Archive for August, 2010

Aug 29 2010

Saya nak putih!

Published by under How to look beauty?

_DSC0227_副本

Macam Lisa Surihani. Kalau tak dapat putih macam Lisa, macam model di atas pun tak apalah.

Chupchupchup jangan muntah!

Boleh, boleh. Jangan sedih jangan gundah. Melanox sekarang mengeluarkan product baru Melanox Premium yang khas untuk memutihkan wajah. Bila check isi kandungan, tak ada steroid siot. Tak ada. Jadi boleh pakai dengan selamat. Jenis Premium ini menggunakan Vitamin E dan bahan anti aging untuk mencerahkan dan menyamarkan blackheads. Nanti kulit jadi putih tak ada bintik-bintik hitam, tak ada corat coret lagi.

Tapi pelindung UV tetap jangan lupa pakai ye. Ingat SPF itu penting.

IMG01195-20100808-1345_¸±±¾

Bekas dia pun mengancam. (6cmx6cm). Tapi bau dia pelik sedikit. Nama pun ubat. -_-


20 responses so far

Aug 28 2010

Kalau berkenan, apa tunggu lagi.

Published by under I'm just rambling.

Boleh beli segala product yang I perkenalkan dalam blog ini. Sambil sambil order itu baca bismillah,semoga product tersebut berkesan dengan kulit anda. Untuk list harga dan cara order,cekidaut Facebook: Formspring Totin Jamain. Cepat, sebelum terlambat. Ingat, order sebelum 7 September untuk first batch!

Okaylah saya mengantuk tak tahan nak membebel lagi. Buka puasa dengan minum air, kemudian sambung tidur. Sekarang ini pun update pakai blackberry sambil mata kelelep-kelelep.

Goodnight. Jumpa lagi di lain waktu.

Posted with WordPress for BlackBerry.

No responses yet

Aug 28 2010

Terbayang ketupat, rendang, dan sayur lodeh sambal kacang.

Published by under Ladies & Gentleman!

Tak nak baju raya, kasut raya, barang kemas musim raya, tak nak itu semua. Yang dimahukan hanyalah makan ketupat dengan sayur lodeh sambal kacang dan daging dendeng special dekat tempat korang tak special macam tempat I punya.

Ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Surgery Department kerana memberi kami CUTI 4 HARI dan membebaskan kami dari segala on call bersempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Sudah booked flight ticket yang super expensive yaw! Kelam kabut menggelabah dapat cuti last-last minute terus ulang alik buat surat imigresen nak balik Malaysia. Yabedabedu!

Orang Batu Pahat, jemputlah raya ke rumah! 🙂

15 responses so far

Aug 26 2010

Kalau mahu rambut mayang mengurai,

Published by under How to look beauty?

Tak ada tips. T_T

Okay menyampah sahaja baca. Bersemangat nak tahu macam mana, tapi tak ada apa-apa. Sebenarnya I sangat suka merubah-rubah rambut lepas itu tak reti jaga. End up dengan rambut kering rontok-rontok. Jadi perlulah tahu cara  kalau tak lama-lama boleh botak dibuatnya.

Shampoo apa I guna, alah yang biasa-biasa sahaja. Dulu I pakai Redken 1 whole set lagi you. Sebulan habis dekat rm300 untuk shampoo, pokai you. Nak pakai shampoo pon cuil sikit-sikit sebab mahal. Bila stok shampoo habis, merangkak-rangkak nak beli dekat sini (Jogya) tak ada. Jadi kesimpulannya sekarang, I cuma pakai shampoo and conditioner LOREAL ELVITAL NUTRI GLOSS warna pink. Bukan sahaja berwarna pink (my favorite color), tetapi membuatkan rambut menjadi lebih glossy glossy sehingga menyakitkan mata orang melihatnya. Elele acah je.

Lepas bershampoo jangan lupa berconditioner. Tenyek conditioner di hujung rambut. Tak perlu di kulit kepala sebab may lead to kelemumur sebab membuatkan kulit kepala menjadi oily.

Bila rambut sudah separuh kering, sapu dengan hair toner dari ginseng. Kenapa ginseng? Sebab ginseng boleh mengurangkan rambut daripada gugur. Eh not really, sebab rambut I still gugur tetapi dia melebatkan rambut juga. Kira macam, 2 helai rambut gugur, 4 helai rambut tumbuh. Ha boleh buat matematika kira mengira. 4-2 = haa, kita untung 2 helai rambut!

_DSC0127_副本

Lagi satu, secara routinely I akan pergi creambath every 2 weeks. Urutan dari creambath membuatkan kulit kepala jadi relax dan of coarse lah menyihatkan rambut kita. I suka try and test apa apa jenis creambath. Paling latest I pakai creambath jenis Telur. Telur? Dah terbayang bau hanyir. But nooooooooooo wangi gila. Mba saloon tu kata, ini telur lembu sebab itu wangi. Hahaha akupun bongok iya kan sahaja. Lama-lama baru terfikir. Lembu mana bertelur! T_T

Tips yang lain-lain boleh pakai tips Hanis Zalikha sebab I pun ciplak tips dia. Siapa tak kenal Hanis Zalikha boleh gantung diri sekarang.

13 responses so far

Aug 24 2010

Doktor itu sombong sekali.

Published by under Don't sue me!

Nasib baik sekali. Bukan dua tiga kali. Minggu lalu heboh di Kompasiana (Ala-ala macam Utusan Metro kalau dekat Malaysia) tentang kisah kami, para doktor muda di hospital kami dikatakan sombong dan kelihatan eksklusif.

3utSumber: http://kesehatan.kompasiana.com/group/medis/2010/08/19/para-calon-dokter-itu-sombong-sekali

Siap spesifik nama hospital dan klinik THT (Ear, Nose and Throat) Phuh nasib baik duty I sekarang dekat klinik bedah anak.Kalau tak mesti I dah buat statement “Hai, saya lah doktor eksklusif itu! Selamat berkenalan :)” Rasa-rasanya  you all baca sendiri boleh faham kot. Sebab si penulis menggunakan bahasa Indonesia formal jadi lebih kurang sahaja bahasa kita. Biar I buat review sedikit.

  1. Seorang doktor dikatakan sombong dan eksklusif dengan menggenggam Blackberry di tangan. Amboi-amboi, kalau student law pegang blackberry tak eksklusif lah namanya ye?
  2. Kalau dikatakan kami pemalas, suka mundar mandir tanpa hala tuju itu tidak benar. Kasihan lah mereka yang dituduh. Yang anda nampak itu persekitaran poliklinik pukul 1 petang (dah nak tutup dah pun), cuba anda ke wad waktu ini. Kasihan kami yang kena sorong EKG check jantung patient satu-satu dengan bunyi penyorong alat EKG yang annoying gila. krok krok krok krok macam gitu bunyinya. Vital sign patients dari satu katil ke satu katil, berpeluh membasahi tubuh. -_- Belum lagi termasuk kena berjaga 24jam, tidur disisi katil patient sebab kena monitor dia setiap 15minit. Dengan tak mandi badan bau basi. Macam itu kau cakap eksklusif?
  3. “Mereka lebih suka nongkrong dan berbicara…” Wah anda tak tahu yang kita bicarakan adalah, hey kau tau tak apa treatment paling tepat untuk demam kus kus? Okay kalau berkumpul sesama doktor yang dibincangkan pusing pusing mesti about medicine, latest update and ect. Tak caya? Pergi lah join!
  4. Sebagai wakil student Internasional, ecewah. Seorang doktor dikatakan datang dari keluarga yang kaya itu, (apatah lagi kami anak internasional) sangatlah tidak benar sama sekali. Kami berhempas pulas belajar nak mati untuk dapat scholarship/loan government belajar di sini, yang harganya mintak ampun -_- Kalau dikatakan kami berkelas tinggi, mungkin IYA. Masa sekolah dulu kelas I kat tingkat 3. Tinggi lah juga naik tangga hari-hari.
  5. Kami dikatakan ‘cuek’. Bahasa melayunya ala-ala macam ‘kerek lah lu!’ Mungkin kami sedikit kerek sebab takkan sepanjang masa kami nak tersengeh sahaja macam selebriti. Kami pun penat dan stress juga. Tapi betul, janji, sumpah, kami membalas senyuman orang! Tidak sama sekali mendabik dada. Tapi kalau dada dah besar nak buat macam mana?
  6. “Saya kurang nyaman melihat pemandangan ini” Kau nak sangat jadi doktor kau jadilah sana. Nah ambil uniform aku ni, pakai seminggu dekat hospital tu. Kau tengok fun ke tak! Eh, tadi macam cool. Ni apasal tiba-tiba emosi.

put

Emosi betul cik Puti ini.

Tapi betul dia kata, bila kita outstation, kena campak pedalaman. Kau ingat itu sponser ke? Hah korek duit tabung setiap bulan nak pergi sana yang memakan masa 5jam berkulat duduk dalam bas lama-lama. Perjuangan kau tahu.

Pagi-pagi raya tahun lepas kena duty jaga wad internal medicine orang makan ketupat rendang, I makan biskut Tiger. Perjuangan kau tahu.

Sebenarnya I tak perlu nak bahas banyak banyak sebab sudah dekat 100 lebih comments yang turut membidas kembali kata-kata itu. Yang kelakarnya semua doktor muda siap masukkan nama ID number untuk protes. Bersatu sepadu sungguh kami.

Sedihnya nak meninggalkan title DOKTER MUDA. 3 minggu sahaja lagi. Nangis jom.

13 responses so far

Next »

| |