Archive for the 'How to look beauty?' Category

Sep 03 2010

Kelemumur memang memalukan.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Tak kira lelaki atau perempuan, kalau ada kelemumur mesti terasa diri macam cacat. Kulit dah handsome, tapi dekat bahu kantoi kerak kerak putih bertaburan. snowy snowy gitu. Nak bagi alasan baru lepas main salji macam tak logik.

Apatah lagi bila perempuan pakai tudung, rambut berpeluh dan berminyak, gerenti ada kelemumur. Kan? Tipu lah kalau tak ada. Cuba cek sekarang. Kalau kulit kepala gatal, bermakna kelemumur sudah menetap lah tu.

Kadang-kadang kita rasa kelemumur itu akibat daripada perawatan rambut yang tidak betul. Kurang menjaga hygine, malas shampoo rambut. Tapi tak semua orang macam itu. Padahal dah shampoo hari hari siap dah botakkan kulit kepala, tapi tetap aja kelemumur tak mahu pergi.

KENAPA?

Kelemumur atau bahasa mediknya Dermatitis Seborrhoic ini disebabkan jangkitan daripada fungi. Macam kulat-kulat cendawan macam gitu lah alah susah nak cakap. Google sendiri fungi itu apa. Fungi ini akan tumbuh di atas kulit yang lembab. Bila kita tergolong dalam kelompok kulit berminyak dan lembab, fungi jatuh cinta! Memang susah nak hilangkan fungi kalau cinta sudah berputik walaupun kita dah bagi jampi serapah apa pun. Terpengaruh dengan iklan shampoo anti-ketombe? Eleh jangan percayalah.

IMG01334-20100903-1221_副本

Kali ini I nak introduce ubat menghilangkan kelemumur.  Dipakai 2 kali dalam satu minggu, dibiarkan selama 3 sampai 5 minit lalu dibilas. Penggunaan 1 bulan sahaja insyaAllah dah nampak perubahan.

Yang berminat nak order, boleh jenguk Facebook: Formspring Totin Jamain. Order sekarang! 4 hari sahaja lagi! Order last minute, klinik dah tutup. Susah I nak menyeludup barang.

Tak mahal, rm25 SAHAJA!

Tidak dianjurkan untuk wanita hamil 3 bulan pertama dan wanita menyusui!

Ps; Semua barang-barang kalau lambat order, I masukkan untuk 2nd batch (October)


16 responses so far

Aug 29 2010

Saya nak putih!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

_DSC0227_副本

Macam Lisa Surihani. Kalau tak dapat putih macam Lisa, macam model di atas pun tak apalah.

Chupchupchup jangan muntah!

Boleh, boleh. Jangan sedih jangan gundah. Melanox sekarang mengeluarkan product baru Melanox Premium yang khas untuk memutihkan wajah. Bila check isi kandungan, tak ada steroid siot. Tak ada. Jadi boleh pakai dengan selamat. Jenis Premium ini menggunakan Vitamin E dan bahan anti aging untuk mencerahkan dan menyamarkan blackheads. Nanti kulit jadi putih tak ada bintik-bintik hitam, tak ada corat coret lagi.

Tapi pelindung UV tetap jangan lupa pakai ye. Ingat SPF itu penting.

IMG01195-20100808-1345_¸±±¾

Bekas dia pun mengancam. (6cmx6cm). Tapi bau dia pelik sedikit. Nama pun ubat. -_-

Boleh beli sekarang dengan harga rm50 di Formspring Totin Jamain!!!


10 responses so far

Aug 26 2010

Kalau mahu rambut mayang mengurai,

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Tak ada tips. T_T

Okay menyampah sahaja baca. Bersemangat nak tahu macam mana, tapi tak ada apa-apa. Sebenarnya I sangat suka merubah-rubah rambut lepas itu tak reti jaga. End up dengan rambut kering rontok-rontok. Jadi perlulah tahu cara  kalau tak lama-lama boleh botak dibuatnya.

Shampoo apa I guna, alah yang biasa-biasa sahaja. Dulu I pakai Redken 1 whole set lagi you. Sebulan habis dekat rm300 untuk shampoo, pokai you. Nak pakai shampoo pon cuil sikit-sikit sebab mahal. Bila stok shampoo habis, merangkak-rangkak nak beli dekat sini (Jogya) tak ada. Jadi kesimpulannya sekarang, I cuma pakai shampoo and conditioner LOREAL ELVITAL NUTRI GLOSS warna pink. Bukan sahaja berwarna pink (my favorite color), tetapi membuatkan rambut menjadi lebih glossy glossy sehingga menyakitkan mata orang melihatnya. Elele acah je.

Lepas bershampoo jangan lupa berconditioner. Tenyek conditioner di hujung rambut. Tak perlu di kulit kepala sebab may lead to kelemumur sebab membuatkan kulit kepala menjadi oily.

Bila rambut sudah separuh kering, sapu dengan hair toner dari ginseng. Kenapa ginseng? Sebab ginseng boleh mengurangkan rambut daripada gugur. Eh not really, sebab rambut I still gugur tetapi dia melebatkan rambut juga. Kira macam, 2 helai rambut gugur, 4 helai rambut tumbuh. Ha boleh buat matematika kira mengira. 4-2 = haa, kita untung 2 helai rambut!

_DSC0127_副本

Lagi satu, secara routinely I akan pergi creambath every 2 weeks. Urutan dari creambath membuatkan kulit kepala jadi relax dan of coarse lah menyihatkan rambut kita. I suka try and test apa apa jenis creambath. Paling latest I pakai creambath jenis Telur. Telur? Dah terbayang bau hanyir. But nooooooooooo wangi gila. Mba saloon tu kata, ini telur lembu sebab itu wangi. Hahaha akupun bongok iya kan sahaja. Lama-lama baru terfikir. Lembu mana bertelur! T_T

Tips yang lain-lain boleh pakai tips Hanis Zalikha sebab I pun ciplak tips dia. Siapa tak kenal Hanis Zalikha boleh gantung diri sekarang.


9 responses so far

Aug 15 2010

Kutil, nyah kau dalam hidupku!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

123

Bila tiba-tiba ada daging kecil tumbuh, atau tiba tiba kulit kita rasa keras kecil kecil, kita akan merasa OMG OMG apakah ini! Lepas itu kita mula lah gelabah nak buang bintil itu. Ambil cepit kuku, konon kamikaze, cungkil sendiri. Dengan harapan bintil itu bilang. Aleh aleh esok tumbuh lagi. Makin besar pula. -_-

Bila kawan kita ada bintil itu. Kita pegang pegang. Eh apatu? Eh peliknya apa benda ini? Kita cuil ciul. Esok bangun pagi, kita pula yang kena bintil yang sama. Masa itu nak sumpah seranah pun tak guna.

Kalau kita tumbuh kutil, jangan dibuang! Sebab semakin kita buang lagi-lagi dengan pakai cepit kuku, kutil akan semakin tumbuh merebak dan membesar. Jangan kita sentuh sentuh kutil kawan kita, sebab nanti akan merebak dekat kita. Sebab itu sejenis virus!!!

plantar-warts-150x150

kutil_datar_pipileher

Memang mengganggu kepercayaan diri kalau dah tumbuh benda macam ni. Tak payah rasa down, frustated, dengan kutil yang tumbuh bila I cakap jangan dibuang kutil itu sendiri. Kalau I tulis blog, maksudnya ada cara untuk membuangnya. Pakailah ubat-ubatkan topical yang mengandungi anti keratolytic, Salicylic acid 40% memang berkesan!

2528225

Collomack ini mengandungi salicylic acid 40% yang berfungsi mengikis lapisan kulit bahagian atas sehingga menjadi nipis sampai akarnya sehingga kutil kita hilang. Disebabkan dia menipiskan kulit kita, jangan pakai benda alah ni ditempat kulit normal kita. Jadi caranya macam ini, kalau kutil kita tumbuh di wajah, kita ambil selotep. Dekat selotip tu kita potong bahagian tengah, buat bulatan. Dan kita selotip dekat kutil kita. Bahagian kutil kita masukkan dalam bulatan selotip, kasi kutil itu expose. Barulah kita sapu collomack ini. Faham tak? Maksudnya kita tak akan risau dengan kulit sekitar sebab dah letak selotip, pastikan betul betul Collamack kena di muka.

Ada ura-ura cakap Collomack dah susah didapatkan di Indonesia. Kalau dekat Malaysia, I tak pasti. Jadi I bagi beberapa product lain yang sama dengan fungsi collomack .

648_pd877719_1 1741647_p1250318

Yang mana satu pilihan kalbu? Kalau still tak ada di pasaran Malaysia, cakap dengan makcik farmasi tu,

SAYA NAK APA APA PRODUCT YANG ADA KANDUNGAN ACID SALYCYLIC 40% FAHAM TAK MAKCIK?

P/S: Sebenarnya nak menghilangkan kutil mengambil masa yang lama. Kalau nak hilang secara cepat express, boleh datang berjumpa specialist kulit untuk buat rawatan laser menghilangkan kutil. Tak sakit. Betul! Nanti disuntik dengan ubat bius dahulu. Rasa geli-geli jeee ;p


12 responses so far

Aug 08 2010

Cara mendapatkan kulit wajah yang mulus!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Lagi-lagi tips kecantikan. Lagi-lagi tips kecantikan. Tak ada benda lain ke nak cakap? Memang tak ada. Sorry for all the cowok-cowok out there, belum sempat menulis tips untuk anda. Nanti I fikirkan tips sesuai buat cowok pula. Any suggestions?

Kali ini I nak bagitahu rahsia mendapatkan kulit wajah yang halus tegang dan mulus bak si seksi Beyonce. Orang sekarang sibuk nak minum collagen, makan pil pil mencantikkan dan mengurangkan kerut muka, I pun tak faham kenapa orang sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit membeli product pil kecantikan padahal akhirnya nanti kita akan terkulai di hospital kerana menanggung sakit kerosakan ginjal! Jangan! Kasihan ginjal anda. Selagi kita boleh elakkan dari memakan pil pil macam itu, kita elakkan. Gunakan ubat-ubat topikal (luaran) sahaja pun tetap boleh cantik.

Ramai yang tak tahu tentang khasiat Probio-C. Sejenis Collagen Vitamin C serum yang dipakai setiap kali selepas mencuci muka, setiap kali kulit muka masih perawan. (Belum makeup belum sapu cream belum sapu apa-apa lagi). Product ini boleh didapatkan di farmasi berdekatan. Kalau tak ada boleh order dengan I sebelum Oktober 2010. Harga murah, guarantee punya :)

Sebenarnya Collagen itu apa sih?

Eh tercakap sleng Indonesia pula. Orang selalu sebut collagen-collagen. Poyo je cakap nak makan ubat untuk collagen but hek eleh bukan nya tau pun apa itu collagen. Lepas ini jangan poyo-poyo lagi sebab I dah jelaskan. Collagen itu adalah salah satu kandungan pada lapisan utama kulit (dermis) yang memainkan peranan penting untuk elasticity and skin smoothness. Jadi, semakin bertambahnya usia kita, semakin berkurangnya collagen pada kulit. Maknanya!!! Kulit kita menjadi kerepot kerepot -_- Tidakkk, ku tidak secantik dahuluuuu. Eh eh terlebih emosi pula.


Bukan gambar milik saya.

Kegunaan Probio-C

  • Menghaluskan kulit
  • Mengurangkan kerutan dan garis garis halus pada muka
  • Menjadikan kulit kenyal dan tegang
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah dari sinar UV

Research menyatakan dengan penggunaan Probio-C dalam jangka panjang sehingga 6 bulan ke atas akan menyebabkan kita lebih muda 4-6 tahun dari usia sebenarnya.

Cuba teka umur I berapa?!


44 responses so far

Jul 28 2010

Tips menghilangkan JERAGAT

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Hoa, ramainya menantikan tips menghilangkan jeragat. Makcik-makcik nenek-nenek semua pm I minta tips. Sebenarnya I terpaksa berfikir berkali-kali mengeluarkan tips ini sebab I takut anda semua salah pakai ubat yang diberi.


Jeragat yang penuh di muka. Biasanya pada orang dewasa berumur 45tahun ke atas


Bekas-bekas hitam dimuka itu namanya jeragat juga.

Ini adalah ubat utama yang diberikan kepada patient setiap kali ada keluhan kulit berjeragat…,

Nama pun skin bleaching cream. Jadi dia akan bleach kan kulit anda yang berjeragat itu. Dipakai sehari sekali sahaja sebelum tidur. Ok? Ingat pesan I. Jangan berangan nak pakai banyak banyak sehari 5 kali dengan harapan, esok bangun pagi, kulit dah licin berkilat. NO WAY. Silap-silap esok pagi kulit dah tak rupa kulit.

Bila malam hari dah pakai melanox, siang hari pakai sunblock ini pula. Atau apa-apa sunblock yang bersesuaian dengan kulit anda. Kan I dah pesan sebelumnya, sinaran cahaya matahari akan menyebabkan kulit kusam dan berjeragat. Jadi prevention itu penting! Apa guna, malam-malam kita ubati, tapi siang hari berjeragat kembali?

Biasanya kulit anda akan nampak perubahan dalam 6 hingga 8 minggu. Tapi tetap memakai krim sehingga 6 bulan. Kalau sudah complete hilang jeragat tersebut, STOP. Ingat, jangan ngade-ngade nak berangan kulit putih konon-konon mix mat saleh. Kalau tiba-tiba kulit keluar warna baru, I tak jamin!

Melanox mengandungi Hydroquinon 2%. Kalau dekat farmasi tak ada jual product nama Melanox, cuba tanya,

“Akak ada jual ubat krim Hydroquinon 2% tak?”

“Takde. Hydroquinon 5% ada lah”

“Tak nak, saya nak 2% juga!”

Eh tiba-tiba keluar dialoq pula. Dengar cakap I, kalau I kata 2% beli yang 2% sahaja. Jangan mandai-mandai nak pakai 5%. Nanti kalau muka berubah jadi transformers jangan nak komplen-komplen dekat sini. I tak ajar!

WARNING!!!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang dah terkena sunburn, kering, pecah2, atau ada  luka dekat bahagian yang nak disapu. Jangan dulu!

Tidak boleh digunakan pada kulit yang memiliki masalah alergi.

Sebaiknya jangan pakai kalau tengah pregnant. Tak tahu effect dia macam mana.

Tidak boleh digunakan pada mata, bibir atau dalam lubang hidung kalau buang tebiat.

Ingat, hanya pakai di kawasan muka yang berjeragat SAHAJA!

Akibat penggunaan yang tidak mengikut arahan:

  • Dalam jangka waktu yang lama, muka akan keluar pigment baru, menjadi uneven skin color. warna kulit tidak rata. (Hiperpigmentation)
  • Kulit kering, pecah-pecah, warna merah seperti terbakar dan terasa panas.
  • Gatal-gatal
  • Bengkak

Ubat pilihan ke 2

Rifaquin mengandungi Hydroquinone 4%. Tak apa, walaupun % dia tinggi sikit, tapi dia dicampur dengan tertinoin o.o5% dan fluocinolone acetonide o.o1%. Pakai dalam 2minggu sahaja untuk sementara waktu. Lihat effect dia. Kalau dah membaik. STOP!

Ubat pilihan ke 3

Yang ini, I google dan cuba cari nama generic untuk ubat skin bleaching di Malaysia. Jadi I rasa ubat ini mesti ada di Malaysia. Catat nama dia cepat! Tak ada keluhan susah didapatkan lagi. Cara pakai dan syarat-syarat tetap sama!

Jangan takut pakai ubat-ubat ini. Selagi kita pakai dengan dosis yang rendah dan tepat, tak akan jadi apa-apa. Kalau pun terjadi, itu cuma sementara and akan kembali normal bila kita stop pakai.

Pssss. Disebabkan ubat ini adalah sejenis ubat kortikosteroid (mempunyai side effect) , I tak berapa pasti ubat ini terlepas dijual di farmasi atau tidak. Kadang-kadang cuma doktor sahaja yang dibenarkan menjualnya. Dekat sini boleh lagi dapatkan Melanox di Farmasi. Dekat Malaysia I tak pasti.

Untuk kosmetik yang menjadi penyebab jeragat adalah……. Semua jenis kosmetik!….. kecuali… product CLINIQUE.

Hah semua dah terketar-ketar nak beli barang Clinique beratus-ratus habis gaji kerja setiap bulan. Tak apa, jangan risau. Kan I pesan, sebelum kita pakai make-up, kita lapisi kulit kita dengan sun-block, vitamin C, serum collagen.. barulah kita tempek make-up kita yang biasa-biasa itu. Ingat, kulit muka kita akan jadi disaster 10tahun akan datang kalau kita abaikan step step cenggini.

Selamat menjadi cantik!

I tak minta apa-apa, jangan lupa doakan I cepat dapat jodoh. Ewah tiba-tiba je.


24 responses so far

Jul 22 2010

Lagi lagi tips, lagi-lagi tips.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Sunblock itu penting kah? Penting lah ngok. Mungkin orang akan cakap, alah saya tak mahu putih. Saya menerima kulit saya apa adanya. Saya tak perlukan sunblock. Haip. Salah tu. Sunblock bukan mengelakkan kulit gosong (hangus terbakar), tetapi sunblock atau pelindung matahari ini digunakan untuk mengelakkan kulit kita dari terkena sinar matahari. Ya Iyalahhh!

Haha okay semua berkerut je baca intro. Persepsi salah, penggunaan sunblock bukan sahaja untuk mencerahkan kulit kita tetapi mengelakkan kulit kita daripada cepat berkerut, jeragat, kulit kusam, seterusnya mengelakkan cancer kulit! Jangan pandang remeh!

Kadang-kadang kita tak tahu apakah sunblock terbaik buat muka. Boleh ke lotion sunblock itu dipakai di muka? Jawapannya BOLEH. Tetapi nanti muka akan berminyak-minyak dan sticky macam gitu. Euww. Melekit!

Face Sunblock Cream memang banyak. Tapi untuk adik-adik sekolah, takkan nak minta mak belikan face sunblock cream dari Clinique dengan harga RM100++ padahal isi dia cuma sunblock yang sama dengan apa yang diberi oleh doktor kulit? Kalau dekat sini, I beli dengan harga Rm18.

IMG01127-20100722-1845_¸±±¾

PARASOL SPF 33

FACE SUNBLOCK CREAM

Selain sebagai krim pelindung cahaya matahari, Parasol mempunyai Aloe Vera dan Vitamin E. Dapat melindungi kulit dari cahaya matahari dan sekaligus menjaga kelembapan kulit sehingga tetap lembut, halus, dan tidak kering. Ayat ketat sahaja. Nampak sangat copywrite daripada kotak bungkusan. -_-

Okay yang paling bestnya, Parasol ini dapat dijadikan sebagai make-up base. Warna dia yang cokelat ala-ala warna kulit kita dapat dijadikan sebagai ala-ala liquid foundation gitu. Hah, sangat sesuai dipakai sehari-harian!


24 responses so far

Jul 19 2010

You don’t have to live with your scar!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Bertemu kembali di rancangan kesihatan kulit! Wah nampaknya ramai sekali yang berminat untuk menjaga kesihatan kulit sekarang ini. Apa lagi, dah bersiap sedia dengan tips kecantikan Dr. Totin? *Eceh ada gaya host rancangan tv tak?* Muntah jom!

Kali ini, I akan bagi tips menghilangkan scars! Bukan sahaja scars akibat jatuh tergolek, tapi boleh juga digunakan untuk scar selepas pembedahan especially for those yang buat caesarion section sewaktu melahirkan, scars akibat masak memasak kemudian minyak panas terpercik dekat tangan lalu tidakkkkkkkkk!!! tanganku cacat……, scars dari bekas-bekas jerawat yang degil, dan paling annoying, stretch marks akibat bekas baru melahirkan atau stetch marks di bahagian peha akibat kejap gemuk kejap kurus.

Kalau jadi perempuan, scars macam gini kadang-kadang boleh mengurangkan selera sang suami. Menjadi yang terbaik untuk suami itu satu pahala. Untuk yang belum bersuami, scars macam ini sedikit sebanyak boleh effect dekat wang hantaran kita. Elok-elok hantaran kita rm10,000 aleh-aleh kena kurang rm500 sebab ada scars dekat lutut. Eh eh acah je. Jangan lah ambil serious pulak.

Kadang-kadang, bila kita pergi ke private skin clinic, kita akan diberi ubat gel yang dimasukkan ke dalam bekas khas dari clinic tersebut. Kita pun tak tahu apa isinya. Itu trik nama nya. Trik untuk doktor menjadi kaya. *ngeh ngeh ngeh* Supaya patients akan sentiasa beli ubat dengan doktor, tak beli sendiri di luar sana.

Mari I bagitahu rahsia, itu ubat apa?
IMG01117-20100719-1437_¸±±¾

Dapatkah di Farmasi berdekatan.

MEDERMA SKIN CARE FOR SCARS.

Untuk scars yang baru, seletkan 3-4 kali setiap hari selama kurang lebih 2 bulan. Tapi kalau bekas luka yang lama, kena selalu pakai sehingga kurang lebih 3 hingga 6 bulan tergantung skin regeneration kita macam mana.

Yang penting, jangan putus asa.

Takkan lah baru pakai 5 minit terus lihat scars,dah hilang ke belum?

Cepuk kang!

DSC04775_¸±±¾blog

Syukur, I tak ada masalah parut di kaki, tapi parut di hati.

Eh sempat lagi nak bermadah.


38 responses so far

Jul 15 2010

Keajaiban kecantikan.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Di formspring, orang tanya I product apa yang paling berkesan untuk menghilangkan jerawat sampai I dah penat nak jawap. Nah, I tak akan bagi product yang you olls boleh dapat di pasaran, tapi I bagi product dari hospitals atau klinik kecantikan. Eceh. Eh, boleh juga beli di pasaran. Maksud I boleh dapatkan di pasaran farmasi berdekatan. Tak dijual di kedai runcit Hoe Aik atau pasaraya Parkson Ria. Eh mana pergi pasaraya tu? Ada lagi tak ek? Dah lama tak nampak pasaraya Parkson Ria.

Retin A ni ajaib. Dia mempunyai kehebatan yang dapat memperbaiki blood supply dekat kulit kita dan meningkatkan turnover of dead skins kita. Ok yang penting sekali maksudnya kita akan nampak muda sentiasa. Tak ada garis garis kerut di muka! Kau jangan ingat baru umur 20tahun tak ada garis garis di muka? Cuba check sana. Tak nampak? Pergi ambil kanta pembesar.

Hah sebut pasal jerawat. Retin A sangat berkesan untuk jerawat. Sebab apa? Sebab Minah Retin ini mengurangkan blackheads di wajah kita. Siapa ada jerawat yang timbul itu, sapu je ubat ini, kering terus. Terus terbantut pertumbuhan jerawat itu.

Kalau nak beli Ratin A, dia ada macam macam %

Retin A 0,025% : ini untuk general skin improvement. Pakai sehari-harian

Retin A 0,05%: Lebih digunakan untuk menghilangkan kesan kesan penuaan.

Retin A 0,1%: lebih kepada masalah jerawat!

Kalau baru first time nak pakai Retin A, I sarankan pakai 0,1% dahulu. Kemudian kulit dah licin, baru turunkan pakai 0.05% atau 0,025%.

Ingat, beli dekat FARMASI, bukan dekat kedai RUNCIT.

I punya special sikit. Sebab I bancuh and minta ubat sendiri.

p/s: Lepas ini I akan bagi rahsia ubat menghilangkan kutil, rahsia ubat menghilangkan jeragat, rahsia ubat pelindung UV. Okay bukanlah rahsia apa pun but it’s all about medicine. Stay tuned!


51 responses so far

Jun 25 2010

Cara memutihkan ketiak yang hitam!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Wah sekarang, ramai betul yang tanya I cara memutihkan ketiak yang telah hitam. Mari I bagi tips yang I pernah buat, dan ternyata memang berkesan! Tips macam konyol tapi cubalah! Kalau ketiak dah putih jangan lupa belanja I air putih. Hek ele.

TIPS NO 1
Coletkan sedikit ubat gigi pada hujung jari dan kesat di bahagian lipatan/ ketiak yang gelap. Bersihkan dengan air hangat.

AMARAN: Jangaan teruskan tips ini kalau tiba-tiba kulit merah-merah. Itu maksudnya kulit anda oversensitif. Tak boleh pakai tips ini. Kita ganti tips lain.

TIPS NO 2Perah air limau dan timun. Gosok dekat kulit dan biarkan beberapa minit.

ALASAN? Kandungan air limau dan timun ni ada antioksidan yang dapat mencerahkan sel melanin pada kulit. Actually bukan dekat kulit ketiak sahaja, dekat seluruh badan pon boleh! Siapa nak putih, boleh mandi air limau dan timun.

TIPS NO 3
Tau tawas tak? Alah batu tawas itu!! Okay cairan product tawas ini digosok dekat ketiak kita time mandi.

ALASAN? Sebenarnya tawas ini untuk menghilangkan bau badan dan mengurangkan peluh di badan. Dengan peluh yang kurang sekaligus dapat mengurangkan risiko ketiak hitam dan bau bacin!

TIPS NO 4
Rajin-rajin lah lulur badan / pakai scrub setiap kali mandi.

ALASAN? kesan hitam di ketiak adalah daki-daki yang melekat-lekat. Daki itu tak akan hilang kalau hanya dengan sabun biasa. Scrub dengan menggosok di celah celah sulit dapat memutihkan bahagian tersebut! Yang ni hari-hari memang I amalkan.

Ketiak saya kiyut. Wtf.

Kalau tak sabar nak ketiak putih dengan segera, mana lah tahu esok nak interview jadi stewardess ke (eh nak jadi stewardess kena check ketiak ke?) boleh datang bertemu dengan doktor pakar kulit (dermatologist) untuk dapatkan krim pemutih kulit. Kalau nak free boleh datang klinik I 10tahun akan datang. Eceh. Tak habis-habis nak berangan.


15 responses so far

Jun 20 2010

Eyelash curling secret

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Dari mata turun ke hati.

Kalau mata tak menawan, macam mana nak buat orang tertawan?
.

Masalah orang sekarang ini adalah bulu mata pendek, tidak lentik dan tidak menawan. Nak pakai bulu mata palsu, leceh! Macam orang cacat pula kalau pakai bulu mata palsu hari-hari pergi kerja. Tapi Kenapa bulu mata I lentik, padahal I tak pakai fake eyelashes pun??

Pernah cuba permanent eyelash curling tak? Dengan lakukan wave eyelash ni mata kita akan kekal lentik setidaknya dalam 2-3 bulan. Tak perlu nak sepit bulu mata sebelum pakai mascara. Tak perluuuu! Tak perlu pakai mascara pun tak apa! Sebab 2-3 bulan mata kita meliuk lentik.

Khidmat membuat wave eyelash ini sebenarnya ada sahaja dimana-mana pusat kecantikan. Kadang-kadang itu kita sahaja yang tak perasan. Buat dia ala-ala macam kita perm rambut. Mula-mula kita bersihkan bulu mata, kemudian kita pasang roll bulu mata dan letak gam khusus bulu mata supaya roll tersebut tak jatuh. Kemudian ambil cotton buds, seletkan ubat perm bulu mata, biarkan 30 minit dan neutralizer dibiarkan 15 minit. Untuk mengelakkan bulu mata gugur, bagi sedikit vitamin. Untuk buka roll bulu mata, buka pelan pelan dengan letak sedikit baby oil.


Ini lah dia roll bulu mata. Cheh masih sempat lagi nak bergambar.


Taraaaa. Lihatlah bulu mata ku!

Tak perlu make up touch up mata, tak perlu pakai mascara, mata sudah indah. Ewah indah lah sangat!

Nota kontot: Eyeslash curling ini cuma berharga sekitar RM15(Rp35k) sahaja. Kalau dekat Malaysia I tak tahu lah berapa ringgit ye.


10 responses so far

Jun 09 2010

Badan sihat dan kuat!

Masa mula-mula kerja dulu, I selalu sakit-sakit. Every end of week mesti sakit. Kira macam, hujung minggu I akan habiskan masa dengan berselubung dalam selimut sebab demam seharian. Setiap minggu macam gitu. Tak boleh jadi ni. So I mula lah hunting supplement untuk daya ketahanan tubuh.

Sejak I makan pil multi-vita-min Spectro dari Solaray, I dah tak sakit-sakit lagi. Bila pergi kerja lebih fresh dan segar. Mengantuk-mengantuk waktu kerja pun tidak lagi. Kalau kita teliti ingredients dia, cukup lengkap dengan vitamins, minerals, electrolytes so kita tidak perlu risau lah dengan kondisi badan kita lagi. Jerawat pun berkurang. Macam I cakap, vitamins kan diperlukan untuk kesihatan kulit?

Eh I promote Solaray ini bukan sebab I masuk contest Solaray tau! Haha. Sebab ada orang tanya I pakai supplement apa untuk kesihatan.

Terima kasih atas pertanyaan.


Boleh beli ini dekat farmasi berdekatan. Makan sehari sekali, pagi hari selepas breakfast!

Kalau ada yang pakai supplement lain, mari la kita share sama-sama! :)

Selain tentang supplement kesihatan, ramai betul tanya, I pakai hair tonic jenis apa? Macam mana nak lebatkan rambut? Mari I bagitahu lah di sini secara terang-terang. I pakai hair tonic dari Ginseng! I pernah pakai product luar, tapi I serasi dengan ginseng. Khasiat ginseng ini bagus kerana dapat memperkuat akar rambut dan melebatkan rambut. Boleh bye-bye dekat rambut yang gugur!


Tapi I pakai product Made in Indonesia. Heheeee.
Apa-apa product dari Ginseng tetap bagus.
Pakai setiap hari selepas mandi ye!

Salah satu pertanyaan dari formspring I.

Okay dah nampak gambaran hair tonic I kan?

Kalau tak jumpa dekat Malaysia, pakai apa-apa product dari ginseng pon tak apa.

p/s: Abaikan rambut baru bangun tidur. -_-


17 responses so far

Jun 06 2010

Cara memakai lipstik dengan betul.

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Ramai orang tidak tahu cara memakai lipstik dengan betul. Maksud I, bukanlah nak pakai lipstik untuk ke fashion show atau dengan make up berat, nak pakai lipstik untuk seharian sahaja pun sudah salah. Kadang-kadang kita pelik, kenapa warna  lipstik di bibir kita cepat hilang, kenapa bibir selalu kering dan lipstik jadi merekah-rekah dibibir, kenapa pula lipstik yang kita pakai tak nampak natural macam amoi dekat sebelah ni?

Haa. I baru tahu kebanyakkan kawan-kawan I salah pakai lipstik. Baru I tahu, ramai yang tak tahu cara memakai lipstik dengan betul. Okay jom, mari I ajar!

1. Pertama sekali, kita pakai lipbalm pada bibir. Cari lipbalm yang bervitamin sekaligus dapat menyihatkan dan mengelakkan bibir kita dari kering. Dengan pakai lipbalm ini pun dapat melapisi bibir kita daripada bahan kimia pada lipstik yang kita pakai nanti.

2. Tara, yang kedua adalah.. Memakai Lip Gloss. Lip Gloss akan membuatkan bibir lebih bling-bling bercahaya. Boleh comparekan bibir I bahagian bawah dengan bahagian atas yang belum pakai lip gloss. Iyaaa. Pakai Lip Gloss dulu ya kawan-kawan! Bukan pakai lipstik dahulu. Sebab apa? Sebab nanti kita boleh comparekan hasilnya, mana lebih bagus dan lebih natural. I pakai lip gloss cikai sahaja dari Sari Ayu Martha Tilar. Tak perlu mahal-mahal. Yang penting hasilnya.

3.Kemudian baru lah kita apply lipstik pujaan hati. Yang ni I pakai jenis Maybelline Glimmer Pink. Jangan lupa ye, setiap orang mempunyai warna bibir yang berbeza. Jadi kalau nak beli lipstik and nak tahu lipstik itu sesuai dengan kita atau tidak, cuba terus test di bibir. Bukan colat-colet dekat tangan kita. Tak sama ye hasilnya nanti.

4. Pakai Lip Gloss dahulu baru pakai Lipstik, hasilnya lebih natural. Nampak lebih asli, lembab dan lebih bling-bling. Yang penting, lebih tahan lama!

Bibir dah cantik. Siapa nak kiss?

Haaaip!!


31 responses so far

May 23 2010

Tips: Mengukur bra sesuai ukuran payudara.

Wah wah 18sx sikit. Adik-adik yang bawah umur, main jauh-jauh ye sayang?

Semalam I berbual-bual dengan kawan I. Dia memang suka share pasal rahsia perempuan. Well, bila kita kawan dengan orang-orang ilmiah ni, banyak benda-benda ilmiah yang kita dapat. Sebab itu mak kita selalu pesan, “Pergi sekolah kawan dengan budak pandai-pandai tau!” Oh begitu alasannya.

Eh I bukan nak bagi tips berkawan. Tapi pernah tak kadang-kadang kita rasa gatal dekat payudara, atau merah-merah macam melecet sekitar bawah lingkaran payudara, rasa sesak dan tidak selesa masa pakai bra! Eh I rasa semua orang tak selesa pakai bra. Tapi kena pakai juga!! Oh kenapa jadi perempuan kena pakai macam-macam?

Okaylah tak perlu merungut lagi lepas ni. Sebab I akan bagi tips cara paling mudah untuk tahu ukuran bra you all. Nanti engkau orang semua tak payah nak pergi try dekat fitting room  masa nak beli bra. Boleh ukur dekat rumah, sampai dekat kedai boleh cepat-cepat cakap dekat Amoi tu, “Saya nak bra ukuran 34C as soon as possible please. Please cepat sikit saya malu ni ramai orang tengok!”

Nama sahaja perempuan. Tapi kita sendiri tak tahu apa itu 34B, 36C ABCD blughhh macam mana nak ukur tu? Sebenarnya ada 2 cara mengukur bra.

  1. Ukuran Lingkar Badan
  2. Ukuran Cawan *Cup maksudnya*

Untuk ukuran lingkar badan, caranya adalah ambil pita pengukur dan lilit badan tepat di bawah payudara. Dekat area tulang rusuk bawah payudara itu. Pakai pita yang inci. Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Kalau ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci. Faham tak? Okay macam ini, kalau ukuran lilit badan dekat pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi nanti cari bra ukuran 32. (28+4=32) Tapi kalau ukuran lilit badan adalah 29, jadi nanti pergi kedai cakap dengan amoi nak ukuran bra angka 34. (29+5=34).

Cup ni yang penting ni. Kita perlu tahu cup kita ukuran berapa, barulah payudara kita dapat bernafas! Cara tetap sama, ukur lilit bahagian paling depan payudara.. erm dekat bahagian.. em malulah nak cakap. Bahagian puting paling menonjol itu. Ukur lilit badan tau bukan ukur lilit puting itu wtf? Bundarkan ukuran yang dapat itu kepada nombor genap. Kemudian kira perbezaan dengan angka ukuran lilitan yang kita hitung awal-awal tadi. Contohnya, ukuran lilitan badan tadi = 28. Ukuran lilitan payudara = 30. Jadi perbezaan ialah 2 inci.

Perbezaan 1 inci = Cup Size A

Perbezaan 2 inci = Cup Size B

Perbezaan 3 inci = Cup Size C

Perbezaan 4 inci = Cup Size D

Perbezaan 5 inci =  Pamela Anderson ke ni?

blog

I googled nak cari gambar normal breast. Tapi keluar gambar yang $%^&* pula. Terpaksa I google dengan keywords: Breast Cancer. Hah abaikan ye breast tumor sebelah kiri itu.

Masih ingat tak, I pernah cerita.. Dulu, I jalan-jalan mall kemudian bra I terjatuh lalu hilang tak tahu jatuh di mana. Masa itu time tengah dating cinta monyet zaman sekolah. Singah toilet nak betulkan bra yang I rasa longgar tapi rupa-rupanya dah tak ada. Haha Okay itulah akibatnya jika tidak memakai bra mengikut size yang betul! -_-

Tips Kesihatan

Jangan pakai bra semasa tidur. Nanti husband marah. Eh tak tak, bukan sebab itu. Memakai bra sepanjang waktu dapat menyekat aliran darah sekitar payudara dan sekali gus dapat meningkatkan risiko Breast Cancer.


40 responses so far

May 09 2010

Tolong, fake eyelashes I tertanggal!

Published by Totin Jamain under How to look beauty?

Pernah tak kita mengalami macam itu. Tengah makan, tiba-tiba fake eyelashes jatuh dekat pinggin. *Okay ni pengalaman my friend, berdekah jom* Atau pun sedang bergambar, lepas itu kantoi eyelashes tak lekat habis. Hah siapa macam itu sila terasa sikit.

Okay sebab I baik hati, I bagi tips cara memasang bulu mata palsu dengan betul. Lepas ini I hope tak akan lagi berlaku kejadian memalukan macam ini.

Bulu mata palsu ada 2 jenis. Satu jenis yang dipasang satu persatu, untuk hasil lebih natural. Yang ini biasanya dapat bertahan dalam 1 – 2 bulan. Tapi untuk bulu mata yang jenis bulu mata penuh, sesuai untuk dipakai untuk make up glamour sahaja. Kalau setakat nak pakai buat jalan-jalan pergi shopping itu, tidak perlu lah ye. Apatah lagi pakai dalam rumah. Blughhh.

I bagi tips untuk bulu mata penuh. Bulu mata satu persatu tu tak mungkin you all pakai sendiri kan? Mesti pakai dekat saloon atau kedai berhampiran.

  1. Adjust size dia. Kena lah beli bulu mata yang sesuai dengan mata. Kalau terlebih panjang, potong sikit. biar ngam. Jangan pakai terbalik. Ingat tu. Bulu yang panjang untuk bahagian ujung luar dan yang pendek untuk sudut dalam.
  2. Bersihkan bulu mata. Kemudian, gunakan eyelash curler dan jepitlah bulu mata.
  3. Letak gam dekat fake eyelash itu. Bukan dekat eyelashes anda ye.
  4. Pasang bulu mata dekat atas bulu mata anda, dari ujung hingga sudut mata. Okay faham tak ni?
  5. Biarkan 5 minit untuk kering.
  6. Untuk kesan yang lebih natural, supaya tak nampak cacat, letak liquid eyeliner di atas bulu mata palsu itu.
  7. Pakai mascara supaya bulu mata asli dan bulu mata palsu tu nampak macam bercantum. So tak adalah nampak fake sangat walaupun sebenarnya fake.
  8. Kalau bulu mata tertanggal atau comot, cabut balik bulu mata, bersihkan gam dulu. Baru tampal balik seperti di atas.
  9. Yang menjadi masalah biasanya, glue yang tidak kuat. Yelah sebenarnya kalau kita beli fake eyelashes di pasaran memang kadang-kadang diberi free glue. Jangan pakai yang itu. Tidak bagus dan senang tertanggal. Belilah glue yang diluluskan SIRIM. eh merapu lah tu.

I sarankan pakai eyelash adhesive dari MAC or Shu Uemura.

I pakai fake eyelashes ni time photoshoot atau ada majlis-majlis event besar sahaja  ye kawan-kawan. I bukan buang tebiat :)


26 responses so far

Next »