Archive for July, 2010

Jul 30 2010

Saya mahu badan berketul-ketul!

Ini adalah kisah besar. Seorang yang I kenal sangat gemuk, jalan macam bola bergulik-gulik dari jauh, sekarang tidak lagi. Seorang yang dulu mengeluh sakit kaki kerana ada masalah gout oleh kerana badannya yang overweight, sekarang tidak lagi. Sekarang dia berbadan tegap dan berketul-ketul , gagah perkasa, menjadi pujaan ramai gadis di luar sana.

Totin, my legs pain teribbly. Legs feel very heavy bla bla bla. Boleh dikatakan dia adalah patient informal I dari dulu. Sehinggakan sekarang dia sudah berjaya menjadi jurucakap kesihatan bina badan. Eceh suka-suka aku je bagi title.

Anda boleh jadi macam ini hanya dengan usaha, gigih, tidak putus asa…

dan mendengar nasihat dr Totin Jamain. wtf?

Eh apasal I tiba-tiba buat kempen kurus lah kempen bina badan lah hape ini. Sebenarnya point utamanya adalah I nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang ketul-ketul ini kerana memberi I peluang untuk sepatah dua kata di website mysixpackstory beliau. -_-

blog2
source: http://mysixpackstory.mohdbazli.com/

Tips badan berketul-ketul boleh lihat di website beliau.

7 responses so far

Jul 28 2010

Tips menghilangkan JERAGAT

Published by under How to look beauty?

Hoa, ramainya menantikan tips menghilangkan jeragat. Makcik-makcik nenek-nenek semua pm I minta tips. Sebenarnya I terpaksa berfikir berkali-kali mengeluarkan tips ini sebab I takut anda semua salah pakai ubat yang diberi.


Jeragat yang penuh di muka. Biasanya pada orang dewasa berumur 45tahun ke atas


Bekas-bekas hitam dimuka itu namanya jeragat juga.

Ini adalah ubat utama yang diberikan kepada patient setiap kali ada keluhan kulit berjeragat…,

Nama pun skin bleaching cream. Jadi dia akan bleach kan kulit anda yang berjeragat itu. Dipakai sehari sekali sahaja sebelum tidur. Ok? Ingat pesan I. Jangan berangan nak pakai banyak banyak sehari 5 kali dengan harapan, esok bangun pagi, kulit dah licin berkilat. NO WAY. Silap-silap esok pagi kulit dah tak rupa kulit.

Bila malam hari dah pakai melanox, siang hari pakai sunblock ini pula. Atau apa-apa sunblock yang bersesuaian dengan kulit anda. Kan I dah pesan sebelumnya, sinaran cahaya matahari akan menyebabkan kulit kusam dan berjeragat. Jadi prevention itu penting! Apa guna, malam-malam kita ubati, tapi siang hari berjeragat kembali?

Biasanya kulit anda akan nampak perubahan dalam 6 hingga 8 minggu. Tapi tetap memakai krim sehingga 6 bulan. Kalau sudah complete hilang jeragat tersebut, STOP. Ingat, jangan ngade-ngade nak berangan kulit putih konon-konon mix mat saleh. Kalau tiba-tiba kulit keluar warna baru, I tak jamin!

Melanox mengandungi Hydroquinon 2%. Kalau dekat farmasi tak ada jual product nama Melanox, cuba tanya,

“Akak ada jual ubat krim Hydroquinon 2% tak?”

“Takde. Hydroquinon 5% ada lah”

“Tak nak, saya nak 2% juga!”

Eh tiba-tiba keluar dialoq pula. Dengar cakap I, kalau I kata 2% beli yang 2% sahaja. Jangan mandai-mandai nak pakai 5%. Nanti kalau muka berubah jadi transformers jangan nak komplen-komplen dekat sini. I tak ajar!

WARNING!!!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang dah terkena sunburn, kering, pecah2, atau ada  luka dekat bahagian yang nak disapu. Jangan dulu!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang memiliki masalah alergi.

Sebaiknya jangan pakai kalau tengah pregnant. Tak tahu effect dia macam mana.

Tidak boleh digunakan pada mata, bibir atau dalam lubang hidung kalau buang tebiat.

Ingat, hanya pakai di kawasan muka yang berjeragat SAHAJA!

Akibat penggunaan yang tidak mengikut arahan:

  • Dalam jangka waktu yang lama, muka akan keluar pigment baru, menjadi uneven skin color. warna kulit tidak rata. (Hiperpigmentation)
  • Kulit kering, pecah-pecah, warna merah seperti terbakar dan terasa panas.
  • Gatal-gatal
  • Bengkak

Ubat pilihan ke 2

Rifaquin mengandungi Hydroquinone 4%. Tak apa, walaupun % dia tinggi sikit, tapi dia dicampur dengan tertinoin o.o5% dan fluocinolone acetonide o.o1%. Pakai dalam 2minggu sahaja untuk sementara waktu. Lihat effect dia. Kalau dah membaik. STOP!

Ubat pilihan ke 3

Yang ini, I google dan cuba cari nama generic untuk ubat skin bleaching di Malaysia. Jadi I rasa ubat ini mesti ada di Malaysia. Catat nama dia cepat! Tak ada keluhan susah didapatkan lagi. Cara pakai dan syarat-syarat tetap sama!

Jangan takut pakai ubat-ubat ini. Selagi kita pakai dengan dosis yang rendah dan tepat, tak akan jadi apa-apa. Kalau pun terjadi, itu cuma sementara and akan kembali normal bila kita stop pakai.

Pssss. Disebabkan ubat ini adalah sejenis ubat kortikosteroid (mempunyai side effect) , I tak berapa pasti ubat ini terlepas dijual di farmasi atau tidak. Kadang-kadang cuma doktor sahaja yang dibenarkan menjualnya. Dekat sini boleh lagi dapatkan Melanox di Farmasi. Dekat Malaysia I tak pasti.

Untuk kosmetik yang menjadi penyebab jeragat adalah……. Semua jenis kosmetik!….. kecuali… product CLINIQUE.

Hah semua dah terketar-ketar nak beli barang Clinique beratus-ratus habis gaji kerja setiap bulan. Tak apa, jangan risau. Kan I pesan, sebelum kita pakai make-up, kita lapisi kulit kita dengan sun-block, vitamin C, serum collagen.. barulah kita tempek make-up kita yang biasa-biasa itu. Ingat, kulit muka kita akan jadi disaster 10tahun akan datang kalau kita abaikan step step cenggini.

Selamat menjadi cantik!

I tak minta apa-apa, jangan lupa doakan I cepat dapat jodoh. Ewah tiba-tiba je.

170 responses so far

Jul 27 2010

Darah memancut-mancut nampak cool!

Published by under Don't sue me!

Warning: Tulisan ini tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang mati. Eh kenapa macam dalam episod kisah benar Tv3 setiap Ahad, 9.30malam? Sebenarnya, tujuan penulisan ini untuk menunjukkan kepada adik-adik betapa kerja doktor itu tidak mudah seperti yang dibayangkan. Tidak seronok seperti yang digambar. -_- Jangan ada yang salah faham dan mengambil dari sudut pandangan yang negatif pula.

Stop pasal penjagaan kulit. Bosan kan? I tak jaga klinik kulit lagi tapi kalau nak tanya soalan tentang kulit masih sangat dialu-alukan. Pintu Formspring terbuka begitu sahaja. Tak kunci pun, masuk jelah. Buat macam rumah sendiri.

Hah merepek lagi. Cuba serious sedikit? Hari ini I nak membawa you all semua masuk membedah. Tapi kena make sure, semua dah makan? Badan dah fit? Jangan lemah lemah semangat. Kalau rasa tak kuat boleh shut down komputer. Baring atas katil dan istirehat. Haha.

Okay, untuk siapa yang perasan diri dah sihat sangat tu, let’s go!

..

.

Siap-siap untuk membedah seorang patient yang mengeluh tangan memancut-mancut keluar nanah setelah 6bulan kemalangan jalanraya. 6 bulan lalu, patient patah tangan dan melakukan operation dengan masukkan besi dalam tangan. Tapi sekarang kenapa keluar nanah? Kenapa? Ha jawap! Adik-adik yang ambil medic siapa tak tahu saya piat. Yeah, pandai. Sebab kena infection (Osteomyelitis). So sekarang, tugas doktor bedah adalah kopek balik tangan dia. Korek balik tulang yang reput dan terkena jangkitan itu. Buang besi lama, kita pasang besi baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih *tiba-tiba*.

Bila tulang tak cukup, kita tebuk lutut dia. Kita ambil tulang lutut dia, letak dekat tangan dia. Alah, macam main lego. Pasang sana pasang sini.

IMG01142-20100727-1101_¸±±¾blog

Yer, sabar-sabar. I tahu lah tak nampak. Sekejap I suruh mamat depan ini ke tepi sikit.

IMG01143-20100727-1103_¸±±¾blog

Taraaa! Nampak tak tulang dia reput krepot krepot. Okay memang tak nampak sebab darah memancut mancut.

IMG01146-20100727-1147_¸±±¾blog

Nampak besi tak? Aktiviti sekarang, kita buka besi yang lama, bersihkan nanah, masukkan besi baru.

IMG01147-20100727-1148_¸±±¾blog

Gerudi gerudi. Gelek menggelek. Eh kita tak payahlah gelek.

IMG01148-20100727-1157_¸±±¾blog

Doktor bedah tulang memang dah macam tukang. Ada skru, gerudi, spannar, semua lengkap. Sebab itu kami yang perempuan disuruh ketepi jadi pemerhati. Katanya kami tak kuat.

Eleh, belum cuba belum tahulah! ;p

IMG01151-20100727-1254_¸±±¾blog

Dah siap pun. Baru lah gengster cik abang ini ada lipan dekat lengan! Wassup bro!

IMG01145-20100727-1144_¸±±¾blog

Serpihan-serpihan tulang yang reput. Survenior untuk patient.

Sehari bukan membedah seorang patient. Tetapi dalam 4 hingga 6 orang patients. Kau bayangkan penat tak penatnya non-stop berdiri! Hwarghhh menguap. Jom tidur!

19 responses so far

Jul 26 2010

Mari bedah-membedah.

Published by under Please don't give up!

Dengan ini diumumkan bahawa, I akan mula berpuasa di luar kota…
dan berhari raya di

Yogyakarta

sambil buat plastic surgery dekat patient di pagi raya.

Okay tak kelakar. Ini raya ke dua di Jogja. Tahun lepas I makan Pizza Hut di malam raya. Pagi raya I makan, biskut Tiger. Sambil pasang mp3 raya. HWAAA SEDIHNYA. Moga moga tahun ini dapat hirup bau rendang jiran sebelah. JANGAN ON CALL PLEASE. PLEASE. PLEASE.

IMG01123-20100720-2233_¸±±¾

I adalah G. G itu saya. Minggu ini I berada di Sleman, kemudian akan ke Cilacap, kemudian 2minggu ke Banyumas. Hah 4minggu straight wa cakap lu. Dapat tempat jauh-jauh pula. 5jam perjalanan. Hwah. Bulan puasa di Banyumas! Memang gerenti hari-hari makan tempe goreng. I love you lah tempe!

I tak suka bedah. Walaupun bedah dikelilingi dengan surgeon lelaki handsome handsome muda-muda belaka. Tapi -_- boringnya berdiri lama-lama membedah. Oh untuk doktor junior ni sebenarnya tak buat apa sangat. Lebih kepada tolong ambil alat, tolong menjahit, tolong suction blood yang melimpah-limpah, tolong menyunat orang, tolong apa-apa yang patut, tolong menyemak dekat bilik bedah.

p.s: Untuk 4 minggu mendatang, I dah siap-siap auto update untuk blog ini. Saya pergi tapi blog tetap berjalan seperti biasa.

.

.

.

Eh belum habis lagi. Ada lagi benda nak cakap ni.

This is my LAST DEPARTMENT. It is sad to think tapi happy dan tak sabar. Ok mix feeling. 8 weeks more to go!

6 responses so far

Jul 24 2010

Hello Kitty Volume Express Maybelline *Limited Edition*

IMG01100-20100717-1537_¸±±¾

I absolutely in love with Maybelline’s new product, HELLO KITTY volume express limited edition. It’s so cute wey. Tapi sayangnya tidak dijual di Indonesia. (or maybe belum dijual?) Remember this entry? Yeah, I received this mascara last week and screaming excitedly!

IMG01124-20100722-1837_¸±±¾

Spotted that Hello Kitty! 🙂

  • The brush is nice. Easy to apply and it gets all the eyelashes covered.
  • It doesn’t make your lashes clump loads and berketul-ketul macam ada tahi cicak melekat di mata.
  • It lengthens lashes. Eh no. Seakan-akan macam lengthens but actually not. -_-
  • The packaging, of coarse!

Honestly, it’s not the best mascara but it’s not bad either. Hello Kitty punya pasal. 🙂

DSC04806_¸±±¾ copy

Terima kasih daun keladi

Esok-esok beli lagi.


Beli yang ini pulak

Hello Kitty MAC Make Up set!

o_0

haha!

12 responses so far

Next »

| |