Archive for January, 2011

Jan 31 2011

Pretty nervous!

Published by under Don't sue me!

Today is my first day of work.

And I am….

Scared

Anxious

Sad

Tired

Happy

Excited

Crying!

Blughhh. I hate the first!! No one speaks, no one helps. It’s going to be a long day.

Dimulakan dengan Bismillah…

[This is a sceduled entry]

24 responses so far

Jan 29 2011

Magika Jungle

Published by under Camera whore genes!

Haih tak abis-abis photoshoot. Merungut betul orang di rumah. Bila awak nak kerja? Bila awak nak kerja? Kami tak sabar nak tengok awak beruniform putih. Okeh kali ni last. last. *Tak abis-abis last. tapi tak last-last juga.

Photoshoot dilakukan pada tanggal.. kejap nak ingat balik. 17 Januari, yea dah ingat! Terima kasih untuk semua photographers yang sudi menjepret gambar I. Korang memang the best lah. Lepas ini kita buat outing lagi tanpa camera pula ye.

Persiapan mengambil masa sangat lama. Ada lah dalam 4jam untuk make up dan bersiap-siap. Set rambut dan mengolah tudung tak ikhlas itu. Tapi hasilnya memang mengancam! Nak tahu siapa make up artist I? Tunggu next entry. *hek eleh.

Konsep kali ini, masuk dalam hutan! Masuk dalam hutan! Kita buat konsep hutan yang penuh misteri. Cheh dah macam Misteri Nusantara. Memang penuh pancaroba sebab kena sama-sama shoot dengan nyamuk dan kerengge.

Time  shoot, bole pula kerengge shoot I dekat (   )(   ) pula. Kuss semangat. melompat-lompat I. Kejam kau kerengge.

The photographers memang I dah kenal. Pernah shoot with them for several times. Bekerjasama dengan mereka memang mudah. Banyak betul idea-idea bombastik mereka. Tengok tu tengok tu yang baju hitam depan I tu tengah lentok patah punggung suruh I gayakan pose cenggitu. Kalah aku nokkk.

Siap ada mesin tiup tiup angin (I don’t know what they call it). Kengkonon nak dapatkan effect macam main biola di kayangan.

Eh lupa nak credits, itu biola hasil pemberian Rody masa birthday I last year. Biola tu pun bakal jadi glamour macam guitar Hello Kitty I juga.

Gedik kau nok. Kau bajet kau Dato’ Totin?

Comel kan photographer sorang ni. Macam ikan buntal. Rasa macam nak simpan dia dalam aquarium.

Tiba tiba dunia menjadi serba biruuuuuu.

Dan kadang kadang menjadi hitam putih pula.

*entah apa apa caption gambar ni*

Kan dah cakap, konsep adalah Magika Jungle. Magic tak jungle tu keluar emas emas dari belakang!

(Photography by Mohamad Erwan)

Kalau tak kerana tahi lalat di bawah hidung, memang I sendiri tak kenal siapakah?

(Photography by Mohamad Erwan)

Lepas ini korang datanglah Johor. Shoot lah I dekat Johor. Shoot lah lagi. lagi. lagi. Uhuk sedih gila ayat bila dah start kerja ni, macam-macam offer semua dekat KL, kena tutup mata. Lupakan itu semua. Lepas ini kena concentrate dengan profession yang sebenar. Tsk. *Menangis mendayu-dayu.

26 responses so far

Jan 28 2011

Hijab.

Published by under Spare me 100 bucks!

Bukan Ijab kabul. Tapi ini Hijab atau bahasa tidak berapa saintifiknya adalah tudung. Ikutkan, tak adalah weird sangat bila I pakai tudung, sebab sebelum ini pun bila pergi kerja, I pakai tudung. Tapi mungkin orang rindu nak tengok I pakai tudung, sekali upload gambar semua orang macam WHOAAAA…

lex lex. Jangan lah nganga mulut besar sangat nanti lalat masuk.

Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Ps: Terima kasih belanja beli tudung.

23 responses so far

Jan 27 2011

Salam satu Malaysia.

Published by under Ladies & Gentleman!

Cewah mentang-mentang dah officially jadi pegawai kerajaan, kena lah sematkan semangat cintai negara mulai sekarang. Kita kena setia dan menjaga rahsia kerajaan kita amboi amboi semangat nya.

By the time you guys baca blog ini sekarang ini, I sedang dalam program Induction untuk Pegawai Perubadan Gred U41 Okeh tak faham gred gred apakejadah senang cerita, gaji sebagai doktor telah berjalan pada minggu ini. Yes minggu ini. -_-

Dan by the time you guys baca blog ini, I dah tahu I kerja dekat hospital mana. Itu sebenarnya yang paling mendebarkan bila kita pergi induction. Seram oh bila dapat tahu kerja mana, sekaligus kita dapat gambaran masa depan kita macam mana kelak. But sorry bilory naik lorry sambil makan strawberry, I tak dapat nak bagitahu I kerja hospital mana. Kih kih kih. Ini taktik namanya. Taktik supaya korang tak nampak aku kena maki dengan senior doctors.

Kalau nampak pon nanti I boleh lah cakap, “Sorry, salah orang. Not me!”

Tapi dah boleh agak dari facial expression ini.

s

Banyak betul, so so so so so.

Perasan tak I sebut KKM in Indonesian punya sleng. Rewind balik video baru perasan.

p/s; KKM = Kementerian Kesihatan Malaysia

28 responses so far

Jan 26 2011

5 bintang: Episode Akhir

Eceh siap ada episode akhir dah macam drama bersiri pula. Padahal cuma 2 episode je. Tapi korang memang hebat lah. Tak sangka semua hebat meneka hotel apakah 5 bintang yang I cakap itu.

Yes, hotel yang ada swimming pool per room disertai dengan lantai aquarium adalah Hotel Legend Water Chalets di Port Dickson. Siapa yang hebat meneka itu, I tabik spring lah. Korang mesti suka Cuti-cuti Malaysia dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita, bukan? Kalau teringin nak dapatkan room bombastik, dapatkam room Premium Water Chalets, tak mahal, dalam rm650++ semalam. Worth it tau, serious!

Ada juga outdoor swimming pool yang besar dan sesuai untuk berenang berkuak-kuak.

Dekat sini gerenti tak terhantuk dinding.

Kalau masih terhentak dinding juga waktu swimming, boleh swimming dekat laut dibelakang sana.

Ni dah kenapa dua-dua pose nak membongkok ni?

Tak payah nak tunggu I tulis full review pasal hotel ini. Tengok gambar pun dah rasa macam nak pack baju sekarang juga dan bercuti ke sana, kan kan kan?

Tu dia, kura-kura pink sedang berenang terkemut-kemut dari jauh.

17 responses so far

Next »

| |