Archive for November, 2010

Nov 30 2010

Nobody nobody batchuuu!

I’m leaving to Soul, Korea and Saigon,Taiwan today. Wonder Girls suruh datang untuk menggantikan kekurangan anggota kumpulan mereka. wtf -_-

DSC06181_副本 copy

Okaylah should go and pack myself all those baju sejuk, boots, socks dan segala berkaitan. Mama awal-awal dah pesan, pakai seluar, jangan pakai skirt. It’s about -10 C weather! Tapi saya mana ada seluar sangat . Fml.

Tapi kan Wonder Girls pakai skirt pendek-pendek je, mama. -_-

Please pray for my safe journey and safe return …. untill then. GoodBye peeps!

[This is a schedule auto update post]


24 responses so far

Nov 29 2010

I love nasi minyak.

Published by under Best Wishes!

I hantu betul dengan nasi minyak. Tapi sebab nasi minyak biasanya dihidangkan waktu majlis perkahwinan orang, takkan nak makan tambah 5 pinggan. -_- Apabila sehari ada banyak majlis pengantin kita kena datang, memang semua rumah akan I datang. Tak boleh skip. Tak boleh. 5 tahun oh tak pergi majlis pengantin orang!!

DSC03894_副本

Rumah pertama dah bagi desert Ice-Cream. Baru rumah pertama, pipi dah menggelembung, cemana ni? Yang depan sekali tu bukannye sebab dia kontrol cun tak nak ambil gambar sambil makan ice-cream, tapi sebab ice-cream dia dah habis. HA HA HA. Siapa kuat melantak sekarang?

DSC06115_副本

Selamat Pengantin Baru Aimi Nadiah. Kan dah cakap pipi menggelembung selepas makan ice cream. Jangan lah tegur, Haippp!

Masa ini belum bersanding lagi, pengantin lelaki masih diluar rumah sedang kena block dengan persembahan silat ke apa kegiatan dekat luar tu tapi kami macam , “Weh Aimi ambil gambar jom, ambil gambar jom. Pengapit pegang kipas ni ketepi sikit boleh?” Terima kasih. ;p

Tak boleh lama-lama, nak vroooom pergi rumah kedua.

DSC06137_副本copy

Sampai rumah kedua, jumpa cousins sendiri. Memang jadi majlis diri sendiri lah nampaknya. Bukannya ambil gambar pengantin, tapi ambil gambar kami sekeluarga. Keh keh keh. Gaya macam tak jumpa bertahun-tahun padahal rumah sebelah sebelah boleh baling batu dari tingkap. -_-

Eh okay serious memang tak ada gambar pengantin rumah kedua langsung dalam camera. Alamak. Kejap kejap cari dekat camera orang lain.

Nasib baik ada.

DSC03926_副本

Selamat pengantin biru eh salah. Selamat Pengantin Baru Rabitah and Luqman.

blog

Sejak bila I ada scandels dengan M.Shariff penyanyi lagu zai zai zai zaii ni? Tskkk.

17 responses so far

Nov 27 2010

Sehari bersama di Hotel

Tak ada niat pun nak tidur hotel, tapi setelah difikir-fikir, weh nampaknya kita kena tidur hotel juga. Kita sudah tidak ada pilihan lain! Ini antara hidup dan mati. Eceh ayat nak gempaq sahaja.

Bila first time tidur bersama (Alamak, sedikit mencurigakan. Sedikit je) mesti end up dengan gossipsssss! Ish-ish-ish.

DSC05725_副本 copy

Dan juga camwhore’ng depan cermin.

DSC05732_副本 copy

Rambut basah-basah, bajet seksi lah tu? Untuk jaga kesihatan, orang perempuan mana pakai #$%^ kalau dalam bilik sebab itu rambut semua kita terik kedepan supaya tak nampak #$%^&*. Faham ke? Lebih baik tak payah faham.

Aktiviti biasa malam hari sebelum tidur…

DSC05761_副本 copy

Masing-masing dengan telefon bimbit (dah lama tak sebut begitu). Nampak macam candid tapi sebenarnya, “Wey, tolong ambil gambar kitorang konon-konon tengah buat cenggini” Lepas itu, bila gambar tak nampak real, “Tak jadi, tak jadi, snap lagi sekali!” -_-

DSC05786_副本 copy

Hai cik kak, garang muka? Kenapa tu? Oh yang ini memang the real candid picture. Tak ada adegan, eh gua tak cun, petik sekali lagi.  Ini namanya adegan, pakai make-up cepat cepat sebab dah terlambat. Muka serious sungguh memakai UV sunblock protection from Parasol Cream. Siapa berminat boleh dapatkan di sini. Tiba-tiba buat iklan pula.

DSC05776_副本 copy

Padahal dah janji nak pose macam “huwarghhhh aku bunuh kau! Sila buat muka menderita!” Tapi yang kanan itu boleh tersenyum ayu pula. Eee, tak tepati janji betul lah dia ni.

DSC05784_副本 copy

Yang hujung sekali itu sebenarnya dah tidur, tapi kami paksa juga, baik kau bangun cepat, kita nak bergambar ni! *sambil lompat-lompat atas katil*

Keesokan hari, pukul 8 pagi dah checked out. -_- Membazir sebenarnya, tapi tak apalah bukan senang nak dapat berkumpul bermesra bersama. Kan? Kan? Ada sesiapa lagi yang sudi sponser kamar?

6 responses so far

Nov 26 2010

Let’s shout Twisties BINGIT!

Suka makan twisties tak? Adik I suka! Saja salahkan adik, padahal diri sendiri yang selalu paksa adik beli untuk coverline. At first, I don’t know WTH is Twisties Bingit? (Maklum lah jarang dengar radio Malaysia). Tapi bila masuk Dragonfly Club last Saturday, memang bingit lah telinga with all the band groups and singers. I dahlah histeria sedikit kalau tengok band groups ni OMG OMG I rasa semua orang yang pegang gitar itu handsome. Yesssssssssss.

t1 copy

Kalau tak pernah dengar juga what is Twisties Bingit, boleh click sini. Masuk dekat Twisties City, kalau bertuah boleh menang hadiah Rm1000 setiap minggu wooooo. Tak payah nak buat band sendiri pun dah boleh dapat hadiah.

DSC05846_副本

It is the entertainment reality programme by Hotfm, 8tv and semestinya TWISTIES! Suka betul dengan juri juri itu bro Edry Hashim itu alahai, alahai luluh jantung sekejap.

DSC05849_副本

Hosted by….. Suraya and Ikhwan from Hotfm!

DSC05843_副本

GengChu the one and only girls vocal group.

DSC05837_副本

The reason why I am here. Cayalah kak Dayang!!!

DSC05856_副本

Hidup Johor!! Excited sekejap jumpa orang kampung.

DSC05873_副本

Tiba-tiba teringat The Undertaker waktu zaman-zaman WWF dulu, sambil bawa teko dengan muka putih bedak macam hantu.

DSC05879_副本

Hai. Nama saya Totin. Single tak ada pasangan lagi,  tak pandai main gitar tapi bolelah petik sikit-sikit. Kalau berminat jadikan saya jodoh, boleh hantar resume dekat etotinx[at]gmail.com

DSC05853_副本blog

Haa nampak tak orang sedang perform dekat belakang tapi kami  berfoto sesuka hati. Dahlah duduk depan sekali. Ish tak boleh bawa pergi majlis betul lah kau ni.

Gigs ke 3 di tempat yang sama, Sabtu ini jam 3 petang. Datang lah! Pakai lipstik tebal-tebal untuk support group GengChu!

9 responses so far

Nov 25 2010

The best food for brains!

Bukan ikan paten, ikan patimah entah ikan apa lagi, tapi ini ikan Salmon. Sebab apa orang Jepun bijak, cerdik dan pintar? Sebab mereka makan ikan Salmon. Sebab apa kulit orang Jepun licin tegang tidak kerepot-kerepot? Kerana ikan Salmon juga. Betul tak tipu! Ikan Salmon mempunyai minyak Omega-3 yang dapat mengurangkan partikel-partikel perosak kulit. Zat pada ikan Salmon ini sangat membantu otak kita, terutama sekali untuk pertumbuhan dan fungsi otak kita. Ahaaa! siapa ada anak kecil yang sedang berkembang, bagi dia makan ikan Salmon, esok bangun pagi terus hafal Sifir 12. Selain perkembangan otak, ikan ini hebat dalam mencegah terjadinya cancer payudara kita! Haaa power gila kan ikan ni?

Makan 1 periuk ikan Salmon pon tak apa, tak payah risau dengan kegemukan. Sebab Ikan Salmon rendah lemak! Nak masak secara apa pun boleh. Tapi jangan lah masak Salmon bakar pula sebab nanti hilang lah khasiat kesihatan ikan Salmon tu! [Fakta: Segala masakan yang dibakar adalah faktor utama terjadinya cancer.]

DSC06028_副本

Actually the point is, I dah pandai masak Ikan Salmon Barbeque yang sedap gila. Walaupun tak berapa cantik, tapi sedap! Diakui oleh seluruh masyarakat di dalam rumah. Itupun setelah paksa adik untuk cakap “SEDAP”, kalau tak, tak boleh makan! Bhuahahaha.

18 responses so far

Next »

| |