Archive for April, 2011

Apr 28 2011

Bukan sekali jalan berduri, Hanya Tuhan yang pasti mengerti…

Lately ini adalah minggu stress. Gua bajet je bagi tips hadapi stress tapi gua sendiri tak reti handle. Tapi tak apalah setelah lama gua fikir, gua rasa ada baiknya kejadian yang berlaku. Sedikit sebanyak bagi gua pengajaran dan menjadikan gua lebih berhati-hati sewaktu bekerja. Gua kena tabah. Tabah itu kan ujian Tuhan. Gua kan kuat. Kata Gengster Batu Pahat..?

Ni apasal tiba-tiba gua gua pulak ni? Mesti berjangkit dengan patient tomboy yang masuk ward tadi. Tak pasal-pasal I kena ber-Gua Lu bila nak cakap dengan patient tu. “Lu sakit apa beb?” “Gua nafas sakit la doc!” Pehlamak gengster betul pembicaraan.

Sambung balik,

Di samping masalah pekerjaan, hari ini juga adalah hari kehilangan makcik terdekat (sebab rumah paling dekat), ciksu saya. Ciksu adalah penderita cancer sejak 5tahun yang lalu.

Paling touching bila sebulan lalu, ciksu sempat dimasukkan di wad tempat I kerja. Bila habis oncall, penat-penat lepas itu melawat ciksu. Takpun bila lepas stress kena maki ke apa, lari pergi katil Ciksu. “Awak jangan nangis, kena tabah, kerja doctor memang penat. Tapi tak lama, 2tahun je awak terikat lepas tu awak bebas. Ciksu bangga awak sekarang dah jadi doctor” patutnya I yang nasihat Ciksu supaya tabah sebab Ciksu patient, tapi terbalik pula. Okeh, nangis kejap. -_- alamak keyboard basah, kejap nak kesat.

Alfatihah buat bonda Syera, Shafiq, Din, Shamim dan Shedah Abu Ani.

Terima lah serangkap pantun dari saya.

Tuhan sengaja, menduga kita,

Di mana kesabaran manusia..

Eh bukan pantun rupanya.

8 responses so far

Apr 27 2011

Give up!

Published by under Please don't give up!

Assalammualaikum,

Mulai hari ini, sudah tidak ada lagi page Dr. Totin Jamain di Facebook. Tiada lagi ruangan soal-jawap kesihatan di facebook. Tiada lagi sesi beramah mesra di sana. Tiada lagi semua itu.

Tindakan permanently delete this facebook account ada sebabnya. Mungkin tidak layak?


13 responses so far

Apr 23 2011

Ashraf Muslim bertunang dengan doktor.

Published by under Celebrity Oops!

Ingatkan I, rupanya bukan. Penat juga tunggu rombongan depan pintu hari ini, tak ada pula. Sampai hati kau Ashraf. Kau mendustakan cinta kami. Eceh. Berangan.

Tapi sampai hati juga lah sebab cakap belum berpunya lagi. Penat aku kobar-kobar potong gambar kau satu-satu tampal tepi dinding. *Acah je* Sia-sia rupanya usaha ku selama ni. Penat aku bela lembu semata-sama nak memikat hati kau, ternyata tektik ku tidak menjadi. Sekarang juga I nak pergi sembelih semua lembu tersebut.

Apa-apa pun, congrats untuk seorang pelakon muslimah sejuk hati memandang yang selamat bertunang dan bakal menamatkan zaman teruna nya 1 Syawal ini. Sroooooooooooooot *Nangis kesat hingus*

Esok lusa keluar headline Farid Kamil bernikah dengan doktor.

Yang itu confirm aku.

14 responses so far

Apr 21 2011

Imej pergi kerja.

Automatik menjadi skema dan serious. Muka tak boleh blah. Tanpa secalit make up. Tak kuasa betul nak berhias apatah lagi jika hari oncall. Memang muka kuali. Jangan kan waktu make up, nak mandi pon tak sempat. Kadang-kadang nak kencing pon terpaksa tahan berjam-jam.

Masa awal-awal minggu baru bekerja, I berambut serabai. Rambut I panjang sampai ke pinggang, sehinggakan imej rambut mengurai pergi kerja  amatlah bercanggah dengan etika doktor. Apatah lagi jika oncall malam hari akan kelihatan rambut mengurai-ngurai berjalan di wad. Tak ubah seperti !@#$%$% .Okeh tak nak sebut.

Oleh kerana itu, I telah membawa imej berambut Sipot ke hospital. Ha Ha Ha, akulah satu-satunya doktor berambut sipot. Senang, tak panas, tak serabai. Hanya kerana I tak sanggup memotong rambut pendek, oh no wayyyyyy! Rambut adalah mahkota ku. Eceh.

I pakai serabut, sebab nak cepat pergi kerja. Kalau nak lagi kemas, kasi minyak sedikit biar rambut tak kucar kacir.

Nah I bagi vblog cara-cara memakai hair clip untuk berambut sipot. Lepas ini siapa dekat hospital itu jangan nak tanya-tanya I macam mana pakai sanggul ini. Penat dah I buat video. Eceh bajet ade orang hospital baca blog aku lah tu. Hopefully NOT -_-

Senang kan?

Mari kita bersanggul ramai-ramai pergi kerja!

Sanggul ini akan bertahan berjam-jam lamanya, seharian pun tahan. Rambut tak akan lepas. Dia memang grip betul lah.

Banyak lagi style boleh buat dengan hair clip ini. Suka hati lah kalau tak nak sanggul, ikat lah apa yang korang nak. Memang style!


Boleh buat koleksi. Beli dekat mana-mana kedai hiasan rambut, mesti ada.

Selamat Mencuba! 🙂

…..

….

..

.

Twiiiittt. Nak sambung lagi sedikit.

Di kesempatan ini, I nak mengucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AILYL DAN PASANGAN.

Tengah sibuk on call bekerja berpeluh-peluh dapat bbm adik Ida,

Kakak! Ailyl dah kahwin?

Aah. Ailyl kahwin tapi bulan 6 ni. Nanti kita pergi sama-sama.

NO. Dia dah kahwin!

??

Confident betul I cakap dia kahwin bulan 6. Chet. Nasib baik I tak ambik cuti awal-awal semata-mata untuk wedding Ailyl bulan 6. Ha ha tak guna kau kahwin dalam diam rupanya. HAIP. Bila dah kerja ni rasa loser habis tak tahu kisah dunia semasa. -_-

Tahniah.

Doakan jodoh I pula.

15 responses so far

Apr 18 2011

Kenapa perut buncit?

Perut buncit tatkala ini *ecewah ayat* menjadi masalah terutama sekali untuk sang jejaka. Perempuan buncit tak apa, kita boleh cover dengan berkata “Ada baby kat dalam”. Tapi kalau lelaki? Perasan tak, perut yang buncit selalu menjadi bahan gelak ketawa kaum perempuan macam kita ni, “Kah kah kah perut dia macam bola” Ish, tak baik tau korang ini. Daripada kita ketawa kan mereka, apakata kita bagi mereka tips menguruskan perut yang boroi itu.

1. Makan slow and steady.

Jangan gelojoh-gelojoh nanti tercekik. Dahlah tercekik, dapat perut buncit pula. Kan rugi namanya. Bila kita makan secara tidak senonoh dengan menelan terlalu cepat, udara dalam usus akan membentuk gas dan terperangkap di dalam perut sehingga membuatkan perut menggelembung.

2. A diet with plenty of high-fiber foods!

Makanlah buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan masalah gelembung. Buah Apple dan Pear adalah antara buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi dan bagus untuk menggelakkan perut buncit.

Makan makanan high fiber dapat mengelakkan kita sembelit. Yes. Buah-buahan! Sedar tak, bila kita buang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu, kita dah dikatakan sembelit. Sebaik-baik sistem pencernaan manusia yang normal adalah buang air besar sehari sekali. Sekarang korang keluarkan kalkulator, berapa kali korang buang air besar dalam seminggu?

3. Minum banyak air

Ada orang kata, jangan minum air banyak-banyak nanti perut buncit! Wakluuu. Mitos zaman bila kau pakai itu? Sebenarnya minum banyak air dapat mencairkan kandungan Sodium/ Garam dalam badan dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah air yang keluar dalam badan kita. Selain itu, air yang banyak dapat mengeluarkan sisa toksin dalam badan. Kan bagus! Jadi, jangan takut minum air sampai terkencing-kencing pun tak apa.

4. Bersenam.

Bila cakap bersenam je, semua macam malas nak layan. Too typical! Semua orang tahu bersenam itu bagus, tapi malas nak buat. Sebab apa? Sebab tak tahu, orang yang bersenam dapat menggerakkan cairan dalam perut –> masuk ke dalam salur darah –> dikeluarkan sebagai peluh / masuk ke hempedu dan menjadi air kencing. Sekaligus dapat mengelakkan perut memboroi.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN!

MAKANAN YANG MEMBOROIKAN

1. Garam

Garam itu jahat. Selain dapat menyebabkan darah tinggi, garam dapat menyebabkan perut membuncit. Garam dapat menarik air dalam jumlah yang besar dalam tubuh kita dan menyebabkan water retension.

2. Makanan bergoreng

Makanan bergoreng memang sedap. Tapi yang sedap itulah yang tidak berkhasiat. Makanan bergoreng dapat memperlambatkan proses pencernaan dan menyebabkan lemak berkumpul dan membuat perkampungan di dalam badan. Kampung Lemak namanya. -_-

3. Minuman bergas.

Minuman bergas yang ada gula buatan ini semestinya akan dapat diubah menjadi lemak dengan lebih cepat. Dan oyeaaah, perut akan membuat gudang lemak! Tadi Kampung Lemak, sekarang dah jadi Gudang Lemak. Aku kayaa! Kaya Lemak! -_-

Okeh cukup. Tak payah list banyak-banyak nanti semua makanan engkau orang semua tak nak makan. Alih-alih jadi anorexia kurus kedengking macam orang Somalia pula semua readers blog ini, sebab tak nak makan semua. Ingat ye, bukan tak boleh, tapi setiap makanan kita makan, haruslah berpada-pada. Ingat kesihatan kita, bukan untuk diri sendiri, tetapi keluarga dan orang tersayang.

Fellamak, panjang betul syarahan saya pada hari ini. Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik wal Hidayah..

Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

15 responses so far

Next »

| |