Aug 31 2012

5 hari di hari raya.

Published by under I'm just rambling.

Assalammualaikum,

Baru sedar tak update pasal raya ;agi. Maklum lah raya pun macam tak raya. Setakat ini baru beraya tak sampai 5 buah rumah. Kuih raya pun boleh hitung berapa ketul je makan.

Malam raya I kerja sampai malam. Besoknya letih, pagi raya pun bangun lambat. Mamai-mami pakai baju raya, just for memenuhi syarat untuk bergambar raya dipagi raya.

Selamat Hari Raya dari saya dan CikMun.

Baru lah namanya, Merdekaraya.

Sekejap sahaja bergambar. Tengah hari dah kena siap-siap. Prepare mental dan fizikal untuk kerja. Harini kerja sampai 11 malam. Tapi MO baik hati bagi kami yang muslim balik awal, pukul 9malam katanya. Dengan syarat, yang kerja oncall malam dah datang awal. Iye lah tak kan nak tinggalkan ward kosong tanpa doktor kang tiba-tiba patient collapse siapa nak handle?

Gambar di hari raya. Bukan pakai baju raya, tapi memang sengaja nak berbaju kurung. Sila abaikan selipar getah saya. Iyaa I memang suka pergi kerja pakai selipar senang nak rushing sana sini. Ngeh ngeh. Oh ini gambar bersama Dr. Nelson dan Dr. Hidayah yang juga poyo konon-konon sedih bekerja di 1 Syawal tapi padahal esoknya dia cuti sehingga ke 5 Syawal.

Baby 1 Syawal pun sibuk nak enterprem juga.

Konghasam nya, yang kerja malam datang pukul 11malam. Serupa macam bonus balik awal yang dijanjikan itu sia-sia belaka. -_-  I kena balik pukul 11 malam juga semata-mata tunggu mereka datang. CHETTTT.

Raya ke 2

Kerja full extended hours. Dari pagi sampai ke 11 malam. Tak apa yang istimewa selain mengira waktu nak balik, oh jam cepatlah berlalu, nak balik oh boringnya kerja di hari raya.

Balik kerja terus ke rumah Emmet sebab esoknya adik dia nak tunang. So tolong lah sedikit-sedikit apa yang patut. Tapi rasa macam tak berfungsi pun aku ni, datang rumah orang malam-malam buta baru nak tolong. -_-

Raya ke 3

Yey baru dapat cuti! Cuti raya ketiga tapi tak nama raya pun. Sebab whole day dekat rumah si Tunang sebab adik si Tunang nak berTunang. Haha ok pening. Adik Emmet nak bertunang lah senang cerita. Gatal budak-budak zaman sekarang kecik-kecik dah nak bertunang. Hikhik.

Eh tak adalah. Adik dia tak kecik mana, aku ni yang kecik. Rasa macam dwaft pula aku bila masuk dalam family Emmet ni. Tak apa janji cute. Ok confident yang penting.

Raya ke 4

Kerja lagi. Haa semalam penat di majlis pertunangan orang, hari ini kena kerja full extended hours lagi from 6am till 11pm. Pengsan gua pengsan. Tapi balik kerja masih lagi mengada nak pergi beraya.

Merengek dengan Emmet nak follow dia beraya rumah kawan-kawan dia. Emmet dah pergi beraya half, dia terpaksa fetch aku balik kerja. Padan muka. Tak peduli nak beraya juga!

Sempat beraya ke beberapa rumah kawan Emmet and last sekali rumah Scha Zober. Actually abang Scha adalah kawan baik Emmet so yeaaaaa, kira macam ada la gak beraya rumah kawan sendiri kan? Still including la kan? Tapi tak berapa best sebab beraya rumah dia pukul 2 pagi cenggitu. Parents dia dah tidur pula. Tak sempat salam datins! (mak Scha)

Raya ke 5

Tak ada apa lah. Boring. Kerja kerja kerja.

2 responses so far

| |