Archive for January, 2010

Jan 31 2010

Satu hati satu jiwa berpisah jua. T_T

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

I’m never gonna say goodbye
Cause I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again

Dah lama tak dengar Westlife. Mana mereka pergi? Okay tak penting. Yang penting, kami telah membuat comeback karaoke lagu-lagu Westlife at ‘Goodbye Gandrungmangu Party’. Ewah ada party tu nak say goodbye. Doktor-doktor semua join sekali. Hah doktor pun suka karaoke tau. Berhemah kan kami!

Tak ada gambar. I join party half sahaja lepastu I mabuk muntah-muntah. Hah mengada betul lah. Haih haih.

IMG_3154_¸±±¾ blog

Party dekat rumah sahaja. Siap pasang layar tu oh the doctors were very sporting lahhh. Cayalah I miss you lah!

Hari itu I muntah-muntah. The next day, I demam-demam. And until now, I’m suffering from dyspepsia and stupid diarrhea. Ughhhhh. Cepat lah baik. Next week dah start on call!! ON CALL? wow rindunya nak on call! Ha Ha Ha tak baik menipu.

PAEDIATRICS DEPARTMENT here I come. Pok-pok amai-amai cakpung-cakpung hah kena belajar cara-cara mengambil hati budak-budak kecil ni. Ewah bersemangat! I dapat group mates kerja yang sama dengan rakan-rakan kerja I di Gandrungmangu so I’m quite excited! Jom baca buku Paediatrics. blaghhhhh. -_-

Heh, tak sangka dah halfway jadi doktor muda. Lagi beberapa bulan balik Malaysia for good. Wiwet wiwet!

8 responses so far

Jan 29 2010

Mari mengutuk.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Bukan senang nak suruh I pergi ke hadapan  lalu berucap memberi sepatah dua kata. Kalau tidak kerana terpaksa… T_T

Siap buat subtitle tu hah biar engkau orang tidak ternga-nga nga-nga apa yang I cakap.

Mak ayah, silalah bangga.

p/s: Okay I rasa dah macam cikgu-cikgu pulak. Adik adikkk! Jangan nakal-nakal ye. Epppppp!

28 responses so far

Jan 27 2010

Mari memancing!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Emo betul bila pergi memancing lepastu semua orang dapat ikan besar-besar tapi I tak dapat. -_- Oh memang tak ada bakat. Ini first time I memancing di kolam ikan. First time! Bila orang kota pergi ke desa.. ha ni lah jadinya. Dapat ikan seekor, macam menang loteri. Kecoh satu kampung!


Bukan sahaja memancing ikan. Malah memancing emosi. Orang lain memancing tenang sahaja, kami bermacam-macam kerenah. Sampai joran tersangkut batang pokok pisang lah apa. Maklumlah baru belajar melempar joran.

Oh nampak sangat dia ini bukan pergi memancing tapi pergi bergambar di tempat pemancingan.


Eh jangan ingat I tak dapat langsung tau. Dapat lah juga walaupun kecil dan last-last minute. Tak apa tak apa. Tak ada lah malu sangat.


Inilah yang dikatakan nyawa-nyawa ikan. Hasil skills kerja tangan kami.

ESOK MAKAN IKAN SAMPAI TUMBUH INSANG SEMUA!

18 responses so far

Jan 22 2010

Rezeki jangan ditolak, tapi ditarik.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Saya tak suka main game! Saya tak suka main game! Mesti kalah. Kadang-kadang nak menang pun terpaksa buat-buat kalah sebab nanti adik saya Nazim akan merajuk. Itu yang malas tu. -_- But Clinique Game and Contest is really catch my eyes! Kakak Eliya Ezlin memang tau tau sahaja I suka game-game kecantikan macam gini. Senang dan mudah tak perlu menggunakan skills apa apa. Tak ada istilah kalah menang dalam bermain.

STEP 1

Mudah sahaja. Kita pilih wajah yang mirip-mirip kita. Kira yang paling iras dengan I adalah seperti di atas. Konon-konon I cantik macam gitu lah. Eceh.

STEP 2

Hari-hari kita cuci muka dengan Clinique. Sehari 2 kali. Tak boleh lupa. Tak boleh! Nanti tumbuh jerawat ang ang ang! Kita kena make sure energy power bar yang kita kumpul sentiasa full. Barulah score. Konon-konon kalau score penuh muka kita licin lah. Senang kan nak jaga muka?

STEP 3

Jeng jeng jeng. Tulis diari anda dan Clinique mengikut kreativiti anda. Tak perlu tulis diari untuk 30 hari, 1 tahun atau bertahun-tahun. Cukup 7 hari. Siapa jejaka yang I sedang jejaki sekarang?  Jangan lupa ikuti kisah hidup I bersama Clinique. Ewah.

Selepas itu, kita dah boleh impikan Produk barangan Clinique bernilai RM1000.  Dengan main game sahaja dapat barangan rm1000. Siapa tak nak itu memang cikgu dekat sekolah tak pernah ajar istilah ‘Rezeki Jangan Ditolak’.

Hah, apa lagi? Cepat lah vote I. Kalau I menang, I promise bagi you all free test sekali pakai eyeliner Clinique yang I dapat. wtf!

6 responses so far

Jan 22 2010

Back-To-Back Contest: Red Hot Photography Contest.

Published by Totin Jamain under Camera whore genes!

Kalau boleh I tak nak sudah menumpang rumah-rumah orang setiap kali ke Kuala Lumpur. Esok lusa mahu tidur hotel lah. Mahu lah. Itu pun kalau I menang RED HOT PHOTOGRAPHY CONTEST.

l_fb2d7d96162247e8af8e15c365b120a0

Click for enlarge.

Kawan-kawan kalau mempunyai impian yang sama dengan I, boleh join contest ini. Kalau tak dapat penginapan, dapat makan buffet di hotel pon okay juga. (Eh kalau percuma apa-apa mesti okay).

Mana tau rezeki menyebelahi anda, tidak menyebelahi I?

10 responses so far

Jan 20 2010

Berubat percuma? Yeay!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Siapa tak mahu dapat ubat percuma? Ubat zaman sekarang bukan murah. Demam Selesema sahaja dah dekat Rm80. Ini chance untuk anda. Chances chances. Siapa tak datang tadi memang rugi!

Cabaran demi cabaran. Oh bukan senang mahu ke desa. Kenderaan tak boleh masuk ke dalam. Ada 2 pilihan. Mahu naik perahu. Atau jalan berkaki ayam meredah lumpur?

Berkaki ayam? Euwwwwwww. Kami kan pintar, bungkus kaki dengan plastik. Tapi tak berapa pintar, half way sahaja ada yang sudah berkaki ayam juga sebab plastik bungkusan tercabut ditelan lumpur. Sia-sia berlagak pintar. Eh tapi I berhasil. Kaki I bersih dari cacing-cacing kerawet! Yeaw.

Kerana terpaksa mengangkat kotak-kotak berisi ubat-ubatan, kami memilih untuk berjalan kaki. Haa kalau naik perahu, ubat jatuh masuk sungai.. sia-sia tujuan kami. Eh lihat itu, boleh tahan juga kasut buatan kami :) .

DSCN3081_¸±±¾blog

Memberi pengubatan percuma memang seronok. Lebih-lebih lagi kepada penduduk desa. Excited betul mereka. Pagi-pagi sebelum subuh dah beratur ambil giliran. Kadang-kadang tak sakit, tapi pura-pura sakit.
DSCN3098_¸±±¾blog

Adik sakit apa?
Minggu lepas saya demam..
Sekarang demam lagi?
Tidak..
Jadi?
Em.. mana tau esok-esok demam lagi.

Oh hebat betul dia mempergunakan kami. Tak apa. Tak apa. Layanan tetap layanan.

DSCN3107_¸±±¾blog
Okay adik-adik, tuan-tuan dan puan-puan, layanan sudah tamat harap maaf. Kami semua perlu berehat. Doktor sudah panciiit.

When we got there, I feel in love with villages. I like working in rural areas, it is quite different. Bila kita di tempat macam itu, kita rasa dihargai sangat-sangat. Check blood pressure sahaja  diucap terima kasih banyak-banyak macam berzikir 40kali. Terharu. Well, I plan to work in rural areas where there is much shortage of doctors. Someday. Sabah or Sarawak.. maybe? *Eceh.

22 responses so far

Jan 18 2010

Larangan bergambar. Jangan! Jangan!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Sekadar gambar hiasan

I selalu berpesan kepada kawan-kawan I, jangan ambil gambar waktu azan maghrib di tempat-tempat gelap yang tidak sepatutnya. Nanti dekat gambar tu ada hantu. Mereka ketawa terkekek-kekek. Hey betul lah. I cakap betul. Nanti gambar keluar hantu, ayo tata yo.

Kerana ada kisah disebaliknya, terjadi 5 tahun lalu. Begini kisahnya..

Pada suatu hari, (eh dah lama tak pakai perkataan macam karangan dulu-dulu), I pernah bergambar di bawah pohon bambu di tepi pantai. Pantai mana itu rahsia nanti engkau orang terus tak nak mandi dekat pantai itu. Waktu bergambar tepat pada azan maghrib. Tiba di rumah, sewaktu transfer gambar.. I nampak “anonymous” dalam gambar tersebut.

Untuk mengelakkan orang lemah semangat buka-buka blog I tiba-tiba kena rasuk ke apa, I sorokkan gambar itu dekat sini. Okay klik sini. Klik sini kalau rasa nak tengok sangat.

..

.

Walaupun muka I macam tahi (like shit) tapi tak apa nak juga kongsi gambar ini. Oh jangan keliru pula. I yang di depan. Bukan yang di belakang! Yang depan tau! Yang depan peluk batang pokok tu! Cakap banyak kali biar tak salah pandang.

I tak pasti I pernah cerita ke belum pasal gambar ini. Tapi tak apa I nak cerita juga. Sebenarnya ada cerita di sebalik gambar ini. Biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga. Ecewah.

..

.

Okeh sekarang kawan-kawan I dah percaya kenapa tak boleh ambil gambar waktu maghrib.

44 responses so far

Jan 17 2010

Hargailah kamera web anda.

Published by Totin Jamain under Camera whore genes!

I akan menangis kalau benda-benda ini rosak:

1. Lattop

2. Kamera

3. Handphone.

Okay kedudukan handphone jatuh ke tempat no 3 sebab I rasa useless sikit handphone buat masa ni. Terakhir dapat panggilan tanggal 10.1, dari ayahanda. Hah kesian kan, tidak ada siapa yang sudi telefon? Boleh campak handphone sekarang!

Kelmarin, kamera I rosak. I menangis berlagu-lagu keroncong. Eh tak adalah. I kecewa kerana gagal memelihara kamera dengan baik. Mana lah mampu nak beli camera baru kala ini. Macam mana nak mengambil gambar di saat-saat melakukan aksi aksi menarik di tempat kerja? Macam mana nak ambil gambar saat berjalan-jalan bertemu Ariel Peterpan?

Snapshot of me 8

Kamera zaman sekarang ini manja betul. Jatuh sikit dah pecah. Sekarang sudah cacat.

Padan muka.

Lama-lama I dah boleh terima kenyataan. Buat masa ini tak perlu kamera. Kita steady dulu hidup tanpa kamera sebulan dua. Tunggu April. Yes April. April balik Malaysia boleh paw camera baru. Hoyeh.


Tak apa tak apa. Kamera rosak tak apa. Kan ada webcam. Masih boleh camwhore dengan webcam. Hah pathetic betul.


Take 1 : Err. Still cute and pretty. wtf?


Take 2 : Alamak, tembam!


Take 3 : Muncungkan sikit mulut biar tak nampak tembam. Yes, berhasil!

Heh sampai [Take 5], skrin engkau orang boleh meletup.

I’m searching for my new camera. Any suggestion? I know nothing about cameras. Much less DSLRs. Murah-murah sahaja tak apa. Yang penting……….. Okay teka yang penting apa?

Apa?

Ha betul.

YANG PENTING

PINK!

P/s: Sengaja letak gambar besar-besar provoke siapa-siapa yang sudi belikan.

24 responses so far

Jan 15 2010

Ini bukan piano, ini B-I-O-L-A!

Published by Totin Jamain under Rock and roll!

I love violin and orchestral music as much as I love guitars. I ingat violin itu sulit. Yelah, kena kepit-kepit dekat leher sampai teleng. Tapi rupa-rupanya, violin jauh lebih mudah daripada guitar. Okay untuk perempuan I sarankan lebih baik kita menggesek violin daripada memetik gitar. Tak ada lah jari kasar-kasar kan? Buat sementara ni I letak guitar jauh-jauh dulu. Hey violin hey hey I’m in loveeeee!

I memang suka belajar. I rasa rugi betul kalau kita lepaskan peluang untuk belajar. Tak semestinya jadi doktor kena menghadap buku and medical updates. Hey kami pun ada hiburan lah!

IMG_2914_¸±±¾blog

Kami semua bercita-cita untuk membuat sebuah kumpulan orchestra doctor muda. wtf!


Excited nak belajar lagu-lagu orchestra terkenal tapi di ajar lagu-lagu keroncong Indonesia. Oh terima kasih tidak terhingga.

IMG_2923_¸±±¾blog

Setiap kali success main 1 lagu mesti akan melonjat-lonjat teruja. Bila muka serious seperti gambar di atas, tu maksudnya tak success lah tu! Haha.

Any violinist out there?

16 responses so far

Jan 13 2010

Surely truly madly deeply I love beach sooo much.


Balik-balik muka yang sama kan? Ni sebenarnya sambungan cerita dari Green Canyon. Kami terus ke pantai untuk makan seafood dan bersuka bernyanyi riang ria.

Ini Dr muda Dea kami import dari Nusawungu. Hah jauh tu 2jam ulang alik amek budak ni datang tempat kita orang. Eleh ada Bf boleh lah. Eleh eleh.

Dating jauh-jauh boleh tak? Orang nak nyanyi ni tak boleh concentrate lah.

Okay dah boleh dengar suara I berbahasa Indonesia. Baru sedar suara sendiri buruk dan tak senonoh. Tak seksi rupanya suara aku.

I ada 1001 kenangan dengan pantai. I love sangat I tak tau kenapa. Especially when the noon downs and the twilight comes. I like the color of the sky transitions from light-blue to yellow, then turns to dark-blue. Okay terpana.

14 responses so far

Jan 12 2010

Quick update

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Emosi betul bila patient yang  kita sayangi *eceh* meninggal. Hee. Yelah di saat-saat akhir I sempat cakap dengan patient “Encik tenang je. Tak ada apa-apa insyaAllah semua selamat”

..

.

Tak selamat rupanya. Meninggal juga akhirnya, Haih haih haih!

..

.

Al-Fatihah buat patient gambar kedua dalam entry ini.

6 responses so far

Jan 11 2010

Green Canyon

Kalau tak tau Green Canyon, boleh google sendiri. Dari desa kami ke Green Canyon ambil masa dalam 1jam 30minit. Tak jauh tapi jadi jauh sebab sesat-sesat. Berkobar betul bertolak pukul 6 pagi. Sampai sana pukul 9 juga. -_-

Oh okay begitulah padahnya bila tak google dulu apa Green Canyon. Orang dah pesan bawa baju mandi, tapi I tak bawa. I ingat Green canyon itu tempat melihat persekitan hijau sambil naik bot. Haha Okay kena mandi rupanya. Kelam kabut beli baju dan seluar seksi.

Baju baru yey yey baju baru. Tipikal betul beli baju dekat tempat peranginan mesti tulis ‘Bandung, Indonesia’ atau ‘Green Canyon’ . Kalau beli dekat Langkawi mesti tulis ‘Pulau Langkawi’ hadoii.

Eh macam umur 12tahun sahaja adik ni. Maklum lah tak penah mendayung.

Okay kami dah bersiap-siap dengan jacket keselamatan. Bersiap untuk berenang merentas juram-juram! SIAP!


Boleh melihat I menjerit macam hape. Kami bukan berenang sebenarnya. Kami terpaksa menyelurusi tali yang diikat, melawan arus. Sumpah arus itu derasssss sangat. Nak cakap arus deras supaya engkau orang percaya sampai cakap sumpah-sumpah. Untuk pulang, kami lepaskan tali, ikut arus melawan juram. Jatuh juram berserah sahajalah. Gambar diambil oleh mas-guard kami. Tabik betul dekat mas-guard boleh bawa camera yang kami bungkus-bungkus dalam plastik sambil berenang.

Ini gambar google.

Gambar google juga. I rasa juram yang ini kot I jatuh. Tapi air dia tidak setenang seperti itu. -_- 5 kali ganda derasnya. Memang sepuasnya I jerit. Perut dah kenyang tertelan air. Eh tapi cool lah. Cool lah. Jatuh jeram memang cool.

Ini satu-satunya gambar terbaik dari mas-guard. Okay tak apalah janji ada. Cukup 8 orang. Doktor muda dari Gandrung Mangu 1 dan 2.

Pose sikit depan kereta kami.

Excited sangat, dekat rumah baru perasan kaki, tangan luka-luka. Lebam-lebam. Tangan kaki sakit macam hapa! *Hati pun tengah sakit* eh tiba-tiba.

Oh ok. Nasib baik I pergi dulu sebelum bagitahu mama. Kalau tak, mesti mama tak bagi I green light. Apa-apa pun,  Canyon Hijau memang best membawa seribu satu kenangan.

..

.

Eh belum habis lagi. Balik Green Canyon, kami ke pantai. Bersambung…

p/s: Gambar banyak sangat weh. Nanti upload dekat fb sahaja lah.

13 responses so far

Jan 09 2010

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?

Paling tak suka bila ada nombor orang yang tak kenal telefon I. Lebih menyampah lagi bila I tanya, ini siapa? Jawapannya. ‘Adalah..’ – ‘RAHSIA’ – ‘Mau tau aja..!’ Eh eh menyampah betul lah. I dah tukar phone number, so I harap lepas ini sudah privacy. Tiada suara garau-garau lelaki menefon kecuali bapak sendiri.

Suatu hari..

XX : Hello dik……. (Suara garau tapi lembut dan halus)
T: Hello??? (Jawapan pelik sambil cuba mengenal pasti siapa di talian. Sejak bila abang aku panggil aku, adik?)
XX: Adik sekarang di mana? Sudah laku’in apa aja? *tengah buat apa tu?*
T: Boleh saya tau, Ni siapa ni? Dapat nombor dari mana? Suka-suka je telefon! No manners betul lah! (Marah-marah membabi buta)
XX: Sebentar sebentar. Ini DOKTOR T……….. Saya ingin tau perkembangan adik-adik disana.
T: gulp!

Nampaknya I sudah begitu kurang hajar dengan doktor specialist sendiri. T_T Okay jangan tanya I kalau tiba-tiba I tukar nombor telefon lagi. Malu punya pasal!

11 responses so far

Jan 07 2010

Totin Jamain on stage.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Hari ini saya akan menyanyikan lagu yang pernah dipersembahkan oleh… eh eh salah.

Kami semua doktor yang baik sebab suka menderma. Heh bukan kami lah. Kami wakil daripada doktor Mata dari Yogyakarta untuk bagi cermin mata free lagi buat adik-adik sekolah rendah desa ini. Tadi kami buat acara health speech. Ala-ala taklimat kepada semua guru untuk mengajar adik-adik penjagaan mata dan cara-cara mengenal rabun mata. Haa bagi speech tu jangan main-main!

Pagi-pagi sebelum pergi sempat lagi nak bergambar tu. Eh mestilah sempat. Bila pakai tudung, automatik muka jadi skema abis, adoiiii. Assalammualaikum.

Wiwet awek kat depan tu. Wiwet wiwet!


Sebenarnya I nak tunjukkan I tengah makan kacang. Tapi kacang terlalu kecil sehingga tidak kelihatan. Hah tengoklah gaya I dah jadi gaya apa dah. Yang disebelah itu poyo-poyo tidak melihat kamera. Blah lah kau.


Taksub betul dengan brochure yang I buat sendiri. I buat sendiri. I buat sendiri. Haa bila dah cakap 3 kali ni maksudnya memang betul betul taksub lah.


I buat poster ni sehari semalam bersengkang mata eceh tipu je. Nah engkau orang boleh print sendiri tampal dekat rumah!

21 responses so far

Jan 06 2010

Badan I bau hanyir. Jangan Dekat!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Hai semua. Dah makan ke belum ni? Kalau belum makan, cepat-cepat lah makan dulu. I nak pamerkan gambar-gambar 18SG. Takut pengsan pula anak-anak orang.

Betul-betul seram kalau dengar berita accident. Accident motorsikal dah biasa. Tapi accident motorsikal dengan keretapi mungkin luar biasa. Huru-hara betul tadi. Iya lah kami jaga klinik kecil sahaja. Mana lah ada alat-alat yang cukup. Nak menjahit pun kene ikut giliran. Darah dah melimpah-limpah. I pakai baju kurung *jangan main-main, kain baju kurung I dah macam mop darah dilantai.


Mesti jadi satu trauma berat buat si mangsa. Adik 9tahun ini menangis tak henti-henti. Tak apa lah, lebih baik menangis daripada pengsan.

Mangsa paling parah. Patah kaki, tangan, bahu, gigi dan hidung. Melecet sana sini. Terkoyak sana sini. Jahit sana sini. Tak berani nak handle lebih-lebih. Terpaksa transfer ke hospital berdekatan. Err. Hospital Orthopaedics berdekatan terletak 3jam dari desa ini. Terima Kasih.

Kuku kaki dah pecah. Eh bahagian kuku yang hancur tu I yang jahit tau. I yang jahit tau. I yang jahit tau. Eh annoying nya sampai nak cakap 3 kali.


Huh. Time I jahit luka kecil-kecil baru nak ambil gambar. Tak dapat nak tunjukkan skills.

Kenalah buat gaya ala-ala professional.

Okay lah. Tak boleh letak gambar banyak-banyak. I nak pergi cuci baju. Macam mana nak cuci coat putih yang dah berlumuran darah dan harus kering hari ini juga? Sebab esok kena buat health promotion dekat penduduk desa. Kena pakai coat itu juga. Macam mana ni? Okay nak kena text tanya mama kejap.

Ramblings: Oh I lemah betul bila ada yang datang menangis-nangis minta tolong selamatkan ahli keluarga mereka. :(

p.s; Semoga cepat sembuh untuk keluarga si mangsa.

26 responses so far

Next »