Archive for December, 2010

Dec 31 2010

Sayonara 2010.

Published by under I'm just rambling.

Pengajaran sepanjang tahun 2010.

Love is bullshit.

Friendship is the best!

🙂

5 responses so far

Dec 30 2010

Di pasaran sekarang juga!

Published by under Rock and roll!

149604_167576319941321_167552333277053_389880_3722333_n copy

Tak tahu lah ini album mereka yang keberapa. Tapi yang penting ini album terbaru dari mereka. Terdapat 12 lagu termasuk minus one lagu Luahan Hati, lagu peberet(favourite) tu. Bila driving, keluar part minus one memang lirik hentam kromo lah I menyanyi sambil drive.

Ololo dengar intro je dah touching. Baldi please. Baldi.

DSC06992_副本 copy

Sebenarnya dah dapat album promo dia sebelum ini. Tapi I mengada-ngada nak album yang betul. Tak mahu yang edisi promo punya don’t want don’t want! Jadi dengan muka kasihan I suruh dia pergi kedai kaset original untuk beli album dia sendiri. Kih kih kih.

DSC06993_副本 copy

Masa belek-belek CD dia, ada fans ajak dia bergambar bersama. Kih kih kih lagi sekali. Mesti fans dia cakap, buang tebiat betul artis ini belek belek album sendiri di khalayak ramai.

Yang special nya bila kita beli album original ini, sebab apa tau! Sebab apa?

DSC07176_副本 copy

Sebab disertakan dengan kata-kata penghargaan. Wtf.

DSC07177_副本 copy

Kejap kejap kita zoom in sedikit.

DSC07174_副本 copy

Terima kasih daun keladi.

Sebab mereka dah bagi credit dekat I, maka I akan promote album Luahan Hati ini ke serata dunia. Eceh tak ada maknanya. Dapatkan di pasaran sekarang dengan harga Rm26.90 Beli yang original, jangan beli yang cetak rompak sebab yang original ini ada edisi khas suara Lan yang dapat datang dalam mimpi malam mu. Ha ha percaya please.

Kalau ada yang nak mintak discount, boleh!! Boleh berurusan dengan pemilik kedai yang korang pergi itu lah. ;p

12 responses so far

Dec 29 2010

Amboi kau ingat kau diva?

Published by under I'm just rambling.

Sebab photographers ajak shoot hari Khamis, I sengaja demand sikit. “Maaf saya sibuk. Hari Jumaat boleh?” Suka hati kau sahaja kan?

Kali ini bertempat di Taman Tasik Perdana Lake Gardens. Memang kebetulan ada dekat KL jadi bila dipanggil shoot, okay orait sahaja lah. Jangan lepaskan peluang.

166344_483768528093_617323093_5685790_4530528_n

Abang Paan memang sifu menembak model. Gedik tak saya nak panggil Abang juga sebab perasan muda sangat macam model-model yang lain. Ha. Ha.

Photography by Andika Farhan Ratna Jamil

167212_1633002638310_1633995528_1464161_4289717_n_副本

Tema kami ini adalah ceria sesuai dengan warna baju yang ceria. Baju beli dekat Forever 21 after 70% discount bersempena Year End Sale. Ok bye.

Photography by Cao Canaboid

163012_1813227134312_1349062883_2095669_8354196_n

Tak tahu lah ini candid atau bukan. Tapi rambut macam dah messy kena hujan. Kenapa lah jodoh sangat setiap kali outdoor photoshoot mesti hujan atau mendung. Tak pernah dapat lighting cahaya mentari.

Photography by Ahymezan Ramli

162787_177717028916079_100000333500703_498198_3996446_n

Hai, akulah DIVA. HAHAHAHA

*nampak sangat dah tak tahu nak tulis caption apa*

Photography by Syazwan Hilmi

Beza photoshoot dekat Malaysia and Indonesia ni, photographer Malaysia ni sangat excited mengedit gambar dan dengan murah hati untuk upload gambar editan mereka dengan segera. Kalau shoot dekat Indonesia, amboi amboi dekat sebulan pon belum tentu dapat. Kadang-kadang memang tak dapat pon, aleh-aleh kita google-google, buka devianart, eh macam gambar aku je?

Tapi sebab payment lebih jadi kita tak boleh complaint lebih-lebih.

21 responses so far

Dec 28 2010

Scha dan wan = schawan. = cawan ;p

Published by under Best Wishes!

Dulu masa zaman sekolah-sekolah, dia tak ada boyfriend pon. Lepas itu gua bajet gua hot lah, sebab gua banyak boyfriendssssss *letak sss banyak banyak menunjukkan plural a.k.a lebih dari satu*. Namun apakan daya, malang tidak berbau. Hidup ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. wtf. Sekarang Scha atau nama sebenar, Nurul Izzah Zober dah selamat menjadi tunangan orang. Tak sangka kau langkah bendul Scha. Ni kakak Totin masih mencari cari jalan hidup yang benar. eh apa aku merapek ni.

DSC07067_副本 copy

Bangun lambat. Drive dari KL pukul 2 pagi baru sampai Johor. Baju tak gosok. Make up Gabrur (a.k.a hentam krono, eh itu pun bahasa jawa jugak. Ala faham-faham sendiri maksudnya apa) Tapi tetap maintain nak senyum setiap kali nampak camera nak shoot.

Semua kena tonton video ini. Sebab part akhir sekali ada wish khas dari I. Siap salah-salah lagi. Itu dirakam atas katil, baru bangun tidur. Bau tak? Bau tak?

DSC07154_副本 copy

Hangguk you nak nervous. Bukan nya ada adegan malam pertama post pertunangan pon. -_-

Again, congratulations Scha!! Kami doakan cinta Scha and Wan kekal abadi. Tapi dengan syarat, kena doakan kami bertemu jodoh juga. Haha nak doa pon siap ada syarat-syarat.

20 responses so far

Dec 27 2010

Akulah Bintang! eh salah, Kamilah Bintang!

Kamilah Bintang memang rancangan realiti TV kanak-kanak baru di Astro Ceria. Kalau tak kerana kawan-kawan I ada contribute dalam KB, memang I pun tak tahu lah. Khamis lepas I pergi tengok konsert Final Kamilah Bintang dekat FINAS. Terasa macam diri masih kanak-kanak pula bila berada di tengah kanak-kanak. Kekeke.

DSC06950_副本blog

Ini waktu pintu utama belum buka lagi. I kan VVIP so boleh masuk dulu eceh muntah jom? Tapi bila pintu utama dibuka dah macam rombongan sekolah menyerbu masuk. Pening betul. Ada yang siap bawa bag sekolah beserta botol air macam nak pergi sekolah tu. Deq, ni konsert deq, bukan Mari Melawat Zoo Negara. Zoo Negara ada dekat sebelah FINAS ni je.

RoDY kRIStaL  .jpeg(1)

Rody, music director untuk KB musim pertama ! Eceh ceh. Kumpulan Kristal sebagai back up musician untuk final KB. Eceh lagi sekali.

DSC06956_副本 copy

Dua di sebelah adalah back up singer untuk KB. Suara-suara suprano tu semua suara mereka lah.

Finalist KB ada 6 orang, semua best dan ada keistimewaan sendiri. Paling handsome is Aiman. Bila tengok Aiman terasa macam nak masuk form 1 balik dan tulis surat ajak berkenalan, letak bawah meja dia. Paling cantik dan gorgeous is Qistina. Ololo geramnya dengan dia ni. Peramah sekali yang paling muda, Wani.

DSC06960_副本 copy

Dari first show lagi I dah minat dengan Qistina. Comel dan ada style. Lebih teruja bila dia sempat pinjam guitar Hello Kitty I untuk week keberapa entah lupa. Punya lah pemalas nak mengejar budak-budak KB untuk ambil gambar, so I pesan dekat Rody, “Panggil Qistina datang sini!” Haha amboi amboi.

DSC06966_副本 copy

Yea, Inilah dia Wani, Juara Kamilah Bintang Musim Pertama. Eceh adik I menggigil tu Wani peluk dia tu. Kih kih kih.

First time membawa adik jumpa artis artis sana sini lepas itu balik rumah terus adik bagitahu penghuni rumah, tadi Nazim jumpa abang Zoey, Nora Danish, Aznil, Stacy pun ada dengan yang besar-besar tu, Adibah apa entah. -_- Jumpa Rody ko tak heran pulak kan? Wkwkw.

Kalau belum tengok lagi, rajin-rajin buka Astro Ceria untuk siaran ulangan Kamilah Bintang!

27 responses so far

Next »

| |