Jan 22 2010

Rezeki jangan ditolak, tapi ditarik.

Published by under How to look beauty?

Saya tak suka main game! Saya tak suka main game! Mesti kalah. Kadang-kadang nak menang pun terpaksa buat-buat kalah sebab nanti adik saya Nazim akan merajuk. Itu yang malas tu. -_- But Clinique Game and Contest is really catch my eyes! Kakak Eliya Ezlin memang tau tau sahaja I suka game-game kecantikan macam gini. Senang dan mudah tak perlu menggunakan skills apa apa. Tak ada istilah kalah menang dalam bermain.

STEP 1

Mudah sahaja. Kita pilih wajah yang mirip-mirip kita. Kira yang paling iras dengan I adalah seperti di atas. Konon-konon I cantik macam gitu lah. Eceh.

STEP 2

Hari-hari kita cuci muka dengan Clinique. Sehari 2 kali. Tak boleh lupa. Tak boleh! Nanti tumbuh jerawat ang ang ang! Kita kena make sure energy power bar yang kita kumpul sentiasa full. Barulah score. Konon-konon kalau score penuh muka kita licin lah. Senang kan nak jaga muka?

STEP 3

Jeng jeng jeng. Tulis diari anda dan Clinique mengikut kreativiti anda. Tak perlu tulis diari untuk 30 hari, 1 tahun atau bertahun-tahun. Cukup 7 hari. Siapa jejaka yang I sedang jejaki sekarang?  Jangan lupa ikuti kisah hidup I bersama Clinique. Ewah.

Selepas itu, kita dah boleh impikan Produk barangan Clinique bernilai RM1000.  Dengan main game sahaja dapat barangan rm1000. Siapa tak nak itu memang cikgu dekat sekolah tak pernah ajar istilah ‘Rezeki Jangan Ditolak’.

Hah, apa lagi? Cepat lah vote I. Kalau I menang, I promise bagi you all free test sekali pakai eyeliner Clinique yang I dapat. wtf!

6 responses so far

| |