Archive for April, 2010

Apr 27 2010

Mati dibunuh.

Published by under Don't sue me!

Dari pukul 2pm sampai 8pm kami berada di ruang forensik untuk kes pembunuhan ini. Okay sakit kaki sangat sangat sangat berdiri lama sangat sangat sangat. Bau mayat sangat sangat busuk. Perut sangat sangat sangat lapar. Wow. Banyaknya sangat!

Eh I rasa I ada masalah dalam menghandle bau mayat yang menusuk kalbu. Eh salah. menusuk hidung. Biasanya orang akan letak kopi di dalam masker. But the problem is, eceh speaking pulak. I mana boleh bau kopi. Lagilah pening. So sekarang, I sudah pening kepala… bukan sebab bau mayat. Tapi bau kopi. Erk. Esok nak bawa Perfume Victoria secret lah sembur dekat masker. Wah wah wah!

Ada kopi dalam masker tu.

Kes Forensik I pada hari ini adalah…

Seorang perempuan, berusia 22tahun, mati dibunuh oleh bekas suaminya. Kematian diduga kerana perselisihan antara mereka setelah bekas suaminya meminta rujuk kembali. Tetapi perempuan tu tak nak sebab perempuan tu nak kahwin dengan bf baru dia. Yeay cayalah perempuan! Gua respek beb! Cheh iya-iya je intro macam formal nak buat ala-ala kes juvana polis tapi ayat seterusnya terus tak boleh pakai.

Hish I tak habis fikir lah kaum lelaki kenapa sanggup buat macam itu sekali. Kesan dari autopsy (bedah mayat) yang kami lakukan, didapati patient meninggal dengan 5 kesan luka dihiris di muka menggunakan pisau, ish luka itu sampai terkoyak muka dia semua. Haish haish. Itu baru muka, kesan 5 jari tangan kanan putus, tangan kiri ada beberapa luka hirisan. Mungkin kesan-kesan pergaduhan sebelum kematian. Eeeeee baldi hell nya lelaki. Orang dah tak nak tu blah lah. Kecoh betul lah luu. Eh eh emo tiba-tiba.

Yang lain serious membaca kes kematian patient. Yang depan ni paling serious nak bergambar. Baiklah.

Tim forensik kitaaaa. Hecceh.

Okay ini kes polis. Tak boleh tunjuk gambar lebih-lebih. Nanti I mimpi ngeri pula malam ni.

Lelaki tersangka masih belum ditangkap dan melarikan diri. Sesiapa terjumpa, bagi dekat I. I nak autopsy dia hidup-hidup!

22 responses so far

Apr 26 2010

Apabila pergi shopping

dan berniat untuk tawar menawar di pasar. Oh pasar borong maksudnya. Sebagai contoh bila bercuti ke Indonesia,  untuk berbelanja kebaya. Menawarlah dengan sewajarnya. Mari I bagi clue menawar.

Tips pertama Jangan pakai baju cantik-cantik. Make-up cantik-cantik. Sekaligus mencerminkan anda seorang yang ber $$. Seorang foreigner. Pakai se-sempoi mungkin. Pakai kain batik sarung lagi bagus. Nampak jawa sikit -_-

Kedua, tawar harga kurang daripada separuh harga yang dijual. Sebagai contoh.. Kalau dia jual harga rp100k, you all tawar rp30k. Ha Ha Ha tak terfikir kan nak menawar serendah itu. Tapi itulah harga yang sebenarnya. Kena tipu saja anda. Apa kelas menawar sekadar beza sikit sikit? Kalau tak berjaya menawar, pura-pura merajuk “TAK JADI LAH BELI. MAHAL SANGAT!” Nanti dia panggil balik. Mesti punya. Kalau dia tak panggil balik, kita patah la balik. Ha Ha Ha.

Ketiga, JANGAN cakap melayu. Jadi tips ketiga, kalau datang Jogja, roger I. Nanti I jadi jurucakap. Biar I yang menawar versi jawa. Tapi dengan syarat, jangan cakap melayu dengan I masa tu. Hah nanti kantoi lah. Kita pakai bahasa isyarat sahaja lah!

Macam tadi, I temankan kawan I, Syazwan Zanini datang dari Malaysia. So I have to accompany him for shopping lah. Merata betul belanja barang dia. Macam macam skill tawar menawar I buat. Tapi kesian betul bila shopping dengan I, sebab I kalau shopping laju gila, zap zap zap aleh-aleh tengok dia dah hilang kebelakang. Hikhikhik.

Okeh Wan, jangan serik datang Jogja! And thanks for the gift! <3 Kalau I pergi France, I bawa you pula jadi translator. Eh eh bila masa la agaknya I boleh sampai France tu. Haih.

10 responses so far

Apr 24 2010

Si lesung pipit berjantina perempuan.

Published by under Where the heart is.

Kena mention juga jantina dia sebab setakat ini belum ada tanda-tanda fizikal luaran yang menunjukkan dia seorang perempuan. Kecik-kecik dah belajar nak jadi tomboy ye. Biasa dia ye. Hep!

Satu-satunya gambar dengan si lesung pipit, masa dia baby. Maklumlah duduk jauh. -_-


Bila balik Malaysia, I suka melayan kerenah
si lesung pipit ni sebab dia tak banyak kerenah. Eh?

Disebabkan si lesung pipit ada bakat dan kebolehan ketawa senyum sampai telinga, I bagi dia chance masuk dalam contest BOH 1 Umph 1 Smile 1 Malaysia.  Semua boleh vote si lesung pipit hari-hari. Kalau si lesung pipit ni menang, dia janji nak belikan I make-up banyak-banyak. wtf?


Eh betul ke ejaan nama dia macam tu?

“Kalau ada pertandingan lesung pipit paling dalam, mesti saya menang!”

Eh tak. Nazim kot yang menang. Ha Ha Ha.

13 responses so far

Apr 22 2010

Simple steps to flawless skin. Jeng Jeng Jeng!

Published by under How to look beauty?

How to get flawless and glowing skin? Licin berkilat tiada sebarang noda. I nak bagi tips ni, boleh start berangan dari sekarang. Kadang-kadang, bila pakai make-up pon muka still nampak pore atau lubang-lubang kecil atau tanda-tanda hitam tidak cantik yang buat kulit muka tak berapa smooth jika dilihat. Mungkin boleh cover sejam dua dengan make-up foundation, tapi tak kan setiap 2 jam nak touch up make up?

If you think that attaining a flawless skin is an uphill task or involves extreme effort and cost, then you’re probably wrong. I mana pakai branded items untuk cosmetics. I beli ala kadar yang harga berpatutan dan logik akal.Sebenarnya kulit muka I amat sesuai dengan product dari Jepun/Korea. So I akan teruja bila nampak any facial items dengan tulisan Jepun cacing cacing aneh tu. Mesti nak beli. Mesti nak cuba. Mesti bagus punyalah.

Etude Make-up Base Mineral memang berkesan. Sekali I pakai, make up akan menyerlah seharian. Glowing gitu. Ewah. Yang tak tahu apa kebenda jadah ini, it’s something for moisturizing your skin, sekaligus blending skin tone dan membuatkan make up tahan lama serta menutup pori-pori. Cara I pakai, mula-mula cuci muka, kemudian sapu vitamin E Organic Acid pada muka, kemudian sapu ETUDE base ni lepas itu dah boleh mulakan make up dengan foundation dari Kryolan, Easy cover foundation,  ….. Eh ok ok cukup. I bukan nak buka kelas make up dekat sini.

I beli dekat Etude counter, Jusco Bukit Indah, JB. Rasa-rasanya dalam RM60 sahaja. Alaah, kalau engkau orang jalan-jalan mall, nampak kedai warna pink cantik-cantik dengan juru jual yang pakai uniform pink comel-comel, hah itu lah dia ETUDE! Marilah support barangan PINK. Hehe.

Masani dah round satu KL dengan kereta yang tidak ada aircond, tengah hari buta, bermandi peluh. Nama sahaja kereta SLK tapi aircond rosak pula. -_- Lihatlah, tidak comot lomot kan make up I. Still maintain.

Oh sekilas info menarik. Cheh macam iklan TV je. I ada jumpa produk untuk menghilangkan bekas-bekas jerawat dengan berkesan. Hanya dengan sekali pakai, sudah menampakkan perubahan. Ewah. Semangat betul nak promote. Hari itu ada orang tanya, jadi hari ini I jawap.

Tara. I pakai benda alah ini sahaja. Actually I dah cuba macam-macam produk. Saja cuba try test. Tapi I rasa ini paling the best lah. Garnier SOS Blemish clear pen. Tak perlu tanya I, nak beli dekat mana. Dekat Watson bersepah-sepah.

13 responses so far

Apr 20 2010

Tips kurus.

Published by under How to look beauty?

Hah mesti ramai berebut-rebut nak baca entry kali ini. I tak akan bagi tips kurus yang mesra google macam makan buah epal hijau, minum air teh hijau, exercise setiap pagi lah apa. Itu semua orang tau, kan? Tak perlu lah I ulang banyak kali.

Berat badan I memang susah nak naik. My weight didn’t go up, even I eat like a monster. I kena makan banyak macam haram, baru nampak perkembangan sedikit. Oh kadang-kadang bila I rasa I sudah gemuk, I just need to skip my dinner for 1day je, I dah boleh turun 1kg. Hah senang bukan? Berdasarkan daripada penelitian kawan-kawan I (okay ini kawan-kawan medic yang jenis otak bergeliga so I rasa masuk akal lah), katanya salah satu faktor adalah kerana I makan slow sangat.

Setiap kali I makan bersama kawan-kawan, mereka akan mengambil masa lebih 30minit hanya menunggu I menghabiskan makanan. Setiap suapan nasi, I mengambil masa lebih 25kali kunyah. Okay memang bosan menunggu I makan. Lagi-lagi bila makan, I suka berangan. Macam, makan sambil termenung… haa Itu boleh mengambil masa 1 jam untuk menghabiskan 1 piring nasi. Heheh.

Disebabkan I jenis kunyah banyak, I mempunyai masalah malas makan sebab penat nak kunyah. Releven kan? Kunyah banyak –> malas makan –> Jadi kurus. Kesimpulannya, makan pelan-pelan. Jangan gelojoh. Selain nampak sopan, dapat kuruskan badan. Asikkkk kan?

Heh okaylah, I merapek apa lah kalini.

Waktu untuk show off. Terimah gambar nongkrong I sebentar tadi di Coklat Cafe.

45 responses so far

Next »

| |