Archive for the 'Where the heart is.' Category

Aug 11 2010

Hidung awak sama macam boneka boneka di pasaran.

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

dsc0571blog

Not my daughter, but my cute little sister, Faza.

KAK E RINDU. -_-


8 responses so far

Jul 24 2010

Hello Kitty Volume Express Maybelline *Limited Edition*

IMG01100-20100717-1537_¸±±¾

I absolutely in love with Maybelline’s new product, HELLO KITTY volume express limited edition. It’s so cute wey. Tapi sayangnya tidak dijual di Indonesia. (or maybe belum dijual?) Remember this entry? Yeah, I received this mascara last week and screaming excitedly!

IMG01124-20100722-1837_¸±±¾

Spotted that Hello Kitty! :)

  • The brush is nice. Easy to apply and it gets all the eyelashes covered.
  • It doesn’t make your lashes clump loads and berketul-ketul macam ada tahi cicak melekat di mata.
  • It lengthens lashes. Eh no. Seakan-akan macam lengthens but actually not. -_-
  • The packaging, of coarse!

Honestly, it’s not the best mascara but it’s not bad either. Hello Kitty punya pasal. :)

DSC04806_¸±±¾ copy

Terima kasih daun keladi

Esok-esok beli lagi.


Beli yang ini pulak

Hello Kitty MAC Make Up set!

o_0

haha!


12 responses so far

Jun 13 2010

How to overcome stress?

Yeah, all stress is created by mind and the ability to overcome stress is also created by mind. Setiap orang ada cara sendiri untuk overcome stress. Lagi-lagi if someday, our wishes have turned on the other way around siapa tak bengang hey!



I tertarik dengan video ini. Mereka rasa tertekan tinggal di asrama kerana tidak dapat ikuti World Cup matches sehingga melakukan cara-cara tersendiri untuk melepaskan stress. Kah kah kah kelakar betul. Begitukah kalau lelaki sudah stress?

Tapi setelah I rewind play rewind play

Baru I sedar

rupa-rupanya

..

.

Ya Allah ya Tuhan ku, budak comel perut labuh tu adik sepupu I rupanya. Bawak-bawak mengucap. Subhanallah.

Kuuuus semangat! Kenapa lah boleh terencat macam itu sekali. Sedih mak dikampung. -_-

Okay dah tak tahu nak kata apa.

Tak abis gelak lagi ni.

Hahahahahahah.

p/s: Family Tok Timah, it’s amazing funny. You should watch it!


8 responses so far

Apr 24 2010

Si lesung pipit berjantina perempuan.

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

Kena mention juga jantina dia sebab setakat ini belum ada tanda-tanda fizikal luaran yang menunjukkan dia seorang perempuan. Kecik-kecik dah belajar nak jadi tomboy ye. Biasa dia ye. Hep!

Satu-satunya gambar dengan si lesung pipit, masa dia baby. Maklumlah duduk jauh. -_-


Bila balik Malaysia, I suka melayan kerenah
si lesung pipit ni sebab dia tak banyak kerenah. Eh?

Disebabkan si lesung pipit ada bakat dan kebolehan ketawa senyum sampai telinga, I bagi dia chance masuk dalam contest BOH 1 Umph 1 Smile 1 Malaysia.  Semua boleh vote si lesung pipit hari-hari. Kalau si lesung pipit ni menang, dia janji nak belikan I make-up banyak-banyak. wtf?


Eh betul ke ejaan nama dia macam tu?

“Kalau ada pertandingan lesung pipit paling dalam, mesti saya menang!”

Eh tak. Nazim kot yang menang. Ha Ha Ha.


10 responses so far

Dec 06 2009

Everyone was there, except me. FML!

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

Oh well, it’s not that bad. Masih ada gambar untuk dilihat buat tatapan. T_T Semua orang sibuk nak tunang. Nak kahwin. I pula sibuk nak menagih cuti tapi tak dapat-dapat. :( Kau orang memang tak berhati perut lah. Semalam, majlis pertunangan my-gorgeous-cantik-gila cousin Sabrina Jasman. Sedih kot tak dapat datang, dahla rumah sebelah-sebelah.

15435_219033021971_539221971_4156339_7556064_n15435_219063516971_539221971_4156505_701600_n

15435_219032916971_539221971_4156325_4432958_n

Wiwet. Baju baru ke tu, mama?

She is younger than me by 4 years but she has what it takes to be a good wife.. Weh apa ni langkah bendul. Heeekss. To Sabrina and Huzir, Congratulations on your engagement. Good luck and have fun planning your wedding!

Sigh. Minggu depan my bro akan bernikah. (Abg Danny ye, bukan Abg Nashreq) I macam biasalah Missing in Action. Mama dah buat baju tapi tak dapat pakai pun. T_________T *nanges panjang-panjang* Weeee sekian terima kasih.

Credits: Pictures from Nabila Jasman’s Facebook.


28 responses so far

Nov 13 2009

Baby Sitter

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

Oh kenapa baby akan memangis kalau tidak digendong? kenapa baby sibuk nak duduk bersimpuh, padahal bila duduk je badan dia lembek jatuh tergolek. Maksud I, pinggang dia tak kuat lagi tapi berangan nak duduk macam kita. And annoying betul bila dengar dia menangis saat kita baringkan dia. Kalau boleh bercakap, mungkin dia akan bercakap ala-ala ‘Aku tak nak baring lahhh! Aku nak kena dokong je! Faham!’

Oh pusat.

Belajar mengusap bayi dengan penuh belaian.

Okay nampak sangat hanya sorang je yang excited nak bergambar. Yang lagi sorang tu gaya “malas nak layan”.

I love babies. I suka tengok baby cute cute and dengki dengki dia. Picit pipi sampai dia berkerut kerut. Agah-agah dia sampai dia ketawa terkekek-kekek. Tapi kalau suruh I jaga baby, 5 minit sahaja cukup lah ye! Apatah lagi kalau bukan DARAH DAGING. oh NO WAY!


17 responses so far

Nov 09 2009

Frinjan.

Yeay sudah berada di rumah nan indah. Sungguh banyak kejutan yang family I lakukan sikit lagi nak kena heart attack! Satu persatu surprise yerr. Semua benda nak berubah. Nasib baik alamat rumah tak berubah!

I sampai airport tengah hari semalam. Fael datang jemput. Nasib baik dia on time. Padahal I dah bersiap sedia nak sembur kalau dia datang lambat. Heee. Tapi sempat juga bertekak di depan-depan pintu kedatangan sebab terjumpa surat cinta dalam kocek seluar beliau. Okay tak ade lah memain je. Siapa yang nampak kami bergaduh tu abaikan je. Itu lakonan gimik-gimik dari kami. Sila percaya.

Lepak sekejap dekat studio area Kelana Jaya, dalam pukul 6petang kami dah pergi ke venue show. Wiwit I jalan dengan artis ni. Bawa gitar gendong-gendong dalam shopping mall. Orang ramai jerit-jerit Bangface Bangface! Hahahahangukmu. Fael dengan kawan-kawan dia, I rasa macam nak masuk campur pon tak tau nak campur apa. Dalam pukul… 8.30pm Cikanot datang dataran. Yeay ade gang!


Cika, mana you?

Memang tak boleh blah tengok Cikanot terkebil-kebil time baru-baru je duduk. Datang orang lelaki muda terjerit-jerit sambil memegang tangan Cika ‘KAK TOLONG SAYA KAK, AYAM SAYA KENA CURI!’ dan orang ramai semua berlari-lari berkejaran mengejar pencuri ayam. Sumpah kelakar. Kelakar dan tak paham! Cikanot lagilah muka dia macam buat reaction ‘So what? ayam kena curi pun kecoh!’ Haha. Fael cakap tu cuma gimik acara je sebelum memulakan event tersebut. OoOooOOo… begitu…

First time I tengok Fael perform on stage. Selama ni memang tak berkesempatan pun. Dia nyanyi 9 lagu. Mula-mula excited lah amek video setiap lagu. Sampai lagu ke 4 dah lenguh tangan! Hehe.

Lepas mereka show, ada magazine nak interview pula. Sekali lagi I ditinggalkan macam kera. Kekosongan waktu ini I isi dengan bergambar sakan bersama Cikanot edisi terhad..

Fael bawa DSLR dia. Punyalah berkobar I dengan Cikanot bergambar bagai. Aleh-aleh tengok adik Fael pergi delete semua gambar kami. Tak cukup anggun kah kami?  T_________________T Hantu betul! Nasib baik Cikanot ada back up gambar pakai camera dia.

Pukul 11pm kemas-kemas barang,  makan dekat seks 3, than terus balik hotel. Hari Ahad jalan-jalan midvalley. Petangnya balik Johor. Sekarang dah kat Batu Pahat. (Nampak sangat macam dah malas nak menaip lagi dan tak sabar nak bagi penutup).

Penutup..

Ee-kin sayang, kita jumpa esok okeh? Kalau pospone-pospone belum tentu I ada dekat BP lagi. Hehe. Ohya nanti pick me up from home okeh? I sakit kaki lah, tak boleh drive. HAHAHAHAHHA!!!!


6 responses so far

Oct 13 2009

Private birthday dinner.

Published by Totin Jamain under Where the heart is.


10 responses so far

Sep 20 2009

Senandung Hari Raya (2009.2009)

Published by Totin Jamain under Where the heart is.


2004

.

2005

.

2006

.

2007

.

2008

.

2009
.

Oh God. Can you see the different? 2009, is my first time celebrating Hari Raya away from home. In a foreign land without family. I have a big family. VERY VERY BIG lah. Family from my mum’s side. Dad’s side. Cma’s side. Uncle’s side. The siblings. The cousins. The nephew. The kakak ipar’s.. oh coming!

The night before raya, we (with other young doctors) ordered Pizza Delivery. Hah malam raya makan Pizza kau jangan main-main. Keluarga tercinta pun call untuk mengetahui perkembangan anak gadisnya ewah. Masa ni cool jekla ketawa-ketawa. Relax la! Kite oke je ni happy je ni alaaaa tak kesah la raya je kot!

and today…errr

What did I do today? 1 Syawal, pukul 4 pagi I buat wad round. Dengan senyuman ikhlas tak ikhlas, ‘Selamat Hari Raya, semua! Saya suntik ya untuk periksa darah!’ Pagi-pagi menyuntik orang. Ucapan Selamat Hari Raya sebagai pembuka bicara memang tidak ikhlas. Takbir raya bergema. Masjid sebelah hospital je. Ok masih ada 20patients yang perlu diselesaikan sebelum pulang. Buat kerja cepat cepat!

7pagi. Yes, kerja dah abis. Tugas JAGUM minggu ini sudah selesai! Hoorey! Selamat Hari Raya! Hari Raya? oh ok time to go home! Sunyinya suasana luar hospital. Tak ada makhluk. Menari ballet atas jalan raya pon boleh. Oh nampaknya kena balik jalan kaki. Teksi dan bas pon tak de. Saja menggatal, jalan sebelah masjid. Semua berpakaian indonesianik untuk solat pagi raya. Bersemangatnya semua. Sayu dengar takbir. Sayu lihat mereka. Saya masih berUniform putih, tak mandi lagi dari semalam. Oh berus gigi pun belum! hehe kantoi pagi-pagi check patients tak berus gigi. *_*

Sampai rumah, masuk bilik. Baru I sedar. I am alone now. 5000km apart from the loves one. And TODAY IS HARI RAYA! I have nobody. No close friends. No family. Sebak. Than, I managed to get a web camera with them. Jadi sebak lagi. Keyboard dah melekit dah ni. uhuk uhuk.T_T


“Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku”

Arwah Atok, I Miss You. :(
..
.



Now, I realized and learned one valuable thing in life. Family is priceless. Even though kadang-kadang macam irritating dengan abang sendiri, hurtful bila kena marah dengan bapa sebab dituduh kaki boros shopping, gaduh dengan adik sebab suka conquer TV dengan cerita-cerita cartoon network, but they will always be the main part in our daily life. Neither anything can be at part nor far from replacing them.

Apa-apa pun,

Selamat Hari Raya, everyone!
Mohon ampun if I’ve done or said anything wrong.
Hope you guys have a blast during Hari Raya!



OKLAH perut berkerocok. I’m hungry. HUNGRY HUNGRY. I want ketupat, rendang, lemang, sayur lodeh, sambal goreng and ALL!!! Ok tak payah berangan. Nak beli nasi bungkus pon takde 1 kedai yang bukak. Maggie mee here I come.
.
Oh! I forgot to tell you guys! I’m wearing my girls boxer short with a tank top now. Baju raya tahun ni! LOL. Bye!


12 responses so far

Sep 12 2009

Berbaju merah jambu, berkain songket biru, dengan senyum ketawa, pada pagi hari raya! T_________T

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

Seminggu tidur dekat wad. Eh takda tempat tidur khas, pandai-pandai la empet-mengempet dengan 3orang doktor muda yang lain. Laki perempuan dah tak peduli dah yang penting dapat tidur! Mujur kalau dapat tidur, biasanya atau memang sepatutnya tidak boleh tidur. Setiap malam, setiap 15 minit, setiap 30minit, kita akan monitor tekanan darah, air kencing, gula darah patient. Atau kita sanggup menanggung risiko meninggalkan patient yang darurat, lepastu meninggal, lepastu esok pagi kena hentam dengan doctor staff?
Itulah JAGUM = Jaga Umum!

My Jagum week starts tomorrow. TOMORROW! Di saat-saat malam lailatulqadar lah, kami kena ber-jagum! T_T Memang menguji betul. Mak cakap bulan puasa tak baik mengeluh! Kami akan berjagum sampai hari Ahad=HARI RAYA HOOREY! T____T

Di kesempatan ini, sekiranya tak sempat, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin buat keluarga di Batu Pahat Johor, seluruh sanak saudara, Pakcik Makcik, dan sahabat handai. Tahun ni jangan sedih-sedih sebab tak dapat beraya dengan saya. Jangan nangis-nangis di pagi raya ye. Mesti sepi kan rumah takde yang tolong masukkan kuih raya dalam balang? Tugas rutin setiap tahun saya, memasukkan duit raya dalam sampul mungkin diambil alih oleh adik Nazim. Mungkin lah! Oh nanti gambar raya jangan lupa edit sekali masukkan muka saya!

Adik-adik jangan main mercun tau. Jaga diaa.. eppp!

Disini saya baik-baik saja. Baju raya pon takde. T___T Pagi-pagi raya dah kena pakai uniform putih What the !@!@#@!#!@#!@!

Jangan lupa poskan dodol, kuih tart, kuih conflaks buatan tangan Eekin! Tak lupa juga, rendang, ketupat, sayur lodeh, serunding dan daging dinding my favourite!




Berbaju merah jambu
Berkain songket biru
Dengan senyum ketawa
Pada pagi hari raya
.
Berkunjung rumah taulan
Menghibur hati rawan
Berjabat-jabat tangan
Bermuram jangan
.
Bila hari raya pun tiba
Suasana menjadi riang
Dunia jadi terang
.
Bermacam kuih lazat
Rendang serta ketupat
Hidangan hari raya
Hari mulia

Dah masuk 4 kali ulang lagu ni. Mak, Ayah, Abang yang dengar cerita dah kerja, Pakcik, Makcik, sepupu juga rakan karib yang dah kerja (eleh eekin buat-buat tak tau la tu), jangan lupa bank-in kan DUIT RAYA!

p.s; Kalau keluar dekat Berita, Yogyakarta banjir teruk pada pagi raya, Jangan Salahkan Saya!


22 responses so far

Aug 22 2009

Apa khabar YongTaufu?

Assalamualaikum keluarga di rumah,

Bagaimana lauk-pauk berbuka puasa di sana? Masih seperti 6 tahun yang lalu? Meja penuh sampai nak letak piring makan sendiri pon takde tempat. Tempat duduk berebut-rebut masing-masing cop tempat dekat depan lauk feveret masing-masing. YongTauFu adalah makanan feveret kami, 6 tahun yang lalu. 6 tahun! T_T Masa tu Azu(adik saya yang kecil) dan Faza(adik saya yang LAGI kecil) belum wujud lagi.

Port berbuka puasa feveret adalah dekat rumah Atok!

Setiap petang masih menjalankan rutin ke baazar Ramadhan Pesta? 6 tahun yang lalu, I lah yang paling excited ke baazar. Satu-satu dibeli, sampai tak sedar setiap jari jemari dah penuh dengan gantungan plastik. Selain usha lauk pauk mengikut selera, usha juga mamat ranggae yang berniaga. Masa tu la saat-saat paling genting nak fight nafsu lapar. Kadang-kadang buat-buat lupa, dalam kereta dah makan karipap! ;p

Port berbuka puasa feveret adalah dekat rumah Atok!

Weh. Dah 6 tahun I tinggal di Jogja weh. Berpuasa di perantauan memang tidak best. Tidak semeriah di Malaysia. Sumpah! Tiada baazar ramadhan. Tiada apam balik, ayam percik, martabak, nasi ayam…air katira.. srups! Tadi pagi I sahur….. burger. Bungkus awal-awal. Makan sorang-sorang sambil ditemani bunyi anjing Brownies. Anjing tu sahaja yang tak tidur malam, penghuni rumah semua terbongkang. Beginilah nasib bila housemates semua non-muslim. Bersahur sambil layan facebook tengok-tengok mana tau ada yang chat tapi semua tak layan. T_T

Tadi I berbuka dengan nasi goreng gulung! Wow nama macam special. Macam sedap! Tapi itulah juadah I setiap malam sepanjang I di sini. T_T Berbuka puasa sambil tengok movie SEPI dalam lattop. Sesuai dengan tema 1 Ramadhan. Sepi………………………………..

Port berbuka puasa feveret adalah dekat rumah ……ARWAH ATOK……………..

T______________________________________________________________T

p.s: Atok apa khabar? Atok puasa tak dekat sana? T_T Selamat berpuasa Atok!


28 responses so far

Jul 15 2009

New Family Member

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

A baby girl! :) :)


15 responses so far

May 10 2009

I love you, mum!

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

img_8697es

Gadis tersebut sangat obses dengan cermin. Dimana cermin berada, disitu ada dia. Di belakangnya kelihatan seorang primadona berbaju kupu-kupu hitam sedang makan…. kelihatannya seperti memakan jagung dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Gadis tersebut mengabaikan sahaja pemandangan kurang menarik di belakang.

img_8699es

“Weh korang tengah buat apa tu?”
“Tengah ambil gambar depan cermin la mama… tengok ni cantik-cantik kot anak mama!”
*angkat bakul sendiri seperti biasa. aww*
“Ambil lagi sekali cepat! mama nak tengok..”

img_8692es
Ewah mak aku ni over pulak!

Aksi kedua adalah di hadapan pintu. Memang dasar gila gambar. Depan pintu hijau yang tiada sebarang ukiran dan keunikan pon dijadikan bahan bergambar. Takpe yang penting model cantik. Ewahhh..


img_8701es

Tapi kenapa ada kepala muncul di belakang?
Ok kita cuba snap lagi sekali..

img_8702es
Mama! Boleh tak jangan kacauuuuuuuuuuu!!!!

img_8703es

Yes. Akhirnya berjaya menyingkirkan primadona tersebut.


Faktar-fakta menarik tentang mama. Oh so randoms!

1.
Mama seorang model terkenal Kg. Sungai Kapal, Kota Tinggi. Hotstuff la konon. Yeeer saya anak jati Johor. Orang Johor kan cantik-cantik. Haha baiklah. Obses dengan kecantikan mak!

2. Dulu masa kecil, saya suka curi lipstick mama. Dahla mahal, lepastu patah. Sebab takot kena marah, saya nyorokkan letak dalam bag sekolah sampai sekarang mama tak tahu. HAHAHAHAA.

3. Saya suka pakai heels 4inci mama. Keletak keletuk keletak keletuk dalam rumah.

4. Rasanya dulu macam panggil mama, IBU. Tapi apasal tibe-tibe saya panggil mama ek? Ntah lah bila berlaku transformasi pon tak pasti. Saya sendiri keliru!

5. Mama sangat menjaga kecantikan. Dulu masa sekolah, saya hitam sangat. Adeke patut mama suruh saya pergi sekolah pakai cap?? Adeke patut?! Risau sangat dia tu. Mama jangan risau, sekarang saya dah putih la. Malah lagi cantik dari mama. HAhahahahhaha tak ble blah.

6. Saya suka tukar-tukar handbag and accessories dengan mama. Taste kami sama. Kalau boleh baju pon kami tukar pakai. Tapi sekarang dah tak boleh lah sebab size badan mama dah……. ok ok baiklah.

7. Mama saya kaki chatting juga. Sesiapa yang berminat boleh berkenalan dengan dia. Add lah Ym dia di talian mamaku.primadona.cantik@yahoo.com. Ok tipu sahaja. Tanak promote YM mama nanti adelah yang tak puas hati bagitahu mama, saya jahat, saya goda anak bujang orang, saya berpakaian seksi diluar tabii.

8. Mama selalu main tipu. Kalau time ambil gambar sama-sama mesti mama nak jengkitkan kaki biar sama tinggi. Mama selalu main tipu!

9. Mama suka traveling sana sini. Semua tempat dia nak pergi tapi tak pernah nak bawa saya dengan alasan, ‘Awak kan belajar. Mana ada cuti..’ Okeylah nasib baik alasan kukuh.

10. Emak saia kata saia cantik!

Mama, Happy mothers day! Thanks for everything that you did to me. All the sacrifices and loves towards us is uncountable. Love you love you! Sayang mama cepat-cepat datang Jogja tak sabar nak paw mama makan sedap-sedap! haha.

Also, Happy mothers day to one and all… to those who read here. To those who are mothers.. and to those who aspire to be.


16 responses so far

May 09 2009

Counting the days.

Published by Totin Jamain under Where the heart is.

Daisypath Vacation Ticker

It is almost a week before my graduation day. But haprak pon tak ada persediaan. I did asked my mum to buy me kebaya yang cun-cun for the day. Tapi saya cerewet saya nak kebaya yang macam saya nak. Mama tak jumpa-jumpa pon. Oh noo please lah saya tanak la pakai baju tak menawan kalbu. It is once in my life and than it never is again. Takkan nak pakai baju kurung yang dah 4tahun pakai buat kuliah?
.
Mama, saya nak kebaya! Kebaya yang seksi-seksi tau mama. Belah sana belah sini! Cari sampai dapat! Tapi kalau tak jumpa, mama beli kebaya lepastu mama belah lah! hahahahaha.

.
Sekarang dah kena stand by buat list. Yelah, bila keluarga datang, macam-macam yang kempunan boleh direalisasikan saat ini. Oh Pizza, Parsley, Steak, J.Co, Starbucks! Starbucks! Eh kenapa semua makanan ni? Nampak sangat tengah laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…

bye.


12 responses so far

Apr 18 2009

Sapa start?

Published by Totin Jamain under Where the heart is.


I just followed them. LOL! I had no idea what was happening. Well, we are Tok Timah’s family! :)


19 responses so far

Next »