Archive for the 'I'm just rambling.' Category

Sep 08 2010

Kawan-kawan saya kirim kuih tart.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

blog

Amboi-amboi suka nya dia nak balik beraya di Malaysia. Padahal esok akan menderita sebab terpaksa survive dari LCCT rushing pergi KLIA untuk naik second flight to JB. Dengan tak ada nombor phone Malaysia pula. Hah menderita. Dahlah tak ada duit syiling nak call guna public phone. Agak-agak kalau nampak si gadis terkontang kanting dekat airport tak ada mak bapak tu I lah tu. I lah tu. Jangan tegur tau. Buat malu aku je.

Kepada sesiapa yang nak jumpa, datang beraya di rumah pada malam raya pertama. I buat open house untuk semua. Eh suka-suka je buat open house lah apa. Tak tak, bukan open house, tapi I buat acara jumpa menjumpa. -_- Yang tak tahu rumah I dimana, boleh call operator. kekeke.

IMG01374-20100907-1527_副本

Orang balik bawa baju raya, I bawa products. Siapa tak order, menyesal tak? Yang dah order pun jangan nak hip-hip-horey, sebab banyak product yang out of stock. -_- Sorry. Nanti duit dikembalikan or pospone to 2nd batch.

SELAMAT HARI RAYA!

Hwaaaa sedihnya nak leave Jogja for awhile. Cheh mengada lah kau!

Ps; Saja tulis topic cenggitu supaya tak lupa belikan kuih tart untuk kawan-kawan dekat sini. Majulah kuih tart Malaysia! *tiba-tiba*


2 responses so far

Sep 05 2010

“Kau terlalu mencintai diri kau, sampai kau tak tahu macam mana nak mencintai orang lain”

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

I was chatting online with my long-lost contact cousin, and she said that! Terasa macam kasihannya diri aku. Kadang-kadang kita tak dapat menilai diri kita. Orang lain yang lihat. I admit that, yeah, I love myself too much. I did itu dan ini for myself. I wanna be success in life, tak kira lah dalam diri dan kerjaya. I repeat, SUCCESS! Bukan nak gila glamour. -_-

I sanggup makan tempe hari-hari just untuk mendapatkan cleavage. Facial and hair treatment every 2weeks. Scrubing, lulur, mandi susu, body wax and all related with that stuffs. In my mind now sekarang tengah berimpian untuk membuat mesotheraphy angkat lemak pipi, laser for hair removal, microdermabrasi hah hah banyaknya impian. Sampaikan kawan I cakap lebih baik pergi buat plastic surgery sana! -_-

blogg

I obsessed with myself. Pening kepala kalau bercinta with the boyf and he can’t accept the way I am. Bila bersolek sedikit, buat apa nak solek-solek? Membajir orang jawa cakap. Hello, I am a girl, and you are a boy. So you shut up. Bila perempuan ke saloon, they’ll ask, kenapa kena pergi saloon every 2weeks? Sebab perempuan ada rambut cantik-cantik tak macam rambut kau macam ular sawa, bwerk! :P

Pening kepala lelaki cenggitu.

So you get my point? I memang tak tahu macam mana nak mencintai orang lain.

I love myself because nobody loves me.


29 responses so far

Aug 28 2010

Kalau berkenan, apa tunggu lagi.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Boleh beli segala product yang I perkenalkan dalam blog ini. Sambil sambil order itu baca bismillah,semoga product tersebut berkesan dengan kulit anda. Untuk list harga dan cara order,cekidaut Facebook: Formspring Totin Jamain. Cepat, sebelum terlambat. Ingat, order sebelum 7 September untuk first batch!

Okaylah saya mengantuk tak tahan nak membebel lagi. Buka puasa dengan minum air, kemudian sambung tidur. Sekarang ini pun update pakai blackberry sambil mata kelelep-kelelep.

Goodnight. Jumpa lagi di lain waktu.

Posted with WordPress for BlackBerry.


No responses yet

Aug 23 2010

Tak boleh mengeluh. Haip!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Apabila lappy rosak, semua benda tergendala. Watermark pun hilang. Tak apa. Nanti boleh ganti yang baru. Tak apa, bulan puasa kena bersabar. Lepas itu menggelabah buka photoshop lain macam. Buka paint lain macam. Microsoft Words pun tak tahu dekat mana. -_-

Okaylah mengantuk. Nanti esok update lagi. Eh tak. Esok on call damn it. Lusa lah baru boleh update kalau cenggitu.

IMG01274-20100820-1713_副本blog

Saya kadang kadang serious

IMG01262-20100820-1710_副本 copy

Kadang-kadang jadi cenggini.


11 responses so far

Aug 19 2010

Facial foam untuk kulit sensitif!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Bila ditanya facial foam apa yang sesuai untuk kulit sensitif, kulit yang mudah merah dan berjerawat, kulit yang degil macam orangnya juga -_-, susah betul I nak jawap. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Tak sama. Kesihatan kulit bergantung kepada genetics dan nutrition kita seharian.

Tapi kalau tanya I apa sabun pencuci paling selamat, berkesan, tidak akan menyebabkan skin irritation, dan digunakan oleh doktor kulit untuk patients yang mempunyai masalah kulit berjerawat, adalah pencuci muka Skinese. Botol dia simple sahaja macam pencuci muka cikai, harga memang sangat murah tapi tak perlu diragui lagi, saya tak tipu. Ini memang facial foam yang dijual oleh doktor kulit dengan harga yang melambung lambung padahal kalau beli secara langsung, harganya hek ele..

Cuma dijual di Indonesia. Siapa mahu? Tulis dalam buku dulu. Kumpulkan apa barangan yang nak di order. Nantikan entry I seterusnya untuk list harga dan cara memesan. Wah tiba-tiba jadi penjual barangan kecantikan pulak. -_-

Posted with WordPress for BlackBerry.


14 responses so far

Aug 12 2010

The black disgusting cockroach!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Lokasi sekarang di Rumah Sakit Umum Daerah Banyumas, Jawa Tengah.


4.30pm I akan buat ward round. Kira macam melawat patient, hai! Dah makan ke belum? Hari ini puasa ke tak? Eh eh salah. Bukan tanya cenggitu, tapi lebih kepada, Selamat petang! Ada keluhan tak? Hari ini muntah-muntah lagi? Dah bersiap sedia untuk dibedah esok?

Jadi, dari satu katil ke satu katil, kita ditugaskan untuk follow up perkembangan patients. Sewaktu I ke ruangan ward C (ada 10 katil dalam ruangan itu), dengan muka poyo serious habis saat berjumpa patient,

Ada pula lipas hitam berukuran 4×2cm bersesungut panjang, berjalan jalan di sekitar kaki I. Okay I maintained.

Dia semakin mendekati.

I elak.

Dia mengejar!

I lari.

Dia kejaaaarrr juga.

Lalu I jeritttt!

Arghhhhhhhhh!!!!!! Kecoaaaa!!!!

Sudah itu, waktu melawat. Boleh bayangkan wad sedang crowded. Mula-mula semua tercengang melihat I. Iya lah, mereka dari golongan bawah (kurang berada) sudah pasti mereka pelik, ada juga orang yang takut lipas.

Kemudian, agak lama mereka lihat I terloncat-lonjat, berlari-lari sekitar bangsal, menjerit-jerit, baru mereka ketawa sambil teriak

‘HAHAHHA DOKTORNYA TAKUT KECOA!!’

Lalu mereka bantu menghalau lipas tersebut sambil ketawa terkekek kekek tidak henti henti.

Terima kasih. Tidak lucu ye!

-_-

Semoga semua patients wad Dahlia ruangan C cepat sembuh dengan hiburan saya petang tadi.

Begitulah kisah saya dan lipas kesayangan.

Ps; Kecoa=lipas

Hi, baru lepas mandi!

Posted with WordPress for BlackBerry.


12 responses so far

Aug 09 2010

Pink is all about me.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Masa dulu I buta warna. I can’t see any other color besides PINK. Eceh sebenarnya sekarang pun. Tapi sekarang sudah menjalankan beberapa treatment sehingga tidak kritikal macam dulu lagi.

Back to year 2004,

ALL-in-PINK_¸±±¾

Wah masa dulu bilik kemas lagi. Maklum lah baru-baru pindah.

Tapi bilik I sekarang, MasyaAllah buku-buku macam lahanat punya banyak -_-

dalam-lemari_¸±±¾

Masa dulu masih berani nak buka almari baju dan pamerkan kepada tetamu.

Bangga weh bangga ambil gambar lepastu tunjuk dekat mak bapak dekat Malaysia sambil tulis caption

“Mak, Ayah, saya dah pandai lipat baju! o_O “

Kitchen-stuff_¸±±¾

Barang barang masakan pun kena lah warna pink.

Beli rice cooker bukan sebab saya rajin masak nasi.

But it’s because of PINK!

Padahal masak nasi pon benyek-benyek lepas itu mengamuk salahkan rice cooker pulak.

My-stationary_¸±±¾

Stationary wajib lah warna pink!

Sesuatu-tu-xmustahil-kalau-kite-usaha-yah-i-found-this-1_¸±±¾

Extension plug ni I sayang sebab cute.

Tak penah penah ada orang yang sayang extension plug.

Susah-btul-nak-cari-fan-pink-tuhh_¸±±¾

Peh itu kipas kesayangan.

Have you noticed that the world of me is full of pink stuff?

Ok belum habis lagi

luar-dan-dalam-kenela-PINK-p_¸

Bahagian dalam pun warna pink juga.

Sekian sahaja dunia pink saya.


30 responses so far

Aug 04 2010

TV untuk dijual!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

7 MINGGU LAGI

Paling tidak suka mengemas buku. Buku ini bukan sahaja menyemakkan bilik tetapi menyemakkan kepala hotak sebab tak tahu macam mana nak bawa pulang ke Malaysia. Terasa seperti mahu sewa satu kapal terbang.

DSC04800_¸±±¾

Kalau adik-adik berani ambil medic, mesti dah berani bersiap sedia mengangkut buku setebal ini ke hulu ke hilir. Stamina kena kuat. Tak boleh lembek-lembek.

DSC04801_¸±±¾

Bila nak buang, sayang. Bila nak buang, sayang. Akhirnya jadi pekasam.

DSC04803_¸±±¾

Packing dalam kotak. Siap-siap dibawa masuk kapal.

Ini baru buku-buku, belum masuk make up stuff yang penuh satu meja, baju-baju yang macam nak meletop dah almari, kasut-kasut yang I rasa macam nak buang je semua. Eh, sedang kemas mengemas terjumpa ijazah lalu.

DSC04802_¸±±¾ copy

Nampak sangat, ijazah pon letak sepah-sepah. Kih kih kih!

IMG01129-20100724-1222_¸±±¾

Bukanlah papa kedana sampai nak menjual TV. Tapi dah tak ada idea apa patut dibuat dengan harta harta ini.

Untuk adik-adik junior yang sudi membeli, harga boleh runding sendiri.



16 responses so far

Jul 21 2010

Menjadikan anak pintar.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Cara belajar yang paling bagus untuk anak-anak kecil adalah membaca dan menghafal. Bukan menulis. Ingat, tak payah susah-susah penat-penat belikan pensil untuk anak 3tahun semata-mata nak suruh anak belajar menulis. Tak penting. Nanti end up dengan menconteng dinding. Anda juga yang stress.

Umur 5 tahun I dah pandai mengeja. Setiap sign board dekat tepi jalan I nak eja. Lepas itu frustated marah-marah my dad sebab bawa kereta laju sangat, tak sempat nak mengeja.

Two liki-liki (little kot?) birds sitting on the wall
One name Peter, one name Paul
Fly away Peter, fly away Paul
Come back Peter, Come back Paul
Hah, lagi ke?

Hah siap ada part, Hah lagi ke? Ini dia Noor Nazurah Amani my lil sister. Mulut becok rasa nak selotip je.


18 responses so far

Jul 20 2010

Hey to all Blackberry users!

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Untuk pengguna Blackberry, setiap kali nak snap gambar mesti akan bunyi *kceklek*. Kalau kita godeh-godeh sampai lunyai pon tak akan jumpa ‘mute’ symbol untuk menghilangkan bunyi yang menyemakkan itu. Kalau kita silent blackberry itu pun, masa snap gambar tetap berbunyi.

DSC04769_¸±±¾


Bagaimana nak mute bunyi sewaktu sedang snap gambar menggunakan Blackberry?

Lebih lebih lagi bila ada brader handsome sedang makan depan mata. Nak snap gambar curi-curi pun susah. Mula-mula kita..

  1. Download application ini di blackberry anda, Http://bit.ly/2xwyhf
  2. Install
  3. Tekan MUTE!
  4. DONE! :)

Senang bukan? I hope this is helpful to all blackberry users. So yeah, mari kita ambil gambar curi-curi lepas ini!

Credit to: Wenkt


16 responses so far

Jul 17 2010

Kedekot! Bwerkkk.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

I ingat nak bagi tips yang seterusnya tapi mata I dah kelelek. Tak boleh nak menaip dengan konsentret. Cuma sekarang I nak protest sedikit. Uhh sampai hati Meksis dikau berbuat begitu kepadaku. I dah menggunakan perlayanan websms sejak 6 tahun yang lalu. Dulu Meksis murah hati bagi unlimited free sms. Kemudian pelan pelan dia kedekot. Sehari 20 free sms, kemudian 5 free sms, kemudian tinggal 3 ketul sahaja. -_-

SEKARANG NAK DISCONTINUED PULAK DAH. T_T

Habis itu, I nak sms Malaysia macam mana? Nasib baik lah I duduk Indonesia tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Sabar je lah kau ni! Ada siapa-sapa tahu perlayanan free sms lagi tak?

Eh, menariknya nombor ini. Tak sangka sudah 100,100 orang yang berkunjung ke sini. Terima kasih.

I love you full lah!

Cinta Hati I akan datang esok!! Yeeeehaaaaa. Faham-faham sahaja lah. I’ll be having a rest from blogging for a few days! Maaf bagi yang menunggu tips kecantikan kulit. Stay tuned!


6 responses so far

Jul 08 2010

Tips mengorat saya.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Eh salah. Pandai-pandai je. Ini tips mengorat perempuan. I baca dari notes facebook orang. Sesuai untuk lelaki di luar sana yang nak mengorat I. Eh salah lagi. Yang nak mengorat perempuan, maksudnya.

Pertama sekali, yang penting adalah penampilan!

Penampilan:

1. Handsome?

2. Kemas dalam semua segi

3. Sentiasa berbau segar / wangi

4. Sentiasa senyum

Betulke?
1.Handsome atau tidak itu I rasa tak berapa penting. Kalau dia perempuan elok-elok, jarang sekali perempuan lihat rupa untuk pertama kalinya. Kalau dia reject anda sebab rupa, maksudnya dia perempuan tak elok lah!
2.Haa, kemas itu penting, kau nak pergi mengorat kot, bukan nak pergi bercucuk tanam. Tak perlu lah pakai gel rambut bertepek-tepek, cukuplah penampilan yang sedap mata memandang.
3.Eeeee. Rasa annoying betul kalau ada hati nak mengorat, tetapi bau badan macam hapa. Mulut bau belacan lah, bau asap rokok Udang Garam lah whoi busuknya.
4.Senyum itu bonus. Takkan lah nak mengorat tapi muka garang macam halimunan, masam macam kerang busuk? Jangankan perempuan, anjing betina pun tak berani nak dekat.

Tahu banyak benda untuk dicakapkan. Jangan sesekali cakap benda yang kau tak tahu ataupun cuba berlagak tahu..Tak tahu kata sahaja tak tahu.

Rasa nak selotep je mulut lelaki macam gini. Menyampah. Ada hati nak berdebat dengan I, tapi dengan kata-kata auta semata-mata. Lebih baik jangan malukan diri sendiri. Kelakar je rasa. Belum apa-apa dah kena reject.

Bila berborak, jangan kau yang banyak cakap. Lepas tu kau jangan pandai-pandai nak bagi pendapat. Kau jadi pendengar yang baik je. Biasanya perempuan bila dia cerita, dia cuma nak luahkan je, bukan nak dengar pendapat. Seelokknya kau backing dia selepas dia bercerita, misalnya : kalau dia cerita, dia marah, kau pun cakap “kalau saya la..saya pun marah macam awak..”

Tepat sekali. Bila kita mengadu something tu layankan sahaja. Jangan pula berani mati cakap “You yang salah, siapa suruh….. “ BLACKLIST. Ni siapa nak ngorat siapa ni? Seorang perempuan akan cari lelaki yang benar-benar boleh masuk dengan kita. Eh bukan ‘masuk’ yang tuuuuuuuu. Ish fikir kotor lah korang ni!

Mula-mula nak tegur, jangan nampak macam nak mengorat. Tengok situasi. Kalau dekat bank, buat2 mintak borang ke. Tapi jangan nampak bodoh pula. Lain kali datang tegur macam biasa, “hai” sahaja ke..kali ke tiga, cakap la dia nampak merah ke, biru ke. Kali ke empat kau cakap pula…“hai lawa hari ni”..Lepas tu mintak la borang ke apa ke. Kali keempat. Kau buat tak tau plak. Kali ke lima…dia pula tegur ko. Kali keenam kau mintak la no phone. Kali ke tujuh, kau dah cakap dalam telepon nak buat surprise, kau bawak coklat dulu bagi kat dia. Bungkus elok2. Pedulikan malu. Kalau kat ofis, kau buat yang sama..terutama kalau budak-budak baru masuk. Pastikan kau orang pertama yang tegur dia dulu. Dan kau buat macam kau ambik berat dekat dia supaya bila dia susah, dia cari kau..sebab kau je yang paling dia kenal. Tapi jangan kau buat macam nak mengorat. Kau buat macam jual mahal sikit. Control nafsu tu sikit.Dah dapat dating tu, jangan terus pegang dia punya dada, comfirm besok dia tak keluar dengan kau lagi..kawal nafsu dulu! Jangan gelojoh. Aku jamin berkesan, melainkan kau tidak memiliki syarat seperti di atas dan bawah.

Ahahaha adoi berdekah. Tapi betul juga, kita mana suka orang yang direct cakap ‘Hai, boleh ngorat?’ Pelempang nak? Ingat kita perempuan pasar ke nak mengorat cara macam itu? Sebenarnya perempuan suka lelaki jual mahal. Jual mahal sikit je jangan banyak-banyak. Lelaki yang membuatkan kita berfikir “Eh, dia ni suka kita ke tidak hah? Macam suka, macam tak?” Hah mencabar betul! Tapi ingat, jangan buat perempuan tunggu lama sangat, nanti melepas!

Kau kena ada kereta.

Ehem-ehem. Nak mengorat kita, tapi kita nak kena drive kereta, bawa dia ke hulu ke hilir. Banyak cantik! Lebih baik anda kumpul aset dulu, agak-agak dah stabil, baru lah boleh kenyit awek pujaan hati. Betul tak?

Kau kena banyak duit.

Being a guy in a relationship is costly. Tak boleh lenggang kangkung sahaja bila pergi dating. Perempuan tak suka. Kau ajak kita keluar, tapi makan minum kita, kau tak nak bayar. Eh itu okay lagi, entah-entah makan-minum kau pun, kita kena bayar -_- . Kalau nak mengorat, kena lah pandai ambil hati perempuan, time jumpa janganlah tangan kosong. Romantik lah sikit weyyyyy!

Kau kena tau banyak tempat untuk jalan-jalan.

Kalau memanjang ajak dating dekat kedai mamak, tak sampai dating ke 3 dah kena reject. Bawa lah jalan-jalan dekat tempat yang boleh buat memori indah antara kau dan aku. Nak ke anda jadikan kedai mamak sebagai memori indah? Cinta bersaksikan mamak-mamak roti canai? Blughhh

Setiap gerak geri kau mestilah spontan dan jangan nampak bodoh atau buat-buat.

Betul! Cuba jadi orang selamber sahaja, tak payah nak kontrol-kontrol. Geli aku.

Kau kena pandai berlawak sedikit.

Lawak sikit je. Tak payah nak over-over. Jangan buat lawak bodoh time first date, baru-baru kenal. Nanti perempuan jadi macam “Kena  ketawa juga ke ni? ….#$$%^%^&” -_-

Kalau kantoi, jangan sesekali mengaku. Matipun jangan mengaku. Sebab, sekali kau mengaku. Sampai mati dia ingat.

Yes. I memang jenis macam itu. Tak sure pula perempuan lain macam mana. Sekali dia tipu, sampai mati I ungkit ungkit ungkit ungkit. Hihi padan muka! Berani lah nak menipu dengan super woman? Eceh.

Jangan poyo sangat.

Baru-baru nak ngorat dah cerita up kan diri sendiri. “I anak bos. Kaya dan banyak duit. Bapak I pemilik syarikat penggembala kambing, mak I pandai masak dodol durian, nenek I pandai menari tai chi” Ada aku kesah?

IMG01021-20100704-2016_¸±±¾ copy

Ada ke orang nak ngorat?


22 responses so far

Jul 05 2010

Janji rock!

Eceh. Belum apa-apa intro dah keluar muka monyet ni. Tak apa sebagai pembuka selera. Kalau tak selera juga maaflah ya.

One whole day I berjalan-jalan. Nasib baik kaki tak macam lego. Kalau tak dah boleh tercabut-cabut. Sepatutnya ada photoshoot appointment tapi cancel last-last minutes. So apa kata kita ke Ambarukmur Plaza, ada modeling event and competiton from Natasha Skin Care.

Oh tidak sia-sia menemankan kawan. Sebab I dapat jumpa MITHA. Oh Mitha. Eceh macam gila bayang je gaya. Mitha ni adalah seorang penyanyi kump The Virgin, guitarist favourite I, anak didik Ahmad Dhani. Dia perempuan, tapi dia handsome. Aww handsome. Sekali dia goreng gitar, grrrrrrrrrrrr. Eh kenapa orang selalu cakap goreng gitar? Kenapa tak rebus ke, tumis ke?

Sila abaikan fringe I yang dah panjang. I kena bela fringe selagi photoshoot tak dijalankan. Tapi asek pospone je sampai bila entah. Nak tunggu fringe panjang sampai bahu kot.

*Alamak statement ni kalau photographer I baca ni mati I hilang job*


Kenapa I ikat rambut adalah kerana bad hair day. Malas haku nak set rambut. Bukannya I yang join competition tu.


Selipar memang sleck. I dah try pakai high heels tapi ternyata I tak boleh pakai heels lagi sejak kaki I terpele’ot hari itu. Sedihhhhh :( Balik Malaysia kena urutlah. Tapi tak apa. Selipar pon selipar lah, janji rock!

Banyak-banyak perempuan, perempuan apa yang benar-benar virgin lagi?

Ya! Tepat sekali, Mitha The Virgin!

Okay soalan bodoh.

Bye.


11 responses so far

Jun 28 2010

I love football because I love you.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Today.

I love England, and of course is also because of you. Eceh. Tapi sayangnya kedua team I dah kecundang. Italy awal-awal dah bungkus. Sekarang terpaksa akur dengan England yang kecundang ke atas Germany. Dasar Hitler!!!


Venue biasa I menonton bola, Myoozik cafe. Kalini Myoozik crowded sangat. Siap ada kumpulan penyokong sendiri. Layar outdoor untuk penyokong Germany, Indoor untuk England. Bila goal, yang sana jerit, yang sini BooOooo. Kalau follow twitter I, rasanya nak meletop dah I menjerit. Ups, maaf kadang-kadang bila kita emosi, tak perasan kata kata kesat. Itu diluar kawalan akal fikiran tau.

I duduk sebelah Gerrard. Gerrard made in Jogja maksudnya.


OMG It was a fcuking goal lahhhhhhh!!!!!!!!!!! Ok stop emo-ing Totin. :(

London bridge is falling down, falling down, falling down..
Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….
T_____________________T

Kalau Jepun pun kalah, I tak tahu nak sokong siapa lagi. Ghana mungkin? Ha ha. Okaylah, jari jemari sudah lemah longlai nak menaip lagi.

Ps: Hot chocolate dekat Myoozik Cafe ada wine. Baiklah terima kasih. Nasib baik kawan I si Gerrard made in Jogja ni, detect awal-awal. Itupun setelah I mahu order cawan yang ke 2. Hot chocolate rp20k kau letak wine rupanya. -_-


8 responses so far

Jun 06 2010

Click like if you like. Erkkkk.

Published by Totin Jamain under I'm just rambling.

Ada sedikit perubahan di blog I. Tapi tak adalah berubah mana. I cuma pasang “cute profiles” dekat sebelah side kanan yang memudahkan untuk ke facebook, myspace, or email I.  I letak review dekat left sidebar, lepas itu, di bahagian comment sudah ada ‘reply’ button. Yeay! Lama I fikir macam mana nak buat reply button rupa-rupanya hek eleh install plugin sahaja. Hek eleh. Lagi apa ye? Haaa. Dekat bahagian bucu kanan atas, I dah masukkan page ‘Who is Totin Jamain’. Mari lihat cepat!

Tetapi ada satu benda I tak reti nak buat. I tak tau nak google pakai nama apa nak cari benda alah itu. Tolong I cara nak letak gambar macam gini.. Sekejap ye. I bagi contoh dari blog Ailyl.

Ha. Ajar please. Bear in mind, I pakai wordpress ya kawan-kawan.

Ohya. Ada lagi satu nak umumkan. Ihihi malu lah nak cakap. Erm. Nak bagitahu ke tak nak ye. Ok dah bersedia nak tahu? Jeng jeng jeng.

Formspring Totin Jamain is now in Facebook!

Amboi amboi tak pernah dibuat orang, Formspring pun ada fans page. Maklumlah dekat page formspring tak boleh letak followers icons, so I buat facebook la ye untuk peminat formspring I. Eceh ada peminat ke tu? Nanti kalau ada jawapan-jawapan yang memusykilkan, atau ada salah faham atau fakta yang tidak betul, kita boleh discuss sama-sama dekat facebook page ye! Sayang anda semua. *Ewah.

Cepat! Jadi orang pertama yang click LIKE

Nanti I bagi hadiah Lollipop.-_-


10 responses so far

Next »