Archive for May, 2011

May 29 2011

Weddings marathon.

Sebenarnya kalau kita pergi wedding, benda paling best adalah bila dapat berkumpul bersama rakan-rakan childhoods. Masa inilah kita dapat bergosip gosip, dan bertanya soalan rutin, Hey turn kau bila lagi? Walaupun kadang-kadang terasa soalan itu annoying, tapi weddings orang kita wajib datang. Nanti bila kita kahwin tak ada orang datang pula. -_-

Dan bila dapat sourvenir pengantin di setiap majlis, mula lah kami compare-comparekan. Hey apasal aku dapat sikit, kau dapat banyak? Kah kah kah kau lelaki, kau tak dapat berkat.

Jejaka bertahi lalat manis di hidung segak berkemeja ini adalah bestfriend I sejak kecil. Alamak tiba-tiba terasa loya pula memuji dia. Tapi iya lah, lama betul tak keluar dengan dia di Batu Pahat. Sebab sebelum ini mesti meet up dekat KL. Eceh bajet nya kita ini. Sampaikan bila nak fetch dia je…

Hey I’m somewhere around your Taman. Which one is your house?

Where are you?

At Taman Budaya lah!

I dah pindah dari situ 5 tahun yang lalu, ngok.

-_- Siap confident round round Taman Budaya cari rumah dia.

Salah seorang dari geng kami tak dapat join. So kita anggap Bantal Teddybear itu sebagai Eekin.

Lempang nak?

Eh sampai terlupa nak tunjuk gambar weds. Kiterang sebenarnya nak pergi 5 weds, tapi macam dah tak terdaya dan weds ke3 je dah pukul 3.30pm. Nak pergi weds ke 4 silap-silap kena basuh pinggan pula nanti.

Rumah terakhir, sampai-sampai je terus naik pelamin ambil gambar. Lepas itu budak-budak semua terus bersurai. Balik rumah tengok gambar balik, eh tadi ada Razanah? Eh Ct pun ada ke tadi? Eh Wawa dah pregnant!

Nampak sangat tadi mementingkan gambar sampai lupa nak salam-salam masa derang nak balik. Ish ish ish.

7 responses so far

May 27 2011

Ini satu luahan hati.

Published by under Don't sue me!

Pernah tak kau rasa perasaan cenggini. Dulu masa mula-mula masuk sekolah rendah, selalu berangan nak pakai kain biru muda. Bila dah sekolah menengah, terasa tak sabar nak masuk university. Yelah, bajet zaman U ni dah kira adults habis lah. Waktu itu nak bercinta pun tak ada siapa boleh larang konon-konon dah matang lah. Konon-konon. Bila dah masuk U, rasa feed up dengan study, tak sabar nak kerja. Nak pegang duit sendiri. Masa itu dah bayangkan bila kerja baru ada life, tak payah bangun pagi-pagi pergi class. Tak payah hadapi exams and all.

Tapi bila dah kerja. Rasa macam nak masuk sekolah rendah balik. FINE.

Yeah, worklife memang sux. My worklife lah. Tak sama macam apa yang aku bayangkan. Okeh I prefer to use aku-kau in this entry sebab nak bagi kau orang semua selami dunia aku sekarang ini. Kau bajet jadi doctor ni best sangat ke?

Aku pergi kerja pukul 7 sharp. Sebenarnya pukul 6.30am tapi aku pemalas dan whatever I don’t care. Bila sampai hospital, aku kena review semua patients dalam ward. Satu katil ke satu katil. Aku kena make sure aku tau kesemua patients aku dari penyakit dia sekarang sampai penyakit lalu-lalu, perawatan yang telah diberikan and my futher management semua. Aku kena hafal. HAFAL SEMUA PATIENTS. Lepas itu akan datang doctor MO berpangkat atas sedikit lah dari aku yang diibaratkan doctor kuli batak ini. So doctor berpangkat atas sedikit akan round patients satu-satu dan aku kena present semua case patients ke dia.

Lepas itu akan ada round dengan Dr. Pakar pula dan edisi bantai membantai berlaku lagi-dan lagi. Apatah lagi dengan aku doctor baru yang blur dan sungguh tak faham dengan sistem kedokteran di Malaysia, akulah mangsa utama untuk dibantai. Terima kasih, I miss Rumah Sakit Sardjito, Jogja secara tiba-tiba.

Kau jangan bajet keliks kau akan tolong kau. Rakan-rakan sekerja kadang-kadang tak sama macam rakan kita waktu kita belajar dulu. Masing-masing ada ego masing-masing. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Kau tak tahu, itu masalah kau. Alaa rindunya dekat rakan-rakan Indo. -_-

Jadi doctor, kau tidak akan ada masa untuk duduk. Pernah ke kau jumpa meja doctor? Tak ada kan. Yang ada meja nurse sahaja. Dekat mana nak duduk pun tak tahu. Masa ini lah kau akan rasa nak import tukang pijat peribadi.

Oncall? Apa itu oncall? Ooo kau ingat best lah oncall sebab kau akan dapat extra $$ setiap kali kau oncall. Dalam sebulan ada 10 kali oncall, happy ke dapat $$ extra banyak banyak? Okay sekarang kau bayangkan, waktu kerja macam biasa pukul 7pagi sampai 5 petang. Bila hari itu kau oncall, hidup kau akan menderita sehingga ke-esok-kan harinya. Orang balik pukul 5 petang, kau tak boleh balik lagi. Kau kena sambung kerja sampai pukul 7 pagi ke-esok-kan harinya, itu oncall time. Tapi sebab 7pagi sampai 5 petang adalah working hours, so kau tak boleh balik lagi. Kau sambung lagi kerja sampai 5 petang. Paham tak?

Kesimpulannya kau akan kerja sebagai contoh pukul 7 pagi (25May) dan balik kerja pada 5petang(26May). 36jam Non stop working, memang balik-balik oncall aku akan terkulai layu topup tidur yang lama. Lepas itu esok kena kerja lagi macam biasa. Dan oncall lagi dan lagi.

Bila kau oncall, kau bukan handle ward dengan kawan-kawan. Tanggungjawab kau besar sebab kau handle 1 ward seramai 30++ patients seorang-seorang. Belum termasuk patients baru yang datang emergency pukul 12 malam, 1 pagi, 2 pagi, 3 pagi.. Menangis kau seorang-seorang. Menangis kauuuuuu. Bukan patients yang menangis, doctor yang menangis.

Kerana pekerjaan aku bermain dengan nyawa, aku tidak boleh melakukan kesilapan. Walau sekecil mana kesilapan, kesemuanya akan menjadi satu kes besar. Apatah lagi di Malaysia. Semua orang nak sue sana sue sini suriram suriram ram ram. Yes, aku pernah buat kesilapan besar sehingga aku kena turun naik pembicaraan. Kau tengok twitter aku sampai nak meletop aku mengamuk nak gantung diri, hanya kerana kesilapan aku pada malam oncall tepat jam 2.30pagi. Aku rasa horror gila sampai sekarang kalau aku pergi ward kanak-kanak aku jadi trauma. Surat layang pertama aku terima setelah 5 bulan aku bekerja. :'(

Tapi aku manusia biasa. Tidak lepas dari kesilapan. :'(

Paling rasa loser bila aku doctor, tapi aku tak boleh buat. Aku doctor tapi aku tak tahu macam mana nak manage patients. Aku tak tahu nak buat itu, buat ini. Serious loser gila aku dengan pekerjaan ini. Bila tengok pekerjaan orang lain rasa sebak dijiwa. Kenapa aku terperangkap dengan dunia ini padahal aku betul-betul tak layak dengan gelaran ini? Aku benci dengan title aku sekarang.

Anyway in whatever way, aku nak berterima kasih tidak terhingga untuk keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa bagi aku semangat untuk teruskan pekerjaan ini. Memang banyak rintangan onak duri selama genap 5 bulan aku bekerja. Terharu bila ada kawan yang still keep saying that I’m not stupid. -_-

Ini adalah lagu favourite aku, bila aku down. Errr, actually, bila aku tak down pun, jadi lagu favourite aku juga. Memang lagu ini banyak bagi aku kekuatan. Kekuatan untuk nyanyi lagu ini sebab high pitch.  Eh eh, tak adalah.

Himpunkanlah kekuatan

Usahlah ditaburkan

Seribu kemanisan harapan

dari GENGGAMAN.

Seolah-olah menyuruh aku tetap kuat dan semangat untuk sesuatu yang aku dah genggam.

25 responses so far

May 24 2011

Cuba teka siapa Dr T. Ok soalan boleh tahan bodoh juga.

Published by under Celebrity Oops!

Nasib baik Dr. T. Oh nasib baik pakai initial T. Patients aku tertonggeng tonggeng selak Majalah Mangga dekat ward tapi tak cam pun siapa Dr.T, Phuhhhhhh.  All I hope is my patients don’t read this. Nanti satu kerja pula aku nak kena kirim salam dekat Rody.

Ish Rody ni, kot ye pun nak bercerita tentang perkenalan, cerita lah unik-unik sedikit. Konon-konon kita berjumpa sewaktu sedang menunggu bas ke, baru lah klasik. Sewaktu sedang bersiar-siar di tepian pantai ke, baru lah nampak romantik sedikit.

Ni dekat Yahoo Messanger?? Sangat whatever. -_-

Dan kenapa gambar ini menjadi pilihan? -_-

Hoa, I miss this moment. Rindunya dekat mereka. Since that day, I’m super busyyyyyy until I really don’t know when I can met them again. Nak harapkan orang KL turun Johor memang takkkkk la kan? Ye lah I know I live at kampung.

Touching kejap.

Kesimpulannya, jangan lupa beli majalah Mangga bulan June kerana ada gambar saya dan Ashraf Muslim! (Walaupun pada muka surat yang berlainan -_-)

Yahoo akhirnya tercapai impian nak keluar majalah dengan Ashraf Muslim Haha wtf.

19 responses so far

May 21 2011

Totin Jamain’s Giveaway!

Published by under Ladies & Gentleman!

Believe me, ladies and gentleman, you will NOT want to miss out on this punyalah!!!  I’m giving away a FREE Health and Beauty Products (Rm50 -rm100 value) I baik kan? Bluwerk. I probably don’t even need to tell you much lah products apa, you guys can go and see from my left sidebar ni.

All you need to do are,

1. You MUST be a follower of my blog. (Google Friend Connect). A Must tau.

2. “Like” the Facebook blognetworks for my blog (Whateverlife!).

3. Add me to your blog roll. / blog links.

4. Review my blog with a topic: Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain?

(can post in English or Malay suka hati kau lah)

Your entry mesti menjawap all there questions:

Ques 1: Kenapa saya suka baca blog Totin Jamain?

Ques 2: Dari mana saya tahu tentang blog Totin Jamain?

Ques 3: Totin Jamain adalah seorang…

Ala-ala macam slogan nak isi borang peraduan gores dan menang. Bukan susah sangat pon.

Ques 4: Saran?

Saran kan lah whatever you want. To make this blog more fun sebab I dah kering idea nak update apa lagi. Or maybe you guys ada request apa-apa untuk info dikongsi bersama?

Boleh menulis mengikut kreativiti masing-masing.

5. And leave a comment on THIS post letting me know.

6. Grab this button and post on your blog’s sidebar (leave the link)

Can resize lah kalau besar sangat.

Kacanggggg  je kan? ENTRIES WILL BEGIN ON SATURDAY, MAY 21ST AND LAST THROUGH ….err I haven’t decided until when. Nanti I akan umumkan a week before closing date!

I am going to pick the 3 biggest action takers. I look forward to also telling the entire audience about you and your blog too. So what are you waiting for?

Spread this giveaway and share this post to your Facebook.

Thankyouverymuchie!

Sayang korang!

42 responses so far

May 19 2011

Where is my kampung?

I just got back from my kampung last weekend. After fewwww years. Adelah dekat 5 tahun.  -_- I’m sorrryyyyyy, nenek. *Gaya Amir Maharajalawak* wtf.

My kampung on my mother’s side terletak just opposite the Singapore tau, Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Buka tingkap dah boleh nampak Singapore. Cheh. I panggil nenek as “Nyai” dan datuk dengan panggil “Yai”. Nyai and Yai both dah tak ada. Both meninggal while I was studying in Indonesia. -_-

Actually my Nyai is Singaporean. Dulu I pernah tanya Yai, macam mana dia ngorat Nyai. Yai cakap cenggini, “Yai pergi dekat tepi laut dan jerit Nyaaaiiiiiiiiiii, lepas itu Nyai jerit dari seberang sana”, Sambil menunjukkan arah pantai Singapore. Aku pun percaya dengan lugu nya. -_-

Nyai Yai Nyai Yai mesti korang pening nak pronounce. Whateverlah, tak penting. Benda penting yang I nak cakap adalah, Kampung Sungai Kapal adalah cantik sangat, kau orang je yang tak tahu kan?

Nama pun Kampung Sungai Kapal. Jadi banyak kapal berlabuh di sini. Eceh. Setiap kali balik kampung, (padahal dah 5 tahun tak balik) mesti nak landing sini menikmati lanskap kapal cantik-cantik sambil usha MS.

MS itu Mat Saleh tau, bukan Mamat bin Saleh, atau bukan juga Mamat Sepah. wtf?

See, see, usha Mat Saleh pakai short.

youuu

Sebenarnya takut takut. Bila kita melangkah je, papan tu jadi goyang goyang.

Eh eh eh eceh.

Jom kita naik kapal ke seberang sana.

Vroom vroom, I yang drive.

Balik kampung bertiga with mama and auntie Annie.

I am not going to be responsible if you fall in love with my kampung.

My peaceful kampung sejuk nyaman deruan ombak laut.

Okeh gambar terakhir ini memang betul-betul dah sampai kampung, mandi-mandi dan ganti baju gaya orang kampung sambil bermain buaian ala-ala bawang putih bawang merah. Haha sempat lagi tukar dress up dan sambung bergambar.

Anyone from here, Kampung Sungai Kapal? Errrr but I don’t think so kot. Sebab nak online dekat sini pon tak dapat line. Celcom line pon kejap ada kejap tak ada. Blughhhhhhh memang feeling kampung abis! -_-

15 responses so far

Next »

| |