Jan 26 2011

5 bintang: Episode Akhir

Eceh siap ada episode akhir dah macam drama bersiri pula. Padahal cuma 2 episode je. Tapi korang memang hebat lah. Tak sangka semua hebat meneka hotel apakah 5 bintang yang I cakap itu.

Yes, hotel yang ada swimming pool per room disertai dengan lantai aquarium adalah Hotel Legend Water Chalets di Port Dickson. Siapa yang hebat meneka itu, I tabik spring lah. Korang mesti suka Cuti-cuti Malaysia dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita, bukan? Kalau teringin nak dapatkan room bombastik, dapatkam room Premium Water Chalets, tak mahal, dalam rm650++ semalam. Worth it tau, serious!

Ada juga outdoor swimming pool yang besar dan sesuai untuk berenang berkuak-kuak.

Dekat sini gerenti tak terhantuk dinding.

Kalau masih terhentak dinding juga waktu swimming, boleh swimming dekat laut dibelakang sana.

Ni dah kenapa dua-dua pose nak membongkok ni?

Tak payah nak tunggu I tulis full review pasal hotel ini. Tengok gambar pun dah rasa macam nak pack baju sekarang juga dan bercuti ke sana, kan kan kan?

Tu dia, kura-kura pink sedang berenang terkemut-kemut dari jauh.

17 responses so far

| |