Archive for the 'Love you to the moon!' Category

Nov 29 2016

Aurora’s 3rd Birthday

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, berjaya buat majlis sambutan hari lahir Aurora In’aqsa yang ke 3 pada 1 October 2016 yang lalu. Wakaka 2 bulan berlalu, baru sekarang sempat update blog. Tahniah kerana anda semua tabah menanti update dari blog ini. Masa awal-awal selesai sambutan hari jadi tu, gigih bercita-cita nak terus update dekat blog. Kononnya balik rumah terus update. Tapi terperam tulis title entry je sampai ke sudah. Nak tak nak kena menulis juga, nanti ada lah juga kenangan buat Aurora. Bila dia dah besar, dia tau yang mommy dia tak pernah lupa untuk sambut hari ulang tahun dia.

Checklist Birthday Party Aurora:

TEMPAT

14568163_10154555916442641_9181466128761899137_n

Sebenarnya plan nak buat birthday party Aurora pun last minit. Memang kebetulan kami sekeluarga ke KL minggu tu, jadi preparation pun buat seminggu sebelum. Nak buat sendiri memang tak sempat lah. Zaman teknologi ni kita google, instagram, search mana yang patut. Minta quotation semua tempat yang suggested for kids birthday party. Nak cari tempat yang boleh siapkan semua termasuk katering, decorations and ada game.

Banyak juga buat survey.. mula-mula tertarik nak buat dekat Jungle Gym. Tapi tempat banyak penuh. Memang rata-rata contact semua dah fully booked. Maklumlah masatu tengah cuti umum Awal Muharam. Survey punya survey, akhirnya dapat tempat buat dekat Bubbles & Beans, Ayer 8, Putrajaya.

Apa yang best dekat Bubbles & Beans :

  1. Jarak dekat dari rumah abang Totin di Bukit Jalil.
  2. Affordable price, murah dan berpatutan sangat!
  3. Pilihan makanan simple.
  4. Banyak game disediakan – giant bubbles, non motoric bicycle, train, ect
  5. Layanan diorang memang tiptop.
  6. Sound system disediakan.

14517606_10154555899402641_6271519043526731986_n

Antara game yang disediakan, Giant Bubbles. Majlis belum start lagi, Aurora dah berpeluh basah kuyup main bubbles.

14364644_10154555912317641_8952106393379564787_n

Paling best, B&B provide train ni. Ada 3 kali trip, semua boleh naik baik dewasa mahupun kanak-kanak. Rugi siapa tak naik. Train ni sepatutnya bawa pusing keliling tasik tu, tapi sebab timing event pun buat tengah hari matahari terpacak , memang panas lah kalau ke tasik, train pun jalan ekat-dekat corridor and outdoor yang dekat sekitar B&B sahaja.

Apa yang tak best:

  1. Ruang party kecil.
  2. Decorations yang disediakan tidak menarik.
  3. Waktu yang fix. Actually sebab kami lambat booking, waktu yang available cuma pukul 11am-2pm sahaja. Dan lepas tu mereka kena prepare untuk next birthday party pukul 4pm. Tak syiok sebab kelam kabut dah kena balik sob sob.

14523274_10154555911122641_7511167813048849473_n

Kecik je tempat ni, nasib tak ramai sangat yang datang. Jemputan tak sampai 50 orang pun dah sesak. Kalau jemput sebatilion mau semua makan bersila kat luar agaknya.

2. TEMA

Haa ni satu masalah besar. Tema berubah-ubah setiap kali tanya Aurora. Mula-mula dia nak tema Barney balik, tapi tak setuju sebab last year dah Barney. Lepastu dia kata nak tema Little Pony, kemudian aleh-aleh minta tema Mr Bean (????), last dia minta tema Hello Kitty. So dah malas nak tanya lagi, terus decide tema Hello Kitty. Bila dah tempat semua, dia boleh mengaruk nak tema My Little Poney balik. Malas nak layan.

2. DECORATIONS CANDY TABLE

14522724_10154555899657641_7669950320530453114_n

Untuk decorations for candy table/ cutting cake table, memang pihak B&B ada sediakan, tapi Totin tak berkenan. Tak memenuhi citarasa. Cheh ni birthday sapa ni kita pula yang over. Survey punya survey jumpa lah instagram @sheparty_creative ni. Nasib dia sanggup accept order last minit kita. Buat pun last minit jadi budget pun last minit. Harga berpatutan dan puas hati sangat. Daripada decorations sampai lah ke candy and cupcakes, semua sedap-sedap!

14495377_10154555899782641_8339508049548754998_n

Cupcake can brownies tu semua dia provide. Memang sedap!

3. BIRTHDAY CAKE

14495376_10154555899987641_584891420556341630_n

Untuk birthday cake Aurora, Totin tempah dekat instagram @wahdi_le.chouette.macaron . Memang dah lama survey cake dia ni. Sebelum ni pernah attend birthday party cousins, rasa tak puas makan cake dia, sedapppppp sangat. So kali ni memang decide nak tempah dengan Wahdi. Harga cake ni RM200. Tapi jangan risau, memang sedap menjilat jari. Decorations sangat kemas, memang Totin sengaja minta colorful, tak nak typical hello kitty pink cake. Too childish. And paling penting, rasa cake memang puas hati. Ada 3 lapis dalam tu, choc-redvelvet-vanilla, masa menaip ni pun menjejeh air liur terkenangkan rasa cake yang syahduu sangat. Nak kena tunggu birthday Aurora tahun depan untuk order lagi cake ni. Order selalu bankrupt kang. T_T

4. Mr. Clown

14457372_10154555913547641_7534729612241035565_n

Memang teringin sangat nak panggil clown datang. Sukaaaa tengok clown. Kan dah cakap birthday party ni macam mommy Aurora yang syok sendiri. Kah kah kah. Banyak juga contact clown sana sini, semua fully book. Baru tahu pekerjaan jadi Clown ni laku rupanya. Agak-agak dah takde kerja nanti nak jadi clown jekla. Bukan orang kenal pun bhuahaha. Okay, untuk servis clown, Totin pakai @papa_clown. Boleh check dekat instagram dia, bukan sahaja ada badut service, dia boleh buat event planner, maskot, magic show dan macam-macam pakej lagi. Kalini kami ambil pakej simple je untuk clown and balloons tu je. Nak suruh buat game and magic show tak perlu kot sebab masa sangat tidak mengizinkan. Yang datang ni bukan papa_clown, mungkin anaknya T_T. Tapi takpe best juga bro clown ni, layankan je balloons segala bentuk yang kami order. Bukan budak-budak je yang excited, mak bapak budak pun over ok.

14446196_10154555910452641_1621017243686927440_n

Budak-budak, mak bapak budak semua excited.

14495473_10154555913577641_865249788063353224_n

Balloon bentuk sesungut pun ada.

14457276_10154555907237641_7331682246382502616_n

Overall, majlis berjalan lancar. Thankyou so much yang datang! Sorry banyak-banyak pada siapa yang Totin lupa jemput, nama pun last minit, memang main jemput siapa yang terlintas dikepala sahaja. InsyaAllah 2017 , ada rezeki lebih, Aurora buat sambutan lagi. Since 1 October 2017 jatuh pada hari Ahad (Johor bekerja) Totin belum decide lagi nak buat 30 Sept atau 7 Oct 2017. Save dua date ni awal-awal ok.

14520389_10154555914197641_5265252328137303496_n

Birthday Girl dah mengamuk. -_-

One response so far

Nov 01 2012

Trash Our Dress!!!

20 October 2012

Saja nak share pasal prewedding photoshoot hari itu. Mula-mula tak nak share. Tak surprise lah gitu. Tiba tiba terasa macam mungkir janji dekat diri sendiri. Tiba-tiba nak share juga. Tak kira. Kita memang tak pandai simpan rahsia. Ngee

Punyalah bangang nya, barang penting untuk photoshoot I tak bawa. Tertinggal bag make up dekat Johor. Itulah nyanyuk, penat balik dari oncall, terus ke KL tanpa memikirkan make up kit yang tertinggal semua. T_T Bila nak makeup terus gelabah habisssssss. Apa I buat?? Rushing pergi Jusco berdekatan terus beli Clinique make up set, yang basic jerla. Foundation, powder, eye shadow, blusher, lipstic ahaa lenjan je beli last minute. 10 minit shopping segera namanya. Make up dalam kereta, sementara tunggu photographers datang and tunjukkan location shoot.

Tengah tengah camwhore ada kereta sebelah menegur cis cis ganggu konsentrasi.
Sebenarnya tak ada effect pun makeup ke tidak. I bukan makeup tebal-tebal pun. Just nak cover muka mengantuk semenyih penat lepas oncall je. Ikutkan, photoshoot kali ini memang tak memerlukan make up pon.
Lokasi photoshoot terletak di rumah usang peninggalan siapa pun main redah je.
Photographers memang ramai. Jadi mereka gunakan setiap sudut rumah untuk shoot kami. Ada yang panjang bumbung rumah ini untuk dapatkan shoot dari atas. Sungguh-sungguh tak diorang? Photographer zaman sekarang banyak insurans kot!
Bancuh membancuh cat.
Trash Our Dress adalah konsep prewedding kami. Sengaja pilih konsep yang sempoi dan comot-lomot. Nampak lain daripada lain. Bosan tengok gambar prewedding tipikal yang romantik-romantik di taman, dindaa.. kandaaa burung pun turut menyanyi.
Barisan photographers, ada 8 orang. Semua sangat sporting! Sungguh-sungguh diorang ajar kitorang untuk dapatkan shoot yang awesome. Paling best bila adegan dari baju bersih ke baju kotor.
Waktu kami disimbah cat, holamakkkk macam redha jeklaa..!!
Kan dah kata, sia-sia je makeup.
Gambar sikit-sikit je boleh upload. Ni sisa gambar dalam handphone dan sebahagian daripada facebook photographers yang upload teaser. Kalau nak tengok yang full version, jemput datang time wedding! ;p

Team photographers

Official Photographer: Yuzairi Yusof

Official website: yuzairiyusof.blogspot.com

Team Photographer: Lookitlove Photography

Facebook: http://www.facebook.com/pages/LOOKitLOVE-photography/165498946854337

Sebenarnya untuk dapatkan photographers yang boleh buat konsep cenggini tak banyak. Susah nak cari yang betul-betul cooperative. Kena dapatkan photographers yang gegila dan senang nak bekerjasama. Barulah tak kekok dan hasilnya memuaskan hati.

Lama juga I study untuk cari photographers bersesuaian for our prewedding shoot, solemnization, reception. Bila tengok gaya derang shoot and konsep yang unik-unik terus berkenan! Price? korang jangan terperanjat bila I bagitahu harga diorang yang sangat sangat berpatutan!

Official photographer pada photoshoot prewedding I adalah Yuzairi Yusof dari team Lookitlove Photography. Sebenarnya Yuz ini kawan-kawan zaman muda mudi. Bila dah kenal dia, senang sangat nak bekerjasama. Dah lama usha hasil kerja tangan dia tapi tak berani nak shoot dengan dia sebab professional sangat ehehehee. Maklumlah dari team besar, kita ni cecikai je posing pun masih kaku kaku ubi kayu. ;p

Sesiapa yang dapatkan photographer yang superb, I suggestkan cari photographer dari team Lookitlove!

6 responses so far

Apr 11 2011

Kerna ku sayang kamu..

Published by under Love you to the moon!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak ada pape nak cakap.

Bye.

6 responses so far

Apr 06 2010

Protected: Saya mengalah bukan bererti saya kalah..

Published by under Love you to the moon!

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

Mar 17 2010

Protected: Habis tisu 1 kotak.

Published by under Love you to the moon!

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

Next »

| |