Archive for May, 2010

May 30 2010

Kerepek kentang kriuk-kriuk.

Published by under Spare me 100 bucks!

Setiap hari, I kena pergi kerja sebelum pukul 6.30pagi untuk follow up patient. Pukul 6.30 pagi hey! Ayam pun baru stand by nak berkokok. Jangankan sarapan, mandi pun kadang-kadang tak sempat. Tapi sekarang ini I tak perlu risau. Sebab…

..

.

Yey! Encik Kentang dah mengeluarkan product baru Rice Crips Mister Potato. Sementara menunggu bas, boleh lah I curi-curi waktu makan snack buat sarapan pagi sebelum pergi kerja. Tak kan lah nak makan nasi bungkus sambil menunggu bas di tepi jalan? Kan tidak senonoh namanya tu.

Nak beli snack kena bijak. Jangan main semberono sahaja. Nama pun Rice Crips, mestilah khasiatnya sama macam kita makan nasi. Yang bestnya, I teruja dengan ingredients yang digunakan. Mana ada snack yang menggunakan Carotine Oil (sejenis antoxidant yang bagus untuk tubuh) dan kaya dengan Vitamin E yang sangat bagus untuk kesihatan kulit dan mengelakkan kulit berkerut. Tak percaya kan? Makan snack pon boleh awet muda tau!

Jangan takut badan macam balloons. Hey, it’s trans fat free hey! Rice Crips mempunyai jumlah lemak dibawah paras 20% sehingga dapat menghalang terbentuknya lapisan kolesterol di salur darah kita. Wah mengurangkan risiko stroke ni!

Tahukah anda, terdapat 1001 khasiat kentang. Antaranya sebagai pengawal tekanan darah, sumber pembentukan zat besi dalam darah dan meningkatkan sistem imun dalam badan! Percayalah, Rice Crisp by Mister Potato masih mengekalkan khasiat kentang!

Percaya jangan tak percaya.


Dari dulu sampai sekarang, snack kentang Mister Potato adalah snack paling rangup sedunia! Ewah..

Apa? Tak percaya lagi?

Sangat crispy. Kriuk-kriuk.

Hah. Sekarang baru percaya kan! ­čÖé


Tidak bakal boring, tidak bakal bosan. Sebab Rice Crips didatangkan dengan 4 perisa mengancam.

Dari dulu sampai sekarang, Encik Kentang sangat bermurah hati bagi cash dekat bloggers yang suka promote Encik Kentang. Untuk keterangan lanjut boleh click dekat advertisement Nuffnang di atas ini.

RM1000 siapa tidak mahu?

16 responses so far

May 28 2010

Tips belajar ala Totin Jamain

Published by under Please don't give up!

Amboi amboi tak nak kalah. Macam ada je orang nak ikut tips belajar I. Masalahnya bukan apa, sejak bila I belajar? -_-

Http://formspring.me/totinx

Wah wah kalau minta tips belajar masa I SPM dulu, I boleh kasi. Sebab dulu, I akui memang agak rajin sikit. Sikit sahaja tak banyak. Tapi sekarang…. erk okay. Tak baik kita membezakan yang dulu dan sekarang. Mari I bagitahu rahsianya. Ewah rahsia tu tak bole blah sungguh.

Ambil Extra Class

Masa I Form 5 dulu, scedule I sangat full dengan extra class, tuisyen lah apa. I rasa semua subject I ambil extra class. Kalau tak salah, Isnin: Math , Selasa: English, Rabu: Kimia, Khamis: Fizik, Jumaat: Add math, Sabtu: Pend. Seni, Ahad: BM. Macam gitu la seakan-akannya. I pun lupa. I tak mengeluh pun kalau terpaksa pergi extra class waktu itu. I enjoyyyyyy. Maklumlah nama pun sekolah perempuan. Pergi extra class la chance untuk usha lelaki. Piwet piwet.

Baca buku kuat-kuat

Hah sampai sekarang I belajar macam ini. Sebab itu I tak suka duduk asrama. Cara belajar I pelik sikit sebab I tak pandai baca buku pelan-pelan dalam hati. Mesti end up dengan menyanyi lagu lagu pop masa kini di dalam hati! Abang I paling bengang kalau time I study dekat hall. Yelah dahla membaca buku sejarah kuat-kuat, dekat hall, depan TV. Mesti dia akan menjerit “kau belajar dalam bilik boleh tak?”.

Ada penelitian mengatakan (chewah siap baca research tu), belajar sambil membaca kuat-kuat dapat memudahkan kita meningat apa yang dibaca sebab selain mulut berfungsi, telinga turut mendengar.  Kan?

Buat semua buku latihan

yang dijual dekat syarikat buku itu. I rasa hobi I zaman sekolah sekolah dulu, suka sangat beli buku latihan. Maklumlah masatu mana pandai beli make up lagi! Hehe. Jadi setiap kali ada buku latihan yang baru, lagi-lagi dengan cover yang cantik, mesti I teruja. Buat sahaja latihan dalam buku itu, Kalau tak tahu buat, boleh tiru jawapan dekat belakang. ­čÖé I rasa masa SPM tu dekat 70% mesti pusing pusing soalan yang berkaitan dengan latihan yang kita buat.

Rewards yourself

Setiap kali buat sesuatu, I akan rewards diri sendiri. Okay contohnya macam ni. Kalau hari ini I berjaya habiskan study Sejarah, I akan beli ice-cream Paddle Pop . Hah sadis sungguh, nak makan ice-cream kena study dulu. Macam tu lah baru kita semangat nak study! Kita kena bagi habuan dekat diri sendiri setiap kali melakukan sesuatu yang susah buat kita. Macam motivate diri lah, kononnya.

Kuarantin!

Percaya tak, 2 bulan sebelum SPM, I kuarantin segalanya. I kuarantin dari pergi shopping mall, kuarantin dari buka radio (well, dulu I ada habit suka buka radio kuat-kuat dan melalak dalam bilik macam orang gila), kuarantin tengok TV, kuarantin dari segala aktiviti social. 2 Bulan oh. Lepastu yang kelakarnya, bukan sahaja I. Seisi keluarga pon I tak bagi pergi shopping mall, buka TV semua. Kah kah kah. Diorang terpaksa buka TV pelan-pelan, pergi mall senyap senyap. Kah kah kah macam lah I tatahu! -_-

Doa dan tawakal

Kalau dah usaha, jangan lupa pada yang SATU. Sebab Dia lah yang membantu. Alah tak perlu lah nak pergi masjid setiap hari. Cukuplah kita menunaikan kewajiban, banyak berdoa dan tawakal. Mama I selalu nasihatkan I, buat jahat macam mana pun, jangan lupa solat.  Setiap kali menempuh exam, I mesti puasa. And biasanya parents I pun ikut puasa. Masa I SPM dulu, seluruh rumah puasa. Abang, adik, jiran sebelah, sanak saudara semua puasa. Sebab masatu bulan Ramadhan. haha ok bye.

Ini antara tips luarbiasa I. Tips yang lain tu sama macam orang lain belajar.

Just a note to all students of Temenggong Ibrahim Girls School, who are going to sits for their PMR, SPM and STPM’s exam, good luck and all the best!!!!! Belajar dari sekarang. Jalan malas-malas. Heeeeepppppp!

Ini sahaja lah satu-satunya gambar I waktu sekolah dalam lattop ni. I rasa dah berapa kali I post entry letak gambar sekolah ni. -_-

Tips Riana Helmi

Wah Riana Helmi siap bagi tips. Siapa Riana Helmi boleh google sendiri. Alah ingat tak I kawan dengan doktor glamour paling muda se Indonesia yang berusia 17tahun itu? Katanya, waktu kecil-kecil, ibunya mengajar dia membaca. Jadi pada umur 4tahun, dia sudah pintar membaca surat khabar. Masa 4 tahun I baru belajar A B C X Y Z (Ok aleh aleh terus XYZ). Huruf yang tengah-tengah I tak pandai lagi. Jadi untuk yang sudah ada anak, didik dia untuk membaca dan mengenal huruf dulu. Bukan didik dia memegang pensil dan menconteng dinding. Ingat tu!

28 responses so far

May 26 2010

Itu pasal lah..

Published by under I'm just rambling.

I tak jawap-jawap soalan dekat formspring itu. Harap semua dapat bertimbang-rasa menunggu jawapan dari killer-killer questions semua. Memang soalan mengalahkan specialist I sahaja. Semakin hari semakin bijak bertanya la anda semua ni. Yang kelakarnya, kalau seorang dah start tanya pasal darah period, nanti berjela-jela orang tanya. Esoknya keluar topic pasal breast, berderet-deret soalan tentang breast. Amboi soalan pon bermusim ye. Tak apa tak apa, selagi berputar tentang kesihatan, I sedia melayani anda. Eceeeeh

Nak mencuri masa menjawap formspring memang kena tunggu waktu yang betul-betul terluang. Biasanya I curi masa menjawap 3 – 4 soalan sahajalah untuk sehari. Cukuplah. Jangan bagi kepala I meletus. Tapi masih boleh bertanya 24jam ye. Hari Jumaat I cuti, nanti I jawap semua sekaligus. Harap bersabar.

Lihatlah. kalau soalan ringkas tak apa. Mesti paling tidak dekat 5 baris perkataan.

I memang sangat-sangat sibuk sekarang. Jadi leader untuk department ni memang kadang-kadang memberi tekanan. Eceh padahal tak adalah buat apa sangat. Mungkin I tak minat neurology. Mungkin minat. Tapi bila berdepan dengan patient stroke mengingatkan I kepada seseorang gila yang pernah stroke tapi tak mengenang budi. Eh eh tiba tiba nak emo. Tak boleh campur adukkan hal peribadi dengan patient sendiri. Tak boleh tak boleh. Hep!


Perasan tak? I dah ada signature baru untuk gambar-gambar dekat blog ni. Nampak lebih bergaya sikit dengan signature baru kan. Comel tak? Hem.. tak ke. ­čÖü
Tak pelah. Bye

23 responses so far

May 23 2010

Tips: Mengukur bra sesuai ukuran payudara.

Wah wah 18sx sikit. Adik-adik yang bawah umur, main jauh-jauh ye sayang?

Semalam I berbual-bual dengan kawan I. Dia memang suka share pasal rahsia perempuan. Well, bila kita kawan dengan orang-orang ilmiah ni, banyak benda-benda ilmiah yang kita dapat. Sebab itu mak kita selalu pesan, “Pergi sekolah kawan dengan budak pandai-pandai tau!” Oh begitu alasannya.

Eh I bukan nak bagi tips berkawan. Tapi pernah tak kadang-kadang kita rasa gatal dekat payudara, atau merah-merah macam melecet sekitar bawah lingkaran payudara, rasa sesak dan tidak selesa masa pakai bra! Eh I rasa semua orang tak selesa pakai bra. Tapi kena pakai juga!! Oh kenapa jadi perempuan kena pakai macam-macam?

Okaylah tak perlu merungut lagi lepas ni. Sebab I akan bagi tips cara paling mudah untuk tahu ukuran bra you all. Nanti engkau orang semua tak payah nak pergi try dekat fitting room ┬ámasa nak beli bra. Boleh ukur dekat rumah, sampai dekat kedai boleh cepat-cepat cakap dekat Amoi tu, “Saya nak bra ukuran 34C as soon as possible please. Please cepat sikit saya malu ni ramai orang tengok!”

Nama sahaja perempuan. Tapi kita sendiri tak tahu apa itu 34B, 36C ABCD blughhh macam mana nak ukur tu? Sebenarnya ada 2 cara mengukur bra.

  1. Ukuran Lingkar Badan
  2. Ukuran Cawan *Cup maksudnya*

Untuk ukuran lingkar badan, caranya adalah ambil pita pengukur dan lilit badan tepat di bawah payudara. Dekat area tulang rusuk bawah payudara itu. Pakai pita yang inci. Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Kalau ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci. Faham tak? Okay macam ini, kalau ukuran lilit badan dekat pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi nanti cari bra ukuran 32. (28+4=32) Tapi kalau ukuran lilit badan adalah 29, jadi nanti pergi kedai cakap dengan amoi nak ukuran bra angka 34. (29+5=34).

Cup ni yang penting ni. Kita perlu tahu cup kita ukuran berapa, barulah payudara kita dapat bernafas! Cara tetap sama, ukur lilit bahagian paling depan payudara.. erm dekat bahagian.. em malulah nak cakap. Bahagian puting paling menonjol itu. Ukur lilit badan tau bukan ukur lilit puting itu wtf? Bundarkan ukuran yang dapat itu kepada nombor genap. Kemudian kira perbezaan dengan angka ukuran lilitan yang kita hitung awal-awal tadi. Contohnya, ukuran lilitan badan tadi = 28. Ukuran lilitan payudara = 30. Jadi perbezaan ialah 2 inci.

Perbezaan 1 inci = Cup Size A

Perbezaan 2 inci = Cup Size B

Perbezaan 3 inci = Cup Size C

Perbezaan 4 inci = Cup Size D

Perbezaan 5 inci =  Pamela Anderson ke ni?

blog

I googled nak cari gambar normal breast. Tapi keluar gambar yang $%^&* pula. Terpaksa I google dengan keywords: Breast Cancer. Hah abaikan ye breast tumor sebelah kiri itu.

Masih ingat tak, I pernah cerita.. Dulu, I jalan-jalan mall kemudian bra I terjatuh lalu hilang tak tahu jatuh di mana. Masa itu time tengah dating cinta monyet zaman sekolah. Singah toilet nak betulkan bra yang I rasa longgar tapi rupa-rupanya dah tak ada. Haha Okay itulah akibatnya jika tidak memakai bra mengikut size yang betul! -_-

Tips Kesihatan

Jangan pakai bra semasa tidur. Nanti husband marah. Eh tak tak, bukan sebab itu. Memakai bra sepanjang waktu dapat menyekat aliran darah sekitar payudara dan sekali gus dapat meningkatkan risiko Breast Cancer.

61 responses so far

May 23 2010

Confessions of a Hello Kitty Addict

Comel nya lah hai kucing Hello Kitty ni. *Actually not really* Okay lebih baik jujur. Bukan sebab kucingnya, tapi sebab warna pink. I love pink and Hello Kitty and went crazy with it! Macam everywhere I pergi pon, I akan cari any stuff yang related dengan pink. Eh, do I have color blindness? Adoiii.


I got Hello Kitty Earphones, yesterday lepastu excited sampai nak memblog!


Aren’t they cute? Hiiii. Yeah, I bought both! Haih. Tak apa lah. Nasib baik harga murah sangat. Rm8 each. Hah percayalah. That’s why I love Indonesia. Ha Ha.

Sekarang masanya untuk self-obsessed sampai muntah.

Makin bawah makin gila. Sudahlah itu tak payah nak ambil gambar banyak-banyak. Rosak webcam ni nanti.

When I was young, I got lots of Hello Kitty stuff tau. Dari atas sampai ke bawah, telephone rumah, stationaries, accessories, Biscuit Hello Kitty pon I tertariik. Hah macam itu lah. And kalau masuk bilik I, everything’s pink!


The Best Buy, My Fender Hello Kitty Stratocaster.

Sayang Fender Kitty tidak terhingga!

You will probably think they are all useless and wastes of money kan? Oh whatever. Yang penting all the items are my appreciated things lah. Yang kupuja. Yang kusayang. Eceh. Someday, I’ll make my house more Hello Kitty-ish. Macam gini, mungkin?


Jemput datang semua.

39 responses so far

Next »

| |