Archive for November, 2009

Nov 28 2009

Tips rambut sihat.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Lepas shampoo rambut, sepatutnya ambil conditioner. Tapi I ter-ambil. TER. TER. TER maknanya tak sengaja lah. Terambil Feminine Wash. Syooook betul gua basuh rambut pakai Feminine Wash. Patutlah buih-buih dia lain macam. Tak lengket-lengket seperti biasanya. Cuba try tips ni, mana tau rambut jadi cantik?

Pengajaran yang I dapat hari ini, Jangan letak Feminine Wash di tempat sebarangan.

Padah akibatnya!

13 responses so far

Nov 27 2009

2012, kita dah kahwin ke belum?

Published by Totin Jamain under Well-meaning friends.

Pengajaran yang I dapat adalah, jangan terlalu setia dengan pasangan nanti menyesal tak berlagu. Curang sikit-sikit tak apa. Tipu sikit-sikit tak apa. Kadang-kadang bila kita ter-ter-terbuat sesuatu di belakang pasangan, kita rasa menyesal down kebabum punye. Tapi sepatutnya kita fikir, itu karma untuk dia. Fair and square. Give and take. :)

Hidup ini macam pad, lepas pakai kita buang.

I dapat kesimpulan ini semua daripada adik I. Bukan Azu lah tapi budak ni,

Sistersblog

Gambar selekeh gila sumpah berbau. Dalam seluar jeans budak tu ada boxer, dia malas nak buka. Oh adik, rindu lah nak lepak kondo mewah awak! Lain kali datang sana nak bawa bikini paling seksi dan mandi-manda depan negro.

Cuba teka, umur dia berapa? 8Teen ok. Baldihell!

6 responses so far

Nov 27 2009

Protected: Angkat lah phone, pengecot.

Published by Totin Jamain under Wasn't That Funny?

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Nov 25 2009

Goodbye.

Published by Totin Jamain under Wasn't That Funny?

I have no friends, no life and em ready to kill myself!

12 responses so far

Nov 25 2009

Protected: I’ll figure all this shit out eventually.

Published by Totin Jamain under Wasn't That Funny?

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Nov 21 2009

Protected: When it won’t stop raining…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Nov 20 2009

Kenapa mata ada cermin?

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Dulu masa sekolah-sekolah mata tak rabun pon berangan nak pakai cermin mata. Macam teringin lebih-lebih lagi bila cermin mata dibuat dengan pelbagai gaya. Tahukah anda, kalau kita memakai cermin mata sejak dari kecil, rabun mata kita akan berkurang pabila kita dewasa. Eh apasal penulisan dah ala-ala artikel kesihatan Utusan Malaysia?

Hari ini I menjalankan kegiatan memberi cermin mata free kepada adik-adik sekolah rendah yang rabun. Syok betul melayan mereka ni. Zaman kita dulu-dulu tak dapat pun cermin mata free. Tak aci kan! Mungkin zaman anak-anak kita (eh, tak sabar nak ada anak! !@#!@$@#$!??) akan datang dapat contact lens free pulak? Mungkin lah!

IMG_2037 copyeblogs

Berbangga dengan kain rentang yang dipasang sendiri!

IMG_2024 blogs

“Do you wear spectacles? How long you are using it? “ Ewah nak speaking pulak dengan adik-adik comel ni. Cakap jawa sudah la ye. Adik ini nampak takut-takut nak jawap soalan. Macam satu trend pula bila nampak uniform putih terus kaki menggigil. Jangan nak tipu, bukan mereka je, you all pun sama kan?

IMG_2023 copy

Setiap kali kita hendak memeriksa mata, kita akan disuruh duduk dan meletakkan dagu kita di satu alat pemeriksa mata. Dekat alat tu kita lihat pemandangan hijau dan ada pagar memanjang menuju ke sebuah rumah berbumbung warna merah. Betul tak? Cuba ingat balik! Kan? I wonder betul lah dekat mana-mana mesti gambar tersebut! Kenapa tidak gambar pemandangan Farid Kamil sedang bermain Jet Ski keeer… Eeerrr tak boleh nanti ramai terpikat dekat dia. Eh eh dah mengarut ni.

Lepas periksa itu, kita akan disuruh untuk masuk ke sebuah bilik, dan memakai cermin mata hodoh carli-caplin untuk recheck power cermin mata kita. Kan? Dulu masa I check mata, I disuruh untuk melihat pemandangan luar memakai cermin mata hodoh itu. Masatu I dekat shopping complex. ‘Hahahahaha buruknya cermin mata kakak tu!’ Shut up you!

IMG_2039 blog

Apasal lah budak-budak ni berkerumun dekat sini. Musykil betul. Padahal pakcik tersebut cuma driver van kami je.. Hihi! :)

IMG_2035 copy blog

Sebelum pulang, mari kita bergambar dahulu. Adik-adik pun pelik, doktor ni apasal jakun sangat? Diam kau!

I sekarang sedang rotation di Department Mata. Sepatutnya cakap dekat perenggan pertama. Tapi tak apalah malas nak scroll ke atas!

15 responses so far

Nov 18 2009

Why I don’t blog is because..

Published by Totin Jamain under Ladies & Gentleman!

I have tumblr! (:

16 responses so far

Nov 14 2009

Puteri Maskuret

Published by Totin Jamain under Celebrity Oops!

Engkau orang tau Puteri Masquarade Lux tak? Okau yang minat modeling mesti tau contest ini kan? Sekarang sudah sampai ke peringkat 6 finalist. Siapa yang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM40,000? Jeng-jeng-jeng!! I tak join pon contest ni. Tak payah nak merisik-risik khabar tentang I. Tak kuasa nyah nak mohon cuti semata-mata nak kejar shoot dia. Tapi sekarang ni I cuma nak you all undi budak ni!

Pegang handphone anda.. dan taip

V6<jarak>KP Baru<jarak>Nama
ke 32323

Undi dia sekarang yer.. !
Sebab…..
tadi dia belanja I, J.co Doughnut!

Hehe. Nanti kalau dia menang, korang semua boleh mintak dia makan J.co Doughnut free. Actually Nana ni pekerja J.co dekat City Square. Kalau tengok dia sedang bekerja memang sangat simple, berpeluh-peluh rambut kusut masai muka tanpa make up tapi sumpah you! Tetap mengancam dan mengekalkan keaslian kecantikannya. :)

Nana ni kawan mama I. eh salah. Anak kawan baik mama. Eh kiranya Nana kenal Mama. Mama kenal Nana. Nana belanja mama. I ikut pau Nana sekali. Hah ok tak paham kan. Abaikan. Tak penting pon. Yang penting engkau orang pergi undi sebabbbb sumpah dia cantik dan baik dan layak untuk menang. Mama cakap badan dia cantik kurus sangat dan ehem-ehem dia besar. Seksi! Baiklah, mama perli saya lah tu!

Esok akan ada episode air mata di airport. Selamat Tinggal Naufael Malaysia. Sob-sob-sob. Sekejapnya cuti seminggu. T_T Malasnya nak packing barang! Perut dah kenyang makan J.co Doughnut free. Tidur lagi bagus. Bye!

2 responses so far

Nov 13 2009

Baby Sitter

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

Oh kenapa baby akan memangis kalau tidak digendong? kenapa baby sibuk nak duduk bersimpuh, padahal bila duduk je badan dia lembek jatuh tergolek. Maksud I, pinggang dia tak kuat lagi tapi berangan nak duduk macam kita. And annoying betul bila dengar dia menangis saat kita baringkan dia. Kalau boleh bercakap, mungkin dia akan bercakap ala-ala ‘Aku tak nak baring lahhh! Aku nak kena dokong je! Faham!’

Oh pusat.

Belajar mengusap bayi dengan penuh belaian.

Okay nampak sangat hanya sorang je yang excited nak bergambar. Yang lagi sorang tu gaya “malas nak layan”.

I love babies. I suka tengok baby cute cute and dengki dengki dia. Picit pipi sampai dia berkerut kerut. Agah-agah dia sampai dia ketawa terkekek-kekek. Tapi kalau suruh I jaga baby, 5 minit sahaja cukup lah ye! Apatah lagi kalau bukan DARAH DAGING. oh NO WAY!

17 responses so far

Nov 12 2009

We love to eat.

Published by Totin Jamain under Well-meaning friends.


or maybe I should say, “We live to eat.”

Models: Me & best friend for life.

6 responses so far

Nov 10 2009

Cikanot jangan jealous!

Published by Totin Jamain under Well-meaning friends.

Syaff pon jangan jealous. Nieja juga. Nora pun. Nabil dan Pareq bagaimana pula? ABU APATAH LAGI?? Hihi Akhirnya I jadi orang pertama menunggang ‘BABY PEARL’ Ee-kin. Okay jangan fikir bukan-bukan. Ee-kin tidak membela kuda maupun seekor kambing. Clue nya, Baby Pearl warna PUTIH! Okay cepat tekaaaaaaaaaa!


Ee-kin, ambil gambar kitaaaaaaaaaa.


Okay-okay ganti. Kita amek gambar awak pulakkkkkk.


Oh ini kakak I. Dia pun dah ganti kereta baru juga. Tapi malam tadi I lebih mementingkan baby pearl sebab die baby lagi. Esok lusa e naik ‘cowboy rider’ kak D oke. Hah suka-suka je bagi nama.


Gambar berdua itukan wajib. Kalau tak buat hukumnya haram. Masuk neraka jawapnya. eh eh memandai je!


Syndrome sikit budak Ee-kin ni. Dekat mana-mana je nak ambil gambar. Maklumlah kamera pinjam. Eekin pinjam I. I pinjam Fael. Haha lepastu tiba-tiba camera jadi timer terus gelabah tak tau nak tekan apa daaa.

Ohya Cikanot, tekaan anda mengenai kenderaan terbaru Ee-kin itu SALAH! Okay ternyata, kita memang tak hebat meneka. T_T Maybe, esok I off to KL. So Anis, kalau tiba-tiba I ada dekat depan pintu, sila buka pintu. Itu bukan hantu!

21 responses so far

Nov 09 2009

Frinjan.

Yeay sudah berada di rumah nan indah. Sungguh banyak kejutan yang family I lakukan sikit lagi nak kena heart attack! Satu persatu surprise yerr. Semua benda nak berubah. Nasib baik alamat rumah tak berubah!

I sampai airport tengah hari semalam. Fael datang jemput. Nasib baik dia on time. Padahal I dah bersiap sedia nak sembur kalau dia datang lambat. Heee. Tapi sempat juga bertekak di depan-depan pintu kedatangan sebab terjumpa surat cinta dalam kocek seluar beliau. Okay tak ade lah memain je. Siapa yang nampak kami bergaduh tu abaikan je. Itu lakonan gimik-gimik dari kami. Sila percaya.

Lepak sekejap dekat studio area Kelana Jaya, dalam pukul 6petang kami dah pergi ke venue show. Wiwit I jalan dengan artis ni. Bawa gitar gendong-gendong dalam shopping mall. Orang ramai jerit-jerit Bangface Bangface! Hahahahangukmu. Fael dengan kawan-kawan dia, I rasa macam nak masuk campur pon tak tau nak campur apa. Dalam pukul… 8.30pm Cikanot datang dataran. Yeay ade gang!


Cika, mana you?

Memang tak boleh blah tengok Cikanot terkebil-kebil time baru-baru je duduk. Datang orang lelaki muda terjerit-jerit sambil memegang tangan Cika ‘KAK TOLONG SAYA KAK, AYAM SAYA KENA CURI!’ dan orang ramai semua berlari-lari berkejaran mengejar pencuri ayam. Sumpah kelakar. Kelakar dan tak paham! Cikanot lagilah muka dia macam buat reaction ‘So what? ayam kena curi pun kecoh!’ Haha. Fael cakap tu cuma gimik acara je sebelum memulakan event tersebut. OoOooOOo… begitu…

First time I tengok Fael perform on stage. Selama ni memang tak berkesempatan pun. Dia nyanyi 9 lagu. Mula-mula excited lah amek video setiap lagu. Sampai lagu ke 4 dah lenguh tangan! Hehe.

Lepas mereka show, ada magazine nak interview pula. Sekali lagi I ditinggalkan macam kera. Kekosongan waktu ini I isi dengan bergambar sakan bersama Cikanot edisi terhad..

Fael bawa DSLR dia. Punyalah berkobar I dengan Cikanot bergambar bagai. Aleh-aleh tengok adik Fael pergi delete semua gambar kami. Tak cukup anggun kah kami?  T_________________T Hantu betul! Nasib baik Cikanot ada back up gambar pakai camera dia.

Pukul 11pm kemas-kemas barang,  makan dekat seks 3, than terus balik hotel. Hari Ahad jalan-jalan midvalley. Petangnya balik Johor. Sekarang dah kat Batu Pahat. (Nampak sangat macam dah malas nak menaip lagi dan tak sabar nak bagi penutup).

Penutup..

Ee-kin sayang, kita jumpa esok okeh? Kalau pospone-pospone belum tentu I ada dekat BP lagi. Hehe. Ohya nanti pick me up from home okeh? I sakit kaki lah, tak boleh drive. HAHAHAHAHHA!!!!

6 responses so far

Nov 07 2009

Dunia make-up

I memang pencinta make up. Dari kecil I dah gila make up. 5 tahun dah curi lipstic mama dan pakai jadi merah menyala. Darjah 2 I dah suruh mama make upkan I siap foundation bagai. Well, girls love make up. That’s normal. Kalau nama Mohd Eja love make up, itu abnormal. (HAHA tak pasal-pasal Eja jadi mangsa).

Ini first time I pergi Muzium Make-up. Masuk sini terus teruja adrenalin meningkat maksima. Teruja sangat sampai tak sempat nak ambil gambar. Lagipun memang tak terpikir langsung, masing-masing berebut-rebut bersesak-sesak tawar menawar!

Sebenarnya, tujuan utama cuma nak beli ini SAHAJA. Kat rumah memang dah ada, tapi tak power dan mainan-mainan cuma. Teringin nak beli yang ala-ala saloon punya nanti senang la I nak bukak saloon. Ewaah marah mama, belajar jauh-jauh jadi tokey saloon pulak. Haih. Okay, ini adalah hair Iron Takeda keluaran Korea. Ada heat control dan gerenti 3 tahun. Teka berapa harga? CUMA RM80. Ha tak macam harga mainan pulak kan? ewah ewah ini BAIK PUNYA OKAY TAK PERCAYA PEGI CHECK DEKAT SALOON BERDEKATAN.

Punyalah lama meng’usha foundation ini. Tapi tak tau nak beli dekat mana. Keluaran Jerman, takkan nak order dekat Jerman kot. Sumpah foundation ni memang tip-top. Boleh tahan 24jam, kulit tidak berminyak dan muka nampak natural! Bekas dia nampak cikai tapi eh eh eh.. jangan judge a buku from its cover, inilah foundation yang dipakai oleh kebanyakan make-up artis yang I jumpa dekat sini! Sampaikan mama pun suruh I cari foundation ni. Lalala mama jangan jealous oke. Harga Rm100.(Sebenarnya harga dia jauh lebih murah dari ni, tapi sengaja letak mahal sikit sebab nak claim dengan mama lebih! HAHA)

I nak beli make-up brush set. Sebab brush untuk eye-shadow I dah rongak-rongak. Mba yang jual bagi I make-up brush set yang berharga sekitar Rm200 adoi kau pikir aku ni make-up artist ke apa. Berus je kot. I mintak lah yang paling muraaaaaah. Ini cuma berharga RM10. Wow, saya tak salah dengar? Not bad oh. Mana dapat harga macam ni dekat Malaysia!

Sejak I bekerja, lebih-lebih lagi kerja I memerlukan tenaga yang tinggi. Eceh.  Bila pulang kerja je mesti terasa penat. lemah. Muka kusam berminyak. macam tak ada energy. Barulah sekarang terasa kepentingan memakai pelembab dan penyegar wajah! I memilih Sari Ayu Martha Thilar sebab satu-satunya yang ada peppermint oil yang boleh jadi refreshing aromatic. Fresh kan? Murah pula tu! Ditambah dengan Lulur mandi aromatic. Satu set baru berapa ringgit! sekitar RM15 kot.

Next, I terbeli eyebrow. Ni sebab mba tu hasut suruh beli lah ni. Tapi takpelah cuma Rm5 je dah boleh dapat eyebrow terkenal di Indonesia keluaran Viva Queen (produk Indonesia). Takrugi.Takrugi. Eh tak ada gambar lah. Malas pulak ambil gambar eye-brow pencil sebatang gitu aja koq!

Lepas bayar dekat kaunter, on the way ke pintu luar, nampak set make-up Martha Thilar, complete 1 set. Besar gaban tau satu box macam tu! Martha thilar tu jenama terkenal Indonesia ta. 1 box Rm80. SUMPAH MURAH. Kawan I hasut-hasut suruh beli. I macam terkebil. Besar gabak macam tu nak buat apa ye? Nak bawa balik Malaysia naik flight pon segan. Lain lah I ni Agnes Monica. Hehe ok bye

Time sibuk-sibuk shopping-shopping bid harga, ternampak housemates sendiri. Hek ele kau pon pergi sini kecoh la lu. Kalau tau tadi naik teksi sama-sama!

Oh tempat-tempat macam gini cuba boleh pergi 3 bulan sekali. Itu pun tadi tak abis explore semua sebab sumpah ramai gila makhluk. Mandi peluh I! Weh niat asal kan cuma nak beli hair iron??!

26 responses so far

Nov 06 2009

Kronologis tragis

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Haha takdelah tragis mana pon. Tragis untuk diri sendiri sahaja. Minggu ni memang sangat hectic lah I kena settlekan semua ujian department Jiwa sebelum meninggalkan department. Memang cuak la takot tak dapat settlekan in this week. Jawapannya tak dapat cuti lah nanti!

Tadi I dah ujian akhir. Phew lega semua settle. Walaupun ujian tadi agak hancur juga. Yelah bayangkan, I kena bawa pasien sakit jiwa bertemu  Dr. Specialist. Kira ujian di dalam bilik sunyi, bertiga. (I , specialist and the patient). Dahla pagi-pagi tu patients I buat hal, dia nak tidooooooor. I panggil, dia tanak bangun pulak. Adoiii. Kena papah dia baru lah dia mau. Yang haramnya lagi, Specialist I maki hamun I semua depan patients tu. Adoi haramjadah haramjadah! Okay sumpah malu. Esok tak nak jumpa patient tu lagi. Buat-buat tak kenal.

Kawan I punya patient lagi kesian. Patient dia boleh buat hal dalam bilik exam. Time tengah interview patient, dia boleh pulak tanya dekat Specialist (yang muka garang sumpah kitorang semua takut terketar-ketar wawancara ) dengan muka selamba dan trademark dia ‘NAMA KAMU SIAPA TO?’ sambil menunjukkan jari ke arah dr.Specialist.. Berdekah siot. Okay tak apa dia sakit. Dia memang tak memahami situasi kami yang tegang ketika itu.

Hee. Tapi I antara yang beruntung kot. Sebab I’m the only one yang settlekan ujian paling awal. So esok I dah boleh CHAP CHUZZZZ PULANG MALAYSIA! 1 minggu pon berharga weh. Bukan senang  nak dapat cuti!

Habis exam terus pergi creambath rambut, urut, spa rambut, semua. Total RM20. Ok berkelip kelip kejap masa bayar. Dahla I buat dekat saloon ex-Miss Indonesia punya. Bukan calang-calang cikai punya saloon ok. Kenapa murah sangat ni? Oh mungkin sebab I guna agency card I kot. HAHA MURAH SIOT seminggu sekali boleh spa rambuuuuut!

YANG DEKAT SHAH ALAM, JANGAN LUPA DATANG KE DATARAN SHAH ALAM ESOK!
*Gaya macam show aku je*

10 responses so far

Next »