Archive for the 'Leaving on a jetplane.' Category

Jun 12 2010

Aktiviti seronok.

Seronok di dalam bahasa melayu bermaksud ‘Eee bestnya!’. Something yang teruja. Tetapi kalau bahasa Indonesia bermaksud, something yang 18sx. Contohnya, Ariel Peterpan suka melakukan perbuatan seronok. Eh eh tak pasal-pasal Ariel dijadikan contoh ayat. Kasihan Ariel.

Kerana kami sedang outstation di bandar Klaten dan ingin melakukan aktiviti seronok, selesai duty kami terus bergegas ke kota Solo. Niat sebenar cuma nak cari makan sedap-sedap tapi di tengah perjalanan ada yang menjerit ‘Kita picnic di air terjun yok!’ Baiklah. I dah lah pakai seluar kerja, dan t-shirt tidur. Baiklah. Bagus betul idea.

Encik driver yang sangat bertuah. Bukan senang dapat bawa Power Puff Girls berjalan-jalan.

Budak-budak memanggil kami Power Puff Girls. Eh sebenarnya kami yang menggelarkan diri sendiri.

Wah. Tidak ku sangka dekat Solo ada air terjun yang tinggi mendongak awan.


Jambatan menghubungkan penghujung juram ke juram. Menggigil weh berjalan di jambatan ini. Rasa gayat macam nak jalan mengesot sahaja. I pakai kasut crocs PINK, baju oren, seluar putih wtf? Kombinasi benggali sungguh.

Korang ni dengki lah nak jalan tak bagitahu!

Berebut-rebut makan ayam goreng Solo. Penat I jerit, “Hey foto yok. Foto!”. Tapi yang lain semua bolayan. Yang layan pun ikhlas tidak ikhlas. Lapar tak agak-agak.
Rambut I dah leper sebab belum apa-apa terus main ceplak-cepluk dekat air terjun. Memang jakun.

Ala-ala Miss World. Konon-kononnya pakai bikini lah ni.

Kau tengok yang baju hijau itu. Bajet Beyonce lah lu!

Angkat seluar tinggi-tinggi. Seboleh-bolehnya tak mahu seluar kotor. Esok kerja nak pakai apa?


Gambar nostalgia daun pisang.

Apasal cuma 1 sahaja gambar hero? Nampak sangat mereka jadi mangsa photographer paksaan.

What a day. Penat but it’s okay since we totally had fun. Sampai hostel Hospital Klaten jam 8pm, terus sarung coat doctor and pergi wad untuk follow up patients. Boleh bayangkan? Kami main air terjun busuk-busuk, terus pergi check patients tak mandi tak apa. Rushing punya pasal!


12 responses so far

Jan 13 2010

Surely truly madly deeply I love beach sooo much.


Balik-balik muka yang sama kan? Ni sebenarnya sambungan cerita dari Green Canyon. Kami terus ke pantai untuk makan seafood dan bersuka bernyanyi riang ria.

Ini Dr muda Dea kami import dari Nusawungu. Hah jauh tu 2jam ulang alik amek budak ni datang tempat kita orang. Eleh ada Bf boleh lah. Eleh eleh.

Dating jauh-jauh boleh tak? Orang nak nyanyi ni tak boleh concentrate lah.

Okay dah boleh dengar suara I berbahasa Indonesia. Baru sedar suara sendiri buruk dan tak senonoh. Tak seksi rupanya suara aku.

I ada 1001 kenangan dengan pantai. I love sangat I tak tau kenapa. Especially when the noon downs and the twilight comes. I like the color of the sky transitions from light-blue to yellow, then turns to dark-blue. Okay terpana.


14 responses so far

Jan 11 2010

Green Canyon

Kalau tak tau Green Canyon, boleh google sendiri. Dari desa kami ke Green Canyon ambil masa dalam 1jam 30minit. Tak jauh tapi jadi jauh sebab sesat-sesat. Berkobar betul bertolak pukul 6 pagi. Sampai sana pukul 9 juga. -_-

Oh okay begitulah padahnya bila tak google dulu apa Green Canyon. Orang dah pesan bawa baju mandi, tapi I tak bawa. I ingat Green canyon itu tempat melihat persekitan hijau sambil naik bot. Haha Okay kena mandi rupanya. Kelam kabut beli baju dan seluar seksi.

Baju baru yey yey baju baru. Tipikal betul beli baju dekat tempat peranginan mesti tulis ‘Bandung, Indonesia’ atau ‘Green Canyon’ . Kalau beli dekat Langkawi mesti tulis ‘Pulau Langkawi’ hadoii.

Eh macam umur 12tahun sahaja adik ni. Maklum lah tak penah mendayung.

Okay kami dah bersiap-siap dengan jacket keselamatan. Bersiap untuk berenang merentas juram-juram! SIAP!


Boleh melihat I menjerit macam hape. Kami bukan berenang sebenarnya. Kami terpaksa menyelurusi tali yang diikat, melawan arus. Sumpah arus itu derasssss sangat. Nak cakap arus deras supaya engkau orang percaya sampai cakap sumpah-sumpah. Untuk pulang, kami lepaskan tali, ikut arus melawan juram. Jatuh juram berserah sahajalah. Gambar diambil oleh mas-guard kami. Tabik betul dekat mas-guard boleh bawa camera yang kami bungkus-bungkus dalam plastik sambil berenang.

Ini gambar google.

Gambar google juga. I rasa juram yang ini kot I jatuh. Tapi air dia tidak setenang seperti itu. -_- 5 kali ganda derasnya. Memang sepuasnya I jerit. Perut dah kenyang tertelan air. Eh tapi cool lah. Cool lah. Jatuh jeram memang cool.

Ini satu-satunya gambar terbaik dari mas-guard. Okay tak apalah janji ada. Cukup 8 orang. Doktor muda dari Gandrung Mangu 1 dan 2.

Pose sikit depan kereta kami.

Excited sangat, dekat rumah baru perasan kaki, tangan luka-luka. Lebam-lebam. Tangan kaki sakit macam hapa! *Hati pun tengah sakit* eh tiba-tiba.

Oh ok. Nasib baik I pergi dulu sebelum bagitahu mama. Kalau tak, mesti mama tak bagi I green light. Apa-apa pun,  Canyon Hijau memang best membawa seribu satu kenangan.

..

.

Eh belum habis lagi. Balik Green Canyon, kami ke pantai. Bersambung…

p/s: Gambar banyak sangat weh. Nanti upload dekat fb sahaja lah.


13 responses so far

Dec 26 2009

Pangandaran and us

Presents… my 3rd day in Gandrumangu. Eh no. It is not Gandrumangu nymore.. Now nak blog pasal Pantai Pangandaran. We are celebrating our Christmas there. Eh salah. Not we. But some of us. Eh salah lagi. Not some of us but only ONE OF US. haha. Yang lain menyebuk sahaja nak pergi pantai.

For those not in the know, Pangandaran is the beach 1 hour away from Gandrumangu. Pusat peranginan terdekat dengan desa I. Eceh desa I pulak. Desa tempat tinggal I. Dalam 1 jam perjalanan. Naik bas buruk je pergi sana. Tahan bas tepi jalan. Unexpected. Pantai nya memang best dan banyak sangat pelancong. Bali look alike. Boleh surfing and water sport. Cuci mata tengok mat salleh sun bathing ok wtf.

Well, bila naik bas baru tau, last bas pukul 3.30pm. Haa beberapa jam je kami sempat di sana. Memang frust abis. Kalau boleh memang nak bermalam tapi separuh dari kami kena masuk kerja esok. *hihi kasihan mereka*


Baru sampai dah makan. Itu memang trademark Rivani


Dah lama weh tak naik sepeda!


I look so cantik so please don’t look at me. Haha. Everyone was posing except me. Tengah khusyuk makan. Uh benci lah.


KFC dah hancur kena tsumani. Kita gantikan dengan CFC Bukan Cuma Ayam!! whattha?

The water was fcuking much beautiful but the sand okay lah bole lah.

It wasn’t the good day to go to the beach though. The sun was super strong panas gile sampai gosong-gosong kulit I.


The view otw back home. I baru sedar I duduk di sekitar padang padi. Esok pagi boleh tolong orang kampung menuai padi. blughh


6 responses so far

Dec 18 2009

Bandung Broke.

I’m now on holiday.Yeah! How nice is that! Ayat nak kasi gempaq. Padahal, holiday 5 hari sahaja. T_T 5 hari itu I habiskan masa dengan bercuti ke Bandung! Memang last minutes perancangan. Kena pergi holiday sebelum hidup merana later. (I akan outstation 2bulan selepas ini. Homestay dekat kampung-kampung mandi perigi, baldihel! I cerita pasal ni lain kali lah). Back to the track, mari kita menikmati edisi gambar bercakap.

DAY 1:

IMG_2066e blog

Photoshoot antara tujuan utama. Ini first time I beraksi di kota Bandung. Mr photographer memang baik sangat! Janji pukul 8.00am, pukul 7.50am I baru bangun. Terus sms mr Photographer ‘I’m on my way! traffic jammed all roads!” Padahal baru terkedek-kedek nak make-up. Pagi tu baru tersedar, I lupa bawa foundation wtf wtf wtf! Sumpah seranah betul.

IMG_2081blog

Selepas photoshoot di tengah lapang panas terik atas gunung panjat pokok lompat kiri lompat kanan, I terus suruh Mr.photographer hantar I ke tempat shopping. Tak kira ke tempat apa, janji shopping. Mula-mula I pergi Bandung Trade Centre (BTC). Alasan Mr.Photographer drop I dekat situ sebab….. itu adalah gedung fashion wanita. Memang sana sini butik murah meriah. Terima kasih, I cuma sempat menjeling sahaja sebab mesin ATM masih menunjukkan rp36.ooo. T_________T. Gambar di atas, sewaktu I berjalan di Cihampelas. Dari BTC, I terus pergi Cihampelas. Punyalah jauh. Echeh macam korang tau je jauh ke tak.

Paling sadis bila duit bank I lambat masuk. Terkapai-kapai I mencari duit di Bandung. Kau tak tau betapa emosinya hidup tanpa $$!?! Bercuti tapi makan maggi. Sedih kot. But once duit dah masuk, terus bagitahu kawan begini ‘I NAK MAKAN KEDAI YANG PAAAALINGG MAHAL!’ haha tak reti bersyukur!

Kolase Picnikblog

Sebelah malam, pergi Paris Van Java. Nama nak glamour ala-ala Paris. Ini adalah shopping complex terbesar di Bandung. Mula-mula I ingat 1 floor je. Siap dekat 5 kali round (nak cari counter Anna Sui tapi tak jumpa-jumpa) Oh rupanya floor lain di tingkat bawah. Eh faham tak? Selalunya orang akan naik tangga untuk ke floor seterusnya. Tapi mall ni kena turun tangga. Mall bawah tanah. Terletak di tingkat 2 bawah tanah, ada kedai yogurt Sally. Yogurt yang sedap sangat dan decoration kedai yang sweet sangat! Setiap bucu kedai, I ambil gambar!

DAY 2

IMG_2135e blog

Pagi-pagi kawan I ajak naik atas Bukit Dago. Dari atas bukit, dapat lihat hampir keseluruhan daerah Bandung. Sebenarnya, malam-malam lah cantik. Tapi I takut naik bukit malam-malam banyak hantu. Haha alasan padahal dah penat dan mengantuk gila. Eh maaf lah, lupa ambil gambar kota Bandung. Syok mengambil gambar diri sendiri bajet nampak la Bandung dekat belakang tu. Tapi malangnya.. cuma nampak atap rumah jiran sebelah. T_T

IMG_2140 blog

Mie Jogja? Dah dekat Bandung takkan nak makan makanan Jogja? The kiosk Foor Market antara tempat favourite I. Nama je market = pasar tapi tempat ni bersih dan decoration pun cantik. Konsep ala-ala The Marche dekat Curve. Boleh makan apa sahaja. Anythings Everythings whateverthings. Daripada makanan tradisional Sunda sehingga ke makanan tradisional jawa. Cedok sendiri. Ambil sendiri. Layan diri. Sesiapa bercuti ke Bandung, jangan lupa makan di sini, terletak di Jalan H.Juanda di depan Dago Plaza. Okay royalti untuk I mana?

IMG_2162blog

Semua factory outlet I serbu. Gambar di atas antara my favourite FO di Jalan Riau. Banyak jual accesories yang cute. I beli handbag original Loius Vuitton harga Rm500 sahaja murah okay! Actually I cheated. Tak kuasa nak beli handbag extravaganza macam tu semata-mata buat pergi kerja.

IMG_2198eblog

Malam hari, dinner dekat Platinum, Ciwalk Mall. Kat sini sebenarnya ala-ala macam The Curve. Tapi Ciwalk lagi meriah kot. Kedai makan lagi banyak dan bombastik mr lova-lova. Hah dah merapek la tu.

IMG_2206eblog

Nampak sangat dalam panggung wayang tak ada orang. Tak apa lah bukan senang dapat posing dalam ni. Weh nak tau cerita 2012 tu cuak gila lah penuh debaran wa cakap luuu. Okayh I dah tau you all nak cakap apa, ‘Cerita Basi’, kan? Ok takpe takpe..

DAY 3

Hahahahahahaaa mesti dah menguap-nguap baca kan. Bila rasa bosan, boleh klik button ‘x’ pada bucu kanan atas monitor anda. Yang lain, boleh teruskan membaca kisah percutian superstar perasan.

IMG_2216 blog

Tak kemana. Cuma ke Bandung Indah Plaza (BIP) untuk makan-makan. Haih. Makan sahaja kau ni. Bila dah gemuk. bising! Cuba perhatikan apa I makan. Guys, say hello to Fries K-PATATs*Maigod, tak ada nama lain ke?*.

Jalan-jalan mall sekejap je. Flight balik Jogja pukul 8.00 malam.

IMG_2267eblog

Flight konon. Naik train je sudah. Nampak sangat obses dengan diri sendiri dalam train pon nak bergambar. 8 jam perjalanan tapi tak tutup lampu. Apa ni weh macam mana nak tido?

DAY 4

Dah dekat Jogja, nak cerita apa lagi?

.

The end!


9 responses so far

Dec 18 2009

Brownies

Rindu tak dekat I? Rindu tak? Tak rindu, sudah! Blog I sudah kembali berfungsi seperti biasa. Sebelum ini, kalau engkau orang masuk sini mesti keluar ‘The requested URL could not retrieved’. Macam menyampah kan bila refresh banyak kali, keluar benda yang sama! Maaf sekali, sebab I terlupa bayar year fee untuk blog.

I sedang menaip sambil makan brownies khas Bandung. Sedap lembut enak berkrim! Ohye, I baru balik bercuti di Bandung. Dah tau ke belum? Kejap lagi I cerita full story pasal DUKA dan suka di sana. Kejap lagi yer. Tengah edit gambar ni!


8 responses so far

Nov 03 2009

Sacrifice.

I’m supposedly coming back home to MALAYSIA this week. I mean, end of this week. Tapi apakan daya, ujian department Psychiatry ditunda ke next week! @!!#!@#!@ Bermakna I dah tak ada cuti lagilah until April next year. Meaning, 10 bulan tak jejak Malaysia, OH MY GOD! Sumpah merana! T_______T

Lagi satu! Melepas nak tengok Fael perform dekat Dataran Shah Alam this Saturday. ARGHHHH $#$#%$#%#$#^#!!! Okay kawan-kawan, plan nak jumpa, hang out segala macam semua kita batalkan! Tunggulah kepulangan saya TAHUN HADAPAN.

I love being a doctor! agaga. BYE!


16 responses so far

Jul 24 2009

Diari Totin Jamain

Hai kawan-kawan. Bertemu kita dalam rancaangaaan Diari Totin Jamain! *Annoying nye. Sejak bila lah Totin Jamain ni bertaraf selebriti?* Dalam 30 minit kedepan anda akan dipersembahkan dengan aktiviti Totin Jamain sepanjang 3hari yang lalu.

Day 1

I grabbed along Annys with me, off to Concord hotel and Hard Rock cafe. Lepak sana sambil melihat rempit yang banyak. Pergi launching album kawan saya. But we end up dengan camwhore diri sendiri. Alah biasalah tu. Tak payah nak keluarkan statement macam ni lagi!

No pictures of them because they were too busy with dressing for photoshoot lah apelah plus me myself pon macam not interested je. Tapi Annys siap SMS semua orang bagitau dia dapat makan 1 meja dengan Kristal. WTFunny weyh!

Then, we went to Pavillion for lunch at Teppanyaki. Budak ni sepupu saya tinggal sebelah rumah sahaja tapi jumpa siap nak dekat Pavillion gila tak bole blah!

Perempuam-perempuan macam ni memang tak patut dijadikan contoh.

Gambar tipikal budak-budak zaman sekarang.


Walaupun ketiak sudah melekit dan berbau-bauan, Totin Jamain masih lagi sempat melepak bersama Ayem, Pian dan Muhaimin. Ala-ala ReUnion HSBP (High School Batu Pahat) gitu. Kami bergelak ketawa. Weh, PANJANG DAH MENINGGAL, tau tak?!


Day 2

Pagi-pagi pergi Syarikat Kamal, sebuah kedai yang menjual buku-buku perubatan. Maaf lah ye tiada gambar di sana kerana pakaian lain tema. Orang pon tengok semacam sahaja. Apa pandang-pandang?



Muka nikmat betul selepas minum Ribenna Sparkling dekat Marche, The Curve.


Hai perempuan gediks!


Oh Totin Jamain sekarang dah pandai ye pergi pusat hiburan macam gini? Karaoke dekat Amp Karaoke, Sunway Py. memang best gila lah! Suara tak sedap pon bole jadi suara macam Beyonce!


Di malam hari, minum air free dekat Starbucks SS15 sambil twittering. Thank you adik Anys for the voucher! Air free you bagi ni memang best gila rasanya lah tak macam air-air biasa yang berbayar!


Day 3

Teka dekat mana? Mula-mula Naufael Zahedi malas gile nak bawak minah kecah macam Totin Jamain ni datang college dia. Bikin semak je kot. And I was so kampung gila. Jakun.com.my!!! Terkesima sekejap tengok students pergi college pakai hot pants. UUhh!

Tengok. Kan dah cakap saya Jakun.com.my! Pergi LimKokWing Uni macam pergi melawat zoo. Sana sini nak bergambar.

In front of Naufael Zahedi’s class. Oh yes. I dreamt of studying in LKW university since I was in form 3. Seriously lah tak tipu! Cause I love arts sangat3x! Now, a dream could after all be just a dream and nothing else. :( Ni emo tak pasal-pasal ni apehal?

Bersama mamat cleaner

Masa nak balik, tengok kereta kena clamp. HAHAHA rm50 terbang begitu sahaja. HAHAHAHA! Leceh betul lah bandar Cyber ni!


16 responses so far

May 05 2009

Refreshing Time!

Trip to Depok and Parang Tritis beach with the ko-as mates (young doctors). Yeah, it’s the very common destination amongst Jogjarians but we had a great fun anyway.


dsc01661eblog
Totin Jamain, Rivani Liana Syaiful, Dea Raisa, Dikky Prawiratama, Afief Perwira Setia, Idris Ibrahim.
Hayati Sabtu & Cindarwati Megariyanto
*Sengaja je kan tulis nama panjang-panjang!*

img_1042s
Ini makanan tau. Sejenis binatang. Nama dia Unduk-unduk? Ye lah kot. Telan je..

img_1062eblog
Bersama peminat.

img_1079eblog1
Wei kuda. Senyum lah sikit!

dsc01634eblog
Muka sleepless betul. Balik operation dan jaga wad pukul 8am. Seharian tak tidur. 10am terus ke pantai. Memanglah kan!


Okaylah. The one in here are just some of it tau. If you wanna see more, go look at my facebook page, once I upload all of them ok?
.
My ENT exam is still pending pending and pending! Padahal orang lain semua dah abis exam. T_T. Anyway, I have genius friendly best-gile group-mates. Can’t understand what I’m studying? I can always ask them. I can do this. I can do this. I can do this! Semangat!


12 responses so far

Apr 01 2009

Visiting Kraton..

Backkkkk!!! I’m finally back!! My bloody internet is finally up and running again so I can delve into my blogging world with gusto. It’s been a week since the service macam haram. The connection is erratic and slow. Sekarang dah ok. And that means I can now read all my favourite blogs at regular intervals again. uhuuuuu…

Anyway, these past a week nothing much went on except the day and night spent with hubbie. Thanks for spending time with me muh dear! I had a great time. I did update about the holidays into the blog, actually. But not this blog. Remember, my other blog (blog bersama)? Go check it out.

The bf is already back in Malaysia. Leaving me far-far away. My cuti masih panjang. So now, I just spent the day sleeping and didn’t do much else. But with not much to do, the mind wanders and I am missing him badly now…. Hanging out with friends maybe would cure any “I MISS YOU” symptoms pretty effectively. MAYBE lah.

So, pagi-pagi tadi, I went outing with my closest Indonesian friend. Got nothing to do since both of us passed the Osce compre exam, takan nak study plak kan? We decide to visit Kraton, Jogja and Taman Pintar. Haha keliatan banget ga ada kerjaan.


img_0797e15
Kraton Jogja is a Sultan Palace, located in the middle of Jogja city.

img_0815-copy18
Me with bapak-bapak penjaga pintu istana. There is lots of life aspects here in Kraton Jogja that still maintain values of Java’s culture. Banyak la pantang larang there. That bapak-bapak kene dress up macam tu lepastu kena berkaki ayam. Than tak bole step here and there and macam-macam lah!

img_0820e18
Logo kehormatan Kraton kot. ahaha no idea.

img_0821e18
Next destination is Taman Pintar, which is sebelah sebelah je dengan Kraton. So actually, Taman Pintar is the place for children. Tempat untuk budak-budak bermain and comel-comel la tempat niii….

img_0838e18
Nanti saya nak bawa Azu and Buntal datang sini!


Ok lah nak siap-siap. Malam ini ada appointment with specialist doctor, dr. Widodo. Urrrrgghhh… yep I don’t feel so good since last 3weeks. At first, I try to self-medicate by taking Kloderma. Lepastu try ubat dari Malaysia, and it still doesn’t works. I did go to the clinic last Thursday. The doc prescribed me Betason cream and a few meds which I dutifully take. Tapi macam takde kesan and feeling worse je..


10 responses so far

Mar 04 2009

Life has definitely been kind to me (:

dsc03277

Holaaaa, I haven’t updated this piece of crap gossip machine thingy cause saya tak ada motif nak menulis apa. Sangat tidak tahu. Perjalanan hidup percutian sangat menyeronokkkan. (Terlebih k maksudnya tersangat best lah faham). I am absolutely enjoying my long quiet holidays. 24/7 with the kekasih hati memang dapat menyematkan buih-buih untuk menjadi sepasang suami isteri kelak di kemudian hari. ok, crap!
.
Hari Jumaat saya ke Shah Alam. Pergi tengok live OIAM3. We did have a good time. Laughing, screaming, enjoying all night. (Tanpa kekasih la semestinya) Tujuan utama ke sana sebenarnya nak jumpa kawan-kawan selain memberi sokongan padu untuk Anith. Tetapi malangnya saya TERPAKSA duduk di kalangan peminat, fans dan anggota kumpulan NB pula. Terpaksa saya memegang sepanduk (sepanduk kah? banner kah? apa-apalah) yang bertulis ‘Vote for T….’ errrrrrr… ok!
.
Ohya. Mr-bayar-asing-asing duduk dibelakang saya. Be professional lah. Wow! Awak dah nampak berubah. Sudah semakin handsome kacak kurus bergaya. Berdegup kencang saya melihat awak. OKE SAYA MEMANG PENIPU BESAR.
.
Saya sedang belajar bercakap mandarin dan cantonese dengan kekasih hati. Terbelit-belit juga lidah ni. Tapi takpe. Practice make perfect. Pelat pon pelat lah. Sang kekasih gelakkan nak mati pon lantaklah. Semangat kuat ni!
.
Hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan seterusnya… saya bersama kekasih. Takkan nak cerita hal-hal yang tak begitu penting? hehe. hehe. hehe. hehe. hehe. hehe. hehe. hehe.
.
p/s1: U all belilah majalah JUNK edisi March 09. Ada cerita pasal album kekasih hati. Bangga nih! Bangga nih! (eh, penting ke korang beli?)
.
R: Just when I thought you have well and truly gotten over him, YOU’RE BACK! T_____________T. Frankly, I don’t even care.


14 responses so far