Archive for the 'Rock and roll!' Category

Mar 11 2011

Mari kita bermain muzik di Studio Rody!

Published by under Rock and roll!

Tak kira lah kita hebat ke tidak, tidak akan ada syarat-syarat “Tak tahu muzik, Tak boleh masuk studio”. Rody tak kisah. Sebab dekat studio Rody, siapa tak tahu muzik alih alih jadi hebat muzik. Dia macam letak makhluk halus yang boleh memukau kita untuk bermain muzik. Eceh dan dan je aku ni.

Macam dalam gambar ni. Kan nampak hebat kan? NAMPAK JE HEBAT. -_-

Malaysia Tanah Air ku. *tiba-tiba.

Kau dapat rasakan tak macam perempuan kena sawan? Sawan muzik namanya. In fact, dia mana reti main drum. Pegang stick drum pun macam pegang chopstick. Tapi drum di studio Rody membuatkan perempuan sawan ini seolah-olah hebat.

Haih fedap la aku belajar main drum ni. Banyak betul nak kena ketuk.

Kenapa muka macam nak kena lempang?

Ini semua adalah adegan boring tunggu Rody buat kerja. Camwhore lah apa lagi! Di samping itu, I nak promote bagi sesiapa yang berminat untuk bermain muzik bersama Rody, wtf? salah salah. Bagi sesiapa yang nak berjamming, recording lagu, berangan nak jadi artis? Alat muzik provided oke! Kau tak payah nak bawa gitar kau berat berat sebab gitar derang gerenti lagi hebat dari gitar kau. Nak pakai gitar Hello Kitty pink pun boleh tapi sewa mahal sikit lah sebab owner Hello Kitty tu kedekot. Haha apa-apa hal, boleh lah ke Studio Rody Kristal di

No 23A, Jalan Impian,

Taman Impian Ehsan,

43300 Balakong, Selangor.

Berdekatan lot kedai 99Speedmart.

03-89611324

(untuk booking bukan untuk berkenalan)

Haip!

9 responses so far

Jan 20 2011

Ku persembahkan

Published by under Rock and roll!

Kerana tak tahu nak update apa lagi, maka mempersembahkan….

p.s; Ini lah penyebab utama hujan lebat di Johor. Larrrriiiiii.

[Auto-updated Post]

16 responses so far

Dec 30 2010

Di pasaran sekarang juga!

Published by under Rock and roll!

149604_167576319941321_167552333277053_389880_3722333_n copy

Tak tahu lah ini album mereka yang keberapa. Tapi yang penting ini album terbaru dari mereka. Terdapat 12 lagu termasuk minus one lagu Luahan Hati, lagu peberet(favourite) tu. Bila driving, keluar part minus one memang lirik hentam kromo lah I menyanyi sambil drive.

Ololo dengar intro je dah touching. Baldi please. Baldi.

DSC06992_副本 copy

Sebenarnya dah dapat album promo dia sebelum ini. Tapi I mengada-ngada nak album yang betul. Tak mahu yang edisi promo punya don’t want don’t want! Jadi dengan muka kasihan I suruh dia pergi kedai kaset original untuk beli album dia sendiri. Kih kih kih.

DSC06993_副本 copy

Masa belek-belek CD dia, ada fans ajak dia bergambar bersama. Kih kih kih lagi sekali. Mesti fans dia cakap, buang tebiat betul artis ini belek belek album sendiri di khalayak ramai.

Yang special nya bila kita beli album original ini, sebab apa tau! Sebab apa?

DSC07176_副本 copy

Sebab disertakan dengan kata-kata penghargaan. Wtf.

DSC07177_副本 copy

Kejap kejap kita zoom in sedikit.

DSC07174_副本 copy

Terima kasih daun keladi.

Sebab mereka dah bagi credit dekat I, maka I akan promote album Luahan Hati ini ke serata dunia. Eceh tak ada maknanya. Dapatkan di pasaran sekarang dengan harga Rm26.90 Beli yang original, jangan beli yang cetak rompak sebab yang original ini ada edisi khas suara Lan yang dapat datang dalam mimpi malam mu. Ha ha percaya please.

Kalau ada yang nak mintak discount, boleh!! Boleh berurusan dengan pemilik kedai yang korang pergi itu lah. ;p

12 responses so far

Dec 27 2010

Akulah Bintang! eh salah, Kamilah Bintang!

Kamilah Bintang memang rancangan realiti TV kanak-kanak baru di Astro Ceria. Kalau tak kerana kawan-kawan I ada contribute dalam KB, memang I pun tak tahu lah. Khamis lepas I pergi tengok konsert Final Kamilah Bintang dekat FINAS. Terasa macam diri masih kanak-kanak pula bila berada di tengah kanak-kanak. Kekeke.

DSC06950_副本blog

Ini waktu pintu utama belum buka lagi. I kan VVIP so boleh masuk dulu eceh muntah jom? Tapi bila pintu utama dibuka dah macam rombongan sekolah menyerbu masuk. Pening betul. Ada yang siap bawa bag sekolah beserta botol air macam nak pergi sekolah tu. Deq, ni konsert deq, bukan Mari Melawat Zoo Negara. Zoo Negara ada dekat sebelah FINAS ni je.

RoDY kRIStaL  .jpeg(1)

Rody, music director untuk KB musim pertama ! Eceh ceh. Kumpulan Kristal sebagai back up musician untuk final KB. Eceh lagi sekali.

DSC06956_副本 copy

Dua di sebelah adalah back up singer untuk KB. Suara-suara suprano tu semua suara mereka lah.

Finalist KB ada 6 orang, semua best dan ada keistimewaan sendiri. Paling handsome is Aiman. Bila tengok Aiman terasa macam nak masuk form 1 balik dan tulis surat ajak berkenalan, letak bawah meja dia. Paling cantik dan gorgeous is Qistina. Ololo geramnya dengan dia ni. Peramah sekali yang paling muda, Wani.

DSC06960_副本 copy

Dari first show lagi I dah minat dengan Qistina. Comel dan ada style. Lebih teruja bila dia sempat pinjam guitar Hello Kitty I untuk week keberapa entah lupa. Punya lah pemalas nak mengejar budak-budak KB untuk ambil gambar, so I pesan dekat Rody, “Panggil Qistina datang sini!” Haha amboi amboi.

DSC06966_副本 copy

Yea, Inilah dia Wani, Juara Kamilah Bintang Musim Pertama. Eceh adik I menggigil tu Wani peluk dia tu. Kih kih kih.

First time membawa adik jumpa artis artis sana sini lepas itu balik rumah terus adik bagitahu penghuni rumah, tadi Nazim jumpa abang Zoey, Nora Danish, Aznil, Stacy pun ada dengan yang besar-besar tu, Adibah apa entah. -_- Jumpa Rody ko tak heran pulak kan? Wkwkw.

Kalau belum tengok lagi, rajin-rajin buka Astro Ceria untuk siaran ulangan Kamilah Bintang!

27 responses so far

Jun 11 2010

Video Ariel Peterporn

Published by under Rock and roll!

Amboi amboi saja je I tulis topic panas macam tu. Mesti ramai Indonesians google dan terperangkat dalam blog I. Lepas itu terpinga-pinga tak faham I tulis apa, sebab I tulis bahasa Melayu. Kekeke.

Dan mungkin bila nanti

Kita kan bertemu lagi

Satu pintaku jangan kau coba

tanyakan kembali…

Eh eh, rindu tak lagu ni?

I ingat lagi masa tahun pertama I datang Indonesia, I sangat fanatik Ariel Peterpan. I pernah pergi konsert Peterpan 3jam berdiri depan sekali. 1 meter Ariel di depan mata. Menjerit-jerit I lihat Ariel yang putih seksi. Sempat bersalaman dengan Ariel, 3 hari tak cuci tangan. Masa itu I tak bawa handphone, apatah lagi camera. Jadi tak ada lah gambar. I pergi dengan abang-abang senior I. Mereka semua bawa handphone, tapi balik-balik concert je handphone semua hilang. Kekeke.

I
Lelaki yang bermata sepet (macam Farid Kamil) itu seksi.

Kali ke-dua jumpa Ariel and the band masa I pergi makan dekat restoren. Kebetulan, time I pergi tu, peterpan makan dekat situ.. and dia sempat buat mini show dekat restoren itu. Ohhhh I lah paling excited. Tapi sekali lagi tidak bawa camera, sebab tak merancang. Eh I rasa I ada bergambar dengan dia pakai camera handphone, tapi muka I sememeh kot. Entah mana I letak gambar itu entah.

Sayangnya, kalau tak mesti gambar kita sudah tersebar meluas. wtf.

Minggu ini, Indonesia digemparkan dengan kesilapan ngok-ngek Ariel. Ariel telah missed place external hard disk dia lalu dicuri oleh orang yang kurang asem! hem, yang salah Ariel ngok-ngek atau orang yang kurang asem itu ya? Okay apa-apa lah. Setelah video Ariel dan Luna Maya, kemudian tersebar Ariel dan Cut Tari (seorang Veejay dan presenter terkenal cun melecun Indonesia). Katanya Ariel ada 32 koleksi video bersama celebrities lain di dalam hard disknya itu. Antaranya Ratu Felisha, Aura Kasih, Andara Early, vokalis band SHE, Melly Herlina, BCL (Alamak kakak saya!). Eh itu, encik Google yang bagitahu ye. Yang penting, senarai nama tersebut adalah celebrities cantik Indonesia. Ariel, you are the man lah!

Hah bukan sahaja di dunia hiburan, di hospital pon sana sini the doctors and friends semua passing-passing video ini. Lol.

Oleh kerana heboh trending topics #Peterporn dekat Twitter, seorang ratu porn terkenal Amerika pun peliklah ‘Eh siapa itu #peterporn? kenapa heboh sangat di dunia twitter? Siapa lagi yang hebat porn selain saya?” Cheh konon-konon dia cakap begitu lah kot. So dia google dan mencari tahu.

Nah kau. Terkenal sudah Ariel di dunia antarabangsa. Comel betul cara dia menulis blog menghujah tentang Ariel and the hottest Indonesian girls. Sampai dekat twitter dia itu, ada satu part dia tulis ‘Kalau Ariel datang Amerika, saya mahu buat filem porn dengan Ariel’ . Haha tersedak I.

Blog artis porn Amerika tersebut, I tak nak share. Sebab sebelum masuk blog dia nanti kena melalui jurang-jurang gambar yang tidak sihat. Tak elok untuk adik-adik di luar sana. Tapi kalau nak download Video Ariel dan Luna Maya atau Cut Tari, boleh click sini

Free Download Video Ariel – Luna Maya – Cut Tari

Terima Kasih.

p/s: Amboi I ni, kalau suruh tulis pasal gossip artis laju sahaja.

18 responses so far

Next »

| |