Archive for March, 2010

Mar 30 2010

Contact lens murah siapa nak boleh beli siapa tak nak boleh blah.

Published by Totin Jamain under Spare me 100 bucks!

Dulu harga contact lens mesti sekitar rm100++. Masa I kecik-kecik I menjeling je nak pakai contact lens. Nak mata macam Britney Spears tapi tak kesampaian. Eh sekarang boleh beli contact lens harga rm40. Murah. Tak payah pening-pening pergi kedai, nak bayar duit minyak kereta, duit car park, lepastu kena saman lagi, hah sekarang boleh beli online sahaja! Order hari ini, esok dapat. Comfirm ni tak main main. Takde charge untuk pos pon. Betul. Tak tipu.

Hari itu siapa tanya I macam mana mata I bulat seperti bebola ikan? Hah ni la rahsianya. Ehehehe. Dah tak jadi rahsia dah sekarang. -_-

Sudah boleh berangan depan cermin, mata ala-ala Britney Spears!

Kawan I jual satu contact lens, berharga RM20. Eh eh maksud I, mata kiri satu, mata kanan satu. Jadi sepasang RM40! Heh murah tu. Harga postage dia minta RM4 sahaja. Eh tadi kata postage free? Okay cool down, postage free kalau beli 2 set. Kalau beli 2 pairs, instead of RM88(termasuk postage), anda bayar RM80 sahaja. Murah kan? Eh ada harga promotion lagi, sebelum tanggal 31 March 2010.. kejap kejap I check kalender. Haa masih sempat lagi. You all boleh dapat dengan harga RM35 sepasang! Cepat order sekarang! Contact lens GEO ini telah diluluskan dari Kesihatan Malaysia. Mengurangkan risiko penyakit mata kongjungkitivis dan Iritasi kornea mata. Eceh memandai je I ni.

Eh gambar yang I tunjuk di atas cuma example je orang putih cakap. Selebihnya boleh chekidaut sendiri dekat http://miniaturehypocrisy.blogspot.com/ Kalau sesiapa bermata rabun-rabun ayam itu boleh minta power berapa anda mahu (di bawah -1000 ye). Siapa berminat, e-mail anisakmar@yahoo.com atau message FB si-badut ini. Kalau segan tak berani dan menggigil dengan profile pic si-badut ini sebab ala-ala macam ‘hey-come-here-kiss me-babeh”, you all boleh leave comment order di bawah.

.

.

.

Kejap I nak buat promotion versi kawan-kawan Indonesia. Tukar bahasa kejap. Ehem ehem. Testing testing. Microfon on? erk..

.

.

.

Teman-teman, ada yang pingin beli kontak lens murah nga? Serius murah! 1 pasang cuman Rp100k. Ih kalau merek GEO ga dapat lo harga kayaQ gtu. Kalo mau minus bisa minta. Mau kaya gmana aj ada koQ. Pokokny lengkap deh mao apa! Ga perlu bayar postage. Hehe soalny kan aQ pulang Malay. Ntar tak bawa sekali deh. Gampang kan ga perlu mikir harga postagenya. Kalian liat sendiri ah di http://miniaturehypocrisy.blogspot.com/. Kalo ada yang kepingin bisa order langsung ke aQ aja yaaa.

29 responses so far

Mar 28 2010

Tips memakai blush on.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Kolomkan pipi dan sapukan blush on di bahagian tulang pipi supaya muka tidak kelihatan seperti tomato.

Eh tiba-tiba teringat  karton Tomato-man, dulu-dulu setiap hari Isnin-Khamis, pukul 3.30pm. Uhh I still remember how excited and how frenzied for the cartoon that could not wait to watch every weekdays. Macam excited balik sekolah agama cepat-cepat tau! and I still remember the theme song,

Tomatomatomatomatomatok!

Hahaha! Okay I melalut jauh dah ni.

15 responses so far

Mar 27 2010

Kenapa anak saya degil sangat ni?

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Cheh macam lah I dah ada anak. Tapi ini tips yang I nak kongsi untuk semua orang. Sekarang ini banyak betul anak-anak yang mempunyai masalah keterlambatan dalam perkembangan. Kadang-kadang umur 1 tahun panggil mama papa pun tak tahu. Berjalan pon masih belum. Lebih sedih lagi, bila kita panggil banyak kali, budak-budak kecik zaman sekarang dah pandai bolayan. Haaa ni yang geram ni.

Menurut penelitian, masalah utama yang terjadi adalah salah didikan ibu bapa. Yelah, sekarang zaman metropolitan, ibu bapa sibuk bekerja. Anak dari bayi sudah didedahkan dengan televisyen, televesyen. telivisyen? Eh, macam mana nak eja? Sampaikan ibu memasak di dapur, anak dibaringkan di depan TV supaya tidak menangis. Kan? Okay sila jangan lakukan lagi. Tahukah anda,terdapat 5 rangsangan apabila anak terdedah ke TV. Rangsangan suara, cahaya, gelombang, warna dan gerakan. Haa dari bayi lagi budak-budak kecik tu dah terdedah dengan 5 perkara di atas. No wonder lah bila kita panggil ‘ADIKKKKKK!’ tak ada respons sama sekali sebab kita cuma bagi rangsangan SUARA sahaja. Budak tu tidak akan tertarik dekat kita sebab TV ada 5 rangsangan, kita tak ada. Kita tak menarik pun! T_T

Waktu paling lama untuk menonton TV adalah 2jam. Okay 2jam. Okay 2 jam. Selebihnya anak haruslah bersama kita, berinteraksi dengan kita. Ok kalau you all bekerja hah pandai-pandailah kreatifkan diri. Hari-hari telefon ke. hah kenalah bijak.

Oh anak yang dah meningkat usia 3.. 4 tahun dan ke atas, mesti dah pandai nak minta mainan sana sini. Kalau setakat minta pistol mainan tembak-tembak dah tak zaman lagi. Semua budak-budak dah pandai minta ps2 lah ps3 lah GameBoy ntah apa jadah lagi. Kononnya main game playstation itu alasan untuk release tension. Ohh I tak setuju!

Penelitian kata (okay bukan I sorang kata, ini En. Penelitian yang kata) permainan seperti itu akan menyebabkan kelelahan neurologis *saraf otak* kita. Okay bayangkan kalau kita bermain lumba kereta selama 3jam. Hah itu ibarat kita drive dari Johor ke Kuala Lumpur. PENAT OHH. Itu belum lagi termasuk dengan emosi sebab kalah. Hilang stress ke tu? Hilang ke?

Okay mak mak semua dah boleh sorokkan playstation sekarang!

Jangan bagi bayi baru lahir minum pakai botol susu. Nanti dia dah tak kenal puting anda lagi. So siapa pula nak habiskan susu anda?? Siapa nak hisap puting anda? Epppppp!!!

ps; Eh tapikan adik I suka tengok TV cerita Cartoon Network. Bila dah besar dia jadi hebat speaking. Bila exam, English 100%, BM 60%. Hah macam mana pula tu?

10 responses so far

Mar 27 2010

Protected: Shame on you. *Boleh minta password kalau mahu (msg fb)

Published by Totin Jamain under Wasn't That Funny?

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Mar 24 2010

Protected: Nah amekkkk

Published by Totin Jamain under Wasn't That Funny?

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Mar 23 2010

I <3 Paediatrics!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Hai, it’s 3.00pm and I just woke up from tidur siang. Tidur siang memang bagus tapi bukanlah pada waktu bertugas. Lebih-lebih lagi tidur sampai 2jam. Hah tu bukan take a nap tapi take a snap! Kamar doktor is just beside the kamar bayi. Selagi tak ada bayi menangis, I tidurlah! Thank you babies for not crying! Sebut pasal crying, I’m just having my mini check examination for paedistrics department. Hah jangan ingat I tak ada exam lagi okay. Ini macam syarat untuk I pass the department and holiday malaysia (yehyehyeh). Yang bengang nya tadi baru je berdiri letak stethoscope di telinga, budak kecil 1tahun itu menangis sekuat hati macam nampak jembalang. T_T. Tolong lah cooperate sikit. Ish menyampah. Penat I terkinja-kinja buat muka monyet sampai dia ketawa, tak layan pulak. Dah tak suka tak apa, FiNE. I still have 10days before balik. Ada siapa-siapa nak kirim faundation KRYOLAN or any make up stuffs? Come on come on murah murah! Eceh siapa-siapa yang kirim tu tengoklah ye kalau sempat I belikan. Life is just toooooo busy until nak pergi kedai runcit depan rumah pon fikir 2 kali. Wow panjangnya I membebel. Sorry tak ada paraghraph I tak tahu macam mana nak buat paraghraph klau pakai berihitam. Dah twitter chika (nurulism.com) tapi dia tak reply pula. Tidor lah tu mak buyung sorang tu.

Hi, saya berada di dalam! :)

Hi, saya berada di dalam! :)

10 responses so far

Mar 21 2010

What is GEDIK in english?

Published by Totin Jamain under Wasn't That Funny?

Bila I cakap ‘GEDIK’ nanti for sure my Indonesian friends akan berkerut-kerut lepastu ketawa. “HAHAHAHA apaan si??” It’s something like when you heard ‘pe’empek’ (Indonesian Food), you all sure akan ketawa kan? HAHAHA “makan pe..pee.. pek apa tu?” Sounds so funny with this 2 languages but It’s fun to be me. Cause I know both definitions. :)

Oh whatever. Usually bila nak terangkan to my friends about bahasa melayu, I’ll try to translate it to English. But what is Gedik in English??

Gedik is kinda slutty, err but not really. It’s kinda like borderline slutty lah. Manja-manja for no apparent reason.

.

Tak faham? Okay let me give some examples.

1.”My bakal bf pon ad band jgk.. tah2 diorang knl =p”

2.”cikgu cute jangan nak noty2.. I babap t”

3. ” Weeeeeeeeeeeee jgn lupe mam nanti.. no excusessss! XD”

Explanation:

No 1: Erk.. That’s so gedik. Since you mentioned it as “bakal Boyfriend” It sounds soooooo GEDIK!

No 2: Your spelling like geli lah okay. Babap? I used that word when I was in standard 5. Seriously I’m not kidding!

No 3: What happened with your bahasa? Apa mam? mam? nak mampos?

Sampai disini sahaja contoh yang I bagi. Happy Gewdick girls!

29 responses so far

Mar 20 2010

Asam mefenamat itu ubat. Bukan asam yang beli dekat pasar malam 100g = rm2.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Thanks a lot for the advices.I have a little bit of a better handle now. Somehow, God surround me with people to give me strength. Tak sangka pula feedback banyak sekali. Bukan di comment sahaja tapi di private message facebook, ym, bbm, email. Maaf tak sempat nak reply satu-satu. Saya akan curi-curi waktu untuk reply semuanya ok? Eceh ayat tipikal artis bagitahu dekat peminat bila tak sempat balas kad raya.

Buat sementara ni, I terpaksa bergantung dengan ubat ini. Mungkin esok, atau lusa, atau tulat, I akan undergo an operation. Dah lama I tahan sakit. At first memang nak tunggu balik Malaysia and operate dekat sana. Tapi sekarang memang dah kenot go punya sakit lah. I maybe akan operate dengan kawan I punya ayah, orang yang specialize in this thingy la I takut oh operate dengan orang sebarangan. Kalau tiba-tiba jadi cacat seumur hidup ke macam mana? Hwa.

.~.~.~

Yang ni cerita lain pula. I am having a motorcycle accident just now. :( I was on my way back from work. I tumpang orang. Masing-masing pecut nak balik rumah sebab yelah baru balik on call malam tu kan penat. And as usual, atas motor I suka berangan so I tak tau apa terjadi. Aleh-aleh, di tengah-tengah perempatan traffic light, ada motor cuba mendekatiku. wtf?

Member I dah mengelak dah cheh dia bajet tak kena lah tu. Last-last I yang kena hentam. -_- Tapi kitorang tak jatuh. Yes kitorang kan hero. Heh heh. Orang yang langgar kami tu eh salah. Yang langgar I tu.. jatuh tergolek di tengah-tengah traffic light jalan besar gila tu. I dah rasa macam Miss Universe di tengah lapang panas terik diperhatikan orang ramai. Tochey tochey.

Dan kami accident betul-betul di depan balai polis traffic. Terbaik lah. I tengok orang yang tercedera tu. Hemm. Mungkin sebab I dah biasa kot handle darah-darah orang accident time kerja, so I was like.. “Helleh darah sikit je tu. Jahit satu dua baiklah nanti” Haha. Memang kurang asam. Okay I’m not nervous at all.

Tapi I emo betul bila tengok kasut crocs I koyak. Cis.

Emo sekali lagi bila balik rumah baru perasan, kaki kiri lebam-lebam biru-biru. Nasib baik tak ada parut kalau tak memang jatuh harga orang nak datang meminang. Erk???

13 responses so far

Mar 17 2010

Protected: Habis tisu 1 kotak.

Published by Totin Jamain under Love you to the moon!

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Mar 16 2010

Bukan untuk dijadikan contoh.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Time jaga wad malam-malam mana boleh tidur. Ish tak boleh. Nanti kalau ada apa-apa dekat patient macam mana? Eh tapi nak hidup kena lah bijak. I kerja 2 hari berturut-turut kot. Takkan 48jam tak tidur. Berketul-ketul jerawat tumbuh nanti no way!

Meja paling bersepah tu meja I lah tu.

Tara.. I rembat tilam dan cadar patient bentang dalam bilik. Ngeh-ngeh.

Memang kurang asam sikit bilik ni sebab sengaja tak pasang langsir. Hah sengaja tidak bagi kami tidur atau menonton movie di dalam bilik ini. Sengaja lah nak pantau kegiatan kami dari luar. Okay sungguh tak comel kalau I tidur terlentang, patient lalu lalang semua nampak I di dalam. Eeeee biadap sungguh doktor macam ni. I panjat dan gantung tirai putih yang I curi dari rak selimut patient. HAHA.


Good Night Peeps! :)

13 responses so far

Mar 14 2010

Baju baru.

Published by Totin Jamain under Spare me 100 bucks!

When I stress out and feel frustated, I tend to go for shopping. Yes, it’s a way to relieve stress. Lepastu I do prefer pergi kedai makan mahal-mahal and order macam anak orang kaya tak makan 2bulan. Who cares? Lepastu I akan baik hati cakap macam gini kepada kawan, You nak makan apa? I belanja! Today is my happy day (actually is not).

T: Hey, I bought something for my bb. New casing and antigores.
A: antigores? wtf!
T: Errr. Antigores in melayu apa, I don’t know.
A: It’s anti scratch la woi! Antigores? hahahahah fak.
T: Haha. Than I pergi Guardian, I bought some facial stuff for antinoda and else.
A: Antinoda?? damn you asal cakap Indo sial!! Dahla twitter you semua cakap bahasa Indo!

My twitter memang fully version bahasa Indonesia sebab kawan-kawan dan housemate semua aktif twitter.I semakin terkeliru dengan bahasa. Like sometimes I terlupa I pakai bahasa apa. Okay I dah dapat bayangkan macam mana nak berdepan dengan patients kalau kerja dekat Malaysia. Jangan tersasul cakap jawa sudah. Sampun buu. Matur nuwun.. hahaha okay bahaya boleh lari semua patients.

Besok start outstation to Sleman. I hope I tidak menangis lagi. Semoga berbahagia. Bye.

15 responses so far

Mar 13 2010

Saya suka budak-budak sebab saya macam budak-budak.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Hari ini special sikit sebab kami semua handle poliklinik gizi anak bersempena dengan pelancaran ruang thalassemia yang di lancarkan oleh wali kota bla bla eceh siapa lah tak penting pun itu. Yang penting selesai bekerja, semua doktor junior and senior melepak sambil makan makanan free nyummy- nyummy!


Mulut sedang penuh dengan makanan. I dah macam kanak-kanak riang yang kelaparan kekurangan gizi wtf. Yang lain-lain sibuk makan. Siap ada muka yang kelelek lagi. Hah emo betul dengan si photographer. Tak pandai snap time orang semua betul-betul bersedia. Okay cuba lihat I yang ambil gambar..


Cantik sahaja kan. Sekarang semua sudah tahu siapa photographer tidak hebat itu. Ihihihi.

Ohya, memandangkan ramai readers mempunyai anak kecil-kecil comel, nanti I bagi tips, bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak menjadi pintar, sihat, dan berkembang normal. Seperti biasa, tidak janji.

6 responses so far

Mar 11 2010

Pameran Bayi

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Practice makes perfect.

Practice makes perfect.

Satu-satunya tempat boleh lihat deretan bayi adalah di kamar bayi. Hah dekat situ mulalah rambang mata. Yang ni comel, yang tu comel. Nak yang ni, eh nak yang itu juga. Bila jaga kamar bayi, memang menganggur tak tau nak buat apa. Jadi bayi-bayi ini semua menjadi bahan permainan di kala bosan. Ampunn!!

Kecil-kecil dah pandai bercumbuan. Ish ish ish.

Kecil-kecil dah pandai bercumbuan. Ish ish ish.

Epp ni siapa ajar ni!!

Epp ni siapa ajar ni!!

Ish budak-budak zaman sekarang..

Ish budak-budak zaman sekarang..

Smallest baby with 450g. Masih bernyawa.

Smallest baby with 450g. Masih bernyawa.

Dah macam barbiedolls,kecil dan comel.

Dah macam barbiedolls,kecil dan comel.

42 responses so far

Mar 08 2010

Tips mendapatkan anak kembar

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

How to get twin baby? If you have twins history in your family, you are more likely to conceive twins. Tak perlu nak fikirkan lagi. Tapi bagaimana pula kalau tak ada salahsilah twins? Hah penat lah nak tunggu twin guy datang menjelma sampai bila pun tidak kunjung tiba. Hey, I ada tips. Tapi jangan ikut, kalau tak berani tanggung risiko. First, dapatkan fertility pills from the doctor. Actually, pil ini for those yang mandul dan susah dapat anak. Tapi bila kita makan tu, telur ovum kita akan berbuah dengan pesatnya! But make sure makan ikut arahan doctor. Jangan pandai-pandai nak makan banyak-banyak nanti dapat sekaligus kembar 5 macam anak kucing. Okaylah kalau sempurna. Tapi kalau badan melekat sana sini,bagaimana? 2nd, yang dah ada baby, boleh teruskan bagi breastfeeding sampai selagi ada susu. Women who are breastfeeding are also most likely to conceive twins. Selama I jaga Neonatal Intensive Care Room (NICU), parents twins babies mostly yang baik-baik. Yang macam orang yang sentiasa bersyukur dan berdoa dengan rezeki Tuhan. So tips yang paling afdhal, banyakkan berdoa dan bersyukur dengan nikmat dan rezeki Tuhan. :) . Ps; okay update pakai bb tak tahu macam mana nak buat paragrapgh dan bold kan tulisan.

Dah lama tak jumpa adik 'kembar', Miyabi Doll

Dah lama tak jumpa adik ‘kembar’, Miyabi Doll

12 responses so far

Mar 02 2010

Sibuk tak semestinya busy.

Published by Totin Jamain under Camera whore genes!

Kalau ada masa terluang, kita jangan sia-sia kan. Eh sebenarnya dekat paediatrics mana ada masa terluang tapi tak apa kita anggap sahaja ada. Aktiviti I hujung minggu adalah mengambil gambar sampai sakit-sakit badan, memanjat tebing gunung pakai high heels, gatal-gatal digigit nyamuk, berbaring-baring di tengah rumput dan BB aku jatuh dalam hutan T_T.

Eh tak adalah BB tak pecah tak apa tapi I emo betul. Yelah seperti melihat anak yang dikandung 9 bulan, baru dilahirkan 9 minggu tiba-tiba jatuh tergolek prang! oh demit. Mengambil masa 1 jam untuk bertenang. Crew photographer pon seram tengok I bermuka singa di tengah hutan.


Fringe kena pangkas sebab tak lulus akta fringe bergambar. ??

meblog

My name is Hang Li Po. People call me Puteri Hang Li Po. wtf?


Take one take two take three take away.

Abang-abang crew(atau adik??) yang sporting abis lah!

8pagi sehingga 7.30malam. Okay memang pancit. 9malam terus pergi Magelang. Isnin kerja outstation hah pancit lagi. Nasib baik dapat shift on call hari Rabu. Kalau dapat hari Isnin? Merana tak berlagu! Eh merana pun ada lagu ke?

12 responses so far