Archive for the 'Please don't give up!' Category

Jul 26 2010

Mari bedah-membedah.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Dengan ini diumumkan bahawa, I akan mula berpuasa di luar kota…
dan berhari raya di

Yogyakarta

sambil buat plastic surgery dekat patient di pagi raya.

Okay tak kelakar. Ini raya ke dua di Jogja. Tahun lepas I makan Pizza Hut di malam raya. Pagi raya I makan, biskut Tiger. Sambil pasang mp3 raya. HWAAA SEDIHNYA. Moga moga tahun ini dapat hirup bau rendang jiran sebelah. JANGAN ON CALL PLEASE. PLEASE. PLEASE.

IMG01123-20100720-2233_¸±±¾

I adalah G. G itu saya. Minggu ini I berada di Sleman, kemudian akan ke Cilacap, kemudian 2minggu ke Banyumas. Hah 4minggu straight wa cakap lu. Dapat tempat jauh-jauh pula. 5jam perjalanan. Hwah. Bulan puasa di Banyumas! Memang gerenti hari-hari makan tempe goreng. I love you lah tempe!

I tak suka bedah. Walaupun bedah dikelilingi dengan surgeon lelaki handsome handsome muda-muda belaka. Tapi -_- boringnya berdiri lama-lama membedah. Oh untuk doktor junior ni sebenarnya tak buat apa sangat. Lebih kepada tolong ambil alat, tolong menjahit, tolong suction blood yang melimpah-limpah, tolong menyunat orang, tolong apa-apa yang patut, tolong menyemak dekat bilik bedah.

p.s: Untuk 4 minggu mendatang, I dah siap-siap auto update untuk blog ini. Saya pergi tapi blog tetap berjalan seperti biasa.

.

.

.

Eh belum habis lagi. Ada lagi benda nak cakap ni.

This is my LAST DEPARTMENT. It is sad to think tapi happy dan tak sabar. Ok mix feeling. 8 weeks more to go!


6 responses so far

Jun 15 2010

Ada hantu..

I’m tired but I can’t sleep. Hoh I rasa something macam sepoi-sepoi angin berbunyi. Bilik itu tak ada tingkap tapi ada bunyi angin yang sepoi sepoi.( Sressssssss sriuessss eh macam mana bunyi angin? ) Pelik kan? I can sense someone in that room, it’s scary hey. Macam bisik-bisik tapi tak dengar dia cakap apa. Susah sangat nak tidur sebab rasa semacam. A feeling that is very difficult to explain. Dalam hati tetap sahaja berfikir ‘Alah mengarutlah.Lebih baik tidur.’ Eh I kalau dah mengantuk, memang tak peduli alam sekeliling.

Minggu ini, I dengar cerita, ada orang nampak @#$%^ di dalam bilik itu. Mulai sekarang, on call kena 2 orang disitu. Tak boleh seorang-seorang sebab ada #$%^&. Wah. Instinct I rasa masa itu betul lah ye? Bilik itu memang seram lah ye?

I siap ambil gambar lagi dalam bilik itu sebelum tidur. Remember this entry? Nasib baik tidak keluar jelmaan apa-apa mengesot dari bawah!

Nota kontot: Kerja tempat macam ini memang tak boleh lari dengan benda-benda macam ini.


Seram tak? Seram tak?

Tak seram ke? :(

Hmm tak pelah.


16 responses so far

May 28 2010

Tips belajar ala Totin Jamain

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Amboi amboi tak nak kalah. Macam ada je orang nak ikut tips belajar I. Masalahnya bukan apa, sejak bila I belajar? -_-

Http://formspring.me/totinx

Wah wah kalau minta tips belajar masa I SPM dulu, I boleh kasi. Sebab dulu, I akui memang agak rajin sikit. Sikit sahaja tak banyak. Tapi sekarang…. erk okay. Tak baik kita membezakan yang dulu dan sekarang. Mari I bagitahu rahsianya. Ewah rahsia tu tak bole blah sungguh.

Ambil Extra Class

Masa I Form 5 dulu, scedule I sangat full dengan extra class, tuisyen lah apa. I rasa semua subject I ambil extra class. Kalau tak salah, Isnin: Math , Selasa: English, Rabu: Kimia, Khamis: Fizik, Jumaat: Add math, Sabtu: Pend. Seni, Ahad: BM. Macam gitu la seakan-akannya. I pun lupa. I tak mengeluh pun kalau terpaksa pergi extra class waktu itu. I enjoyyyyyy. Maklumlah nama pun sekolah perempuan. Pergi extra class la chance untuk usha lelaki. Piwet piwet.

Baca buku kuat-kuat

Hah sampai sekarang I belajar macam ini. Sebab itu I tak suka duduk asrama. Cara belajar I pelik sikit sebab I tak pandai baca buku pelan-pelan dalam hati. Mesti end up dengan menyanyi lagu lagu pop masa kini di dalam hati! Abang I paling bengang kalau time I study dekat hall. Yelah dahla membaca buku sejarah kuat-kuat, dekat hall, depan TV. Mesti dia akan menjerit “kau belajar dalam bilik boleh tak?”.

Ada penelitian mengatakan (chewah siap baca research tu), belajar sambil membaca kuat-kuat dapat memudahkan kita meningat apa yang dibaca sebab selain mulut berfungsi, telinga turut mendengar.  Kan?

Buat semua buku latihan

yang dijual dekat syarikat buku itu. I rasa hobi I zaman sekolah sekolah dulu, suka sangat beli buku latihan. Maklumlah masatu mana pandai beli make up lagi! Hehe. Jadi setiap kali ada buku latihan yang baru, lagi-lagi dengan cover yang cantik, mesti I teruja. Buat sahaja latihan dalam buku itu, Kalau tak tahu buat, boleh tiru jawapan dekat belakang. :) I rasa masa SPM tu dekat 70% mesti pusing pusing soalan yang berkaitan dengan latihan yang kita buat.

Rewards yourself

Setiap kali buat sesuatu, I akan rewards diri sendiri. Okay contohnya macam ni. Kalau hari ini I berjaya habiskan study Sejarah, I akan beli ice-cream Paddle Pop . Hah sadis sungguh, nak makan ice-cream kena study dulu. Macam tu lah baru kita semangat nak study! Kita kena bagi habuan dekat diri sendiri setiap kali melakukan sesuatu yang susah buat kita. Macam motivate diri lah, kononnya.

Kuarantin!

Percaya tak, 2 bulan sebelum SPM, I kuarantin segalanya. I kuarantin dari pergi shopping mall, kuarantin dari buka radio (well, dulu I ada habit suka buka radio kuat-kuat dan melalak dalam bilik macam orang gila), kuarantin tengok TV, kuarantin dari segala aktiviti social. 2 Bulan oh. Lepastu yang kelakarnya, bukan sahaja I. Seisi keluarga pon I tak bagi pergi shopping mall, buka TV semua. Kah kah kah. Diorang terpaksa buka TV pelan-pelan, pergi mall senyap senyap. Kah kah kah macam lah I tatahu! -_-

Doa dan tawakal

Kalau dah usaha, jangan lupa pada yang SATU. Sebab Dia lah yang membantu. Alah tak perlu lah nak pergi masjid setiap hari. Cukuplah kita menunaikan kewajiban, banyak berdoa dan tawakal. Mama I selalu nasihatkan I, buat jahat macam mana pun, jangan lupa solat.  Setiap kali menempuh exam, I mesti puasa. And biasanya parents I pun ikut puasa. Masa I SPM dulu, seluruh rumah puasa. Abang, adik, jiran sebelah, sanak saudara semua puasa. Sebab masatu bulan Ramadhan. haha ok bye.

Ini antara tips luarbiasa I. Tips yang lain tu sama macam orang lain belajar.

Just a note to all students of Temenggong Ibrahim Girls School, who are going to sits for their PMR, SPM and STPM’s exam, good luck and all the best!!!!! Belajar dari sekarang. Jalan malas-malas. Heeeeepppppp!

Ini sahaja lah satu-satunya gambar I waktu sekolah dalam lattop ni. I rasa dah berapa kali I post entry letak gambar sekolah ni. -_-

Tips Riana Helmi

Wah Riana Helmi siap bagi tips. Siapa Riana Helmi boleh google sendiri. Alah ingat tak I kawan dengan doktor glamour paling muda se Indonesia yang berusia 17tahun itu? Katanya, waktu kecil-kecil, ibunya mengajar dia membaca. Jadi pada umur 4tahun, dia sudah pintar membaca surat khabar. Masa 4 tahun I baru belajar A B C X Y Z (Ok aleh aleh terus XYZ). Huruf yang tengah-tengah I tak pandai lagi. Jadi untuk yang sudah ada anak, didik dia untuk membaca dan mengenal huruf dulu. Bukan didik dia memegang pensil dan menconteng dinding. Ingat tu!


26 responses so far

May 16 2010

What’s wrong with my English?

Pelik ye, kenapa kalau kita buat kesalahan bahasa english, mesti dipertikaikan. Kenapa kalau I salah dalam bahasa melayu, tak ada pula nak tanya ‘Hey, macam ni ke Bahasa Melayu dapat SPM A1?’ but they would rather asked you, ‘Hey, macam ni ke English dapat A1?’ .Oh, whatever.

I bukan nak berlagak, sombong, poyo nak mampus. I don’t have to prove myself, because I know my ability. I admit that I’m not good in English. Ada aku kesah? Memang kadang-kadang I salah taip, salah eja, kadang-kadang I confused. There are words in English that I sometimes confused or even forget about the correct spelling cause I sometimes switch it into a simpler one and with those words that have double consonants macam tu.. Faham-faham lah kan that normally, we get confused about English words, even native speakers too.

and so yeah, I bukan nak jadi pakar bahasa atau guru TESL. So I don’t really care about that.

Well kalau kenal I in person pon, I memang ada masalah bahasa sedikit. Not just in English yang dijadikan masalah.Sampai sekarang I tak tahu mana satu betul, “Bertudung litup ke bertudung lingkup?”, Err macam mana nak eja telivisyen? televesyen? telivision? Oh ok tak tahu. Macam Dylla tegur I before this, sakit ’sengal-sengal badan’ bukan “sendi-sendi badan”. There. Kalau teliti banyak betul bahasa Melayu I pun berterabur juga. Dan kadang-kadang I pun keliru, ini bahasa Melayu ke bahasa Indonesia?

But it’s okay. Tak effect my profession pon. Asalkan ubat-ubat, the treatment, diagnosis semua tak berterabur tak apalah.

Satu pesanan.

Tak baik menjatuhkan orang sesama Melayu. Sesama bangsa. Jatuhkan barang pun tak elok, inikan nak jatuhkan sesama manusia? Erkk. Macam mana bangsa nak maju? Kalau salah tolong tunjukkan. Bukan tolong jatuhkan. You got it? None of us are perfect. Even if you say that you are a literate person or has the highest rank in class, you still commits errors like these. Tepuk dada tanya selera. Tak elok tau perangai macam tu. Eppp.

Kalau masih tak puas hati lagi dengan result exam SPM I, boleh email pengetua Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS),Batu Pahat untuk result SPM tahun 2003, kelas 5 Sains 1. Sorry slip result I tertinggal dekat Malaysia, tak dapat nak scan dekat sini. :)

Bye bye HATERS,

I love you lah!


30 responses so far

Sep 28 2009

Air mata berkaca-kaca.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Kadang-kadang kita boleh jatuh juga. Tak semestinya kita akan sentiasa di atas. Redha-redha. Tapi kadang-kadang bila kita dah sehabis usaha, tetap juga kita tak berjaya. Bukan salah kita. Salah orang yang terlalu memandang siapa kita. Kita, kamu, anda, semua sama. Kenapa perlu ada perbezaan?
.
Takpelah mungkin tak ada rezeki.
.
Esok boleh puasa 6 minta ketenangan. Dah-dah jangan nangis lagi dah!


14 responses so far

Jul 05 2009

Outstation.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!



Bag pusaka ku bawa pergi ke mana saja.

I am now off to Cilacap for a week. CILACAP ok not ci…. ehehe. please don’t think any bad word. Bear in mind, it’s a place like kampung-kampung. Bukan macam Las Vegas. Quite far from Yogyakarta (8 hours maybe?) Sakit ass kot.
Lepas itu pula, our travel / shuttle bus tak ada air-cond. Rosak but apa nak buat dah takda choices lain so belasah je. rp200k terbang just only for CILACAP. Perjuangan betul la. Aaaaaaaargh I MISS MY HOMETOWN! Yes, BATUPAHAT JOHOR!


11 responses so far

Jun 07 2009

Home is where the heart is.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

I am finally back home. I was back in Internet-free Banyumas for almost a week. I am not sure, when Yogyakarta, and even more specifically my kost changed it status from something I felt was temporary to something I now feel as permanent.

During that outstation time, I discovered so many things from this experience. All in all, the journey took 5hours. Sampai sana ditempatkan di sebuah hostel 6bilik. Oklah memang suasana hostel lah pagi-pagi berebut bilik air for mandi. Katil pon double-decker. Tapi itu semua bukan masalah besar. I enjoyed that things.

Nak pergi makan ke mana-mana, jalan sana semua tanah merah. Becak-becak. Seluar kena seng-seng tinggi-tinggi. Aww sungguh desa betul hidup saya. Hari pertama sahaja, kaki sudah terjerumus ke dalam lumpur. eyarkk!

Whatever. It was just a small matter je. Yang tak sedapnya doctor dekat sana tegas. And kita kena bekerja dengan betul dan menunjukkan kerajinan yang maksima supaya dipandang elok. The midwives were ok. Patients pon mostly cool and sporting. Everybody was so kind lah.

Dalam seminggu saya menjaga bilik bersalin, saya dah dapat banyak persalinan. Memang haru lah melihat orang bersalin hari-hari. So yeah, labor and delivery was a looooong, tough, painful, gruelling process. Bilik bersalin tu hari-hari mendengar orang menjerit sakit-sakit. Melihat pasangan berpegangan tangan. Sang suami meng-cool kan isteri. Ada juga sang suami yang pucat lesi tidak terkata apa-apa. Mendengar tangisan bayi sejurus selepas bayi dilahirkan. Melihat sang isteri tersenyum puas. Sang suami mengazan-kan bayi sambil mengeluarkan air mata. Oh dramatik sungguh!

Membersihkan rahim perempuan yang abortion pun dramatik juga. Memang sakit sangat sampai masa saya korek pon terasa macam *tut* saya pun sakit juga. adoiiiii rakan-rakan janganlah buat abortion ohhhhhhhhhh!


image365-copys

It doesn’t matter from which part of the planet a baby comes from, they all are cute! Heee.. this baby girl saya yang sambut. saya yang tarik placenta mummy dia. tapi mummy dia ada rupture dekat *tut* dia. Mungkin sebab saya salah sambut kot. hehehahahehehehaha. Tapi sudah di jahit balek yang terkoyak tu so it’s ok la normal je tu. Yang penting baby comel!!!!

image361

Antara bayi yang selamat saya lahirkan. eh, yang saya bantu persalinan. eh? errr you know what I mean kan? Yang kiri cewek, yang kanan cowok. Let’s play with the babiessssssssssss!~

I love babies. But having a wedding ring on my finger does not top it all off for me. Not now, perhaps not ever. Iamnotdesperate.com

So, that’s what I did. Bye.


36 responses so far

May 31 2009

is away.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Status: Away to luar kota.

6 days working clinical in freaking Banyumas.
Which is 5hours from Yogyakarta.
Kampung pedalaman mana entah!
6 days without internet (?)
Bloody hell.


10 responses so far

May 28 2009

Protected: Riana in person.[Younges doctor at the age of 17]

This post is password protected. To view it please enter your password below:



Enter your password to view comments

May 20 2009

Ijazah Sarjana Kedokteran

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Here are a few pictures from graduation. I still have more I need to lighten and put on. Check out my facebook je lah nanti oke.

dsc00165-copysblog
.

dsc00172esblog

dsc00190esblog

cimg1016sblog

cimg0998-copysblog


46 responses so far

May 15 2009

Tomorrow is the day! Yeay. Tomorrow is the day!

Intro

Terbiat ke apa loncat-loncat menjerit hari esok. Ye tak sabar lah tunggu esok. Esok adalah kedatangan orang yang saya segani dan kasihi. Siapa? Bf saya ke? Saya ada bf lagi ke? Amboi,amboi, amboi! *gaya Azwan Ali*

Pertama

Tadi telah selesai ujian IKM (Ilmu Kesihatan Masyarakat). Selama 2minggu lalu, saya ditugaskan untuk melakukan survey dan penelitian ke atas masyarakat desa. Penghujung penelitian, kami kenalah bagi penyuluhan kepada masyarakat. Penyuluhan tu, dalam bahasa melayu dia… erm… errr.. errmmm.. menyalakan lampu suluh? eh bukan. Apa la woi. Adoi bahasa melayu tolong datang ke minda! It’s something like health promotion.. Ha TAKLIMAT! Taklimat Kesihatan!


untitled-1

Tepuk tangan untuk saudari D atas taklimatnya yang berkesan! Sekarang dijemput saudari Totin.. untuk memberikan taklimat keduanya mengenai perilaku hidup bersih dan sihat di kalangan masyarakat.

TETTTTT!

Waktu dah time. Err.. maksudnya sudah masuk waktu Maghrib jadi pertemuan terpaksa dihentikan dan yeay! Turn saya tak payah. Yeay lagi yeay lagi! Saya dah lah ada allergic bercakap di hadapan umum. Lagi-lagi kalau dilimpahi dengan soalan-soalan maut. Yelah, kadang orang desa ni pemikiran dia lain sikit. Soalan panas-panas mengalahkan mamaJuwie. Sebagai
Contoh 1 kenyataan,

“Kita tidak disarankan memakan makanan yang mengandungi banyak purin seperti daging jeroan, kangkung, bayam, dan kacang tanah.”

Contoh soalan yang bolayan,
“Kalau daging ikan boleh makan tak?”
“kacang tanah tak boleh makan, kacang panjang boleh?”

Eh kenapa tak tanya kacang hijau, kacang buncit, kacang gile semua kan? Yang cik presentator pulak kena jawap dengan senyum yang terpaksa…’boleeeeee…..’ sambil ketap bibir. agagagaga


dsc02980blog

Kesian betul mas kat depan sekali ni. Dia ingat dia nak bergambar sorang-sorang tapi tak sedar yang semua makhluk di belakang ikut enterprem. HAHA. Habis penyuluhan kita raikan dengan acara makan-memakan. Nasi goreng sapi. Gemok lagi lah aku. Kita lupakan kebaya buat sementara waktu. huhu.

Kedua

Benci betul lah myspace ni. Kenapa macam tiru-meniru facebook je. Siap ade chat-chat dekat bawah. Lepastu konon nak canggih, ada disertakan dengan bunyi-bunyi annoying pulak tu. Semak betul lah. En. Toms (bukan Tomok), tolonglah be yourself sikit. Janganlah tiru-mentiru. Buatlah sesuatu yang lebih seni.

Ketiga

Dapat sms.
“Kalau online malam nanti, dengar la kami-tak-hot-kami-cool. I ada interview. Pkl 9 malam Malaysia tau”

Baiklah encik artis. Saya akan berusaha mendengarnya walaupun line talian internet radio xfresh macam zotzetzotzet je ni. Jangan lupa bila on-air, sampaikan salam saya kepada orang-orang Malaysia di luar sana. Ewah melebih pulak!

Penutup

Saya sangat lapar. Tapi tanak makan. Berbalik kepada topic asal. Tomorrow is the day. Tomorrow is the day! Saya akan makan itu dan ini dengan…….. jeng-jeng-jeng!

Ok jom kita dengar Kami Tak Hot Kami Cool!


10 responses so far

Apr 30 2009

karget.

Tadi di poliklinik di datangi oleh seorang gadis cantik. Pramugari katanya. Gadis tersebut adalah langganan pesakit poliklinik. Sempat heboh oleh doktor-doktor yang lain. Biasalah pesakit cantik, doktor pon menggeletis.
Saya pon tertanya-tanya, siapakah dia.

..
.
Laaaaaaa….. member rupenye!!
Kecoh sekejap
Dahla lama tak jumpa
Alih-alih jumpa dekat poli.
Awwww dengan rasminya, Ita adalah kawan pertama yang jadi patient saya.


n819404420_1327742_7246973
Ita and Mb cuz
Sudah berpunya ye kawan-kawan.
Bye.


9 responses so far

Apr 14 2009

On Duty…..,

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

Monday: (8.00am – 4.00pm) Polyclinic ENT
Tuesday: (7.00am – 8.00am) Follow up patient , (8.00am – 2.00pm) Polyclinic ENT
Wednesday: (7.00am – 8.00am) Follow up patient, (8.00am – 2.00pm) Polyclinic ENT, (2.00pm – 9.00pm) Jaga ward!!! T_T
Thursday: (7.00am – 8.00am) Follow up patient, (8.00am – 2.00pm) Polyclinic ENT
Friday: (7.00am – 8.00am) Follow up patient, (8.00am – 2.00pm) Polyclinic ENT, (9.00pm – 8.00am) Jaga ward!!! T_T
Saturday: (8.00am – 2.00pm) Polyclinic ENT —–[ok lepas pukol 2.00pm nak tidur macam haram!]
Sunday: (5.30pm – 9.00pm) Jaga ward!!! T_T

It’s just my self reminder. Things are easier said than done. mama… tanak jadi doctor…T_T


17 responses so far

Apr 12 2009

Exhausted. But totally worth it.

My Saturday was completely fun. Petang pergi karaoke. Sebab rumah blackout so we all decide to melalak-lalak lah! Semua belasah English songs yang high note pulak tu. Okela fine. Tak hujan pon. Sedap la tu kot..

Malam pulak, keluar with my gaga’s family. Errr.. Yang dari Jakarta turun Jogja. Yang dari HongKong pon di Jogja juga. Malam minggu lah apa lagi. Dinner at Pizza Hut Amplaz, then straight away to the middle city of Yogyakarta (Alun-alun, Tugu, somewhere area Keraton), jalan-jalan buang masa. Ambil gambar. Having fun. Ketawa-ketawa dan mengantuk akhirnya pulang.

Today, I started the weekend pretty early. Hadn’t sleep much throughout, so I went out with cobwebs in my head and barbells on my eyelids. Had breakfast with my gaga’s family at Bubur Ayam Malioborro, lepastu lepak-lepak at Sunday Mo, Graha Saba. Balik rumah terus bantai tido. Hah kau petang baru bangun.

It’s Sunday night and tomorrow’s the start of a new work week, as a “Doctor Muda”. I’ll be working at Ear-Nose-Throat Department, Sardjito Hospital from 7.00am-7.00pm. Tapi baru sekarang nak selak-selak buku kerja harian, buku panduan, penyakit-penyakit yang harus dikuasai. Adoy matilah esok kena hentammmmmm!

Whatever. Someone’s talking shit about my bf. WTF? WTFreakingF? I got only this to say to them. Go fuck yourselves!

p/s: Nanti saya upload gambar eh?


6 responses so far

Apr 02 2009

Protected: Barisan pelakon baru Greys Anatomy.

Published by Totin Jamain under Please don't give up!

This post is password protected. To view it please enter your password below:



Enter your password to view comments

Next »