandai-pandai pergi kerja, jangan pula kau suruh boss ambil kau pergi kerja? Bila suruh datang kerja on weekend, jangan nak seribu alasan. Weh doctor pon kerja on weekend tau!

Oh bukan itu sahaja, dah lah dapat gaji setiap bulan ribu-ribu,  dapat extra benefits lagi untuk night elaun, medical benefit, overtime, rotation timetable and ect. Untung kan? Lepas ini boleh buktikan dekat mak, saya tak pandai tapi saya tetap ada kerjaya untuk masa depan saya!

Store baru akan dibuka di Amber Plaza Cheras, F&N Business Park nearby Chan Sow Lin LRT Station, Jalan Kuchai Lama, Medan Tunku, Flora Damansara, The Strand Kota Damansara, dan Mesra Villa Ampang. Korang semua ramai-ramai lah kita bershopping di Q&E!

Orang-orang kuat Q&E

Warna Pink pada Q&E tak ada kaitan dengan I. Betul.

Orang paling kuat. Kuat makan, kuat marah-marah, kuat emo,  eh eh. peace…

Berminat?

Datang interview dengan segera!

Contact En. Amir Ihsan , (yang handsome gila) atau Pn. Rosnah (+0122453504)

No phone Amir Ihsan dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi. Ewah.

Atau datang terus ke kedai Q&E berdekatan anda!

16 responses so far

| |