Archive for January, 2012

Jan 29 2012

Best Butter Prawn

Hari hari setelah pulang bekerja, benda pertama akan bermain difikiran adalah, Saya lapar. Saya nak makan makanan yang paling sedap sekali di dunia. Tamak. Yes memang tamak.

Tapi tak apa, dia macam reward untuk diri sendiri. Iyalah seharian kita bekerja, nak lunch pun takut takut, selalu tak dapat lunch. Serious terseksa kerja cengini. Tak boleh keluar dari labour room selagi tak habis waktu bekerja. Which is from 6.30am till 5pm. Kalau pm shift? From 6.30am till 11pm. Berlapar lah dikau. Setakat cokelat dan gula-gula bekalan di kocek white coat mana cukup? Kalau boleh nak bawa nasi lemak atau mi siam masukkan dalam lab coat.

Oleh kerana itu, nafsu harakah godaan shaiton menjelma setiap kali pulang bekerja

Dan ini adalah butter prawn paling sedap. Mengiurkan.

Sambil diiringi dengan musik dan bersembahan nyanyi kumpulan tanpa diundang. Tak apalah. Background music terus rasa tenggelam bila makan butter prawn yang sedap gila itu.

Awesome kan tempat ini. Terasa bebanan kerja hilang sekelip mata masa makan. Masa makan aja lah. Lepas makan bebanan berat badan pula tiba.

Tak ada special dinner bersempena apa-apa pun. Datang sini semata-mata nak makan malam, pusing punya pusing aleh aleh makan dekat sini.

Eh iya-iya je promote butter prawn tapi tak bagitahu makan dekat mana. Boleh bawa sanak saudara sahabat handai makan dekat Bora Asmara, Kampung Penchala. Ingat, jangan lupa order butter prawn!

6 responses so far

Jan 22 2012

Dear Cikanot, Semoga kekal dengan Hayat sepanjang Hayat.

Published by under Best Wishes!

Cikanot dah tunang. Yeay. Yeay. I memang super excited bila Geng Aliens (Geng friendship forever zaman sekolah) dah melangkah setapak. Kira dah minus lagi seorang lah lepas ini eh? Geng melepak kita dah berkurang lah maksudnya? Eh no way. Pedulik apa kau dah jadi bini orang ke, kalau kita nak melepak kita kena kumpul melepak juga. Faham tak Aliens Faham tak? *muka garang*

Tak berapa nak gembira sebab tak dapat berkumpul sesama Aliens di majlis pertunangan tersebut. Siapa lah tu datang dah lah lambat. Pakaian tak ikut tema. Datang-datang cari makanan pula. Ish siapa lah itu.

Aku lah tu.

Lapar gila do. I kerja, balik pukul 5. Majlis lepas zuhur. Eh pukul 5 pun lepas zuhur juga?  Tapi I datang, semua dah balik. Eekin and Syaff setia menanti. Tenkiu tenkiu. Penat Cika set date cun cun time CNY sebab semua orang cuti. Tapi dukacitanya hospital tak pernah tutup pula.

Siap ugut Cikanot, you jangan cuci make up selagi I tak datang! Tak pasal-pasal dia kena maintain make up dari pagi sampai ke malam.

Aliens, kurang Nabil and Pareq.

Nabil dah balik awal-awal. Pareq lebih sadis ceritanya. Kerana terpaksa  kerja “on call” di hari pertunangan Cika. uhuk uhuk. Anyway, congrat’s Cikanot and Hayat.

Sorry cika tak dapat attend majlis tadi, sekarang juga I and Pareq akan apply cuti untuk wedding you nanti! Kalau tak dapat cuti juga, kita bakar hospital tu.

Next turn. Amien.

7 responses so far

Jan 18 2012

Kerjaku Syurgaku. (Bwerkkkk)

Published by under Don't sue me!

Phew, akhirnya dapat juga update blog walaupun sepatah dua kata. Kerja sangat membebankan sekarang ini. Makan minum pun semakin tidak terurus. Kalau makin kurus tak apa juga.

Bila kerja dekat labour room, stress mentality semakin menjadi-jadi. Hari hari dimaki diherdik bukan sahaja dengan doktor pangkat lagi tinggi dari kita, tetapi dengan midwives juga. Oh sebenarnya midwives lagi banyak maki kita dari doktor (kot). Makin hari telinga makin kebal. Muka makin tak boleh blah bila kena maki. Ala-ala macam menyeronokkan sahaja dimaki hamun sebegitu. Mencabar tau mencabar!

Kalau kau orang tengah nak bersalin atau datang check up dengan I, jangan terperanjat kalau I bahasakan diri “puan, sila buka seluar. Puan sila kangkang, jangan kepit kepit, kalau kepit macam mana baby nak keluar puan? Puan sila bagi kerjasama” iya tak kira kau kawan sepermainan ke, I tetap bahasakan diri puan. Nampak professional sikit. Lepas itu buat muka macam tak kenal. Kekeeke. Kang kalau buat-buat kenal, kau tak nak buka seluar pula. :p

Dah dah, tak payah nak malu-malu. Pelbagai rupa dan bentuk ku telah lihat. Hari-hari lihat benda yang sama. Memang tak ingat punyalah anda punya itu. Tak ada masa nak ingat.

Selain daripada itu, chelamak macam karangan sekolah pula. Sekarang ini ramai betul single marital status. Atau bahasa coding rahsia kita, SMS. So kalau korang dengar doctor bisik-bisik, dia SMS! Maksudnya dia sedang mengandungkan anak di luar nikah. Me, personally tak ada beza pun dia SMS ke, BBM ke, Whatsapp ke, baby dia tetap baby. Dia tetap patient saya. Tak bolehlah layan SMS mcm sampah. Yang herannya, ada juga orang yang SMS anak ke 4. Hamboi kau tak serik-serik ke dah 4kali?

Bila fikir-fikir, wanita itu hebat sebab terrel beranak. Beranak adalah pain score paling tinggi untuk manusia. Kiranya, sesiapa sudah melaluinya, bermakna sudah menempuh sakit paling hebat. Terrel doh.
Terrel pun terrel juga tapi janganlah terrel sangat. Beranak sekali dua sudahlah, jangan lah banyak sakit. Kami pun penat juga.

Akhir kata,




Apa pendapat anda?

Oleh kerana itu, bebanan mental dan fizikal membuatkan hidup ini penuh dengan shopping sentiasa. Kadang-kadang tak faham juga, bajet bila shopping banyak-banyak dapat mengubah segalanya? Tak juga.


6 responses so far

Jan 13 2012

Nikon kau nombor satu.

Published by under Camera whore genes!

Kau mengimpikannya? begitu juga lah diri ku. Kerana itu ku menggadaikan DSLR ala-ala Yuna yang lama itu. Kerana dirimu Nikon nombor satu. Cellamak ayat drama sungguh. Hari pertama kamera ini dipasaran, hati sudah berdegup kencang ibarat  kejatuhan cinta. Memang sudah jatuh cinta pun. Ditambah pula dengan abang I yang gelak gelak HAHAHA padan muka siapa suruh beli Dslr Canon tu dulu. Kan dan menyesal.

Cis bedebah. Tak apa. I ada strategy unggul. Menjual kamera itu dan mendapatkannya yang ini. Tak susah pun. Bwerk. Selama menggunakan pinky ini, I sangat berpuasa hati. Coolest camera I tell youu lah. Cuma kadang-kadang tekanan juga bila suruh boyfriend ambilkan gambar kita pakai kamera ini, dia akan buat muka. Tak cool katanya. Lepas itu bagi hint banyak kali suruh I jual balik camera ini dan beli warna lain. Tak ada jiwa feminin sungguh lah dia itu. Ape lah kan?


Kan cantik ni.

Kan?

Tapi sebenarnya I tak reti function dia sangat. Lagi-lagi camera ini di datangkan dengan 2 lensa multifunction. Oke sebenarnya I tak tahu pun function dia, nak tukar lensa pun tak reti. Bhuahaha. Asal petik je aku reti.

Nampak awesome bila gantung di leher. Walaupun kadang-kadang semua orang memandang pelik. Sampai ada budak 3 tahun kejar-kejar sebab ingat ni kamera mainan impiannya.

Waktu malam pun cantik.

Boleh buat wallpaper. Ambil lah kalau rela.

22 responses so far

Jan 04 2012

Coretan kontot.

Published by under Don't sue me!

I love Medical Department. The colleagues, the MO’s, Specialists.. they are awesome gila.

I miss medical 🙁

Now I’m in my new department. Department Ibu dan Anak. Cheh suka suka aku je bagi nama. Department O&G, ala yang sambut sambut baby itu. I hate this department since medical school. Benci gila. Hari-hari bau kelengkang orang. Dulu pernah kena repeat exam sebab failed clinical. Setelah itu bertambah tambah benci. So far, ramai juga blog readers, kenalan-kenalan dan rakan-rakan I sambut baby dia dan ucapkan terima kasih. Wow successful! Bhuaha dia tak tahu ke aku bantai je tu?

But, people learn from mistakes, kan?

14 responses so far

| |