Patient A
Perempuan umur 39tahun, tapi muka macam dah 45an. hehe. Dia tidak berpakaian uniform pesakit so I consider dia dah nakĀ baik kot. Dia pun ada cakap, dia dah baik dah pun dari sakit jiwa. Ok I percayalah.
T: Ibu tinggal dimana?
X: Di bantul.
T: Bantulnya di mana?
X: Alah dekat jalan depan tu. Lurus je. Kemudian belok kiri. Lurus lagi. Belok kanan. Belok kiri. Kanan. Kiri. Kanan. Nampak bukit, naik. Belok kiri. Bukit lagi. Lepastu terjun!! DUSHHHHH. renang-renang-renang… kemudian sampai…
(huh? gila lagi rupanya…)
Patient B.
Lelaki berusia 20an.
T: Awak suka nyanyi tak?
X: Sukaaa!!!
T: Jom kita nyanyi. Nak nyanyi lagu apa?
X: Indonesia Raya.
T: Ayoo mula!
X: Indonesia tanah airku tanah tumpah darahku. ada pokok bawah kereta-kereta besar-besar. jalan-jalan pusing jatuh tangga masuk longkang…. $#$@$#$@????
T: BAIKLAH.
Patient C
Lelaki berusia 19tahun. Gangguan mental terjadi setelah kemalangan berat 6 bulan yang lalu.
T: Yok kita gambar-gambar nak? Cuba lukis rumahhhhhh…

T: La.. itu gambar rumah ke? Rumahnya dekat mana?
X: Dekat India. Baratnya India tu dekat mana doc?
T: Saya tak tau. Saya belum pernah ke India.
X: Belanda pernah?
T: Belum.
X: Perancis? Portugal? Pakistan? Amerika? England? ……………. (dan seterusnya)
T: Udah2. kita sambung menggambar yok. Jom lukis gambar orang pulak!
X: Gambar siapa? Gambar dokter yaa!

Patient D
Lelaki 20an.
X: Doc, tau tak.. saya ni Son Gohan asli tau!
T: Son Gohan, anak Goku eh?
X: Iya doc. Yang nyanyi lagu Salman Khan!
T: Lah.. Salman khan siapa pulak?
X: Anaknya Panda…
Patient E
Perempuan 13tahun. Gangguan mental terjadi setelah gagal ujian akhir darjah 6. Ala-ala UPSR lah kot.
T: Adik, sekarang dekat mana?
X: Dekat sekolah. Nak ambil ujian ni!
T: laa. ni bukan rumah sakit ke?
X: Rumah sakit apa pulak, saya tak sakit. Ini sekolah lahh! Saya nak ambil ujian niiiiii!
T: ok, ok saya salah. Adik tengah tulis apa tu?
X: Puisi Bonda..

Patient F
Lelaki berusia 40an.
X: Doc, di dalam perut saya ada alat perakam dan kamera. Sedang bergerak-gerak. Memantau semua kegiatan saya.
T: Lah macam mana bole jadi macam tu?
X: Alah doc, biasalah teknologi zaman sekarang!
Dah seminggu saya ganti rotation untuk jaga wad Psychiatry. Enjoy gila lah kat sini. We just need to borak-borak and melayan patients. Macam tak buat apa. Tapi memang berdekah la layan mereka. Kadang-kadang mengarut-ngarut je. I tak update bukan sebab terlalu sebuk tau. Tapi sebab terlalu santai sampai hari-hari jalan-jalan keluar cari kedai makan sedap-sedap dan menggemokkan diri. ehheheeeee. Okelah selamat menikmati lawak jenaka dari patients saya! TADAAA!!!