Sep 30 2009
SPAM!
Argh! Kenapalah tiba-tiba blog I kena serang Spam ni! Ada sapa tau macam mana nak block SPAM tak?? Semak kot!
Sep 30 2009
Argh! Kenapalah tiba-tiba blog I kena serang Spam ni! Ada sapa tau macam mana nak block SPAM tak?? Semak kot!
Sep 29 2009
Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu
Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan
Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu…
Hope you enjoy it as much as I do.
For more info; http://dumdumtak.blogspot.com
Cekidaut!
Sep 28 2009
Kadang-kadang kita boleh jatuh juga. Tak semestinya kita akan sentiasa di atas. Redha-redha. Tapi kadang-kadang bila kita dah sehabis usaha, tetap juga kita tak berjaya. Bukan salah kita. Salah orang yang terlalu memandang siapa kita. Kita, kamu, anda, semua sama. Kenapa perlu ada perbezaan?
.
Takpelah mungkin tak ada rezeki.
.
Esok boleh puasa 6 minta ketenangan. Dah-dah jangan nangis lagi dah!
Sep 22 2009


Mengada-ngada

Sudahlahkau. Suka pura-pura tidur.


Sep 21 2009
I dah lost 4kg. Perlu hoorey ke? Tak perlu kot sebab kalini slim tak sihat. Bukan slim sihat-sihat punya. Sudah dekat 2minggu I sakit. Bacteria E.coli menyerang tubuh. Ok pandai-pandai je guessing. Tatau lah binatang apa yang buat diri muntah-muntah, diarrhea, sempat demam panas. Kesannya sampai hari ini, dyspepsia tipe dismotility masih tak baik-baik lagi. Cheh mentang-mentang sekarang tengah Dept. Internal Medicine, nama penyakit semua nak specific.
Now, I baru tau betapa deritanya beraya di Jogja. Owh I mean, bukan lah beraya di Indonesia itu tidak best. But not in Jogja. Memang sumpah semua makhluk entah kemana. Kedai semua tutup weyh I sumpah gile starving tatau nak makan apa ni! Korek-korek maggie je hari-hari. Tertekan betul baca status/twitter engkau orang semua kekenyangan makan rendang ketupat ok menyakitkan hati. Memang tak berhati perut!
Menyampah betul tengok semua orang update gambar raya. Helleh kau orang ingat I tak ada gambar raya ke tahun ni? Adela. Tapi tunggu la. Jeng-jeng-jeng. Kalah gambar you all tau!
P.s; Bilelah Tart Nenas nak sampai Jogja ni. Haish!
Sep 20 2009
2004
.

2005
.

2006
.

2007
.

2008
.


2009
.
Oh God. Can you see the different? 2009, is my first time celebrating Hari Raya away from home. In a foreign land without family. I have a big family. VERY VERY BIG lah. Family from my mum’s side. Dad’s side. Cma’s side. Uncle’s side. The siblings. The cousins. The nephew. The kakak ipar’s.. oh coming!
The night before raya, we (with other young doctors) ordered Pizza Delivery. Hah malam raya makan Pizza kau jangan main-main. Keluarga tercinta pun call untuk mengetahui perkembangan anak gadisnya ewah. Masa ni cool jekla ketawa-ketawa. Relax la! Kite oke je ni happy je ni alaaaa tak kesah la raya je kot!
and today…errr
What did I do today? 1 Syawal, pukul 4 pagi I buat wad round. Dengan senyuman ikhlas tak ikhlas, ‘Selamat Hari Raya, semua! Saya suntik ya untuk periksa darah!’ Pagi-pagi menyuntik orang. Ucapan Selamat Hari Raya sebagai pembuka bicara memang tidak ikhlas. Takbir raya bergema. Masjid sebelah hospital je. Ok masih ada 20patients yang perlu diselesaikan sebelum pulang. Buat kerja cepat cepat!
7pagi. Yes, kerja dah abis. Tugas JAGUM minggu ini sudah selesai! Hoorey! Selamat Hari Raya! Hari Raya? oh ok time to go home! Sunyinya suasana luar hospital. Tak ada makhluk. Menari ballet atas jalan raya pon boleh. Oh nampaknya kena balik jalan kaki. Teksi dan bas pon tak de. Saja menggatal, jalan sebelah masjid. Semua berpakaian indonesianik untuk solat pagi raya. Bersemangatnya semua. Sayu dengar takbir. Sayu lihat mereka. Saya masih berUniform putih, tak mandi lagi dari semalam. Oh berus gigi pun belum! hehe kantoi pagi-pagi check patients tak berus gigi. *_*
Sampai rumah, masuk bilik. Baru I sedar. I am alone now. 5000km apart from the loves one. And TODAY IS HARI RAYA! I have nobody. No close friends. No family. Sebak. Than, I managed to get a web camera with them. Jadi sebak lagi. Keyboard dah melekit dah ni. uhuk uhuk.T_T

“Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku”
Arwah Atok, I Miss You.
..
.

Apa-apa pun,
Selamat Hari Raya, everyone!
Mohon ampun if I’ve done or said anything wrong.
Hope you guys have a blast during Hari Raya!
Sep 18 2009
Saya baru pulang bertugas!! Eh eh bukan pulang. Mencuri-curi pulang. Sekejap lagi kena ke hospital lagi untuk meneruskan tugas. Hari-hari tidur hospital. Patient pon dah ngam dengan saya! I love you lah babeh.
Tadi adalah laporan pagi terakhir buat semua doktor. Esok, doktor dan semua staff specialist sudah bercuti hoorey hoorey! Ok hoorey untuk mereka bukan untuk kami. Doktor junior kena hidup mati dengan patient. Paham? T_T
Baju raya, takde.
Kasut raya, takde.
Barang kemas raya, takde.
Rambut raya, takde.
*wah daddy must be happy! Jimat betul tahun ni kan?*
KAD RAYA PON TAKDE.
Duit raya? Ok tak apalah. Duit raya tak penting. Pahala yang penting. EWAH!
Sep 12 2009
Seminggu tidur dekat wad. Eh takda tempat tidur khas, pandai-pandai la empet-mengempet dengan 3orang doktor muda yang lain. Laki perempuan dah tak peduli dah yang penting dapat tidur! Mujur kalau dapat tidur, biasanya atau memang sepatutnya tidak boleh tidur. Setiap malam, setiap 15 minit, setiap 30minit, kita akan monitor tekanan darah, air kencing, gula darah patient. Atau kita sanggup menanggung risiko meninggalkan patient yang darurat, lepastu meninggal, lepastu esok pagi kena hentam dengan doctor staff?
Itulah JAGUM = Jaga Umum!
My Jagum week starts tomorrow. TOMORROW! Di saat-saat malam lailatulqadar lah, kami kena ber-jagum! T_T Memang menguji betul. Mak cakap bulan puasa tak baik mengeluh! Kami akan berjagum sampai hari Ahad=HARI RAYA HOOREY! T____T
Di kesempatan ini, sekiranya tak sempat, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin buat keluarga di Batu Pahat Johor, seluruh sanak saudara, Pakcik Makcik, dan sahabat handai. Tahun ni jangan sedih-sedih sebab tak dapat beraya dengan saya. Jangan nangis-nangis di pagi raya ye. Mesti sepi kan rumah takde yang tolong masukkan kuih raya dalam balang? Tugas rutin setiap tahun saya, memasukkan duit raya dalam sampul mungkin diambil alih oleh adik Nazim. Mungkin lah! Oh nanti gambar raya jangan lupa edit sekali masukkan muka saya!
Adik-adik jangan main mercun tau. Jaga diaa.. eppp!
Disini saya baik-baik saja. Baju raya pon takde. T___T Pagi-pagi raya dah kena pakai uniform putih What the !@!@#@!#!@#!@!
Jangan lupa poskan dodol, kuih tart, kuih conflaks buatan tangan Eekin! Tak lupa juga, rendang, ketupat, sayur lodeh, serunding dan daging dinding my favourite!

Dah masuk 4 kali ulang lagu ni. Mak, Ayah, Abang yang dengar cerita dah kerja, Pakcik, Makcik, sepupu juga rakan karib yang dah kerja (eleh eekin buat-buat tak tau la tu), jangan lupa bank-in kan DUIT RAYA!
p.s; Kalau keluar dekat Berita, Yogyakarta banjir teruk pada pagi raya, Jangan Salahkan Saya!
Sep 11 2009
Hari-hari buat rutin yang sama. Sebagai doktor berhemah (eceh), setiap malam I akan visit patient I. Follow Up patient. Tanya perkembangan dia. Kadang-kadang kalau malas sangat, cukuplah bertegur sapa, ‘Selamat malam kak, harini mual lagi? pusing tak? Dah tak pusing kan? Ok esok saya datang lagi’ Belum sempat kakak menjawap, saya dah blah. Hihi.
Oh tadi I excited check patient. Satu persatu katil I check. Sorang-sorang I periksa tekanan darah dia, nadi dia, check jantung, buah dada eh eh.. Rupanya ada satu patient I terlupa nak check. Katil C5 di penjuru sana!
“Selamat malam, Pak!”
“Bagaimana keadaan bapak malam ni? Dah semakin membaik?”
Bapak tu tidak ada response pon. Mungkin dia tidur kot..
Tapi..tapi.. tangan dia kenapa sejuk?
I toleh kiri kanan. Ahli keluarga dia berjurai2 sedang menangis. Mata masing-masing drakula merah abis.Semua usha pelik ternga-nga tengok I…
OH BAIKLAH. I SEDANG BERCAKAP DENGAN MAYAT.
Paiseh punya pasal. I terus blah. Cakap minta maaf pon tak! Nasib baik I tak check nadi, tekanan darah dia dan segala bagai. T___________T
Sep 07 2009
Sesuai dengan profession saya sebagai pembunuh umat, saya lampirkan kes menarik untuk di-sharing bersama.
Patient saya berumur 23tahun. 23 tahun. 23 tahun. Sapa 23 tahun angkat tangan! Waktu umur 23tahun ni la you all berangan nak berumah tangga. Hidup bahagia bersama keluarga. Ataupun you all sibuk mengejar cita-cita. Tak sabar nya nak kerja. Dapat gaji pegang duit sendiri! Eeeeee excited! Kesian sahabat saya (Okay saya panggil patient saya dengan panggilan sahabat. Sweet kan?), dia sedang berjuang melawan penyakitnya yang saya rasa macam.. boleh baik ke? boleh ke? eh mesti boleh punya lah!
Kaki kiri sudah di potong 5bulan yang lalu atas sebab PAD (Peripheral Artery Disease). Ok korang google sendiri la penyakit apa tu. Dia macam.. erm.. saluran darah tiba-tiba jammed! HAHAHA I memang tak pandai nak jelaskan supaya you all faham tapi itulah. Itulah! Setelah itu, sahabat saya didapati menghadapi masalah ginjal, menjurus ke nefrotik syndrome. Nah kau mesti semua tak faham. Ok tak payah faham pon tak apa. Sebab saya pon tak berapa faham macam mana boleh jadi macam tu.

Oleh kerana komplikasi tersebut, kaki kanan telah menunjukkan simptom yang sama dengan ex-kaki kirinya (Yela kaki dah kene potong, kita panggil EX lah). Tapi lain macam sikit kaki dia. Menjadi edema (membengkak), ber-bullae (ada gelembung-gelembung cairan macam melecur gitu), kemudian berair-air. Sakitnya mintak ampunnnn. Eh macamlah I rasa je. Tapi touching betul la kalau berdepan dengan dia. Menangis sepanjang masa. Menjerit menahan sakit. Jerit-jerit sampai kadang-kadang kejang tersedu sedan.

Apakah tindakan selanjutnya? JENGJENGJENG! Ala dah tak suspense. You all mesti dah dapat agak. Ha-ah kaki kanan akan dipotong lagi. Maka tiada kaki lah dia. (sambil melirik kepada kaki sendiri). Weh macam mana dia nak kahwin nanti? Macam mana nak kerja, nak cari duit? Macam mana nak berhubungan mesra dengan isteri? (Kalau dia berkahwin)Eh busy body betul lah!
Paling tak sampai hati bila dia menangis menjerit kesakitan. Sepanjang masa! Sampai kita bagi injection ubat Ketorolac (tahan sakit), dia diam sebentar. Effect ubat habis, dia sambung nanges. Weh touching weh! T_T
Jadi kesimpulannya, bersyukurlah dengan kaki yang ada walaupun pendek. hihihi. Ok Bye.
…
..
.
p/s: Adik dekat katil sebelah dia bertanya kepada saya, ‘Doc, kalau kakinya dipotong, boleh tumbuh balik tak?’
Sep 06 2009

Ramai juga yang response. Saja je I buka hot topic! Well, actually I tak ambil port langsung pun all about this thingy. Nak benci kami pon, itu hak masing-masing. Tarian Pendet milik siapa pon I tak tau lah. Tapi kalau ayam penyet memang milik Indonesia. I akui tu! *ehe kalau pasal makanan I tau la!*
The problem is, bila heboh cerita macam gini, kami dekat sini jadi tempias-tempias. Dekat campus International Programme ada Demo. Rumah-rumah anak Malaysia di baling-baling batu. Oh luckily I duduk dengan Indonesian so I consider rumah I as rumah Indonesia! Sebab depan rumah ada bendera Merah Putih. Bila jalan-jalan pakai baju kurung, eh menipulah. Maksud I bila pergi class kerja pakai baju kurung, orang mula lah pandang serong. Bila borak-borak dengan nurse, dan bila nurse dapat tau kita Malaysian, mulalah nurse cakap “Malaysia JAHAT!, pembantu rumah dipukol-pukol, adat budaya Indonesia dicuri”. Dan sebab tu juga, kalau ujian ke apa, kami mesti dapat markah paling rendah.. or diskriminasi dalam apa jua.. ermm but I don’t give a DAMN. I bukan kejar markah pon!
Menurut Utusan Malaysia, Tarian Pendet memang milik Indonesia. Discovery Channel yang membuat kesilapan memasukkan Tarian Pendet dalam video perlancongan Malaysia. To be clear, it is just misunderstanding. Bukan salah Kerajaan Malaysia mahupun pihak berkuasa Malaysia. Apatah lagi rakyat Malaysia kan? T_T

http://apps.facebook.com/seberapa-seba-bccac/ Anda dah buat kuiz ni di FB? Melampau je. Tak baik tau cakap Malaysia ni Kafir. I bukan kafir, I cuma kurang beribadat je. Hehe. Eh tapi I tak tinggal terawih lagi tau! eh macam lari topik sikit. Apa-apa pon, I sayang Indonesia.. Indonesia sayang I tak?

Maling tu artinya pencuri. Kreatif juga mereka ni. Ada ratus ribu members tu kalau semua ikut berperang mati kita. Kita mana cukup pistol banyak tu! Hehe


Sep 02 2009
The moment when earthquake happened,
Bunga Citra Lestari (I loveee you my kakak cantik!)

Ashraf Sinclair

Dian Sosro

Sherina Munaf

Nenonk

Everybody’s twittering about it! It means that they’re all Okayyy. And that’s why twitter is much better than google!