Archive for December, 2011

Dec 26 2011

Johor yang awesome.

Published by under Spare me 100 bucks!

Johor hebat. Ada Johor Premium Outlet. First Premium Outlet in South East Asia. Bangga sekejap. Tempat kau ada? Chewah. Hebat lah juga Johor ni, ada tempat shopping branded yang cun ala-ala overseas gitu. Save 25%-65% everyday on branded items including Coach, Burberry, Guess, Quicksilver, Polo, Nike ect.

Simbolik yang Johor memang awesome!

I went there during X’mas Eve. Makhluk Tuhan sangat ramai. Setiap kedai nak kena beratur panjang sangat. Nak shopping pun kena bergesek-gesek badan. Memang tak tenang.

Tapi dalam kebanyakkan outlets, I paling tertarik dengan Burberry outlet. Memang I akan aim for azam 2012 kena grab satu Burberry Items ni. Penat aku kenyit-kenyit Bf dalam kedai ini, tapi dia tak layan pun. Takpe, takpe..

My shopping advisor.

Muka lega lepas keluar Coach. Overall, handbag coach sangat banyak tapi so far so good jek la. Tak ada yang latest edition. Mostly stock lama, that’s why lah murah kot.

Makhluk yang ramai membuatkan mood shopping pun hilang. Kedai Coach pun dah macam kedai handbag 70% dekat Sogo.

Oh tertarik dengan ‘Pink Jambu’ di belakang.

Dan sangat ramai juga yang nak bergambar dengan Mamat gila ini. Nak bergosip pun terbantut-bantut. Kiterang lepak dekat Starbucks. Tapi sebab crowded sangat, I rasa Starbucks tu dah macam kedai mamak. Hadoi.

Super excited bila dapat jumpa Tengku Mahkota Johor. Tapi lebih jakun lagi bila tengok kereta dia, ternganga beberapa ketika. Arghhhh pengsan sekejap. Kerja sampai mati pun tak mampu beli itu. Jadi kesimpulannya, jom berhenti kerja? Eh tiba-tiba.

7 responses so far

Dec 23 2011

Terlajak kata tak boleh ‘gostan’.

Published by under Wasn't That Funny?

Generally, I’m an introvert. I’m not being used to approach people. And yeah, I’m not good in communication skills. I memang tak peramah, sekali pandang orang kata sombong, tapi cuba pandang banyak-banyak kali, belum cuba belum tahu. Eh apa aku merapek ni?

Okey straight to the point. Dekat tempat kerja, I’m not friendly, especially to my boss/ specialist. Kira nya I so pengecut. Jauh sekali nak berborak-borak ketawa-ketawa dengan bos. Eeee seram. But I’m trying to improve it in anyway possible. Nak dijadikan cerita…

Hari ini boss perempuan / specialist saya  sangat cantik. I just love her baju kurung with bunga-bunga kecil coraknya. I nak pergi memuji dia lah. Ini lah peluang untuk mengambil hati bos.

“Doctor XYZ, cantiknya baju kurung doctor hari ini!!!”

*dia tersenyum malu*

Tiba-tiba I teringat pinggan mangkuk dekat rumah. Corak bunga sama macam baju kurung tersebut!

“Baju doctor cantik, sama macam pinggan mangkuk dekat rumah saya!”

“APAAA AWAKK CAKAPPP?”

Gubrak. Apa aku cakap ni. Macam mana lah boleh tersalah cakap pula. Habis lah =_=

Peace boss, peace!

9 responses so far

Dec 20 2011

Congrats Cindar Jr!

Published by under Well-meaning friends.

Hari ini ada feeling-feeling Jogja gitu. Rindu sangat dekat kawan-kawan Jogja. Rindu sangat nak ngomong Indonesia, apa lagi ngomong jowo.

Sebenarnya baru-baru ini dikejutkan dengan.. eh tak adalah terkejut tapi excited, hip hip hoorey, saya dapat keponakan baru! Bestie selamat melahirkan babygirl super cute!

Actually, dia adalah sahabat Indonesia yang paling rapat. Segala rahsia ketawa dalam tangisan semua di tangan dia. Susah-senang bersama lah konon-kononnya. Pergi shopping sama-sama, share barang makeup sama sama, study sama-sama, gossip sama-sama. Ceh sekarang dia dah kahwin, kau senang sorang sorang yee. Heh gurau-gurau. Eleh dia bukan faham pun aku cakap apa. ;p

Dia dan husband dia sudah bercinta for several years.Masing-masing medical students dekat tempat kami belajar. Tapi masa itu husband dia tak pernah cakap pun bila nak kahwin. Bercinta tanpa penghujung lah konon-kononnya. Jadi si dia pun bengang dan meluat, maka kami pernah bertekad melakukan misi mencari bf lain. Cheh yang aku sibuk-sibuk cari bf juga kenapa pula?

Cindar, me, Mb Made and Idris. Oh inilah kenangan terakhir masa dekat Dept. Anest. Masa ini kami group bahagia kerana dapat satu group dengan bestfriend sendiri.

Di akhir akhir kami belajar, on our final department, kiranya beberapa bulan sebelum kami grad, dia cakap dengan bf dia (sekarang husband dia) cenggini bunyi nya kalau kita translate dalam bahasa melayu, “Kamu harus nikahi aku segera! kalo ga kita putus!” eh, ini bahasa Indonesia? , Bahasa melayunya macam “Aku nak kau nikah aku sekarang juga! Kalau tak, get lost!”

Chellamak. Kira gertak la tew. Lepas itu malamnya, dia nangis-nangis dekat I.

“Totinnnn, aku udah putussss!!”

“Loh kenapa? siapa minta putus??”

“Akuuu donkk”

Bhuahaha. Dia yang minta putus, dia yang menangis tak berlaku. Pergi kerja esoknya mata bengkak-bengkak macam kena gigit tebuan gajah. Tetapi cabaran yang dia bagi itu berbaloi.

Seminggu selepas itu, dia dihadiahkan dengan lamaran daripada pihak lelaki. Dan seterusnya bertunang seminggu kemudian. Hwaaaa so sweet bangattt I tell you! Heboh dia bagitahu semua orang, rasanya satu hospital dia nak bagitahu I’m getting engaged weyyy getting engaged!

“Cindar, aku pulang malay dulu ya. Ntar kamu nikah, aku pasti datang koq!”

Itu kata terakhir sebelum balik Malaysia for good.

But…

I hate myself for breaking the promise I made to her. Housemanshit menjadi penghalang. Called her phone several times on that day, tapi dia tak jawap. T_T busy sedang bersiap-siap. I’m suppossed to be there too, but I can’t make it. Sedih.

Dan ini waktu dia hamil. Terasa macam nak ketuk-ketuk perut dia.

Cindar yang aku kenal dulu huha-huha macam orang sewel sekarang sudah hamil buncit begini?

Cin, melahirkan ntu sakit ga?

Kaya’ mau mati aja. Sono kamu rasain!!

Kalo bikin anak ntu sakit ga?

Itu mah enakkk.

-_- The reason why I don’t want to get married. K bye.

And this cute baby girl buat saya rasa tersenyum bangga.

Baby baby, tante pingin ketemu kamu, ketemu mummy mu tapi kapan ya? 🙁

Yang depan sekali sudah bertunang, sebelah I adalah mummy cantik dan belakang sekali adalah isteri misali yang bakal menjadi mummy juga.

14 responses so far

Dec 14 2011

Like I care..

Published by under Please don't give up!

Jealousy are everywhere around us. But it’s okay, I use that as a stepping stone to do better. Ni yang malas jadi doctor, sebab orang akan assume kita perfect in every ways. Padahal kami pun orang biasa juga. Kehidupan macam orang lain. Berawal dari kebodohan, dan sentiasa belajar untuk perbaiki diri.

Bila orang kata kita bahlol, tolol, or whatsoever, kita terima. Doctor paling bahlol dan tolol, kita terima. Maybe they know me well enough ke, or maybe they are smart enough, mana lah kita tahu. 🙂 Atau mungkin dia, anak dia, keluarga dia sudah belajar sehingga ke puncak menara gading ke, mana lah kita tahu. Cause I don’t have time to stalk others. In no particular order. Jauh sekali untuk mengutuk dan caci-mencaci orang.

Mengutuk orang can’t make me rich.

Tak lah, tak patah semangat pun.

By the way, thank you for stalking me. Hoaa, I’m pretty proud of myself.

It’s 1.30am. Esok kena bangun pukul 5.30am for my routine life.

Night hearts!

18 responses so far

Dec 12 2011

Vroom Vroom

Published by under I'm just rambling.

First time tengok drift ternganga sekejap. Iya lah, mana lah kita tahu drift itu cenggitu. Bawa laju laju lepas itu selekoh terpusing-pusing. Kereta berasap-asap. Bunyi kereta pula meletop letop. Eee seram.

Masa kereta dah dekat dengan I, I lari sambil tutup telinga. Takot kalau-kalau kereta itu terbabas. Ee seram tau. I sarankan bukan sahaja pemandu kereta drift yang kena pakai helmet, semua pengunjung di persekitaran pun kena pakai helmet juga. Keselamatan perlu dijaga. Haha dah macam perhimpunan alien pula kalau semua orang kena pakai helmet.

Tengok itu, kereta itu berasap-asap. Masa ini sempat berfikir sejenak, Syed Sobrie terrel tak buat drift cenggini?

Owner kereta hijau ini adalah husband kepada kakak senior houseman dekat hospital I. Sempoi gila, bini doktor, husband siap main drift lagi. Mula lah bf aku mengada-ngada nak main drift juga. Haip jangan nak mimpi.

Kereta ini macho sikit. Suka Sport Rim bintang-bintang cenggitu.

Namanya Achilles. Mungkin nama panggilan dia Cici. Ololo tomelnya.

Yang ini sport rim dia aku pun tak faham kenapa lain lain. Kereta ini macam ikan joz lah.

Namanya Etoz. Tak macho. Bagi lah nama macho sikit. Eton ke..

Dengan Aaron Aziz.

Haaa.

Yang ini baru betul-betul macho.

6 responses so far

Next »

| |