My black litmann stethoscope broke yesterday. Ouch sebenarnya since last few weeks dah patah! Lepastu I gam pakai gam UHU. hahaaaaa. Mujarab-mujarab! Tapi cuma dapat bertahan untuk 3minggu sahaja! Lepastu buat hal lagi! Kalini dah 3 kali patah I don’t know why. Mungkin I rajin sangat follow-up patient kot. BWERKKK. So bila masuk 3rd times je I seriously fed up do!
Dengan berbekalkan duit poket yang tak ada, I did find out the best stethoscope in town. Ewahh. Maksud saya. The cheapest stethoscope! Tanak beli Littman sebab mahal-mahal macam @!#!@#!@# *gaya mencarut di bulan puasa* tapi baru jadi young doctor untuk 3department je dah sadaqalla-hullazim.
I got my new stethoscope! Hehe I love the new ones. SEBAB DIA WARNA PINK. Orang beli stethoscope, pasang dekat telinga and try to hear the quality of sounds. But me.. “Mba, ada warna PINK nga?” hahaaaa.
Bersemangatnya nak check patient pakai stethoscope baru! Haha kecoh la lu bhai!
Well, I’m trying to find this kind of stethoscope but tak ada pula. Cool weh. Lagi cool kalau BF yang bagi kan? Heart-heart-love-love!
Doctor: Ibu sekarang menghidap penyakit diabetes. Jadi ibu kena suntik Insulin setiap kali waktu sahur sebayak 10kali suntik. Waktu berbuka.. 24kali suntik. Ibu faham?
Mrs X: Iya saya sudah lama menghidap penyakit diabetes. Memang sudah 10 tahun.
*errr… ok dia pekak rupanya*
Doctor: Em.. Ibu kemari dengan siapa? Ada keluarga yang lain tak sekarang?
Mrs X: Sama suami. Ada di luar.
Doctor: Bisa dipanggil?
Mrs X: Biiiieeeeee….. My darling Biee sayanggggggggggggggggg. Ini doctor panggil!!!
Okay orait! Semua dekat polyclinic tu macam tercengang bila that ‘nenek’ panggil suaminya macamtu. Dahla kuat gila kot die jerit. Lepastu manja semacam Omigod Omigod! This is my first time saw this kind of people. They are so romantic I tell you! I just wish I could find someone like that!
Bagaimana lauk-pauk berbuka puasa di sana? Masih seperti 6 tahun yang lalu? Meja penuh sampai nak letak piring makan sendiri pon takde tempat. Tempat duduk berebut-rebut masing-masing cop tempat dekat depan lauk feveret masing-masing. YongTauFu adalah makanan feveret kami, 6 tahun yang lalu. 6 tahun! T_T Masa tu Azu(adik saya yang kecil) dan Faza(adik saya yang LAGI kecil) belum wujud lagi.
Port berbuka puasa feveret adalah dekat rumah Atok!
Setiap petang masih menjalankan rutin ke baazar Ramadhan Pesta? 6 tahun yang lalu, I lah yang paling excited ke baazar. Satu-satu dibeli, sampai tak sedar setiap jari jemari dah penuh dengan gantungan plastik. Selain usha lauk pauk mengikut selera, usha juga mamat ranggae yang berniaga. Masa tu la saat-saat paling genting nak fight nafsu lapar. Kadang-kadang buat-buat lupa, dalam kereta dah makan karipap! ;p
Port berbuka puasa feveret adalah dekat rumah Atok!
Weh. Dah 6 tahun I tinggal di Jogja weh. Berpuasa di perantauan memang tidak best. Tidak semeriah di Malaysia. Sumpah! Tiada baazar ramadhan. Tiada apam balik, ayam percik, martabak, nasi ayam…air katira.. srups! Tadi pagi I sahur….. burger. Bungkus awal-awal. Makan sorang-sorang sambil ditemani bunyi anjing Brownies. Anjing tu sahaja yang tak tidur malam, penghuni rumah semua terbongkang. Beginilah nasib bila housemates semua non-muslim. Bersahur sambil layan facebook tengok-tengok mana tau ada yang chat tapi semua tak layan. T_T
Tadi I berbuka dengan nasi goreng gulung! Wow nama macam special. Macam sedap! Tapi itulah juadah I setiap malam sepanjang I di sini. T_T Berbuka puasa sambil tengok movie SEPI dalam lattop. Sesuai dengan tema 1 Ramadhan. Sepi………………………………..
Port berbuka puasa feveret adalah dekat rumah ……ARWAH ATOK……………..
Macam lama pula tak update bloQ.So hey, it’s a time for a quick update of what’s been going on with me of late. Hemm.. apa ye? Tiba-tiba tak da idea. hahaahahhaaa.
❤ About 1 week ago, Shishi went to Jogja. Shishi adalah kawan saya who has a boutique in Malang. So we discussed about ShoppingOverdose.com juga. Kebanyakkan baju-baju di ShoppingOverdose adalah direct dari boutique Shishi. Beli cepat! Gaya macam serious je tapi disscuss apanya we end up dengan pergi karaoke lah, jalan-jalan mall lah, makan burjo setiap malam. Addddooooy.
❤ Ahad lepas saya menemankan kawan saya ke gereja. Berdosakah? Well, I don’t think I did anything wrong. Yang penting niat kan?
Haha. Orang selesai bernyanyi-nyanyi lagu gereja, saya layan feel ambil gambar. Niat saya adalah untuk bergambar. Okay yang penting niat!
❤ I am working outside Jogja now. Takdelah outside mana seberang Jogja je. But hari-hari balik Jogja naik motor merempit. 1jam jugalah atas moto. Kematu punggung saya! Tadi saya macam anggun sikit pakai baju kurung (hari Jumaat kan?). Saya duduk di belakang pemandu motor (Kalau orang yang bawa motor tu dipanggil pemandu ke? help me help me I’m blankk!). Seksi la konon-konon pakai kain, naik motor.. peha putih menjadi perhatian ramai. Hehe padahal peha dah berbelang hitam legam sebab hari-hari naik moto ulang alik 1jam. #$@$@%@!! Nak dijadikan cerita, sewaktu berhenti di traffic light.. ada mamat rempit sebelah saya tunjuk ke arah kaki saya.
“Mbaaa! Itu mbaaaaaaaaaaa!” “Ko pehal?” Buat muka slek la. Pehal tunjuk-tunjuk peha I plak? bulu kaki I tak cukur ke apa?
Dah la buat muka slek berlagak ego pula tu. Toleh tempat lain konon-konon tak layan..
Lepastu ramai-ramai mamat motor teriak “HP nya jatuhhhhhhhhhhh mba”
Ku toleh ke bawah. Memang berkecai la Hp saya di jalan raya. Waaaa paiseh wa cakap luuu wey. Mamat motor tu tolong amekkan Hp yang berkecai-kecai itu. Oh terima kasih mamat. Anda baik hati! Lepasni janji tak sombong lagi!
❤ One of my Indonesian friends passed away last 16th. She committed suicide ! Kesian dia. T__________T Mungkin dia depressi berat setelah 2bulan putus tunang kerana cinta terhalang keluarga. Maybe yes maybe no. Susah nak cakap kalau cerita bersimpang siuh. Apa-apa pon, kita doakan semoga dia mendapat kesejahteraan di akhirat. Tadi ramai-ramai lepak bilik housemate saya, stalk facebook arwah. Dah meninggal baru nak stalk kan? Gitu lah perempuan! Gossip je keje dia.. Esok dah berpuasa jangan bergosip lagi! Eppppppp!
Oklah it’s just a summary for last 2weeks. Malas kot nak bercerita semua. Tulah siapa suruh korang tak buat tweeter account! Agaga.
Si pesakit baru berusia 24tahun, sudah disahkan menghidap HIV positif. Si pesakit adalah salah seorang pelajar university XX (Ala-ala macam UIA kalau dekat Mlysia). Si pesakit nampak pendiam. Tak banyak cakap. Sentiasa menurut kata doktor. Ditanya, dijawap.
Maaf ya kalau saya tanya, Cik pernah berganti pasangan?
Iya. Sudah bernikah?
Baru.. Ada anak?
Gugur.. anak luar nikah.. Suaminya mana?
Ni..
Handsome! Tapi HIV juga…….
Weh korang tahu tak? Seorang pesakit HIV hanya akan hidup kurang lebih 10tahun. Dan sepanjang 10tahun dia akan menderita berbagai-bagai penyakit yang bersangkutan dengan penurunan sistem immune tubuh. Tragis oh. Bayagkan pelan-pelan badan korang tumbuh kudis, paru-paru dijangkiti TB, badan kurus kering, dalam badan tumbuh cendawan-cendawan kulat-kulat. eiieeeeekkkkk. T_T Masa tu, apa yang doctor bole buat??
Doctor pon gelabah juga. Nak periksa patient HIV, siap pakai sarung tangan 3lapis. Pakai masker bagai. Padahal patient batuk-batuk pun macam lah kuman HIV bole terbang hinggap? Nak pegang tangan patient pon menggigil. Lepas periksa, siap basuh stethoscope tu tak bole blah. Well, itu dinamakan stigma. Anda sanggup kena stigma macam pesakit HIV?
Jadi, Hindarilah hubungan seks bebas. [Iklan tak berbayar]
Kawan-kawan, pakailah kondom.. Bukannye mahal pon! Sekarang kondom di pasaran dah ada berbagai warna, berbagai rasa.
Yeay! Excited oh! To my surprise, Big Apple has a branch in BatuPahat Mall. Oh thankyou thankyou thankyou! Heee This is a good news for a sweet tooth like me!! Argh I can’t wait for the next holidays *entah zaman bila tatau lah*[Thank you Yun for the info!]
Sebenarnya takde siapa pon minta I tips ni. Tapi semenjak expose gambar seperti di atas, ramai pula yang memuji. Kembang kuncup juga lah. Ada yang bertanya, rambut baru ke? I tak tau pula rambut itu boleh beli baru. Hehe. Sebenarnya rambut ikal sebegini dapat dilakukan sendiri di rumah. Tidak perlu ke saloon-saloon berdekatan lalu membayar wang sebanyak Rm30 (harga Cure Treat, Batu Pahat, Johor) semata-mata nak buat rambut bergelombang yang hanya bertahan 3jam. Membazir kan? Tak perlu juga membeli roll rambut yang berharga rm4.00 untuk 4 roll di kedai Sinma berdekatan. Tetap membazir juga kan? Mari kita berkongsi tips kecantikan.
Cara-cara membuat rambut ada bergelombang.
1. Anda hanya memerlukan kertas buangan seperti paper bag, buku latihan matematik sewaktu anda darjah 1, kertas-kertas terpakai setelah adik anda conteng-conteng gambar ultramen tu anda ambil lah. Jangan dibuang! Kertas tersebut dapat menghasilkan rambut yang cantik dan bergelombang. Iyeke? Tak percaya?
2. Kertas tersebut dipotong panjang sekitar panjang rambut anda, dan lebar sekitar 3cm. Tak perlu ambil pembaris dan ukur rapi-rapi. Agak-agak je pon tak kesah lah.
3. Rambut anda dicuci(kalau nak lebih bagus, shampoo lah rambut tu sekali), dan dikeringkan. Jangan kering-kering sangat. Cukup diperah pakai towel. Biarkan rambut lembab-lembab sikit.
4. Jika rambut anda tebal, ikatlah sebahagian atas rambut anda dan tinggalkan selapis rambut di belakang..
5. Ambil sebahagian kecil dari bahagian tipis rambut anda yang tidak diikat, kertas yang tadinya digunting-gunting itu, digulungkan bersama-sama rambut. Gulung-gulung…… sampai atas, kertas tersebut diikat.
6. Bahagian rambut yang diikat tadi, dilepaskan. Digulung dengan kertas. Gulungan dibuat lebih ketat sebab bahagian atas kalau gulung ketat-ketat nanti gelombang jadi lawa sikit! eh, lawa banyak!
7. Biarkan rambut yang basah itu kering sendiri. I suka bawa tidur je. Malas nak berjemur mengeringkan rambut.
8. Bangun pagi, rambut dah kering. Semua kertas di rambut dilepaskan. Make sure tak ada kertas yang tertinggal. Kang kantoi dengan kawan-kawan gulung rambut pakai kertas surat khabar! Mana nak cover beb?
9. Dijamin rambut anda akan bergelombang!
p/s: Mungkin waktu awal-awal menanggalkan kertas, rambut akan kelihatan agak kaku kejung macam ulat gonggok. Jangan karget yah! Tunggu dalam sekitar 3 jam barulah rambut akan kelihatan seperti natural. Jadi janganlah langsung keluar berjalan-jalan sewaktu rambut masih kejung. Lek luuuuu.
Kalau penjelasan I tadi kurang clear. Atau anda still belum dapat gambaran. I sertakan sekali video model perlaksanaan rambut bergulung oleh saudari …………… (yang penting bukan I).
Masih lagi tak percaya? CUBALAH!
Banyak lagi Tips kecantikan yang I nak kongsi. Kita hold on dulu!