Feb 28 2010
Protected: Tips sebelum kahwin
Enter your password to view comments
Feb 22 2010
Sebagai anak yang baik, I nak hadiahkan sesuatu untuk ayahanda dan keluarga di Batu Pahat. Sudah lama kita sekeluarga tidak duduk berkumpul makan bersama kan? Apatah lagi makan di hotel-hotel mewah. Kalau tak bulan puasa makan buffet di hotel memang tak adalah aktiviti seperti itu. Okay maksudnya sudah lama I tak begitu sebab sudah lama tak berpuasa bersama keluarga. -_-
Hey hey apa tunggu bulan puasa. Tak perlu-tak perlu. Sekarang pun boleh.

Terimalah pemberianku. Nah I belanja 50% off buffet to 10 people. Cukup untuk keluarga kita. Sampai terlebih-lebih boleh ajak bakal keluarga juga. Dengan syarat tunggu APRIL, jangan pakai dulu voucher itu, cis cis memang bedebah la begitu.
Oh voucher ini adalah hadiah daripada contest ini. Yeay.
Ps; Eh voucher ni 50% discount. Lagi 50% ayah bayar. HAHA.
Feb 21 2010
Hello semua. I dah jual handphone I. I sebenarnya nak jual handphone A. Jadi, dekat kepala I, I dah set awal-awal nak jual handphone A. Tetapi sampai-sampai kedai, I pergi jual handphone B sebab handphone A ada masalah undang-undang. Eceh. Apelah dekat Indonesia ni tak boleh jual handphone import padahal 8 Giga tu haa. Oh whatever.
Mainpoint sekarang, I pergi delete semua memory dalam handphone A (includes phonebook), Iya lah bajet I bertindak cepat dan pantas dengan delete semua memory dan transfer ke handphone B. Tetapi sebenarnya I bodoh, sebab I pergi jual handphone B akhirnya dan sekarang handphone A yang kosong tak ada isi itu berada di tangan I. Got it?
SEKARANG SILA BAGI NOMBOR TELEFON ANDA SEMUA SEBAB I DAH BAGI NOMBOR TU DEKAT MAS YANG BELI HANDPHONE I. NANTI KALAU ADA YANG SMS ANDA SAMBIL BERKATA ‘met siang mba.. bisa berkenalan?’ Okay maafkan I. -_-
Feb 20 2010
Treatment yang paling bagus apabila stress dibebani masalah adalah make out. eh salah. Make over. Walaupun sebenarnya kita sedar lepas kita ‘auta’ rambut kita, kita akan menderita 1 bulan makan maggie mee cup.



Mba dekat saloon I tu sampai pening kepala. Sekejap I nak macam ini. Sekejap macam itu. Dah siap sampai cashier nak bayar, eh I nak colour rambut lah. Warna perang-perang ni macam rambut mayat mati je. I want to look fresh! Actually rambut I warna dark purple. Tapi tak nampak purple sebab I captured pakai webcam sahaja. Overall, I puas hati dah sekarang. Semua masalah boleh settle hanya dengan ubah penampilan diri. Eceh.
Feb 19 2010
I rasa I ada update entries before this. Its about the babies and kisah malu saya. but where, mana hilang?
Feb 13 2010

Sebenarnya I nak upload gambar sedang lompat dan ala-ala terbang tinggi. Tapi terupload gambar 3detik sebelumnya.

I sedang duduk di atas daun rumput semalu ke apa yang tajam berduri tu. Mencucuk-cucuk dari bawah.
Ha sabar jerlah. Sabar jerlah.

Gaya poyo tunjuk ketiak memang tipikal. Sekali sekala kena ada pose yang poyo.

Nasib baik tak disuruh panjat pokok ini.
Bila gambar sudah release baru diizinkan menjadi hak milik. Banyak lagi gambar-gambar edisi photoshoot di Bandung tapi sungguh malas untuk upload.
Feb 07 2010
I sibuk sangat sekarang ini. Hachum. Hari-hari kena follow-up patients and cari case baru untuk belajar. Hacum. 2 minggu sekali ada on-call tak tidur malam. Hacum. Satu group I batuk-batuk tidak sihat sekarang ni. Hachum. Berjangkit infeksi dari patients la for sure. Hachum. Hari itu I gelakkan mereka, bwerk.. I tak sakit pun. Yeay badan I kuat! Hachum. Tapi sekarang I sudah.. Hachum! Hachum! Hachummmmmmm! ![]()

Favourite patient of the week.
Okay lah I ada on call malam ini sampai esok siang. Bye!
Hachumm!
Feb 05 2010
Susah betul, bila kita tidur tapi tidak ada alarm yang ring-ring kejutkan kita bangun. Semalam I tertidur dari pukul 3petang sampai 10malam. Bangun je dah gelabah, kerja menimbun tak siap! T_T

Mulai sekarang, kena tidur disamping laptop. I meminta belas kasihan semua orang untuk mengejutkan I bangun pagi setiap hari. Pukul 5 pagi ya. Atau pukul 5 petang(kalau I tidur petang). Sila ikutkan aturan ya kawan-kawan. BUZZ ym I sampai bangun dan ada respons. Kalau gagal, sila call skype I banyak kali. Tapi jangan pula setiap 10 minit anda BUZZ sebelum waktunya. Hah ni yang I marah ni!
Okay, memang nak beli handphone. Tapi nak pergi kedai runcit depan rumah pun tak sempat, ini kan pula nak usha-usha HP di bandar. Hari Sabtu, kerja. Hari minggu, ON CALL. Baik lah.
P.s; Pusing betul kepala bila dapat doktor yang .. tak padan dengan kecil, tapi cerewetnya minta ampun!
Feb 03 2010
Setiap kali waktu on-call, kita jadi sangat sibuk. Kalau boleh, setiap kerja nak diselesaikan dengan secepatnya, mana tau dapat curi-curi tidur dalam bilik yang disediakan? I memang macam tu. I suka buat kerja cepat-cepat dan malas tangguh-tangguh. Tapi semalam terpaksa tangguh kerana ada ‘natural call’.
Kocek baju coat I memang gedebeh-gedebeh ada handphone, notes, pen biru, pen hitam, pensil hah segala macam. Kocek Doraemon katakan. Tapi malas betul nak buka coat sebelum ke toilet. Ahhh tak tahannnnnn!
And when the moment I pulled up my pants,
My handphone dropped into a goddamn toilet bowl!
Eeeeyucks! Sebab geli sangat dengan kotoran diri sendiri, immediately I FLUSH THE TOILET BOWL. Hahaha katakan saya bijak! Yeay!
Now, my handphone cannot be used. FISH OFF! Bye.
p/s: I’m fortunate enough that the SIM card is still working.