Archive for June, 2011

Jun 27 2011

Tips berhubungan seksual yang sihat.

Topic hari ini 18sx sikit. Saspen tak? Cheh, dah lama tak tulis blog, tiba-tiba buat comeback dengan 18sx. Siapa bawah umur sila ketepi. Shuh-shuh.

Pernah tak kita berada dalam situasi ini. Nak terkencing banyak-banyak kali, jalan pun terkempet-kempet. Dah kencing tapi nak kencing lagi. Bila kencing terasa sakit sakit gitu. Kadang-kadang kita anggap ini benda remeh. Tapi bila penyakit dah sampai merosakkan buah pinggang kita, baru hendak menyesal. Buah pinggang tak ada jual dekat kedai 7eleven!

Kita namakan penyakit ini, URINARY TRACT INFECTION. Yeah, penyakit tipikal orang perempuan. Orang lelaki pun boleh terkena juga tapi sebab tiub dia panjang, so dia terselamat sedikit lah. Bacteria semput sikit nak masuk dalam tiub lelaki. Semput? Haaaaaaaaa!~

Oke merapek je aku ni. Serious balik.

Memang cara ubatinya mudah. Makan antibiotics, Ural Sachet dah beres. Symptoms pon hilang. Tetapi cara mencegah nya macam mana? Kita senang nasihat orang, jaga hygine! Jaga kebersihan kawasan sulit kita. Tapi bagaimana?

Kuncinya adalah..

Kencing dahulu setiap kali sebelum dan sesudah kita berhubungan seksual dengan pasangan kita.


Teliti gambar di atas. Bila kita kencing, kita akan membuang segala bacteria jahat di pundi kencing kita. Cuba kalau kita tak kencing? Bila kita berhubungan, sekaligus bacteria akan jalan-jalan dan lompat-lompat dekat situ-situ kita. Lepas itu kita biarkan sahaja. Bacteria buat perkampungan dalam pundi kencing kita. Meriahnya amboi.

Sekarang dah tahu cara mencegahnya bukan?

Apalagi.

Please share this info with others okey!

Jangan lokek-lokek. Haip!

14 responses so far

Jun 19 2011

Sam suka Nazril.

Nazril itu Farid Kamil. Farid Kamil suka Totin. Keh keh perasan. Dah tengok movie 1,2,3, Cinta. Eh salah. 3,2,1 Cinta? Pergi cepat tengok filem ini. Pergi dengan segera selagi stok masih ada. Engkorang semua kena tengok juga cerita ini.


Sebab ada Farid Kamil kacak gila.

Hehe ok tak habis habis Farid Kamil.

Kalau rasa annoying kau boleh keluar sekarang!

Overall, movie ini sebenarnya simple and ringan sangat. Sesuai lah untuk orang macam I yang bukan kaki movie ini. Selain Farid Kamil, engkorang wajib tengok Diana Amir (Dodi) dalam filem ini. Lagi-lagi yang dah kenal Dodi in person. Kau akan rasa terbeliaq biji mata melihat Dodi yang semakin awesome memegang watak. Gilelah kau!

Dodi yang macam tergedik-gedik malu-malu tersipu-sipu orangnya, memegang watak sebagai gadis tomboy yang terkinja-kinja macam orang gila dan menjerit-jerit bila frustated. Fellamakk! Memang kau akan nampak good improvement bangetlah dalam lakonan dia sekarang.

Rasa macam kopohchi betul tadi. Gambar semua goyang-goyang sebab mulut asik membebel je.

Haha tengok Dodi membebel makjemah.

Kenapa I rasa Dodi makin kurus dan I makin membulat? Chet!

Apa pendapat korang dengan watak dan lakonan Dodi sekarang?

Leave your comments.

p.s; Tak puas lepak. Banyak lagi gossips tak update. Next time balik bp lama sikit!

20 responses so far

Jun 17 2011

Tips menghilangkan tahi lalat tanpa operation!

Published by under How to look beauty?

Banyak-banyak tahi, tahi apa yang tak najis?

Betul, tahi lalat! Walaupun tak najis, tapi kadang-kadang kita nak hilangkan juga. Kita rasa tahi lalat kita annoying kalau tiba-tiba tertempek dekat tempat yang tidak sepatutnya. Tak guna punya lalat. Suka berak merata-rata. Eh eh tak, jangan salah faham ye adik-adik. Takut salah tafsir pula. Tahi lalat bukan diberakkan oleh lalat. Ia adalah sejenis tumor jinak pada kulit.

Sekarang ini dah banyak cara untuk menghilangkan tahi lalat. Laser sana laser sini. Asalkan ada duit, semua boleh buat. Tapi masalahnya, bagaimana kalau tidak ada duit? Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Takkan nak kumpul duit semata-mata nak buat operation buang tahi lalat? Lalat dengar pon boleh ketawa terkekek-kekek.

Jangan khawatir. Jangan Khawatir. Ada cara untuk menghilangkan tahi lalat tanpa sebarang operation! Penggunaan duit sedikit sahaja. Lalat takkan ketawa punyalah. Gerenti.

Bahan-bahan yang diperlukan. (Eceh, macam nak memasak pula)


Kapur Sirih

Sabun Cream

Cara-caranya.

1. Baca Bismillah. Hehe, Iyalah, setiap perbuatan kita mulakan dengan bismillah.

2. Celet sedikit kapur sirih dan sabun cream dalam sudu makanan. Adukkan sehingga sebati. Eh, dalam bekas kecil apa-apa pun tak kesah. Yang penting sikit sahaja. Kau nak sapu tahi lalat bukan nak buat masker wajah. -_-

3. Guna cotton bud / pencungkil gigi untuk mencoletkan campuran tadi ke atas tahi lalat dan ratakan sekitar tahi lalat itu. Make sure it’s tahi lalat. Bukan daki di badan. Kekeke.

4. Tunggu sampai kering.

SAMPAI KERING. Maksudnya tak ada istilah cuci setelah itu. Biarkan sahaja ia menempel. Proses pengeringan mengambil masa lama, dan akan terasa perih. Bila perih. Kau jerit je. Tak payah buat apa-apa. Beauty is pain kan? So yeah, keperihan yang dialami tersebut timbul kerana akar-akar pada tahi lalat seolah-olah terangkat dan mati. Nanti tahi lalat akan terkelupas sendiri.

Mostly, orang kata tidak meninggalkan bekas luka. But sometime akan meninggalkan parut bekas tahi lalat tetapi akan hilang juga, cuma ambil masa sedikit lah. Take times lah beb, kata nak cantik? Tetapi hakikatnya, I tak pernah cuba. Dapat tips daripada rakan-rakan skin doctor dari Indonesia!

INGAT.

Jangan buat-buat lupa.

Cara ini hanya untuk tahi lalat biasa (tumor jinak). Jika anda dapati tahi lalat anda basah, mudah berdarah, gatal atau sakit, segera dapatkan rawatan di doktor berhampiran. Jangan pandai pandai nak letak kapur sirih lah, kapur kasut lah apa. Haip!

Untuk lebih selamat, tidak digalakkan tahil lalat pada wajah. Kulit wajah terlalu sensitif. Perlu lakukan rawatan atas nasihat doctor.

Selamat Mencuba!

75 responses so far

Jun 11 2011

I miss them,

Published by under Camera whore genes!

and I hope they miss me too..

Masa duduk Jogja, life busy juga, oncall juga, tapi tetap fun. Tak tahulah kenapa dan mengapa tetapi kenyataannya, selesa berkhidmat di sana. Eceh, memang statement tak kenang budi. Rindu untuk entry kali ini bukan rindu zaman doktor muda di Jogja. Tapi rindu dengan dunia peragaan. Chellamak ayat.

Dah lama tak berphotoshoot. Lagi-lagi dengan team modeling Jogja. Kalau dulu, setiap bulan dah ada date appointment sendiri untuk shoot. Kira awal-awal lagi I dah susun scedule for shoot. Tired but fun. Bayangkan, balik kerja petang-petang, sebelah malam masih larat lagi buat photoshoot. Tidak pun, oncall seharian, weekend memang pergi buat shoot.

Ini adalah juru makeup peribadi I. Chellamak punya lah diva, siap ada juru make up peribadi. Eh eh tak adalah, I sengaja mengiktiraf dia sebegitu. Kerana sangat selesa dengan cara makeup dia, dan orangnya juga selesa untuk dijadikan kawan. Senang nak share apa-apa idea dan kemahuan kita. Jadi tak adalah rasa muka ketat je bila kena make up.

Ini adalah gambar terakhir, saat terakhir I berphotoshoot di Jogja, di hari terakhir I di Jogja a day before I went back to Malaysia for gooooood. Sedih siyot. Masa ini dapat task berposing di tengah kota Jogja. Memang sayu je rasa posing di tengah kota saat-saat terakhir. Kereta semua toonnnn tooonnn tooonn *itu bunyi hon* Like I care! Kali ini tak kesah pun kereta siap mengelak-ngelak nasib tak ada yang accident pabila melihat jembalang putih di tengah jalan. Kihkih.

Sanggup ke Bandung pada weekend bila dapat offer dari sana. Sanggup!

Agak rapat dengan photographer ini. Masa dulu iyalah, sebelum balik Malaysia, “Ntar aq ke Malay kita poto2 dsana pula! Tunggu yaa aq pasti koq kesana” Eceh pigidaaa. Pancing abis ayat. Sekarang masing-masing buat haluan masing-masing. Hwaaa.

Singing and have fun after the shoot memang ritual kita selalu. Penat penat bekerja so crew semua akan lepak lepak belanja makan dan berkaraoke.

Bila lagi dapat merasa diva?

Overall, in conclusion nya lah kan. I miss them banget banget! I will never forget them and I hope they won’t forget me and the good times we had. Kalian masih ingat aqu lagi ngaaaaa?

Sejak bekerja di Malaysia, semua orang yang offer nak shoot lama-lama jadi annoying dan malas nak layan I lagi. Sebab I asek pospone-pospone-pospone, cancel-cancel-cancel. Kadang-kadang dah dapat time, tapi mata bengkak sebab post call balik kerja, kena reject pula.

It’s different tau, dengan benda yang kita buat, penat, tapi kita minat.

Dengan benda yang kita buat, penat, tapi kita tak minat langsung.

Tak apalah. Mungkin memang bukan rezeki dekat situ.

=(

Eh, senyum lah Totin, senyum! Kenapa masam ni?

='(

Laa.. nangis pulak.

4 responses so far

Jun 08 2011

Kerana Totin, badan binasa.

SAYA SUKA MAKAN

Iya itu satu statement. Statement yang akan buat orang tanya iye ke? Iye ke? Iye ke? Elleh tak percayalah. I akan makan sehari 5 kali. Pagi pkul 6.30am sebelum pergi kerja. Pukul 10pagi bila ada rakan sekerja pelawa makan. Pukul 1 petang makan lunch, balik kerja pukul 5 petang mesti nak pergi makan, sebelum tidur pun nak makan.

MasyaAllah banyaknya makan.

Sampaikan kawan-kawan akan cakap, bila keluar dengan Totin je badan binasa.Sebab I akan paksa mereka makan juga!  Tak kira, kau kenyang ke kau dah obese ke, kau kena makan juga. Dah lah setiap kali makan, I akan order 2 macam makanan untuk I seorang. Lepas itu I akan paksa orang lain pun order cenggitu juga. Annoying tak? Maka satu pepatah baru mereka cipta, “Kerana Totin, Badan Binasa”. Konghajo.

Semalam, Rody datang BP. Motif?? Sebenarnya nak hantar gitar I je. Lama gila tak petik gitar Kitty kesayangan sampaikan I cakap nak gitar, nak gitar sehari 5 kali kepadanya, maka akhirnya dia rasa annoying (kot) sebab itu terpaksa turun BP. I think he was terpaksa kot sebab actually dia banyak kerja kat KL tu. Kih kih kih. Like I careee ;p

Lepas itu I pun blurr tak tahu nak bawa dia ke mana. Jadi kedai kedai makan lah tempatnya! Sampaikan kedai terakhir semua dah tak larat makan, tapi I tetap order juga. Keh keh keh..

Rod makan nuggets je. Itu pun sebab terpaksa. Dan I makan sandwitch 4 tingkat. -_-.

Gigih tu aku nganga mulut besar-besar.

Rod is not typo ok. Bukan tertinggal huruf “i”. Sengaja panggil dia Rod, baru lah nampak macam jawa totok.

I tak suka jadi orang yang kena snap picture sendiri bila kita ambil gambar ramai-ramai sebab nanti muka kita akan jadi paling besar dan bulat. Kah kah kah Eekin jadi mangsa!

Tapi pelik kenapa orang akan tanya I, “Kenapa makin kurus?”

Mungkin zat-zat makanan telah ditelan oleh stress yang melanda sehingga jadi begini. -_-

11 responses so far

Next »

| |