Archive for the 'Don't sue me!' Category

Aug 24 2010

Doktor itu sombong sekali.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Nasib baik sekali. Bukan dua tiga kali. Minggu lalu heboh di Kompasiana (Ala-ala macam Utusan Metro kalau dekat Malaysia) tentang kisah kami, para doktor muda di hospital kami dikatakan sombong dan kelihatan eksklusif.

3utSumber: http://kesehatan.kompasiana.com/group/medis/2010/08/19/para-calon-dokter-itu-sombong-sekali

Siap spesifik nama hospital dan klinik THT (Ear, Nose and Throat) Phuh nasib baik duty I sekarang dekat klinik bedah anak.Kalau tak mesti I dah buat statement “Hai, saya lah doktor eksklusif itu! Selamat berkenalan :) Rasa-rasanya  you all baca sendiri boleh faham kot. Sebab si penulis menggunakan bahasa Indonesia formal jadi lebih kurang sahaja bahasa kita. Biar I buat review sedikit.

  1. Seorang doktor dikatakan sombong dan eksklusif dengan menggenggam Blackberry di tangan. Amboi-amboi, kalau student law pegang blackberry tak eksklusif lah namanya ye?
  2. Kalau dikatakan kami pemalas, suka mundar mandir tanpa hala tuju itu tidak benar. Kasihan lah mereka yang dituduh. Yang anda nampak itu persekitaran poliklinik pukul 1 petang (dah nak tutup dah pun), cuba anda ke wad waktu ini. Kasihan kami yang kena sorong EKG check jantung patient satu-satu dengan bunyi penyorong alat EKG yang annoying gila. krok krok krok krok macam gitu bunyinya. Vital sign patients dari satu katil ke satu katil, berpeluh membasahi tubuh. -_- Belum lagi termasuk kena berjaga 24jam, tidur disisi katil patient sebab kena monitor dia setiap 15minit. Dengan tak mandi badan bau basi. Macam itu kau cakap eksklusif?
  3. “Mereka lebih suka nongkrong dan berbicara…” Wah anda tak tahu yang kita bicarakan adalah, hey kau tau tak apa treatment paling tepat untuk demam kus kus? Okay kalau berkumpul sesama doktor yang dibincangkan pusing pusing mesti about medicine, latest update and ect. Tak caya? Pergi lah join!
  4. Sebagai wakil student Internasional, ecewah. Seorang doktor dikatakan datang dari keluarga yang kaya itu, (apatah lagi kami anak internasional) sangatlah tidak benar sama sekali. Kami berhempas pulas belajar nak mati untuk dapat scholarship/loan government belajar di sini, yang harganya mintak ampun -_- Kalau dikatakan kami berkelas tinggi, mungkin IYA. Masa sekolah dulu kelas I kat tingkat 3. Tinggi lah juga naik tangga hari-hari.
  5. Kami dikatakan ‘cuek’. Bahasa melayunya ala-ala macam ‘kerek lah lu!’ Mungkin kami sedikit kerek sebab takkan sepanjang masa kami nak tersengeh sahaja macam selebriti. Kami pun penat dan stress juga. Tapi betul, janji, sumpah, kami membalas senyuman orang! Tidak sama sekali mendabik dada. Tapi kalau dada dah besar nak buat macam mana?
  6. “Saya kurang nyaman melihat pemandangan ini” Kau nak sangat jadi doktor kau jadilah sana. Nah ambil uniform aku ni, pakai seminggu dekat hospital tu. Kau tengok fun ke tak! Eh, tadi macam cool. Ni apasal tiba-tiba emosi.

put

Emosi betul cik Puti ini.

Tapi betul dia kata, bila kita outstation, kena campak pedalaman. Kau ingat itu sponser ke? Hah korek duit tabung setiap bulan nak pergi sana yang memakan masa 5jam berkulat duduk dalam bas lama-lama. Perjuangan kau tahu.

Pagi-pagi raya tahun lepas kena duty jaga wad internal medicine orang makan ketupat rendang, I makan biskut Tiger. Perjuangan kau tahu.

Sebenarnya I tak perlu nak bahas banyak banyak sebab sudah dekat 100 lebih comments yang turut membidas kembali kata-kata itu. Yang kelakarnya semua doktor muda siap masukkan nama ID number untuk protes. Bersatu sepadu sungguh kami.

Sedihnya nak meninggalkan title DOKTER MUDA. 3 minggu sahaja lagi. Nangis jom.


13 responses so far

Aug 14 2010

Usus

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Bila pegang usus in real, terasa macam pegang ikan belut yang masih hidup. Susah betul nak grab usus sebab licin dan degil. Bila dah berjaya grab, terasa macam nak.. Eeeee nak genggam kuat kuat sampai pecah, tapi tak boleh. Itu usus milik orang.

Bila kita explore usus, mencari tahu punca penyakit di usus, kita akan keluarkan semua usus. Bila dah berjaya menemui usus yang dah berlubang, kita jahit balik lubang tersebut, kita masukkan usus balik secara amburadur sahaja. Tak perlu nak susun, duedonum disini, usus besar disini, eh ini usus belah kiri, ini belah kanan.. Tak perlu susun macam lego! Nanti usus itu akan susun sendiri secara automatik di dalam abdomen kita. Besar sungguh kuasa Tuhan.

Alat membedah memang banyak. Setiap part ada gunting dan pemotong sendiri. Tak boleh hentam semberono sahaja.

Gambar diri sendiri jangan dilupakan!

Posted with WordPress for BlackBerry.


8 responses so far

Aug 05 2010

Macam macam cara menghadapi pembedahan.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Bila sebut sahaja kena bedah, mesti dah takut berdebar-debar menggigil-gigil. Kadang-kadang pelik juga tak tahu kenapa takut setengah mati. Padahal sewaktu dibedah bukannya kita sedar pun.

I jumpa kertas doa ini di dalam genggaman patient I sebelum operation Benign Prostate Hiperplasia. Curious betul, kertas apakah yang dia genggam erat sampailah ke operation theater. Bila dia dah tak sedar kerana effect ubat bius, I rembat kertas ini dan ambil gambar. :)


Hehe. Haruslah ada muka nak enterprem.

Posted with WordPress for BlackBerry.


8 responses so far

Jul 27 2010

Darah memancut-mancut nampak cool!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Warning: Tulisan ini tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang mati. Eh kenapa macam dalam episod kisah benar Tv3 setiap Ahad, 9.30malam? Sebenarnya, tujuan penulisan ini untuk menunjukkan kepada adik-adik betapa kerja doktor itu tidak mudah seperti yang dibayangkan. Tidak seronok seperti yang digambar. -_- Jangan ada yang salah faham dan mengambil dari sudut pandangan yang negatif pula.

Stop pasal penjagaan kulit. Bosan kan? I tak jaga klinik kulit lagi tapi kalau nak tanya soalan tentang kulit masih sangat dialu-alukan. Pintu Formspring terbuka begitu sahaja. Tak kunci pun, masuk jelah. Buat macam rumah sendiri.

Hah merepek lagi. Cuba serious sedikit? Hari ini I nak membawa you all semua masuk membedah. Tapi kena make sure, semua dah makan? Badan dah fit? Jangan lemah lemah semangat. Kalau rasa tak kuat boleh shut down komputer. Baring atas katil dan istirehat. Haha.

Okay, untuk siapa yang perasan diri dah sihat sangat tu, let’s go!

..

.

Siap-siap untuk membedah seorang patient yang mengeluh tangan memancut-mancut keluar nanah setelah 6bulan kemalangan jalanraya. 6 bulan lalu, patient patah tangan dan melakukan operation dengan masukkan besi dalam tangan. Tapi sekarang kenapa keluar nanah? Kenapa? Ha jawap! Adik-adik yang ambil medic siapa tak tahu saya piat. Yeah, pandai. Sebab kena infection (Osteomyelitis). So sekarang, tugas doktor bedah adalah kopek balik tangan dia. Korek balik tulang yang reput dan terkena jangkitan itu. Buang besi lama, kita pasang besi baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih *tiba-tiba*.

Bila tulang tak cukup, kita tebuk lutut dia. Kita ambil tulang lutut dia, letak dekat tangan dia. Alah, macam main lego. Pasang sana pasang sini.

IMG01142-20100727-1101_¸±±¾blog

Yer, sabar-sabar. I tahu lah tak nampak. Sekejap I suruh mamat depan ini ke tepi sikit.

IMG01143-20100727-1103_¸±±¾blog

Taraaa! Nampak tak tulang dia reput krepot krepot. Okay memang tak nampak sebab darah memancut mancut.

IMG01146-20100727-1147_¸±±¾blog

Nampak besi tak? Aktiviti sekarang, kita buka besi yang lama, bersihkan nanah, masukkan besi baru.

IMG01147-20100727-1148_¸±±¾blog

Gerudi gerudi. Gelek menggelek. Eh kita tak payahlah gelek.

IMG01148-20100727-1157_¸±±¾blog

Doktor bedah tulang memang dah macam tukang. Ada skru, gerudi, spannar, semua lengkap. Sebab itu kami yang perempuan disuruh ketepi jadi pemerhati. Katanya kami tak kuat.

Eleh, belum cuba belum tahulah! ;p

IMG01151-20100727-1254_¸±±¾blog

Dah siap pun. Baru lah gengster cik abang ini ada lipan dekat lengan! Wassup bro!

IMG01145-20100727-1144_¸±±¾blog

Serpihan-serpihan tulang yang reput. Survenior untuk patient.

Sehari bukan membedah seorang patient. Tetapi dalam 4 hingga 6 orang patients. Kau bayangkan penat tak penatnya non-stop berdiri! Hwarghhh menguap. Jom tidur!


18 responses so far

Jul 07 2010

Too busy to live the life!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Sangat sibuk sampai tak sempat nak menulis. Eh menaip. Sekarang I outstation dekat Wonosari Highlands. Okey saja je tambah-tambah Highlands biar lah nampak modern sikit tempat tu. Hari-hari ulang-alik dari rumah ke sana, bonceng motor orang. Haa minah rempit dah sekarang. Kau bayangkan, 1 jam naik motor, jauh perjalanan ibarat dari Gombak nak ke Genting Highlands, dengan jalan berliku-liku naik bukit, sejuk pula pagi-pagi buta, berkabus, kau bayangkan sekarang!

Tapi kerana ingin berbakti kepada masyarakat, saya rela. (Ayat tipikal doktor)

Buku notes kecil ini, I buat cantik-cantik dan letak dalam kocek. Bila patients datang dengan penyakit kulit yang pelik-pelik, menggelabah buka notes ini bawah meja. Kadang-kadang pura-pura pergi bilik sebelah, padahal nak buka text book. Hahaha. Pura-pura itu penting!

Alamak, kantoi tulisan macam adik-adik 12tahun -_-.


12 responses so far

Jun 23 2010

Kulit dan Kelamin

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Kalau nak cari doktor yang cantik-cantik, cari lah ke Department Kulit dan Kelamin. Ini department favourite I so I kena anggap ini pekerjaan yang menyenangkan! Walaupun hari-hari kena balik pukul 9 malam, tak apa! Kulit punya pasal. Okay abaikan kelamin tu. I tak minat pun nak ambil tahu penyakit kelamin orang. Oh kenapa lah sakit kulit mesti digabungkan dengan kelamin?

Dari dulu sampai sekarang, cita-cita I adalah menjadi doktor kulit dan membuka klinik macam gini. Dan melakukan perkhidmatan ke atas diri sendiri (kah! kah! kah!). Nak putih? nak hilangkan parut jerawat? Nak kencangkan kulit muka? Nak muka bersinar-sinar? Nak sedut lemak di pipi? Nak buang tahi lalat pun boleh. Okay cakap sahaja. Tunggu klinik I 10 tahun akan datang! Gerenti mujarab! Cheh awal-awal dah buat promotion.


4 responses so far

Jun 21 2010

Jerit Goal bila bola melebihi tiang gol!

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Yang excited bila tengok bola ramai-ramai ni, kemudian GOAL! Menjerit macam nak tertanggal anak tekak. Bila barisan penyerang dah nak menyerang, kita punyalah menjerit padahal tak faham pun. Yang I faham dalam sesuatu game bola sepak itu, apabila bola masuk dalam jaringan goal, maksudnya score lah itu. Kalau bab off side, yellow card, red card, atau apa apa undang-undang padang bola, yang itu I memang ternganga? Kenapa Kaka kick off padahal tak kena siku pun? Eh tak fahamlah.


Pom-pom Girls. wtf? Hah terkorek-korek almari I semata-mata nak cari baju merah.


Haruslah ada close-up muka sendiri.


Tak penting lah apabila Kaka kena kick off, Korea malu kena 7-0 dengan Portugal, Italy dan England asek draw sahaja, Scorer Argentina handsome siot.. eh yang itu lagi lah penting. Yang paling penting sekarang, Team Dokter Muda menang semi final 4-2 melawan team medical student batch 2007.


Kalau pemain Italy, ada yang bernama Pepe, Pemain team dokter muda bernama Kote.
Grr nasib baik lah kau Indonesian dan tak faham maksud Kote itu apa. Dimaafkan. Dimaafkan.

Final, Jumaat 6.00pm. I kerjaaaaaaaaaaaaaaa. -_-


23 responses so far

Jun 15 2010

Ada hantu..

I’m tired but I can’t sleep. Hoh I rasa something macam sepoi-sepoi angin berbunyi. Bilik itu tak ada tingkap tapi ada bunyi angin yang sepoi sepoi.( Sressssssss sriuessss eh macam mana bunyi angin? ) Pelik kan? I can sense someone in that room, it’s scary hey. Macam bisik-bisik tapi tak dengar dia cakap apa. Susah sangat nak tidur sebab rasa semacam. A feeling that is very difficult to explain. Dalam hati tetap sahaja berfikir ‘Alah mengarutlah.Lebih baik tidur.’ Eh I kalau dah mengantuk, memang tak peduli alam sekeliling.

Minggu ini, I dengar cerita, ada orang nampak @#$%^ di dalam bilik itu. Mulai sekarang, on call kena 2 orang disitu. Tak boleh seorang-seorang sebab ada #$%^&. Wah. Instinct I rasa masa itu betul lah ye? Bilik itu memang seram lah ye?

I siap ambil gambar lagi dalam bilik itu sebelum tidur. Remember this entry? Nasib baik tidak keluar jelmaan apa-apa mengesot dari bawah!

Nota kontot: Kerja tempat macam ini memang tak boleh lari dengan benda-benda macam ini.


Seram tak? Seram tak?

Tak seram ke? :(

Hmm tak pelah.


16 responses so far

Jun 02 2010

Si kaki gajah.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Ceritanya begini. Sejak dua menjak ini, I sibuk dengan on call. Sleepless. Banyak kerja. Kurang rehat. Kurang makan. Ewah workaholic betul bunyinya. Semalam I on call, nak kata tak tidur, adalah tidur sekejap. Atas kerusi -_-. Pagi-pagi I dah rasa tak sedap badan. Bangun-bangun je sudah mual-mual lalu muntah. Eh eh, siapa perkosa saya?

I ingat ini cuma symptoms of dyspepsia. Or Gastritis, maybe? Sebab I belum breakfast. Rasa lain macam sahaja di sistem badan. Ewah ayat nak medik abis! Kemudian I pergi breakfast makan nasi kebuli. Nasi kebuli itu adalah sejenis nasi warna kuning semacam rempah ala ala nasi baryani kot tapi lain macam sikit, makan dengan ayam masak berwarna merah. Sedap lah jugak tapi tak boleh lawan Nasi Baryani. Eh kenapa tiba-tiba cerita pasal makanan pulak ni?

Walaupun makan tak habis, tapi kira orait lah sebab dah isi perut. I ingat dah kembali bertenaga. Tetap sayangnya..

I tiba-tiba pitam waktu sedang turun dari tangga. Memang hitam blank eh eh kenapa suddenly blackout ni. Aleh-aleh I sudah jatuh tergolek di bawah tangga betul-betul di hadapan tempat patient menunggu. Okay baiklah ini kali ke dua I jatuh di hadapan patient. Baiklah saya paiseh habis.

Disebabkan paiseh. Macam biasa lah skill I. I bangun sambil berkata ‘It’s okay! sikit je ni’ Kepala hotak kau sikit. I tak nampak apa-apa ni mata I kabur. Still blackout. Badan dah pucat sejuk sejuk. Tapi I melangkah juga, nasib baik lif depan mata. Terus I naik floor atas, bertemu rakan-rakan I.

Rakan-rakan terus tolong. Tatkala melihat I ibarat mayat putih bergerak. Sebab I dah pucat muka anemia abis (Ewah nak juga bahasa medik. Dush). Terus semua doktor seangkatan beraksi dengan gelabah. Macam-macam skill. Siap jelaskan kuat kuat. “tindakan pertama, look! ada swelling, kemerahan.. kemudian kita feel, denyut nadi ok? terasa panas? dan terdapat limited movement. Kemudian kita lakukan tindakan dengan.. bla bla” Woi aku sakitlah boleh pulak anda buat tutorial di sini. Haha ok kelakar.

Bila kawan-kawan periksa baru sedar kecacatan yang terjadi…

Eh, ini bukan swelling ni. Ini se-akan tumor metastasis dari tulang. Jangan-jangan osteosarcoma! Eish kurang asam betul kawan-kawan I berkata begitu. Chettt. Well, you can see the different? Ini pun setelah I compress lama-lama so agak susut sikit bengkaknya. Lepas itu berkembang lagi. dan lagi. dan sekarang kaki macam gajah.


Ini cara compress yang salah. Boleh buat skin kita jadi dry. Sila jangan contoh ye.


Nasib baik I pandai bandage kaki gajah ni sendiri.

Rupa-rupanya, blood pressure I drop lagi. 60/40. Wow!

p/s: Terima kasih ya kawan-kawan yang turut bersimpati dengan musibah ini. Ehehe poyo abis. Banyaknya bantuan yang diterima hari ini. Terharu.. Segala bantuan masih diterima terutama sekali bantuan makanan, sebab saya lapar. Bye!


31 responses so far

May 22 2010

Kenapa tidak update?

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Sebab I sibuklah. Faham? Jangankan update, nak makan sesuap nasi pun mencuri-curi waktu. Hah begitulah I dah cakap I tak suka anaestasi. I tak suka bila ada halangan waktu tidur dan waktu makan. Itukan kegiatan wajib sebagai seorang manusia. Kenapa perlu ada halangan? Sungguh tidak berperikemanusiaan. :(


Kalau operation 1.. 2 jam boleh maafkan lagi. Tapi kalau dah sampai 5 jam, memang I buat muka betul lah. Sebagai dokter bius pula, kerja kami memastikan patient dari keadaan sedar kepada tidak sedar. Hah kalau operation 5jam, kena extra 1jam untuk kami make sure patient betul-betul sedar dan boleh menghitung 1+1=2, 2+2=4, 3+3=6 eh eh terlebih pula.

3 budak nakal. Like seriously. Kami rasa kami sangat nakal dekat anaestasi ni. Dahla orang selalu cepat-cepat pergi operation room untuk persiapan patient, tapi kitorang lepak-lepak breakfast and just let the patient yang tunggu kita. Haha.

Bila surgeons sedang membedah, dokter bius buat apa? Hah macam gini lah. Kita ambil gambar surgeons. Nasib baik handsome handsome belaka jadi bersemangat sikit kami nak bertugas. Amboi-amboi. Ni gambar operation 5 jam, yang I bengkek abis. Dari pukul 5petang sampai pukul 10malam. Selepas itu, patient ade problem respiratory distress so kami doctor bius ade problem la pulak kena handle dia. Bawa lari dia ke ICU dekat 2jam lebih untuk monitor. Sampai pukul 12 malam. Kemudian sambung operation kedua, Appendicitis pula. Gubrakkkk. Mata rabak. Rabak habis. Besoknya kerja seperti biasa pukul 6.30pagi sampai 4petang. Adik-adik yang bercita-cita nak jadi doktor, kena think twice lah ye!

Ni bukan pakaian tukang masak ye. Ni lah budak cacat yang sedang mencari waktu menghiburkan diri sendiri. -_-


Inilah alat yang kami gunakan untuk bius secara inhalation. Sedut lah maka anda akan flyyy flyyy away. Weh bahaya tau benda ni. Highlight: Untuk sesiapa yang abuse dengan “laughing gas” or orang ilmiah panggil N2O, hah tengok la mesin tu kami guna dengan monitor untuk dose yang betul. Kau orang senang-senang je hirup lepastu ketawa sorang-sorang. Ketuk kepala nak? Besok hirup lagi, terus overdose tak bangun sampai bila-bila. Jangan jumpa doctor Anestesi lah ye. Kami malas nak layan. Eceh emosi.

Yang mana satu, pujaan kalbu. Ada macam-macam size ni. Siapa patient paling nakal, I suntik pakai jarum yang paling besar. Haaaa. Ayo tata yo.

Taraaaaaa. Kami adalah team Anestesi (doktor bius) yang berjaya! Excited betul kami sebab success intubated patient depan specialist (it’s something like our skills exam untuk pass this department lah) Actually, masa gambar diambil, still ada patient kedua kami sedang operate di depan mata. Hah sempat lagi suruh doktor yang bertugas tu..‘Doc, tolong ambilkan gambar!” Memang tak malu. Okay bye.


21 responses so far

May 13 2010

Jom masuk hospital.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Ayoh ikut I jalan-jalan di hospital. Hayati sedikit kehidupan I yang sangat tidak ada life.


I on call hari ini. Shift jaga I adalah menjaga ICU (Intensive Care Unit) -_-. Memang tak best. Nama pun ICU mesti kita dah dapat bayangkan patients dalam itu semua yang tak sedarkan diri. Koma. Mesin cucuk sana cucuk sini. Nafas pun pakai alat pernafasan.


Sepanjang masa kena monitor sahaja. Oh pakcik itu nurse ye. Paling I tak suka bila on call then lepas itu kena jaga seorang-seorang. =( Blur betul tak tahu nak buat apa. Bila seorang-seorang I rasa macam semua orang nak telan I. Bila patient macam ada ’something’ sehingga mesin perakam menunjukkan ‘EMERGENCY’ I jadi tertonyok nak buat apaaaaaaaaaa ni? -_- Okay fine. Doktor apa macam ni? Ulang balik degree boleh tak?


Paling sakit dan gatal telinga betul dengar bunyi mesin menitoring patient. Teeeet Tuuuut tuuuut Teeet. Eeee kalau dengar untuk 2 – 3 jam masih boleh terima. Tetapi kalau 24jam bunyi itu terasa macam nak ketuk je mesin ini. Nasib baik dekat ICU cuma ada 10 patient. Nasib baik.


Mula mula dulu mesti rasa sakit sendi-sendi badan bila tidur macam ni. Tapi lama-lama dah jadi satu kebanggaan kerana dah boleh tidur lena gaya duduk mengkudu. Tapi setiap 30minit mesti ada yang kejutkan, “doc.. infuse habis”..

Shadap please!


Dan hari-hari kena standby lihat board untuk persiapan operation buat besok. I bukan jaga bahagian bedah (surgery) ye sekarang. Now dekat Anaestesi. Apa tu? Pelik je bunyi. Alaa Anaestesi tu orang kampung cakap dokter bius. Yang bagi orang pengsan bila nak operate tu.

Begitu lah ceritanya. Mengapa I merasa hidup ini sangat unorganized sebab I tak cukup tidur sekarang. I rasa macam nak tiduuuuuuuuurrrr dan minggu depan baru bangun. Tadaaaa. Okaylah kali ini tak nak kiss pipi lagi.


11 responses so far

May 05 2010

Having trouble finding a place of job oh please help me.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

26247_379189499422_645329422_3769774_128357_n

I akan kerja Malaysia by the end of this year. Around September or Oktober I balik Malaysia for good lah. Bye-bye Indonesia sob-sob-sob. Which mean tinggal 4 bulan sahaja lagi. Sekarang tengah semangat nak pilih hospital mana menjadi idaman kalbu. Sekejap I grouping dulu.

TIADA KEKOSONGAN
  1. Hosp. Kulim Kedah.
  2. Hosp. Kuala Lumpur
  3. Hosp Putrajaya
  4. Hosp Kajang
  5. Hosp Ampang
  6. Hosp Sungai buluh
  7. Hosp Miri, Serawak

Menangis tak berlagu betul bila Hosp Putrajaya termasuk dalam list. Hwa sia-sia betul angan-angan nak kerja sana. Terus tak ada mood nak kerja. Boleh tak I pospone sampai next year baru kerja? Macam mana nak merancang masa depan ni. -_-

AMAT TERHAD
  1. Hosp Raja Permaisuri Bainun *Where the hell is that?*
  2. Hosp Teluk Intan
  3. Hosp Selayang
  4. Hosp Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
  5. Hosp Serdang
  6. Hosp Duchess Of Kent, Sandakan *Perh nama ala-ala British*

Alamak, Hosp Temerloh pun hampir full. Macam mana ni. Baru ingat nak duduk sana. Eceh mengada-ngada. Serdang dan Selayang pun hampir full ya kawan-kawan. Menangis jom.

TERHAD
  1. Hosp Sultan Abdul Halim, Sg Petani
  2. Hosp T. Ampuan Rahmah, Klang
  3. Hosp Tuanku Jaafar, Seremban
  4. Hosp Tuanku Ampuan Najihah, K.Pilah
  5. Hosp Melaka
  6. Hosp Pakar Sultanah Fatimah, JB
  7. Hosp BATU PAHAT
  8. Hosp Sultan Ismail, Johor

Hwaaaa. Hwaaaa. Hwaaaaa. Okay keluarga boleh menangis. Menangis sekarang! Cita-cita nak duduk rumah bangun pagi dah ada breakfast, pergi kerja, balik kerja dah ada makanan, pakaian dicuci, diseterika, bilik dikemas pembantu rumah bakal tidak kesampaian. Kenapa Hosp Batu Pahat masuk dalam list TERHAD!! KENAPA! T_________T

MASIH BOLEH DIISI
  1. Hosp Tuanku Fauziah, Kangar *Jauh sangat. BLACK LIST*
  2. Hosp Sultanah Bahiyah, Alor Setar *Kedah-kedah I tak mau ye*
  3. Hosp Pulau Pinang *Nanti terjumpa orang berdating makan kueh cekodok tepi pandai Queensbay. Sorry no way.*
  4. Hosp Seberang Jaya *Where the hell is that?*
  5. Hosp Taiping *Tak nak utara boleh tak?*
  6. Hosp Seri Manjung *Dimanakah?*
  7. Hosp Sultanah Aminah, JB
  8. Hosp Tunku Ampuan Afzan, Kuantan *Ahaks.. Pahang! :) *
  9. Hosp Sultanah Nur Zahirah, K.Terengganu *Hosp ni dekat tepi pantai, lepas kerja boleh makan kopok lekor*
  10. Hosp Raja Perempuan Zainab II *Mana ni? Klinik Zainab tau la*
  11. Hosp Umum Serawak
  12. Hosp Sibu
  13. Hosp Queen Elizabeth
  14. Hosp Tawau
  15. Pusat Perubatan UM
  16. Pusat Perubatan UKM
  17. Hosp Uni. Sains Malaysia

Hah dengki betul kan sebab mostly hospital Sabah Serawak yang kosong. Okay memang lah kerja sana dapat extra rm1000. Tetapi halamak tak sanggup lah nak berjauhan lagi. Eceh manjanya bunyi. Pusat Perubatan UM/UKM/Sains Malaysa itu menarik juga. Tapi I rasa banyak saingan kot. Dengan student-student sana lagi. Nanti kantoi lah I yang lembab ini. -_- Hosp Sultanah Aminah bukan lah keberatan sangat. Kawan pun ramai disana. 10 minutes je from my house. Dapat duduk rumah I di JB juga kan? Tetapi I tak kuat stressfull kerja dekat sana. Hwaa matilah. Matilah.

Keputusan buat masa ini. Heh dah macam main Who Wants To Be A Millionare. Anda yakin dengan jawapan anda?

Pilihan 1: Hosp Batu Pahat *Kita try je mana tahu dapat?*

Pilihan 2: Hosp Sultanah Aminah, Johor Bahru *Instict I rasa akan dapat hospital ini.*

Pilihan 3: Have no idea. Tolong bantu please!


76 responses so far

May 04 2010

Sedia berkhidmat setiap masa.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Ewah dah macam anggota bomba dah slogan.

Si mulut masin memang macam tu. Baru sahaja I kibas-kibas rambut bangga dengan bau creambath strawberry, baru sahaja sampai shopping complex sambil temankan kawan I belanja body shop.. dah dapat autopsy call. Erghhhhhh! Tekanan nya saya!

Bila waktu on call dan apabila dapat call untuk datang segera ke hospital, kita kena berada di sana in less than 30minutes. Tapi I mampus tak layan. I boleh selamba sahaja lepak KFC makan dulu sebab lapar. Lepastu dalam 1jam lebih mereka tunggu I datang. Heh banyak betul miss called.

First time do I pergi kerja dengan make up setebal 3 inci, contact lens, lipstick, blusher, eye shadow, mascara bagai, perfume wangi-wangi. Hah bergaya habis. Nasib baik I sempat singgah rumah sekejap ganti baju. Kalau tak I pakai skirt lagi amboi amboi. Yang paling sedih, baru sahaja creambath rambut. Hwaaaa. Bau mayat lagi la rambut I. -_-

Sampai ruang forensic, I dah cuak semacam sebab ramai sangat orang kampung berpuak-puak. Dahla datang lambat, semua orang sanak saudara korban, barisan penyelidik dan orang kampung usha semacam sahaja. Saya jalan macam diva. Ewah.

Ni mesti kes pembunuhan. Yes I’m right. Seorang wanita mahasiswa, 24tahun, ditemui di sebelah jalan keretapi, yang diduga sudah 2 hari meninggal akibat dirogol lalu dibunuh. Haiyo 2 hari woo baru jumpa. Muka dah berulat-ulat. Perut dah kembung ber’gas nak meletop. Memang mengucap habis lah dengan bau dia blugghhhhhhhh.

3 jam bernafas pakai mulut. 3 jam oh. Dah macam ikan buntal. Nak keluar ruang bedah sesuka hati memang tak boleh sebab nanti kene serbu dengan keluarga, malas nak layan. Yang dekat depan-depan tu memang respect abis lah. Tu memang hidung besi punya orang. I surrender, lari belakang!


Tukang masak import. Hati manusia masak kicap, Jantung manusia masak masam manis.

Balik nya I terus mandi bersih-bersih. Tapi bau badan mayat tetap maintain melekat. Tak apalah. Hang out tetap hang out. Terus pergi cafe coklat bertemu mereka…….(sambungan entry dekat bawah ni).

Ada lagi 1 minggu di Forensic. Tolonglah jangan ada kes-kes macam ni lagi. Penatlah.


28 responses so far

Apr 27 2010

Mati dibunuh.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Dari pukul 2pm sampai 8pm kami berada di ruang forensik untuk kes pembunuhan ini. Okay sakit kaki sangat sangat sangat berdiri lama sangat sangat sangat. Bau mayat sangat sangat busuk. Perut sangat sangat sangat lapar. Wow. Banyaknya sangat!

Eh I rasa I ada masalah dalam menghandle bau mayat yang menusuk kalbu. Eh salah. menusuk hidung. Biasanya orang akan letak kopi di dalam masker. But the problem is, eceh speaking pulak. I mana boleh bau kopi. Lagilah pening. So sekarang, I sudah pening kepala… bukan sebab bau mayat. Tapi bau kopi. Erk. Esok nak bawa Perfume Victoria secret lah sembur dekat masker. Wah wah wah!

Ada kopi dalam masker tu.

Kes Forensik I pada hari ini adalah…

Seorang perempuan, berusia 22tahun, mati dibunuh oleh bekas suaminya. Kematian diduga kerana perselisihan antara mereka setelah bekas suaminya meminta rujuk kembali. Tetapi perempuan tu tak nak sebab perempuan tu nak kahwin dengan bf baru dia. Yeay cayalah perempuan! Gua respek beb! Cheh iya-iya je intro macam formal nak buat ala-ala kes juvana polis tapi ayat seterusnya terus tak boleh pakai.

Hish I tak habis fikir lah kaum lelaki kenapa sanggup buat macam itu sekali. Kesan dari autopsy (bedah mayat) yang kami lakukan, didapati patient meninggal dengan 5 kesan luka dihiris di muka menggunakan pisau, ish luka itu sampai terkoyak muka dia semua. Haish haish. Itu baru muka, kesan 5 jari tangan kanan putus, tangan kiri ada beberapa luka hirisan. Mungkin kesan-kesan pergaduhan sebelum kematian. Eeeeee baldi hell nya lelaki. Orang dah tak nak tu blah lah. Kecoh betul lah luu. Eh eh emo tiba-tiba.

Yang lain serious membaca kes kematian patient. Yang depan ni paling serious nak bergambar. Baiklah.

Tim forensik kitaaaa. Hecceh.

Okay ini kes polis. Tak boleh tunjuk gambar lebih-lebih. Nanti I mimpi ngeri pula malam ni.

Lelaki tersangka masih belum ditangkap dan melarikan diri. Sesiapa terjumpa, bagi dekat I. I nak autopsy dia hidup-hidup!


22 responses so far

Apr 17 2010

Bekerja di konti Radio—–logy.

Published by Totin Jamain under Don't sue me!

Oh ramai juga yang request I blogging about my life as a murderer doctor. Rindu lah tu nak tengok I pakai uniform putih bertudung litup sopan santun ewah. Kejap-kejap I tengah fikir I nak blog pasal apa yer….

Okay tak ada idea. Boleh lihat di sidebar sebelah, I sekarang berada di Department of Radiology which is so boring. For me lah kan. I tak minat melihat gambar-gambar photo hitam putih tulang tulang kerangka. Terdedah dengan sinar Xray oh help me help me. Tak mencabar betul bila tak berhadapan dengan patients. Eceh konon tak mencabar. Cakap sahaja lah tak tahu baca foto Xray kan senang cerita?


Taraaa.. Bosan kan kalau kerja macam ni? Dah lah bosan, susah pula tu nak fikirkan penyakit pada gambar apejadah entah.


Tapi kadang-kadang kita boleh bermain dengan alat jentolak ni. Treeeet Treeet okay jakun.

Hati-hati sinar radiation membahayakan kesihatan anda.


Ecceh posing sikit posing sikit. Ewah sempat lagi tu.

Bosan kan? Tapi bosan-bosan pon I should be glad lah because there’s NO ON CALL for the whole department. Hah Itu yang best tu, tidur rumah hari hari :)

~>~>~>~

Iklan sikit.

Petang semalam kami merayakan kejayaan kami semua lulus paediatrcis, dan merayakan hari ulang tahun 5 orang daripada kami. Eceh ramainya nampak sangat birthday boy nak save bajet lepastu dia menjebakkan orang lain untuk sama-sama ikut belanja. Haha okay baiklah.


Restoren ini best sebab kita boleh main kayak-kayak sambil makan.


Yang tudung merah tu scorer paediatrics. Pap pap pap *Clap hands sikit*. Eh marah dia kalau dia tau I mentioned dekat sini. Tapi tak apa dia bukan faham bahasa melayu pon. Syssss.


Kenapa muka I macam budak darjah 5 baru balik sekolah? #$#%#$%$#^$


12 responses so far

Next »