Archive for March, 2011

Mar 28 2011

Mari mewarna.

Remember bakat terpendam I tak? Yea yea yea tak ingat. Logik juga, siapa lah aku ni yang kau nak ingat kan?

Kerana bakat terpendam itu, I telah menyalurkan ilmu di sanubari kepada adik I yang berusia 11tahun. Membantu adik mewarna untuk contest anjuran XYZ. Kih kih kih, main ngelat. Ala, mengelat sikit-sikit sahaja. Adik I tetap mewarna, I cuma tolong ajarkan dia cara mewarna dengan betul. Lihatlah perubahan lukisan dia.

Suruh adik warna dasar dulu, lepas itu baru I tolong ajar cara mewarna dengan betul.

BERTUKAR! *Gaya transformers*

Tone warna, tu yang penting!!

Nazim dah pandai mewarna dengan hebat sekali. Masuk contest lukisan banyak-banyak. Bila menang jangan lupa share-share!

30 responses so far

Mar 26 2011

Saya buka perniagaan!

Published by under Ladies & Gentleman!

Jawatan Kosong!!

Tiba-tiba I buat offer untuk jawatan kosong. Sebenarnya I sedang mencari pekerja untuk perniagaan baru I. Alah, saja buka stall kecil-kecil tambah pendapatan. Stall apa, nanti lah I promote. Tungguuuu.

Big boss. Eceh.

Berita baik-berita baik!

Bagi lepasan-lepasan SPM2010 yang tak ada pekerjaan, yang rasa frustated tak tahu nak kerja apa selepas result SPM yang mendukacitakan, ini peluang terbaik untuk anda. Kalau tak lepasan SPM pun tak apalah, yang penting berumur 15tahun ke atas, yang mak tak marah bila bekerja. Jeng jeng jeng.

Waktu kerja: 6petang ~12malam.

Lokasi: Taman Impian Emas, Johor Bahru.

Kelayakan: Punctual, Jujur, setia, pembersih, budak yang baik, handsome dan kacak sebagai bonus.

Gaji: ~~ Rm500 (Nanti I fikir balik nak bagi gaji berapa)

Untuk yang betul-betul berminat, boleh message inbox Facebook I.

Ini first stall saya. Lepas ni I buka dekat area Mantin, Balakong, Batu Pahat, KL, ect ect kalau ada yang berminat nak kerja dengan I, boleh roger roger dari sekarang selagi ada jawatan kosong. Eceh eceh eceh banyak banyak.

29 responses so far

Mar 21 2011

Keputihan adalah petanda MANDUL?

Jangan gelabah. Bukan maksudnya sesiapa yang ada keputihan, bermakna dia adalah mandul. Nanti I jelaskan. Kejap.

Apa itu keputihan? Sang teruna mesti berkerut kerut tak faham. Apa yang putih ni? Bukan susu pekat manis ye. Tapi keputihan adalah cecair lendir yang keluar dari Mrs V (vagina) kita. Vagina orang perempuan lah, kalau kau tak ada benda alah ini kau diam.

Selalu orang tertanya-tanya, normal kah kalau ada keputihan? Atau ini satu jenis penyakit? Sebenarnya ada 2 jenis keputihan yang kita kena kenalpasti. Keputihan yang normal terjadi 14 hari sebelum haid. Waktu itu adalah waktu subur seorang perempuan. Hormone kita melimpah ruah untuk mempersiapkan kedatangan berudu ke dalam telur kita. Kiranya keputihan itu menjadi daya penarik kepada berudu. SEBAB ITU, bau keputihan yang sihat ini tidak busuk. Bau dia macam, erm.. bau yang digemari lelaki? Errrrrrrr.

Keputihan yang tidak sihat adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, gatal-gatal, berbau busuk sampai laki kau pun tak nak dekat, apalagi berudu dia. -_- ITULAH PUNCA KITA MANDUL. Eh bukan kita, sesetengah orang yang mandul maksudnya. Biasanya, permulaan terjadi keputihan tidak sihat ini kerana kelembapan di bahagian princess V kita, sehingga menggalakkan pertumbuhan kulat, virus dan bacteria. Eeeee. Bayangkan cepat, dekat dalam princess V kita tu tumbuh cendawan kulat kulat pokok-pokok. Eeeeeeuw.

Kita tak boleh ambil remeh tentang ini, lama kelamaan, bacteria atau kulat dari princess V kita boleh menyebabkan cancer / tumor/ atau ketumbuhan rahim. Bau keputihan menjadi semakin membusuk, kadang-kadang disertai tompok-tompok darah. Lebih ketara lagi apabila kita melakukan hubungan #$%^& lalu keluar darah dari princess V kita.

INGAT. JANGAN BUAT DUNNO JE DENGAN KEPUTIHAN! SEGERA DAPATKAN RAWATAN!!

Tips menjaga Princess V

  1. Sentiasa keringkan Princess V kita setelah membasuh, sebelum memakai spentot.
  2. Sering shave bulu bulu disitu, sekaligus mengurangkan risiko terperangkap kotoran dan bacteria di sekitar semak samun.
  3. Bersihkan Princess V menggunakan sabun feminine wash 2 hari sekali. Jangan basuh tiap-tiap hari kerana akan membunuh flora normal daerah V kita.
  4. Gunakan spentot yang mahal-mahal sikit. Jangan beli jenis satin sebab akan memberi kelembapan dan panas di daerah princess V kita.
  5. Rajin rajin ganti pembalut wanita kita jika haid.

24 responses so far

Mar 15 2011

Opps! Cheese Tart!

Dari hari itu mengidam Cheese Tart. Tengok dekat buku resipi, nampak Cheese Tart sahaja berangan nak buat sendiri. Tapi tak ada masa. -_- Jalan-jalan Jusco Bukit Indah, JB ternampak Opps Cheese Tart. Memang menggoda. Ada 12 jenis cheese tart pelbagai perisa. Korang kena try semua. Gerenti puas hati.

Muka ceria abis dapat beli cheese tart!

Saja letak gambar besar-besar biar air liuh korang menjejeh-jejeh.

rm38 for one dozen.

Expensive but worth it!

Percayalah!

Betapa jakun nya sampai orang beratur kat belakang pun bengang bila lah perempuan ni nak blah dari kaunter untuk bergambar?

Ingat tak dekat previous entry I semangat gila nak pergi tengok show dia ni. Tapi last-last dia tak bagi ikut sebab show dia lewat, dalam pukul 10 malam. Esok pagi-pagi I kerja, on call pula. Kesimpulannya dia tak bagi tengok show dia. Sampai hati kau. Sampai hati kau. Srooooottt *kesat hingus*

Nasib dia baik hati nak jalan-jalan Jusco. Jalan-jalan di shopping mall yang sesak pada hari Sabtu dengan dia, sungguh tidak privacy. Nak makan gelojoh pon kena kontrol kontrol sebab semua mata memandang kepadaku. Eh tak. Memandang dia actually. I je yang perasan. Kih kih kih.

16 responses so far

Mar 12 2011

Let the stress out.

Published by under I'm just rambling.

Working hours are so important this days. But it becomes disgusting when you fail to manage what you deserve while working. Actually, semalam kena marah dengan my own keliks. Eh orang sebut keliks tapi I tak reti eja tiba tiba blank macam mana nak eja keliks so I eja keliks macam gini. Adik-adik jangan tiru. So whatever, I don’t care bout that plus I don’t want to remember all those sedih sedih tu. Nak marah-marah lah. It won’t effect my gaji per month.

But one thing is, seumur hidup, I tak pernah marah kawan I sendiri. Tapi tak apa lah. That’s life! Kawan realiti kita tak sama dengan kawan di tempat kerja. 🙂

I just went back from on call work. Eventhough malam tadi tak tidur tapi pagi ini bersemangat balik kerja terus make up dan bersiap-siap. I’ve a date, eceh date lah sangat! Sebab tu saya cool je sekarang.

Tak adalah. I nak pergi jumpa kawan-kawan. Kristal band group have a show tonight at JB. So let’s enjoyyyyyyyyyy!

Headbanging hilangkan stress.

Baju biru pun punca saya cool!

Will continue update later ye.

Tadaaaaaaa.

7 responses so far

Next »

| |