Archive for July, 2011

Jul 28 2011

Justice will prevails.

Alhamdulillah. Arwah is finally at his resting place. Jenazah selamat dikebumikan around yesterday midnight. Unusual crowd. To get that crowd paying last respect when you die is something everyone should hope for.Everybody cried there.. man, women, all cried for the loss of him. :'( It’s evident that Arwah  was so much loved by everyone.

Macam mana ye, a person, studying  at Japan, missing from Japan, but ends up commit suicide in Patayya Thailand? Tak logik lah!? And WTH is Patayya pun aku tak tahu. Nasi Goreng Pataya tahu lah. Dah obvious tak logik so jangan tanya-tanya dan buat spekulasi sendiri. We know him better than anyone.

He is my same-age cousin, merangkap jiran selang beberapa rumah, merangkap rakan sekelas sekolah agama and also my tiusyen-mate. Arwah adalah seorang yang sangat sempurna di mata semua orang. This tragic death sangat memeranjatkan keluarga besar kami. But we believe Allah love him very much more than everyone, and Arwah must be happy in Him side.

There is nothing I can give but prayer for you..

Justice will prevails.

Losing him had made me realise that life is very short.

We don’t know whether that we will still be alived tomorrow.

Insaf sangat :'(

Al-Fatihah to arwah.

17 responses so far

Jul 24 2011

Polka Dot

You don’t have to go to Malacca to get roti john! Hey hey, Batu Pahat syurga makanan juga. Roti John enak boleh di dapatkan di kedai Polka Dot! Comel namanya secomel kedainya.

Bukan sahaja roti john. Ada burger, steamboat dan macam-macam lagi. Paling uniknya, mereka sediakan pelbagai versi tau. Roti John/ Burger ayam, ikan, daging rusa, daging arnab, daging unta, daging tikus. Eh silap. Daging tikus tak ada.

Roti John Extra cheeeeeeeese.

Cheezy Wedges with blackpapper sauce.

Khusyuk dia kacau Cendol 3 layer.

3 Layer tea, sengaja tak nak kacau.

I memang suka beli air ikut warna baju. -_-

Dan ini lah dia. Ini lah dia dalang nya. Mat Bi namanya. Mat Bi ni ada lagu tersendiri, “Mat Bi, Mat Bi kawanku!” (Nyanyi version Mat Kool) Dalang penyebab utama I jadi sawan roti john. Hari-hari balik kerja nak melepak makan roti john. Yang specialnya, dekat tempat ini disediakan sauce mayonaise, cheese, blackpapper yang boleh kita tuang sendiri seberapa banyak yang kita mahu.

And YES, I want everyone to be as fat as me! Jom kita berpolkadot, kedai area Square One. (Cawangan lain dekat Sri Gading but I don’t know where).

17 responses so far

Jul 20 2011

Bila jadi emak.

I kena make sure to keep maintaining my weight. Kalau dah ada anak yang ramai, perut jadi boroi dan tidak terurus, habis lah kasih sayang husband kita dekat kita semakin tergugat. Sebab nanti husband dah tak sayang kita lagi, dia sayang anak kita pulak. Haip, tak boleh gitu.

Oh i’m so proud of my friend, Any Nadia. Have been married for years, tapi still cun. Menyampahnya tengok badan kau. Bila jalan dengan dia, terasa macam I pulak beranak dua. Dia yang anak dara.

Last night was a blast. Celebrated Any Nadia’s 23rd birthday at NR Cafe&Studio. Imagine lah, I baru balik oncall, mamai-mamai, dapat sms suruh datang cafe at 9pm. I totally forgot bout Any’s birthday tau. Bila kawan I tanya balik, kau dah beli hadiah? OMG hadiah apa ni? Balik kerja baru gelabah cari hadiah!

She is so special for me. Banyak sangat kenangan abadi dengan dia. T_T

Moms of 2 princess. Mya and Dania. Ignore that boy. Tu anak saudara Any.

Thank you for the awesomeness foods.

Hehe sorry pakcik, tak pasal-pasal enterprem dalam blog ni.

I eat alot and I don’t care. Semalam oncall dan tak makan. Dahlah makanan buffet, memang I cedok paling banyak lah.

Alahai comelnya ada anak. Nak menyanyi pun sambil gendong anak.

I kenal Any since secondary school, bila dia dah ada anak ni rasa macam, eee dah besar dah kau Any.

I je tak besar-besar lagi. -_-

Kena paksa nyanyi sebelum balik. I nak balik awal sebab esok oncall lagi. Beginilah denda yang kuterima.

Sorry, suara aku telah merosakkan majlis.

Mya Afrina Qistina Binti Mas Putera.

“Auntie, Mya nak jadi model, Mya suka pakai skirt pendek-pendek sebab bontot Mya seksi”

Ni mesti mak kau yang ajar ni.

“Auntie, headband auntie buruk. Mya punya lagi cantik.”

Ini pun mak kau yang ajar.

Fine. Muka I macam muka “Good Night everyone!” Zzzzzz

Tak ada muka party langsung.

<~<~<~

Anyway guys,

What do you think of early marriage?

Personally I would say, if you meet the right person early, why not? Tengok kawan saya, it seemed to be working out kan. 🙂 Jealous tak? Jealous tak? Duit, cepat lah banyak. Aku nak kahwin jugak.

17 responses so far

Jul 17 2011

Cerita oncall saya.

Published by under Don't sue me!

For me, on-call is one of the worst things about practising medicine. Benci gila. Biasanya kalau esok oncall, a day before mesti muka akan jadi monyok, moody dan keluh kesah dengan mulut berbicara ‘Damn, tomorrow is my oncall day, damn damn damn”

I just came back from post call. Maknanya saya oncall semalam dan kepala lalok lalok lalat hari ini. I sleepless, Eatless, restless, and lifeless. Hari minggu kena oncall, memang lifeless habis.

I started oncall yesterday(Saturday) morning at 7am. Semalam ibarat macam puasa. Pukul 8malam baru sempat makan. :'( Busy dengan new admission yang bukan-bukan, buat itu-buat ini, siap ada patient yang regular ABG every 3 hours.

ABG adalah Arterial Bloog Glucose. Meaning, kau kena ambil darah tepat pada arteri. Bukan salur darah yang lain. Kena tepat dekat situ.

Kau ingat senang nak ambil ABG patient tu, dah lah gemok. Setiap kali nak ambil, kena maki dengan patients and family members sebab gagal sahaja dan terpaksa cucuk 2-3 kali. Sampaikan at last I dah tak tahan and told him, “Fine, you refuse for this blood taking right? I can’t monitor your oxygen in your body, don’t blame me if anything happens”

Dah tachypneic, shortness of breath, pakai biPAP nafas tercungap-cungap pun nak bising. Kau ingat aku nak ambil ABG kau every 3 hours? I don’t want, but I have to.

Itu baru satu patient, tak masuk patient lain yang emo-emo lagi. Nak melayan family members yang entah-apa-apa. Lagi-lagi kalau family members yang educated, macam-macam kerenah. Sampaikan ada yang request “Saya nak ada satu doctor yang jaga emak saya seorang sahaja” AMBOI. Kau nak privacy kau pergi private sana.

Weekend oncall memang tak cool. Dengan mat rempits suka merempits malam minggu. Sekali admission sampai 5 orang sekaligus.

“Boleh cerita balik, macam mana awak accident?”

“Saya berlanggar dengan mamat katil depan ni ha. Mamat depan saya ni cuba nak mengelak brother katil sebelah saya ni. Brother katil sebelah saya ni tergelincir dan bertembung dengan pakcik katil hujung sana.”

Okay welcome to the hospital. Kau nak berlanggar pun berlanggar lah tapi jangan lah pukul 2 pagi. -_-

Eh sebut pasal accident pukul 2 pagi, last few weeks punya oncall was funneh. I merungut sebab ada orang accident pukul 2 pagi and disturbing my nice oncall sleep. Ini minah mana pula yang merempit lagi ni. So when I went to A&E (Emergency room), I nampak my bestie YUN… with Dayah, Pian, Anez, dan beberapa rakan.

“Hey apa kau orang buat dekat hospital aku pukul 2 pagi????”

“Aku yang langgar dia, totin…..”

Erkkkk -_-

Rupanya minah rempits tu bestfriend sendiri. -_-

Eh back to last night punya story.

12am. Datang seorang warga Bangladesh yang ditusuk sembilu. Eh salah, ditusuk panah berduri. Eh salah lagi. Ditusuk pisau tepat di perut. Tak dapat korek banyak cerita dari mangsa sebab datang-datang dah massive bleeding, so kena proceed dengan emergency operation. Zzzz mengantuk woo dalam operation theater. Tersengguk-sengguk. Tapi Intraoperation cool juga, bila kita buka abdomen dia, nampak perut yang dah terburai dengan nasi yang berterabur dalam perut. Dahlah, aku tengah lapar. Nasib baik tak cedok sikit. Hehe gurau. ;p

Operation success pukul 5am. Baru nak horey-horey relax sedikit. Received call from Neurosurgical team, HSAJB.

“Thank you for your referral. We found from CT Brain finding, there is posterior fossa Epidural Hemorrage. #$#@$@ Please sent patient to JB, NOW!”

TIDAKKKKK. Sent to JB? TIDAKKKKK. Salah seorang patient rempits itu kena transfer to JB, sebab otak dia ada pendarahan dan perlukan rawatan segera di Hosp Sultanah Aminah Johor Bahru. Kenapa I cakap Tidak? Sebab I sepatutnya offcall pukul 9pagi. Kalau I pergi JB to accompany patient, meaning I akan balik lewat. Dengan letih gila badan tak rehat-rehat, tak cukup tidur, tak makan makan, memang rasa binasa dunia ini.

Err, I rasa patient itu yang akan binasa dapat doctor yang cenggini sebab silap-silap I tidur dalam ambulans. -_- Nasib baik on that time, I bertindak nekad to call my other friend yang sepatutnya start oncall on 7am, Sunday. Dia start pukul 7pagi, tapi pukul 5pagi I dah suruh dia datang hospital to sent patient to JB. Oh baiknya diaaaaaaaaaaaa,(jahatnya aku. ;p) Thank you sangat-sangat jasamu dikenang pahalamu besar sekali. Nanti mintak patient tu belanja awak ok? Haha tak pasal-pasal.

Pukul 6.45pagi, informed by staff nurse, one patient macam unbreathing. Tiba-tiba kaku tanpa berita. Attended patient secepatnya. Eceh saspen je ayat. Patient adalah penderita Cancer Prostat. Last pukul 12am I ambil darah dia, dia still breathing and responsive. Kiterang tak buat CPR pun sebab dia patient cancer, with poor prognosis. Haih I ni kalau penutup on call mesti ada patient yang meninggal. :'(

Okeylah, I’m so penat now. Pukul 10 pagi baru dapat balik rumah. (hari ahad bukan working day, so can go back earlier, not at 5pm) Bantai tidur till 3pm. Mandi pun tak lagi dari semalam, padahal semalam seluar terkena kencing patient masa nak pasangkan tiub kencing dekat patient tu. Aku pengotor dan busuk.

Esok oncall lagi. *PENGSAN*

34 responses so far

Jul 15 2011

Make up tips that will give you your best!

Published by under How to look beauty?

Acewah tajuk. Gaya macam nak buat tutorial make up. Gaya macam diva sahaja sampai nak buat tips make up dan minta orang semua tiru cara make up dia. Kau ingat kau siapa?

Ini bukan blog diva, jadi tak ada tips bermakeup pon. I just want to share what make up product I use. Memang antara product paling tiptop dalam list I. List of my favourite buys. Beli tak menyesal. Menyesal tak beli.

1. Liquid Eyeliner deep black from Dolly Wink.

Eyeliner paling mudah dipakai begitu sahaja. Tak perlu pening-pening minta bantuan orang pakaikan eyeliner. Ee tak cool lah jadi perempuan tak reti pakai eyeliner. Tak akan ada istilah comot lomot kalau pakai eyeliner ini. Cuba lah try!

2. Volume Mascara drom Dolly Wink.

Memang mengancam wa cakap sama lu. Mata kau sepet sepet aleh-aleh jadi macam dolls!

3. Fake Eyelashes from Dolly Wink

I jarang pakai eyelashes. Tapi kadang-kadang kalau kemaruk, I akan pakai eyelashes jenis ini. Kau tak akan rasa seperti memakai langsir di mata, sebab Dolly Wink eyelashes memang ringan dan seolah-solah kau tak pakai bulu mata palsu pun.

Bila pakai product Dolly Wink, kau akan rasa macam kau ni anak patung yang mata berkelip-kelip bersinar-sinar secara semulajadi. Konon-konon kau lah Sailormoon generasi terkini.

Eyeliner and Mascara from Dolly Wink. *big shiny eyes* Ececeh.

the laziest me.

No lipstik, blushes ke apa, eyeliner dan mascara yang wajib.

Kan dari mata turun ke hati? Mana ada pepatah dari bibir ke hati?

What makeup do you use? Or like?

13 responses so far

Next »

| |