Archive for the 'It is all about health!' Category

Nov 28 2016

Zumba zumba hey!

Kalau dulu, Totin Jamain terkenal dengan makan ala monster di kalangan rakan-rakan. Yes, I can eat aloooot. Sangat banyak. Totin boleh makan plate of rice, order sekali dengan mii soup, dan penutup dengan makan rojak. cuci mulut dengan kuih jelly or pudding. ok itu contoh sajian. Hari-hari makan macam tu setiap kali sajian. Pagi-petang-malam, semua boleh telan portion yang sama. Kawan geleng kepala sahaja.

Itu duluuuuuuuuu.

Sekarang tidak lagi. T_T nafsu memang begitu tapi saiz badan tidak mengizinkan. Makan lebih sikit terus overweight. Kalau tak pantau dari sekarang, boleh jadi macam tong drum hujung tahun nanti. Oleh itu, terpaksa lah memulakan kehidupan dengan bersenam.

Ni memang firsttttt timeeee menjejakkan kaki ke dunia zumba. Memang tak pernah ada dalam kamus hidup selama ini. Ini lah baru pertama kali datang sini. Tanpa sebarang ilmu pengetahun. Main larung jeee. Yang gambar depan skali tu yang ajar kami. Power dia ni mat kpop betul dance dia. Setiap Isnin akan berzumba dengan dia.

Mula-mula excited, sebab terbayang zumba macam menari-nari berirama. Waaaa kalau bab menari memang suka. Semangat tu sebulan sebelum dah excited nak masuk zumba. Sekali bila join zumba mak aihhhh, macam nak pengsan. Tapi tengok makcik-makcik zumba kiri-kanan terus terasa tercabar. Nak berhenti terasa loser pula. Teruskan juga berzumba selama 1 jam. Perghh waktu itu rasa 1 jam macam dah 24jam berzumba non-stop waakkaa. Nampak sangat memang takde stamina. Jangan pengsan dekat situ sudah. Buat malu haku jeee.

Hari Rabu pula Totin akan berzumba dekat sini. Tak heavy sangat macam hari Isnin tapi tetap enjoyyyy. Abaikan selipar tu yer. Kita dah buka kasut baru sibuk mereka ajak bergambar. chett.

Alhamdulillah setakat ni dah 4 bulan consistant berzumba. Setiap minggu memang menerapkan at least dua kali dalam seminggu untuk ber zumba, plus dengan pergi gym at least 30 mins. Jadilah… Menyahut seruan kerajaan untuk bersukan selama 150minit setiap minggu. Mesti ada sesetangh kata.. alah aku tak perlu lah nak ber exercise bagai, aku buat kerja rumah pun dah cukup berpeluh. Hari-hari pergi kerja jalan kaki naik monorail pun dah berpeluh. Maaf, itu bukan bersukan tau. Jangan samakan kerja berpeluh kita lakukan dengan bersukan. Tak sama. Ok?

Berat badan? err Totin ni bukan jenis obese pun. Tak terlalu mengharap untuk kurus sangat. So far memang tak turun sangat berat ni. Baru 1kg je kot but that is what I want. Kurus sangat mengerikan pula. But so far, shaping body is more better. At least dah ada flat tummy, takdelah menggelebeh macam dulu. Dan lebih penting sekali badan lebih energetic. Rasa ringan dan takdelah pemalas bergerak macam dulu.

Jom semua, kita bersukan!

No responses yet

Dec 09 2015

Masalah Eczema?

Wahhh merunsingkan betul kalau dapat tahu anak kita ada masalah kulit. Lagi-lagi bila tengok kulit anak kering semacam, ruam sana sini, menggelupas, anak garu garu, kulit tak licin macam baby skin (padahal anak baby lagi), dah tentu la mommies jadi risau. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan datang tegur, apasal kulit anak awak jadi macam tu? Eeeeeee geram!!

Eczema adalah sejenis penyakit kronik. Ada yang teruk. ada yang sikit-sikit tak berapa teruk, ada yang kerap kena, ada yang dah bertahun tak kena. Tak boleh nak cakap, semua tergantung antibodi masing-masing. Biasanya penyakit ni terjadi pada anak-anak kecil, boleh jadi juga sampai ke dewasa pun tak baik-baik.

Kalau anak kita ada masalah kulit begini, jangan runsing ye mommy. Eczema memang tak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal. Jangan bagi ruam makin naik dan merebak. Ingat ye, kalau doktor dah bagi ubat tapi eczema tiba-tiba datang balik, jangan nak salahkan doktor. Eczema sejenis penyakit yang akan relapse dan datang bila berlaku contact. Macam penyakit Asthma, orang orang yang istimewa je yang merasa penyakit ni. Bila dah lama tak kena Asthma, esok lusa mungkin boleh kena lagi. Sama macam eczema.

Bila tengok anak kita ada kulit yang sensitif, kulit jadi kering cenggini, cuba kawal dengan cara

  1. Kerap sapu pelembab ke badan baby/anak kita. Ingat tau, kulit yang kering akan membuatkan kita menjadi semakin gatal. Kalau kita dah gatal apatah lagi anak kita? Bila garu-garu kulit tu, makin merebak lah nanti eczema nya. So make sure rajin-rajin letak mosturizer dekat kulit. Kalau tak tahu nak cari pelembab apa yang sesuai, boleh dapatkan Aqueous Cream di klinik terdekat.
  2. Tukar kesemua sabun, losyen, bedak atau segala mandian baby. Tak boleh pakai product baby biasa-biasa macam Anakku, Johnson semua tu. Kita kalau pergi baby shop mesti nak cari barang baby yang wangiwangi kan! Tapi ingat, anak awak tu sakit. Jadi sebaiknya elakkan memberi product yang wangi dan bercampur alcohol. Itu boleh membuatkan kulit anak menjadi semakin kering dan merekah. Cari lah bahan mandian yang sesuai untuk pesakit Eczema, contohnya dari product Cetaphil.
  3. Penyakit kulit yang lazim pada kanak-kanak adalah jenis Atopic Eczema. Dimana contact dengan sesuatu membuatkan kulit menjadi bermasalah. Cuba elakkan dari baringkan baby dekat karpet, permaidani, atau apa-apa yang ada hama. Senang cerita, baringkan anak dekat tempat yang bersih.

Esok lusa I share info lain pula!

Tapi kalau anak kita dah mempunyai masalah Eczema yang kronik sehingga berlaku kerak-kerak keras , kadang basah dan bernanah, merebak ke seluruh badan, segera dapatkan rawatan doktor terdekat. Jangan buat tak tahu je tau!

Ada yang tanya, penggunaan steroid boleh ke untuk penyakit kulit eczema ni. Ye boleh, tapi atas nasihat doktor. Memang steroid tak elok digunakan tapi jangan salah faham. Steroid tetap ada fungsinya cuma tak boleh digunakan tanpa sebab. Jangan memandai-mandai google ubat apa dan beli sendiri ok? Penggunaan steroid yang berlebihan pada kulit boleh menyebabkan perubahan warna kulit secara kekal. Haa takut tak kalau tiba tiba kulit kita hitam bertompok-tompok. Aiyo!!

Alhamdulillah Aurora tak ada masalah kulit setakat ni. Masalah kulit banyak lebam sana sini sebab jatuh tersadung selalu adalah. -_-

Ok guys, thanks for reading!

No responses yet

Dec 02 2015

Apa beza rokok dan e-cigar?

Vape? Bosan kan dengar balik-balik isu yang sama. Hari minggu yang lalu, I pergi satu discussion roadshow mengenai isu Vape dan e-cigar ni. Perbincangan ini terdiri daripada para doctors dan profs yang master in public heatlh. Banyak lah input yang I dapat dan banyak persoalan yang selalu bermain di fikiran akhirnya terjawap juga.

Kenapa anak muda melenting sangat bila vape diharamkan (especially di negeri Johor) dan bakal di haramkan di seluruh negara? Kenapa Singapore, Brunai, Thailand dan kebanyakkan negara lain telah pun mengharamkan vape? Kenapa ye? Sedangkan dulu I terfikir, you better vape laa rather than smoke yang bau busuk merosakkan paru-paru merosakkan segala benda. Sebab dulu I fikir dalam vape ada perisa cherry atau strawberry yang ditiup tiup.

Oh rupanya aku sangat jahil. Banyak bende licik yang mereka selindungkan daripada diriku yang lugu ini.

Nak suruh describe pasal vape malu sebenarnya. Sebab secara jujur I tak master sangat bab ni. Kang cakap terlebih mula la taiko vape datang bersuara. Tapi secara amnya, ini antara contoh vape dan konsepnya senang je. Ada battery, ada tempat untuk memanaskan cecair untuk dijadikan wap. Lalu wap dihisap. Kemudian dihembus hembus supaya asal terkepol kepol di udara. Lalu kamu pun bangga sebab dapat buat asap berbentuk gelung, segiempat, bentuk love, bentuk bintang, bentuk keretapi, bentuk penumbuk ah sukatilah nak buat bentu apa pun.

Yang menjadi isu sekarang, kenapa tiba-tiba kerajaan nak mengharamkan vape, sedangkan pada kita, vape is better dan smoke? Kenapa tak haramkan juga merokok?

Eh siapa kata rokok tak haram? Dah tertulis dalam agama kita pun, merokok itu haram. Merokok itu merosakkan tubuh badan kita. Merokok itu aktiviti yang tidak sihat. Sudah lama dikatakan haram. Tapi orang degil juga. Alaa senang je konsepnya, macam Tuhan larang kita minum arak, tetap ada juga orang islam yang minum arak. Sebenarnya rokok dah lama diharamkan cuma kerajaan dah tak dapat bendung lagi penjualan rokok. Jadi tetap lah diteruskan. Yang sedar diri janganlah merokok. Senang.

Untuk vape ini, sebab masih baru, masih freshie lagi di dalam industri tiup meniup wap, jadi kerajaan nak buat inisiatif awal. Sebelum terlambat macam isu rokok sekarang, lebih baik kita bendung dulu bukan? Team kesihatan negara kita sangat hebat dan berpandangan jauh. Kita tak fikir sekarang, kita fikir akan datang. Yang dah terjadi kita ubati, yang belum terjadi kita cuba mencegah. Itu kan motto kesihatan kita!

Ni note bulat bulat I salin masa talk hari tu. (Abaikan tulisan tu ye, janji boleh baca sudah) Dapat nampak tak perbezaan merokok dan e-cigar tu? Merunsingkan tak kalau vape ni menjadi fenomena. Yang dah merokok nak mencuba vape tu tak apa lah. Korang nak pertahankan hak korang tu ok lah masuk akal sikit. Tapi korang ada fikir yang golongan kanak-kanak yang merasakan vape tu best? warna warni, bau wangi? Boleh bayangkan tak kalau anak korang darjah 3 balik sekolah pegang vape? Rasa nak lempang je kan? Macam mana kita nak bendung tu semua kalau bukan dari sekarang?

Flavour? Free Nikotin? I kena tipu rupanya. Dulu mati-mati ingat memang tak ada nikotin langsung. Rupanya nikotin tetap ada. Mana feel kalau hisap vape tak ada nikotin, betul tak para vaper sekalian? Paling tidak pun sedikit. Tapi selalunya kandungan nikotin sekitar 4mg/1mls. But it adjustable! Ingat, flavour ni bukan sahaja boleh campurkan nikotin, tak mustahil satu hari nanti ada flavour yang mengandungi kandungan dadah atau sebagaimana. Pengguna vape bukan tahu pun. Mereka tengok botol flavour nampak cool, nampak macam ganas ada gambar tengkorak je terus beli. Bila hisap macam terbang satu dunia, padahal hisap dadah, siapa tahu?


Itu pasal lah kami risau.


Dalam Akta Racun 1952, ada menyatakan hanya doktor dan pharmacist SAHAJA yang boleh memberi nikotin untuk tujuan rawatan. Itu pun nikotin berbentuk patch dan gum. Sebab apa? Sebab nikotin is very addictive agent. Effectnya akan direct ke otak. Bayangkan kalau kanak-kanak hisap nikotin? Bayangkan. Ohya, jangan nak cakap pasal tembakau tau. Sebab tembakau tak termasuk dalam akta ni. Oleh itu, tembakau boleh dijual diluar, bukan nikotin buatan.

Kesimpulannya,

You use 1 billion to sell vape,

We use 4 bilion to cure your patients

Jangan cari penyakit dari sekarang. Kita cegah dulu. Ok? Janji tau.

ps: Untuk kaki tegar vape tu, tolonglah anggap hisap vape ni macam hisap sesuatu yang dilarang. Jangan lah nak tayang-tayang. Anggap lah hisap vape ni macam makan di khalayak ramai di bulan puasa. Buat sorok-sorok. Rasa malu. Jangan untuk menunjuk nunjuk, vape aku hebat bagai. Jangan vape di tempat umum, di dalam kereta, di tempat tertutup. senang cerita vape lah sorang sorang sembunyi dalam kotak ke apa. -_-

No responses yet

Nov 26 2015

Penundaan vaksin bayi 18 bulan kepada 24 bulan

Masalah vaksin yang saya keutarakan kelmarin di laman facebook membuatkan segelintir netizen memperbincangkan isu ini. Cheewaaah ayat pembaca berita. Kakakah, tak apa, sila lah share mengenai isu ini. Kalau bab macam ni korang nak viral kan I okey saja. Memang itu tujuannya kan?

Ada tak antara kita ni yang bawa anak check up routinely dekat klinik swasta instead of klinik kesihatan terdekat? Bukan sebab nak kerek acah-acah hebat sebab check dekat swasta, tapi sebab kekangan waktu nak pergi klinik kerajaan. Mesti ada sebahagian dari kita yang mengalami masalah “Maaf kak, klinik kita dah habis vaksin tu. Akak cuma cucuk dekat klinik kerajaan” Nak tak nak memang kena pergi sana. Jangan risau, klinik kerajaan sepatutnya kena menerima pesakit “tumpang” untuk vaksin ini. Memang kami pun dah sedia maklum, masalah kekurangan vaksin ni memang sejak dari awal tahun 2015 lagi.

Alamak gambar ni tesenget-senget, kena telengkan muka sikit.

Oleh yang demikian, pihak KKM dah ambil inisiatif untuk menunda dos tambahan (booster) dari 18 bulan kepada 24 bulan. Iaitu, selepas ini tiada lagi vaccine diberikan pada kanak-kanak berumur 18 bulan (setahun setengah) tetapi ditunda kepada 24 bulan (2 tahun). Tapi bagi yang dah ter ambil vaccine masa 18bulan tu tak payah la datang cucuk lagi masa 24 bulan ok? Jangan risau, ni vaksin booster, kita boleh tunda sekejap.

Jangan ada yang salah faham menyatakan vaksin dah semakin mahal, so kita sengaja melengahkan waktu vaksin. Haippp. tidak ye. bersyukur sebab Malaysia still bagi free vaksin untuk rakyatnya. Cuba tengok negara lain ada ke kemudahan macam kita ni? KKM mengalami kekurangan bekalan vaksin dari satu pengeluar vaksin ini. Tak ada kaitan dengan harga vaksin naik ala ala macam harga minyak petrol naik. Minyak petrol dan vaksin tak ada kaitan. -_-

Untuk lebih jelas, jadual imunisasi vaksin yang comel macam kat atas ni dah tak pakai lagi. nampak tak jenis vaksin DTAP/Polio/Hib tu ada 4 kali cucuk. Yang terakhir tu bulan 18 bulan dah sekarang kita ganti dengan 24 bulan. ? Tak apa, yang penting Dos 2, dos 2 dan dos 3 dah diberikan. Jangan yang tu pun tak bagi, lepas tu datang masa umur 2 tahun sibuk nak cucuk dos tambahan pula? Nak kena cubit ni!

Yang ni jadual yang baru. Alamak I tak sempat lagi la nak buat jadual comel comel gambar baby warna warni.

Hopefully semua readers blog dan kenalan I seorang yang taat setia pada vaksin. Jangan skip skip vaksin jangan malas malas datang cucuk untuk anak ye. Jangan terpengaruh dengan godaan menolak vaksin yang semakin tersebar sekarang ni. Tapi ibu bapa mana yang terlupa cucuk, terskip dose, memang betul-betul tak ingat atau tiba-tiba dah insaf nak bagi anak vaksin pula, boleh datang ke klinik terdekat dan dapatkan consult doctor untuk vaksin yang mana perlu start balik atau dapatkan jadual baru vaksin untuk anak anda ok?

Kalau nak tahu apa kepentingan setiap vaksin dekat atas ni, korang boleh taip www.google.com lepastu tulis keyword nama vaksin tu wakakakaa… Panjang kalau nak explain semua dekat sini kang. Eden tak rajin sebegitu sekali.

3 responses so far

Sep 22 2015

Pa&Ma Oktober

Assalammualaikum,

Saya keluar magazine lagi! Thank you kak Nor sudi buat slot artikel totin lagi! Artikel kali ini nak menjawap soalan orang ramai yang selalu runsing bila tak keluar period selepas melahirkan! Gelabah tak. Jangan gelabah dulu, baca dulu Majalah Pa&Ma edisi Oktober!

20150922-8:17:38 pm.jpg

Muka depan warna purple, gambar baby comel ni tengah pose! Kalau tak kerana patient bagitahu dekat MA klinik, I sendiri tak tahu kot pasal artikel ni. Betul-betul terlupa!

20150922-8:19:58 pm.jpg

Kalau nak tahu kenapa ada sesetengah ibu yang mengalami gangguan haid setelah melahirkan. Kena baca ni! Tak payah runsing lagi bila dah setahun tak datang haid ok!

20150922-8:21:21 pm.jpg

Kalau rajin boleh close up dan baca dekat sini je.

20150922-8:23:09 pm.jpg

Selain artikel ni, ada banyak lagi artikel bermanfaat yang boleh dibaca. Especially topic “Ops masa bersalin telah tiba” haa sesuai untuk mommy yang belum pernah ada pengalaman melahirkan!

2 responses so far

Next »

| |