Dec 30 2009
Protected: Dr muda in action.
Enter your password to view comments
Dec 28 2009
Doctor Totin. Eceh geli betul dengar. Tak macam poyo pulak kan. Oh I masih tak selesa orang panggil I doctor. Terasa macam apelah. Nak bagi ubat dekat patients pon curi-curi buka notes bawah meja. Kadang-kadang conteng dose ubat dekat tapak tangan. Hihihi.

Didie dari tintachenta.blogspot.com
Okay I cuba jawap. I belum pernah jaga neuro tapi berbekalkan ilmu sarjana, I try. Eh dah ada sarjana siot macam tak percaya. Nak jawap panjang-panjang ke nak jawap pendek-pendek? Soalan mencabar ni. I jawap berdasarkan prior knowledge sahaja ya.
Ha tau kan mimpi kita terjadi pada fasa REM (Rapid Eye Movement) biasanya 90minit selepas kita tertidur. Haa tipu lah kalau baru 5 minit tidur dah mimpi. tu olok-olok tu. Masa ni lah jantung kita akan berdegup kencang, pernafasan kita akan meningkat, haa sebab tu lah bila bangun tidur badan kita akan berpeluh-peluh, berbau masam. Perasan tak?
Cuci kaki sebelum tidur, nanti tidur mimpi-mimpi. Helleh tipu lah. I tak pernah pon cuci kaki sebelum tidur. Alamak kantoi. Kalau dari segi biologis, sel otak akan pecah dalam waktu 90 minit selepas kita tidur. Haa masa tu lah rangsangan akan dikirim ke dalam cortex otak kita secara random, sekaligus merangsang memori, sensory, saraf, dan kesedaran. Hadui terlalu berat nak jelaskan tapi tak apalah faham sikit-sikit pon ok la kan?
Hari ini I nak mimpikan you, my love! Eleh ayat manis . Macam lah kau boleh control nak mimpi siapa harini. Sebenarnya apa yang kita mimpi itu datang dari alam bawah sadar. Macam kebetulan. Semua ini bersangkut paut dengan perasaan kita sebelum tidur. Kalau perasaan kita tengah marah, kita boleh termimpi harimau baham anda. Mungkin? Kita boleh mimpikan orang yang kita cintai, hanya jika kita benar-benar menyintai dia. BENAR BENAR. kalau ayat manis macam tu, eleh!!
Sebenarnya aktiviti otak kita masa mimpi sama sahaja sewaktu kita jaga. Cuma yang bezanya time kita tidur, signal yang dihantar sangkut dan kena block dekat saraf-saraf tulang belakang kita. Sebab tu badan kita tak ikut bergerak kalau kita mimpi. Seluruh badan kita akan kaku lumpuh total kecuali BOLA MATA kita sahaja. Haa cuba kita buka mata orang sedang bermimpi, mesti bergerak kesana kemari.
Tapi, kalau mimpi kita disertai emosi yang extravaganza, signal tu kadang-kadang dapat menembus saraf tunjang kita sehingga kita menjerit, tolonnnggg- tolonnngggg!! time tengah mimpi. I pernah tengok kawan I ketawa masa mimpi! HAHAHAHAHAHAHAHA. Kelakar siot ingat balik (:
p/s: Tipu betul kalau Bf anda telefon anda dan pura-pura ngigau sambil berkata ‘i love you’. Eh tengah ngigau siap boleh telefon? Hebat juga, kan Anis?
Dec 27 2009
Perasan tak sekarang semua benda facebook nak publish dekat Live Feeds. Apa yang kita tulis dekat wall comments semua nak publish. Kecoh betul lah. I rasa I nak privacy sikit sekarang ni. Semua strangers I delete. Err not really semua lah. Tapi I give my priority to my family, cousins, schoolmates, BPians, friends, and 2nd degree friends. As long as mereka yang tak react as strangers, I maafkan la.
Paling I annoying betul dengan orang yang letak nickname bukan-bukan. Like “Nieja Comel” or “NoraLoveAfiez” Okay anda orang pertama I delete or denied. Kalau nak nickname macam tu boleh buat myspace account now! Lepas itu, orang yang pampang gambar passport as your default pic. Hello this is facebook not your immigration office. Siapa letak gambar anak pon I delete. Cause I consider as tak kenal. Unless muka anak you all memang betul-betul sama habis la dengan muka you. Okay itu anda memang bernasib baik.
X: Why did you delete me on facebook?
T: Oh really? What is your name in facebook?
X: Linda Jasmin
Haa memang la I delete. I ingat penari mana lah dalam friends list I kan. T_T

See, ada ramai yang menanti. If you are one of it, leave me a message. Cakap macam ni ‘Hi, kita kawan masa sekolah-sekolah dulu naik bas kuning sama-sama.’ or ‘Hi, you delete I ke? I Agnes Monica lah takkan tak kenal?’
Tapi kalau anda….
‘Hi, I’m Doc xx. Your specialist doctor in ___. Hope you can add me.” Oh sorry I tak add doctor-doctor berkaitan kerja. Eceh bajet macam mereka nak add I je kan? Susah kalau add Prof, Doc Specialist, Residen and all.. nak bolos-bolos ponteng kerja curi tulang kantoi nanti.
Oh anyway, I harap tak ada patients yang add I. hahaha k bye.
Untuk kawan-kawan yang baru nak berkenalan, boleh add I dekat Myspace.
Dec 26 2009
Presents… my 3rd day in Gandrumangu. Eh no. It is not Gandrumangu nymore.. Now nak blog pasal Pantai Pangandaran. We are celebrating our Christmas there. Eh salah. Not we. But some of us. Eh salah lagi. Not some of us but only ONE OF US. haha. Yang lain menyebuk sahaja nak pergi pantai.
For those not in the know, Pangandaran is the beach 1 hour away from Gandrumangu. Pusat peranginan terdekat dengan desa I. Eceh desa I pulak. Desa tempat tinggal I. Dalam 1 jam perjalanan. Naik bas buruk je pergi sana. Tahan bas tepi jalan. Unexpected. Pantai nya memang best dan banyak sangat pelancong. Bali look alike. Boleh surfing and water sport. Cuci mata tengok mat salleh sun bathing ok wtf.
Well, bila naik bas baru tau, last bas pukul 3.30pm. Haa beberapa jam je kami sempat di sana. Memang frust abis. Kalau boleh memang nak bermalam tapi separuh dari kami kena masuk kerja esok. *hihi kasihan mereka*

Baru sampai dah makan. Itu memang trademark Rivani

Dah lama weh tak naik sepeda!

I look so cantik so please don’t look at me. Haha. Everyone was posing except me. Tengah khusyuk makan. Uh benci lah.

KFC dah hancur kena tsumani. Kita gantikan dengan CFC Bukan Cuma Ayam!! whattha?

The water was fcuking much beautiful but the sand okay lah bole lah.

It wasn’t the good day to go to the beach though. The sun was super strong panas gile sampai gosong-gosong kulit I.

The view otw back home. I baru sedar I duduk di sekitar padang padi. Esok pagi boleh tolong orang kampung menuai padi. blughh
Dec 24 2009
I’m kinda bored. There’s nothing to do!?! Okay memang tak ada kerjaan betul lah hari ni. Baru masuk kerja semalam. Hari ini sudah Christmas holiday.
To kill the time, I did blogwalking and I found this contest. Walaupun last minutes nak join tapi tak apalah. Suka suka. Lagipun it’s related to photography, I loike! I rasa I tak pernah masuk pon blog contest. Eh pernah ke? Errrrr. Kawan-kawan, you still have a good chance to win. Boleh baca rules dekat sini.

Nahhhh.

Muka bengang menyampah.
The real me if I have the rush of adrenaline when I feel pissed off. Macam itu lah muka nya. Fael cakap I nampak comel kalau muka bengang dan menyampah. Oh mungkin sebab itu lah dia selalu buat I bengang meluat menyampah sakit hati wtf wtf wtf boleh pergi mati lah! eh emo tak pasal-pasal ni kenapa? Okay bye-bye. Malam nanti I update lagi. Nampak sangat tak ada kerjaan kan?
Dec 23 2009
I suka makan coklat, sweets and spicy foods. Tapi I tak tau dengan makan semua itu akan menyebabkan skin spots, acne dan sekaligus dehydrate kulit kita. Lama-lama mulalah akan kelihatan kedutan-kedutan tidak wajar. Lebih parah lagi kalau kita ada masalah gangguan hormon. Silap-silap umur 40 anak kita tersasul panggil kita nenek. Oh nightmare!
Kalau nak cantik awet muda kena lah share sama-sama. Produk Nuvafemme dapat menciptakan kulit yang anjal dan gebu dari dalam (Oh my god, bahasa I). Macam satu makanan untuk nutrisi kulit kita. Eh bukan maksudnya kalau makan Nuvafemme, anda tak akan berkedut sama sekali. Tipu lah tu. Mana ada orang tua tak berkedut plastik namanya. Kulit kita akan berkedut cuma lambat sahaja. Awet muda katakan.

I ingat, muka babyface macam I ni *eceh* tak ada kedut-kedut di muka. Tapi bila di teliti. Muka dah menunjukkan garisan di sekitar bawah mata dan tepi mata. Jahanam. Takpe.. takpee.. nasib baik ada Nuva. Eh comel juga panggil Nuva kan?

Boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM188 sahaja. Siap dapat payung lagi. Mana ada orang beli pil dapat payung? Boleh juga add facebook: Nuvafemme Nuvanta. Haa ada facebook tu jangan main-main.
Nuva ada buat pertandingan juga. Siapa-siapa yang rasa memiliki tubuh badan yang sihat, anggun dan menawan, boleh mendaftarkan diri sendiri secara tak tau malunya. Siapa tak nak rm2000?

Oh kalau malu nak mendaftar pon tak apa. Klik sini http://nuvafemme.my/contest/contestant_details.php?id=100142 Boleh undi gadis yang I rasa dialah most desirable woman ni. wtf kelakar lah kau ni Totin.
Random: Kenapa semua contest mesti kena isi borang dengan full name? Tak suka betul lah!
Dec 22 2009
Eceh trip konon. Bukan trip lah tapi outstation. Outstation tu maknanya kerja lah bukan bercuti. Sekarang I berada di department untuk kesihatan masyarakat jadi kena berada di luar selama 6minggu. Di luar itu bukan bermakna di luar rumah tetapi berada di kampung-kampung pedalaman. Berkhidmat di Puskesmas, ala-ala macam klinik desa. Kita disuruh untuk siap mental dan fizikal.
Mental dan fizikal? Okay I dah terbayang tinggal di rumah papan. Cedok air pagi-pagi, mandi perigi. Makan nasi tempe setiap hari. Badan bintat-bintat digigit nyamuk. Oh my!!

I punya barang dah macam barang-barang nak pergi Haji .. Err.. macam nak pindah rumah pon ada jugak! Kami disediakan 2 lori pengangkut barang dan 1 bas. Kena gunakan kemudahan sebaik-baiknya!

12 buah motorsikal kami angkut masuk dalam lori!

25 orang ikut trip. Tapi drop tempat lain-lain di 1 kawasan. Macam contoh, kalau dekat Batu Pahat, ada yang ke Parit Raja, Parit Imam, Parit Bilal. Haa macam tu lah. Eh lupa nak cakap. Perjalanan kami mengambil masa 8 jam. Macam Johor ke Perlis. Dah dapat bayangkan pedalaman mana kami pergi?
I dah imagine teratak desa, tapi rupa-rupanya banglow mewah. Rumah I sendiri pon tak mewah macam ni. Semua kelengkapan cukup. Cheh buat penat je nanges-nanges berdarah sebelum bertolak.

Boleh melakukan aktiviti menguruskan badan di sini.

Nampak tak nun di hujung sana. Ada swimming pool wa cakap lu! I ambil gambar dari luar pintu bilik I. Dah maghrib takut nak ke sana. Haha kantoi Totin penakut.

Paling tidak kusangka-sangka, ewah. I dapat bilik sorang-sorang. Yabedabeduuuuu. Kami ber 5 di tempatkan disini. I paling tak ada mood nak tinggal sebilik ramai-ramai. Memang tak selesa. Lagi-lagi kalau kena satu bilik dengan lelaki. Nak cari port kentut pon susah. Hahaha. Bilik sendirian berhad, boleh I kongker pasang lagu kuat-kuat. Eh, kena ingat sekarang dekat kampung. Tak boleh macam tu tak elok.

Ish kacau betul lah mamat bertuala ni. Tengah nak shoot gambar bilik, dia bole enterframe pulak.

Aktiviti sebelah malam. Akak-akak mengajar anak-anak kecil bermain judi. Budak-budak ni semua saudara-mara kepada doktor merangkap owner rumah kami. Kebetulan doktor kami baru balik haji. Bukan sahaja rumah meriah dengan saudara-mara, makanan yang disajikan pon meriah-meriah belaka! Haa memang plan diet tergenjala lagi lah.

Sempat juga kami melakukan persembahan di depan doktor kami. Terimalah, Ku yakin cinta dari D’cinnamon. Eceh. Doktor siap tepuk tangan tauu! Oh lupa nak cakap, dekat rumah ni tersedia set bilik karaoke. Boleh berdag-dig-dug. Eh, tu macam mamat bertuala tadi je?
Dah macam pergi bercuti ke chalet 5stars. Kurang bilik sauna je tempat ni. Macam mana nak menerapkan kehidupan desa ni? Tak ada langsung kot. Ni dah salah tujuan ni.
Okay esok kami semua mula berkhidmat. Doktor kami cuti lagi sebab baru balik haji. Engkau orang boleh bayangkan tak macam mana kami handle patients esok? Dengan tak ada doktor atasan yang handle? Tunggu episode seterusnya!
p.s; Broadband IM2 memang penyelamat. (:
Dec 20 2009
Pernah tak terfikir macam mana muka kita bila makeover. Macam mana kalau kita berimej Cameron Diaz, Rihanna, Kate Winslet atau Megan Fox. I teruja betul dengan website ini, http://www.taaz.com. Tak perlu ke counter M.A.C, Dior takpun berangan nak calit make up dari Bobbi Brown. Dekat sini semua ada!

Baru masuk front page dah teruja melihat model mengancam. Belum apa-apa dah berangan nak make over jadi cantik macam gitu.

Mula-mula rasa tak sanggup nak post gambar ni. Malu pon ada. Tapi harus juga. Untuk membuktikan betapa power nya website makeover ini. Sanggup tu amik gambar plain macam ni semata-mata nak make over punya pasal! Maka, hasilnya..

Imej Gwen Stefani

Ada rupa Taylor Swift ke?

Gaya Peacock. Ala-ala opera Cina pon ada.
Kawan I cakap, dah macam Ratu Bapok 2009 je. Hahahahahhaaaaaa.

Kita bukan sahaja boleh berangan make-up mengancam, kita juga dapat tahu barang make up apa yang kita pakai. Berapa cost dia. Konon-konon kalau kita nak beli, dah tau bajet lah. Eceh.

Atau boleh click dekat “beaty and style”. Kita boleh dapat beauty tips, fashion dan lain-lain.
Haaa best kan! Pergi lah try. I pon tak habis jelajah lagi ni!
Dec 18 2009
I’m now on holiday.Yeah! How nice is that! Ayat nak kasi gempaq. Padahal, holiday 5 hari sahaja. T_T 5 hari itu I habiskan masa dengan bercuti ke Bandung! Memang last minutes perancangan. Kena pergi holiday sebelum hidup merana later. (I akan outstation 2bulan selepas ini. Homestay dekat kampung-kampung mandi perigi, baldihel! I cerita pasal ni lain kali lah). Back to the track, mari kita menikmati edisi gambar bercakap.

Photoshoot antara tujuan utama. Ini first time I beraksi di kota Bandung. Mr photographer memang baik sangat! Janji pukul 8.00am, pukul 7.50am I baru bangun. Terus sms mr Photographer ‘I’m on my way! traffic jammed all roads!” Padahal baru terkedek-kedek nak make-up. Pagi tu baru tersedar, I lupa bawa foundation wtf wtf wtf! Sumpah seranah betul.

Selepas photoshoot di tengah lapang panas terik atas gunung panjat pokok lompat kiri lompat kanan, I terus suruh Mr.photographer hantar I ke tempat shopping. Tak kira ke tempat apa, janji shopping. Mula-mula I pergi Bandung Trade Centre (BTC). Alasan Mr.Photographer drop I dekat situ sebab….. itu adalah gedung fashion wanita. Memang sana sini butik murah meriah. Terima kasih, I cuma sempat menjeling sahaja sebab mesin ATM masih menunjukkan rp36.ooo. T_________T. Gambar di atas, sewaktu I berjalan di Cihampelas. Dari BTC, I terus pergi Cihampelas. Punyalah jauh. Echeh macam korang tau je jauh ke tak.
Paling sadis bila duit bank I lambat masuk. Terkapai-kapai I mencari duit di Bandung. Kau tak tau betapa emosinya hidup tanpa $$!?! Bercuti tapi makan maggi. Sedih kot. But once duit dah masuk, terus bagitahu kawan begini ‘I NAK MAKAN KEDAI YANG PAAAALINGG MAHAL!’ haha tak reti bersyukur!

Sebelah malam, pergi Paris Van Java. Nama nak glamour ala-ala Paris. Ini adalah shopping complex terbesar di Bandung. Mula-mula I ingat 1 floor je. Siap dekat 5 kali round (nak cari counter Anna Sui tapi tak jumpa-jumpa) Oh rupanya floor lain di tingkat bawah. Eh faham tak? Selalunya orang akan naik tangga untuk ke floor seterusnya. Tapi mall ni kena turun tangga. Mall bawah tanah. Terletak di tingkat 2 bawah tanah, ada kedai yogurt Sally. Yogurt yang sedap sangat dan decoration kedai yang sweet sangat! Setiap bucu kedai, I ambil gambar!

Pagi-pagi kawan I ajak naik atas Bukit Dago. Dari atas bukit, dapat lihat hampir keseluruhan daerah Bandung. Sebenarnya, malam-malam lah cantik. Tapi I takut naik bukit malam-malam banyak hantu. Haha alasan padahal dah penat dan mengantuk gila. Eh maaf lah, lupa ambil gambar kota Bandung. Syok mengambil gambar diri sendiri bajet nampak la Bandung dekat belakang tu. Tapi malangnya.. cuma nampak atap rumah jiran sebelah. T_T

Mie Jogja? Dah dekat Bandung takkan nak makan makanan Jogja? The kiosk Foor Market antara tempat favourite I. Nama je market = pasar tapi tempat ni bersih dan decoration pun cantik. Konsep ala-ala The Marche dekat Curve. Boleh makan apa sahaja. Anythings Everythings whateverthings. Daripada makanan tradisional Sunda sehingga ke makanan tradisional jawa. Cedok sendiri. Ambil sendiri. Layan diri. Sesiapa bercuti ke Bandung, jangan lupa makan di sini, terletak di Jalan H.Juanda di depan Dago Plaza. Okay royalti untuk I mana?

Semua factory outlet I serbu. Gambar di atas antara my favourite FO di Jalan Riau. Banyak jual accesories yang cute. I beli handbag original Loius Vuitton harga Rm500 sahaja murah okay! Actually I cheated. Tak kuasa nak beli handbag extravaganza macam tu semata-mata buat pergi kerja.

Malam hari, dinner dekat Platinum, Ciwalk Mall. Kat sini sebenarnya ala-ala macam The Curve. Tapi Ciwalk lagi meriah kot. Kedai makan lagi banyak dan bombastik mr lova-lova. Hah dah merapek la tu.

Nampak sangat dalam panggung wayang tak ada orang. Tak apa lah bukan senang dapat posing dalam ni. Weh nak tau cerita 2012 tu cuak gila lah penuh debaran wa cakap luuu. Okayh I dah tau you all nak cakap apa, ‘Cerita Basi’, kan? Ok takpe takpe..
Hahahahahahaaa mesti dah menguap-nguap baca kan. Bila rasa bosan, boleh klik button ‘x’ pada bucu kanan atas monitor anda. Yang lain, boleh teruskan membaca kisah percutian superstar perasan.

Tak kemana. Cuma ke Bandung Indah Plaza (BIP) untuk makan-makan. Haih. Makan sahaja kau ni. Bila dah gemuk. bising! Cuba perhatikan apa I makan. Guys, say hello to Fries K-PATATs. *Maigod, tak ada nama lain ke?*.
Jalan-jalan mall sekejap je. Flight balik Jogja pukul 8.00 malam.

Flight konon. Naik train je sudah. Nampak sangat obses dengan diri sendiri dalam train pon nak bergambar. 8 jam perjalanan tapi tak tutup lampu. Apa ni weh macam mana nak tido?
Dah dekat Jogja, nak cerita apa lagi?
.
The end!
Dec 18 2009
Rindu tak dekat I? Rindu tak? Tak rindu, sudah! Blog I sudah kembali berfungsi seperti biasa. Sebelum ini, kalau engkau orang masuk sini mesti keluar ‘The requested URL could not retrieved’. Macam menyampah kan bila refresh banyak kali, keluar benda yang sama! Maaf sekali, sebab I terlupa bayar year fee untuk blog.
I sedang menaip sambil makan brownies khas Bandung. Sedap lembut enak berkrim! Ohye, I baru balik bercuti di Bandung. Dah tau ke belum? Kejap lagi I cerita full story pasal DUKA dan suka di sana. Kejap lagi yer. Tengah edit gambar ni!
Dec 08 2009




Sia-sia je senyum. Bukannya nampak pun.
Mata pun ada operation juga tau. Biasanya waktu operation, cuma diberi bius lokal. Maksudnya, kita masih sedar mata kita dibedah. Haa saspen tak tiba-tiba ada pisau potong-potong mata kita? Lepas potong, ada jarum jahit-menjahit mata kita. Dulu, I ingat bila sakit mata je titiskan eye-more sudah cukup!
I tak berminat dengan mata. I tak berminat dengan benda yang kecil-kecil dan memerlukan konsentrasi yang tinggi waktu bekerja. Waktu bedah kena pakai kanta pembesar. I rasa itu terlalu rumit dan menyusahkan hidup sahaja!
Walau apa-apa pun. Sekarang minggu terakhir untuk Department Mata. Kena nikmati sepuas-sepuasnya!
Nasihat percuma untuk mata anda
Sesiapa yang pakai cermin mata dengan rabun yang tinggi (-4 ke atas), jangan angkat barang berat-berat sebab dengan tekanan yang tinggi, mata anda boleh tercabut keluar dan terlepas dari genggamannya. Haaa seram tak?
Memo untuk mama: Mama, tadi ada patient e, muka dia sebiji macam arwah yai’ T_T
Dec 07 2009
I memang jenis self-centred sikit. Cerewet. Setiap hari belek diri, kalau berat badan naik 1kg, terus pasang niat nak puasa 1 bulan. Pasang niat sahaja. Tapi tak buat pun . Tadi I telah terjumpa sesuatu di badan. Malu nak cerita tapi tak apa. Buat-buat tak malu sahaja siapa peduli?
Berat badan I tak berapa fleksibel. Sekejap gemok-sekejap kurus. Ikut mood dan suasana. Terasa diri macam hodoh gila bila ada lemak-lemak pecah di badan. Tak tau nak buat apa ni gelabah sungguh. Terus sms mama.
T: Macam mana nak hilangkan lemak-lemak pecah dekat punggung? Tu selulit ke? Hwaa!
M: Itu tanda-tanda dah kurus. Sapu lotion selalu. Punggung biarlah berisi baru nampak cantik!
T: Dah makan banyak tapi perut yang naik. Jadi buncit nanti!
M: Haih jangan makan malam lepas pukul 7. Lepas makan jangan terus mandi. Selalu buat exercise angkat kaki sambil baring. Ewah ewah macam mama rajin buat pulak!
Patut lah selama ni makanan terkumpul di perut. Sebab I selalu makan malam-malam lepas itu terus tidur! Haha. Bagus.
.
Engkau orang ada tips lain tak? Tips nak besarkan punggung?
.

Google chrome boleh install theme Anna Sui. Cantik ada kupu-kupu terbang. Pergi lah pakai google chrome kalau nak macam ini. Firefox tak ada. Kat mana nak cari foundation and compact powder Anna Sui dekat Jogja? Eh tiba-tiba cerita make-up. Yang ni I cerita lain kali lah.
Dec 06 2009
Oh well, it’s not that bad. Masih ada gambar untuk dilihat buat tatapan. T_T Semua orang sibuk nak tunang. Nak kahwin. I pula sibuk nak menagih cuti tapi tak dapat-dapat.
Kau orang memang tak berhati perut lah. Semalam, majlis pertunangan my-gorgeous-cantik-gila cousin Sabrina Jasman. Sedih kot tak dapat datang, dahla rumah sebelah-sebelah.



Wiwet. Baju baru ke tu, mama?
She is younger than me by 4 years but she has what it takes to be a good wife.. Weh apa ni langkah bendul. Heeekss. To Sabrina and Huzir, Congratulations on your engagement. Good luck and have fun planning your wedding!
Sigh. Minggu depan my bro akan bernikah. (Abg Danny ye, bukan Abg Nashreq) I macam biasalah Missing in Action. Mama dah buat baju tapi tak dapat pakai pun. T_________T *nanges panjang-panjang* Weeee sekian terima kasih.
Credits: Pictures from Nabila Jasman’s Facebook.
Dec 05 2009
Weh weh I found this weh. Something that I must share with you! Software untuk editing yang comel. Ada macam-macam tools including ready-made make-up! Weeee. Dan juga tools ala-ala untuk sticker photo. Ha tak payah leceh-leceh pergi box photo amek gambar dekat sana. Pentipu je semua tu. buat sendiri lebih puas hati.

Cuma masalahnya software ni pakai bahasa Cina. Ke Korea? Ke Jepun? errrr yang penting pakai bahasa alien yang I tak faham. Eh i’m not sure la kalau-kalau boleh tukar bahasa. I main download je. T_____T Jenuh juga nak faham. Main tekan klik larung je akhirnya berjaya!

Dari muka Yun sepet gila. tak ada mata. Spek putih rambut hitam nerdy.. menjadi seorang…
…
..
.
jeng jeng jeng….
…
..
.

Me and Marilyn Monroe


Sorry sayang, I macam nak buat mata you pakai contact lens brown color. Tapi akhirnya jadi mata hantu gigi taring pula. HAHA. weh eye lashes tu mahal tuuuuuu. Kening Ee-kin siap cukur, jangan main-main!
Boleh lihat perbezaan dari muka I yang wtf so oily gila berkilat menjadi licin ditambah dengan effect drakula tapi tetap menawan kalbu.


Haha drakula siap ade loket princess dan riben merah di-dada.
Boleh dapatkan di Xiu xiu! Selamat mencuba!
