Archive for June, 2010

Jun 28 2010

Wow, I have twins in Facebook!

Published by under Wasn't That Funny?

Makin banyak fakers di alam maya. I ingat I tak akan mengalami masalah ini since almost all my pictures ada watermark. Tapi fakers sekarang pun bijak juga. Personally intrigued that she took all my pictures from this blog. Sebab obviously dia macam hide my watermark. Lepas ini, I kena letak watermark dekat pipi ke, hidung ke, mata ke, barulah tak boleh hide. Blughhh!


My name is Totin Jamain.

fake2

Kasihan, kawan-kawan I pon jadi mangsa. Well you can see, yang dekat area atas tu ada perbezaan tone warna. Dia hilangkan watermark. Ruang Forensik RS Dr. Sukanto? kepala hutak anda. Ini gambar dekat dinding hostel Puskesmas Gandrumangu. Sejak bila klinik Puskesmas jadi Ruang Forensik? Suka hati engkau je.


Waklu. Punyalah penat I jahit luka-luka dan merawat patient ni, dia boleh kata ini mayat??

Mandai-mandai je engkau ni.

totin2 copy

Thanks Nieja for letting me know.

Guys, please tell me if you see ‘another me’ in facebook! 🙂

65 responses so far

Jun 28 2010

I love football because I love you.

Published by under I'm just rambling.

Today.

I love England, and of course is also because of you. Eceh. Tapi sayangnya kedua team I dah kecundang. Italy awal-awal dah bungkus. Sekarang terpaksa akur dengan England yang kecundang ke atas Germany. Dasar Hitler!!!


Venue biasa I menonton bola, Myoozik cafe. Kalini Myoozik crowded sangat. Siap ada kumpulan penyokong sendiri. Layar outdoor untuk penyokong Germany, Indoor untuk England. Bila goal, yang sana jerit, yang sini BooOooo. Kalau follow twitter I, rasanya nak meletop dah I menjerit. Ups, maaf kadang-kadang bila kita emosi, tak perasan kata kata kesat. Itu diluar kawalan akal fikiran tau.

I duduk sebelah Gerrard. Gerrard made in Jogja maksudnya.


OMG It was a fcuking goal lahhhhhhh!!!!!!!!!!! Ok stop emo-ing Totin. 🙁

London bridge is falling down, falling down, falling down..
Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
T_____________________T

Kalau Jepun pun kalah, I tak tahu nak sokong siapa lagi. Ghana mungkin? Ha ha. Okaylah, jari jemari sudah lemah longlai nak menaip lagi.

Ps: Hot chocolate dekat Myoozik Cafe ada wine. Baiklah terima kasih. Nasib baik kawan I si Gerrard made in Jogja ni, detect awal-awal. Itupun setelah I mahu order cawan yang ke 2. Hot chocolate rp20k kau letak wine rupanya. -_-

8 responses so far

Jun 27 2010

I know I’m young but not ‘that’ young!

Published by under Wasn't That Funny?

Disebabkan hari Ahad adalah hari unformal, jadi I ke hospital cuma dengan memakai t-shirt, jeans dan selipar flip-flop. Hanya memakai selapis bedak, tak kuasa nak berhias. Baju coat doctor, I simpan dalam bag. Tak pakai awal-awal. Nanti lah lek-lek dulu. Untuk ke wad bahagian kulit di floor 3, I akan berdepan dengan “pak guard” sebelum masuk building. Selama ini pak guard baik-baik sahaja. Setiap kali I lalu, mesti pintu building akan terbuka dengan automatiknya. Tak perlu nak tanya-tanya I siapa. Faham-faham sahajalah!

Eh aleh-aleh, tadi dia tahan I. Dahla I nak cepat, kena tahan pula..Ada yang silap ke? Jangan nak protes cara dress up I. Tak ada pula syarat tak boleh pakai macam itu pergi hospital.

“Deq, kamu mau kemana?” (Adik, kamuk nak pergi mana?)

“Lantai 3 pak, penyakit kulit.” (Tingkat 3 cik, untuk penyakit kulit)

“Maaf, Anak-anak ga bisa masuk ya!(Maaf, Kanak-kanak tak boleh masuk!)

Demikk! Dia kata I, kanak-kanak? I tahu lah I kecik tapi tak adalah kecik sangat. I tahu lah I kurus tapi tak adalah FLAT! Dahlah sombong terus tahan tak buka pintu.

Klinggg! Terfikir sejenak. Terus I pakai coat uniform doktor I depan-depan dia juga.

“Oh maaf doc, maaf doc..”

Hah baru buka pintu!

Apalah nasib. Nak masuk hospital sendiri pun kena tahan -_-

17 responses so far

Jun 25 2010

Cara memutihkan ketiak yang hitam!

Published by under How to look beauty?

Wah sekarang, ramai betul yang tanya I cara memutihkan ketiak yang telah hitam. Mari I bagi tips yang I pernah buat, dan ternyata memang berkesan! Tips macam konyol tapi cubalah! Kalau ketiak dah putih jangan lupa belanja I air putih. Hek ele.

TIPS NO 1
Coletkan sedikit ubat gigi pada hujung jari dan kesat di bahagian lipatan/ ketiak yang gelap. Bersihkan dengan air hangat.

AMARAN: Jangaan teruskan tips ini kalau tiba-tiba kulit merah-merah. Itu maksudnya kulit anda oversensitif. Tak boleh pakai tips ini. Kita ganti tips lain.

TIPS NO 2Perah air limau dan timun. Gosok dekat kulit dan biarkan beberapa minit.

ALASAN? Kandungan air limau dan timun ni ada antioksidan yang dapat mencerahkan sel melanin pada kulit. Actually bukan dekat kulit ketiak sahaja, dekat seluruh badan pon boleh! Siapa nak putih, boleh mandi air limau dan timun.

TIPS NO 3
Tau tawas tak? Alah batu tawas itu!! Okay cairan product tawas ini digosok dekat ketiak kita time mandi.

ALASAN? Sebenarnya tawas ini untuk menghilangkan bau badan dan mengurangkan peluh di badan. Dengan peluh yang kurang sekaligus dapat mengurangkan risiko ketiak hitam dan bau bacin!

TIPS NO 4
Rajin-rajin lah lulur badan / pakai scrub setiap kali mandi.

ALASAN? kesan hitam di ketiak adalah daki-daki yang melekat-lekat. Daki itu tak akan hilang kalau hanya dengan sabun biasa. Scrub dengan menggosok di celah celah sulit dapat memutihkan bahagian tersebut! Yang ni hari-hari memang I amalkan.

Ketiak saya kiyut. Wtf.

Kalau tak sabar nak ketiak putih dengan segera, mana lah tahu esok nak interview jadi stewardess ke (eh nak jadi stewardess kena check ketiak ke?) boleh datang bertemu dengan doktor pakar kulit (dermatologist) untuk dapatkan krim pemutih kulit. Kalau nak free boleh datang klinik I 10tahun akan datang. Eceh. Tak habis-habis nak berangan.

43 responses so far

Jun 23 2010

Kulit dan Kelamin

Published by under Don't sue me!

Kalau nak cari doktor yang cantik-cantik, cari lah ke Department Kulit dan Kelamin. Ini department favourite I so I kena anggap ini pekerjaan yang menyenangkan! Walaupun hari-hari kena balik pukul 9 malam, tak apa! Kulit punya pasal. Okay abaikan kelamin tu. I tak minat pun nak ambil tahu penyakit kelamin orang. Oh kenapa lah sakit kulit mesti digabungkan dengan kelamin?

Dari dulu sampai sekarang, cita-cita I adalah menjadi doktor kulit dan membuka klinik macam gini. Dan melakukan perkhidmatan ke atas diri sendiri (kah! kah! kah!). Nak putih? nak hilangkan parut jerawat? Nak kencangkan kulit muka? Nak muka bersinar-sinar? Nak sedut lemak di pipi? Nak buang tahi lalat pun boleh. Okay cakap sahaja. Tunggu klinik I 10 tahun akan datang! Gerenti mujarab! Cheh awal-awal dah buat promotion.

4 responses so far

Next »

| |