Archive for February, 2012

Feb 28 2012

Melahirkan anak dalam air!

Pernah dengar water birth? Iya, melahirkan dalam air sekarang menjadi trend para ibu lebih-lebih lagi apabila beliau ini melahirkan anaknya dalam air.

Jangan ingat bila kita melahirkan dalam air, baby yang keluar akan terrel berenang dan bakal menjadi perenang negara. Tidak ada kaitan sama sekali. Memandai je kau ni. Actually, bila kita melahirkan di dalam air, sekaligus lingkungan sama dengan bayi dari dalam perut.

Apa bestnya?

  1. Lingkungan air dapat membuatkan keadaan lebih nyaman dan santai. Macam korang pergi swimming kecepur kecepur gitu.
  2. Air juga dapat meningkatkan energy pada sang ibu saat persalinan sebab tak tergantung pada graviti.
  3. Daya apung dapat kurangkan berat badan sang ibu, sekaligus mengurangi tekanan pada perut dan dapat memudahkan pergerakan dan posisi sewaktu persalinan. Kira macam ko nak buat kuak lentang ke, berenang kupu-kupu waktu melahirkan ke sukati kau ler.
  4. Daya apung juga dapat membuatkan contraction pain sewaktu melahirkan lebih efficient dan perjalanan darah lebih baik. Ini bagus! Sebab dapat kurangkan rasa sakit dan memberi oksigen yang baik kepada baby kita.
  5. Berendam dalam air dapat mengurangkan tekanan darah tinggi akibat perasaan gelabah waktu bersalin.
  6. Air dapat menyebabkan ‘pek pek’ kita atau nama lain ‘Jessica’ kita lebih elastik macam getah sehingga mengurangkan ‘pek pek’ terkoyak besar robek robekan sana sini bersepah sepah susah woi nak jahit.
  7. Air dapat memberi rasa private sikit, dapat lah korang kurang rasa malu waktu melahirkan. Hek ele nak melahirkan pun nak malu-malu.
  8. Keuntungan untuk baby, dapat memberi lingkungan yang sama macam sewaktu di dalam perut, jadi sewaktu air ketuban pecah, kuranglah risiko fetal distress, err atau bahasa pasarnya, risiko bayi lemas.

Keburukan?

  1. Air masuk dalam salur darah dan tersumbat. Yang ini saspen, sebab boleh terjadi kematian tiba-tiba kepada si ibu. Tapi sebenarnya risiko ini akan terjadi pada mana-mana cara melahirkan pun, jika kita melahirkan secara normal / operation, tetap akan ada risiko air masuk salur darah, iaitu air ketuban kita sendiri. Eh air ketuban korang lah, i tak mengandung lagi mana ada air ketuban.
  2. Kemungkinan tersedak kepada baby, biasanya terjadi bila baby tersepit tali pusat sehingga baby jadi termengah-mengah. Tapi biasanya jarang terjadi sebab baby tidak akan bernafas pakai hidung selagi tali pusat tidak dipotong.
  3. Ibu dan anak akan terberak waktu bersalin. Iyalah, sambil meneran itu, nak keluarkan bayi terkeluar tahi sekali. Jangan takut dengan air kolam yang penuh najis sebab itu sama sekali tidak meningkatkan resiko infection pada bayi.

Kesimpulannya, lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Cuma teknik ini masih belum diperluaskan di hospital kerajaan Malaysia. Korang boleh suggestkan dekat kementerian untuk buka kolam renang di hospital. Boleh lah hari-hari I pergi swimming. Eh?

Yang bapaknya sibuk nak berenang juga apekehal?

Contoh Waterbirth, hanya untuk tontonan dewasa.

19 responses so far

Feb 25 2012

Ekspresikan dirimu.

Published by under Well-meaning friends.

Sembunyikan gigi anda.

cucucucucuuuppppp.

Muka serious please?

Hwaaaaaa T_T

*Whoi syaff, buat muka sedih la ngoks*

Us girls have been friends since elimentary school. It’s so hard to stay in touch regularly, but with these girls, we always seem to pick up right where we left off! I feel truly best to have such true friends that I’ve known practicaly my entire life! (:

I miss you darling Aliens.

2 responses so far

Feb 23 2012

Welcome to Malaysia truly Asian :)

Hai teman-teman! Gimana khabarnya ni? Ihh lama banget ga nge’blog! Jadi kangen nulis. Ewah ini dah kenapa? Apakah yang melanda?

Bila jumpa rakan Indonesians, I jadi super excited. Yeay can speaks Indo, ngomong jowo I like! Bila lama tak speaking, banyak juga tatabahasa I dah lupa. Jumpa mereka memang meningatkan zaman-zaman sekolah dulu. Nostalgic sungguh.

Delegasi Indonesia, Marten Hanura dan Awaludin. Mereka kawan I masa dekat Indonesia dulu, lepas itu mereka ke Russia untuk sambung belajar dalam bidang kedutaan something like that aku pun tak berapa faham. Jadi last weekend mereka dari Rusia, datang Malaysia sebab ada conference warga Indonesia di Malaysia, yang ini pun aku tak berapa faham. Okeylah I don’t care, that’s not that important.

“Di Malaysia ada apa ya?”

“Ada TOOOTIINNNNN”

Haha itulah yang boleh dijawap. Sebenarnya tak tahu nak bawa mereka kemana. Iyalah, guys macam mereka tak suka shopping. Nak bawa ke shopping complex macam tak jakun pun mereka. So mereka request ke…

Iya, I pun dah macam tourist juga, sibuk mengada-ngada bergambar bawah KLCC. Selama ini pergi sini tak pernah terfikir nak bergambar.

My bf who is usually talkative, always jumping from one subject to another but tiba-tiba, “Paa tak faham doo dia cakap apa!” Bhuahaha.

Iya, saya sedang keluar dengan tourist. Dinding gambar ikan pun dia tertarik.

The largest & most prestigious malls, Pavillion KL.

Emmet suka candid gambar I yang selenge-selenge cenggini. 🙁

Kuala Lumpur memang awesome.  Punya Sephora yang keren! Jadi kalian apa lagi? Ayo ayo semua ke Malaysia. Tak bawa muter2 dech!

“Totin, bukit bintang itu di mana?”

“Here is Bukit Bintang”

“Koq ga ada bukitnya?”

“Errr it’s just a road. Tempat anak-anak gaul gitu loo”

No idea, kenapa dipanggil Bukit Bintang?

Outfit of the day.

With my lovely Indonesian guest from Russia.

Thanks for visiting my awesome country, jangan kapok ya!

Ini bukan Fazura si Pisau Cukur. Ini Sabrina my cousin.

Till then,

Dadaaa.

10 responses so far

Feb 14 2012

Tips mendapatkan anak kembar.

Ceh semua nak tahu ye. Ooo, berkobar kau ye. Best sangat ke dapat anak kembar ye? Siapa nak jaga anak sejelepuk keluar sekali 2? Anak seorang pun tak reti jaga. Eh eh tapi kalau dah rezeki, alhamdulillah.

Ramai yang tanya ada tips untuk mendapatkan anak kembar kah?

Pinjam gambar buat background.

Senang sahaja,

Kahwin dengan pasangan kembar atau berketurunan kembar.

Bhuahaha jawapan tipikal.

Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk ect. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandung-ngandung, alih alih dia mengandung anak kembar 5. Dah macam kucing pula.

Tidak. yang itu bukan tips yang I nak sarankan.

Ini tips paling mudah. Logik. Dan telah dilakukan penelitian.

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu!

3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Cepat beli susu sekarang juga!

Makanan favourite!

Maksud ubi itu masaklah ubi rebus ke, bukan beli kerepek ubi Pringles pula. -_-

Eh lagi satu. Tips makan ubi, kentang dan susu bukan sahaja bagus untuk mendapatkan anak kembar, tetapi salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tak ada rezeki nak beranak!

13 responses so far

Feb 11 2012

Saya nak melahirkan baby dengan operation lah kalau cenggitu!

Setelah memberitahu cara meneran yang betul, mesti ada yang give up. Eh tak nak lah bersalin normal. Nanti pek-pek kita terkoyak, nanti jadi longgar, nanti hubby kita tak suka kita lagi. Nak bersalin operation sahaja lah. Senang, tak rasa sakit langsung. Aleh-aleh dah keluar baby!

Waklu senang. Waklu tak sakit. Siapa kata?

Kau nampak tak pisau itu tajam?

Tahukah Anda? Elee.. cakap je lah tak tahu. Sebenarnya melahirkan secara operation itu mempunyai risiko MATI 4 kali lebih besar daripada melahirkan normal.

Kenapa? Tak percaya?

  1. Pendarahan untuk operation 2 kali lebih banyak daripada melahirkan normal. Iyalah, bila operate, kita belah itu belah ini. Bila lahir normal, cuma terkoyak dekat tut-tut je. Jahit sikit sahaja dah settle.
  2. Rasa sakit dan penyembuhan luka selepas operation lebih lama. Makan masa berminggu-minggu. Satu kerja pula nak kena jaga luka bersalin. Jahitan pula boleh berisiko terkena infection dan jangkitan kuman sebab jahitan dekat perut kita ni berlapis-lapis, perut bukan selapis je deq oi! Nak keluarkan baby kau tu kena buka perut kau lapis demi lapis, alaa bayangkan macam kuih lapis yang kau makan selapis selapis itu. Nyam nyam sedapnya kuih lapis. Eh tiba-tiba lak.
  3. Siapa operate? Mestilah doktor. Kau ingat doktor hebat sangat ke? Doktor kerja penat-penat 24jam, mata tersengguk-sengguk, lepas itu nak operate kau lagi. Risiko salah silap tetap ada, siapa tahu terpotong pundi kencing ke? Terpotong organ lain ke, jangan salahkan kami. People make mistakes. Ewah.
  4. Yang paling saspen, apabila air ketuban masuk ke dalam salur darah, sehingga sampai ke paru-paru dan jantung. Akhirnya anda mati secara tiba-tiba. Masa itu dah tak sempat nak say “peace” dekat baby sebab tiba-tiba kau celik je dah dekat syurga. Untung lah kalau masuk syurga. Ini bukan salah doktor, tak boleh saman doktor. Ini namanya takdir.
  5. Next pregnancy? 2 tahun lagi ye. Make sure pakai alat pelindung selepas ini. Jangan mengada-ngada nak pregnant lagi tahun depan.
  6. Lepas ini kalau nak bersalin lagi, kena operate lagi. Kih kih kih tak dapat merasa nak melahirkan normal. Rugi wooh. Tapi kalau nak try melahirkan normal pun tak ada salahnya, cuma berisiko sahaja. Kot-kot rahim bekas operation sebelum ini terkoyak masa nak meneran ke? Ayo tata yo.
  7. Banyak lagi tapi ini adalah risiko yang paling simple dan paling penting untuk korang tahu.

Baby pula macam mana?

Kau ingat kalau melahirkan secara operation, baby kau keluar handsome ke?

  1. Kadang-kadang baby ada parut sikit, sebab bila nak keluarkan baby dari luka yang dipotong itu mengalami kesukaran, kita gunakan alat seperti besi yang menyepit muka baby, kadang-kadang meninggalkan bekas pada muka baby. Keluar-keluar je tengok muka baby dah gangster.
  2. Risiko baby meninggal juga 2-3 kali lebih besar daripada melahirkan normal.
  3. Baby cenderung sesak nafas masa awal-awal melahirkan sebab  cairan dalam paru-paru tak keluar sewaktu itu. Kalau melahirkan normal, cairan pada paru-paru akan automatic keluar masa kita meneran.
  4. Baby lalok dan mengantuk waktu awal kelahiran. Sebab ubat bius lalok yang diberi dekat ibu, terkena dekat baby juga. Keluar-keluar je baby dah stoooonnneeeee. ZZZzzzZzz2$#@$#@$

Last sekali kerugian melahirkan secara operation,

Ibu tak dapat hapuskan dosa..

sebab melahirkan normal adalah menyakitkan. Sakit yang teramat sangat sehingga menjadi penghapus dosa kita. Siapa tak merasa melahirkan normal, dia rugi lah.

p/s: Cakap orang, entah-entah nanti I nak beranak, request epidural. Kihkihkih.

Mama yang awesome melahirkan I dengan cara normal.

Besar nakal-nakal macam ni pun boleh keluar juga, terrel kan?


Eh nak sambung balik.

Nasihat I adalah, selagi doktor cakap tak perlu operation, jangan mengada-ngada hentak-hentak kaki minta nak operate pula. Tapi apabila doktor suruh operate, maksudnya memang kena operate lah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bila terpaksa operation, beselawat banyak-banyak minta dipermudahkan dan dijauhkan daripada sebarang kesukaran dan komplikasi. Eh apasal skema tiba-tiba ni?


16 responses so far

Next »

| |