Archive for the 'Miow miow!' Category

Sep 06 2013

Bersiar-siar si Kembang Melati!

Published by under Miow miow!

Every weekend memang akan bawa Kembang Melati bersiar-siar ke taman atau pusingpusing dalam kereta pun jadi lah. Kesihan tengok dia terperap dekat rumah tak jumpa mentari.

Haritu bawa dia jalan-jalan dekat area swimming pool rumah, kemain siap bawa rantai, suruh pusing-pusing main rumput. Tapi hampeh, nak mengendeng atas riba juga. Takut kot tengok ramai sangat strangers sekeliling dia.

Dah pujuk-pujuk baru dia nak turun. Itupun langkah setapak setapak.

Musykil kejap yang mana satu excited main jongkang jongkit ni? Kembang macam tak berapa berminat je. -_-

Cara effective terbaru membawa kembang. Good girl dia ni. Bagus bagus.

Siapa yang tak puas tengok gambar Kembang Melati, boleh follow instagram: kembangmelati

No responses yet

Jul 05 2013

Pets World!

Published by under Miow miow!

Hari Ahad yang dulu-dulu, (bhuahaha nampak sangat dah tak ingat bila, lepastu godeh-godeh gambar teringat tak update lagi blog pasal ini) I ada pergi Pets World bertempat di Midvalley. First time pergi event cenggini sebab selalunya pergi pameran kucing sahaja.

Pets World ini macam event pameran, contest, jualan dan macam-macam berkaitan pets. Bukan sahaja kucing, tapi anjing, arnab, kalkatu semua jenis binatang peliharaan lah!

Bayar dalam rm5 sahaja, akan dapat masuk ruang expo yang rasanya tak abis explore semua sebab banyak sangat! Paling excited bila dapat grab macam-macam free gift dan jualan-jualan murah barangan si Kembang Melati.

Ni semua untuk kembang! Yang packing-packing makanan itu free gift. Mewah betul kembang kalini dapat makan free je. Selalunya I bagi kembang makan RoyalCanin, tapi sementara ada makanan free ni, I campurkan semua free gift ni buat adunan sendiri bagi kembang makan.

Tapi bila kembang makan biscuit free ni, bau tahi dia semerbak sikit, tak macam tahi kembang bila makan RoyalCanin. So lepasni memang nak back to RoyalCanin atau makanan lain yang lebih pricey sebab husband tak tahan bau semerbak.

Selain tu I ada beli medicine shampoo CLUVE dan shampoo biasa dari Purina. Sebab jualan tengah discount sangat-sangat, jadi I ambil sahaja. I mandikan kembang selang sekali dengan CLUVE shampoo, esok lusa ganti dengan shampoo biasa. CLUVE shampoo itu I beli sebab kulit kembang sensitive sikit sebelum ini. So bila pakai shampoo ini, bulu dia jadi gebu-gebu!

Yang Nutri+gen itu sebagai supplement. I beli dua jenis, Taurine memang sesuai untuk kucing, esp bahagian penglihatan dan immune badan. Biotin pula untuk skin dan bulu dia. I memang nak bulu kembang gebu walaupun sebenarnya kembang sejenis kucing shorthair. -_-

Selain jualan-jualan ni, sempat juga jenguk pertandingan anjing lari lari lompat-lompat. Tak sempat nak ambil video sebab khusyuk tengok anjing yang kelakar sangat. Pameran dan pertandingan kucing pun ada tapi time I datang event dah nak abis so tak sempat tengok sangat. Syok memborong barang kembang je!

Kembang paling suka canned food. Setiap hujung minggu I akan bagi award dengan makanan canned food kalau dia bersikap baik budi pekerti. Dia lebih prefer jenis Wishbone compare dengan Purina.

Lepas makan confirm dia terbengkalai cenggini. Senang aku nak kemas rumah bila kembang kekenyangan.

2 responses so far

| |