Archive for April, 2017

Apr 29 2017

Aurora dan sekolahnya.

Published by under Where the heart is.

Hahaha dah masuk 5 bulan hantar Aurora school. Baru terdetik nak blog pasal ni. Dari tahun lepas lagi dah rancang nak sekolah kan Aurora. Bukan apa, duduk rumah sangat banyak pengaruh. Susah nak kawal especially gadget. Bila dah sekolah, ada juga aktiviti dia boleh buat. Penat survey school mana yang sesuai. Susah nak bagi keyakinan dekat Aurora untuk sekolah ni. Dia jenis susah nak bercampur dengan orang. Apatah lagi nak tinggalkan dia dekat school. Confirm melalak. Sebelum ni dah beberapa playschool pergi, just untuk tanya-tanya je, Aurora dah menangis sedu sedan. Teacher pun nampak tak berapa mesra bila melayan Aurora yang nangis, so I reject. Memang mostly yang pergi I reject sebab diorang memang tak berminat handle Aurora yang menangis. Bagus juga Aurora buat macam tu, senang nak tau layanan diorang nanti.

Dalam banyak-banyak survey, Aurora berkenan dekat playschool ni je. Kenapa? Sebab ada swimming pool. Kekonon kaki swimming la tu padahal Aurora takot air sejuk. Haha. Tapi dia bajet sekolah lain takde swimming pool and it’s too typical with playground only, so dia rasa tadika dia yang ni sangat elit. Jadi dia bersemangat untuk tadika di sana! Greattt. (Padahal dah 5 bulan school, baru sekali je mommy bagi dia join swimming class. Yang lain dia tak sihat, weather tak cantik, macam-macam halangan yang buat mommy says no for swimming. kekeke)

Besides, Totin suka konsep pembelajaran dekat sini. Standard satu Malaysia. Actually tak kesah sangat pun, yang penting Aurora dapat bergaul cuma yang tak best nya, school Aurora ni from Monday-Friday. Tak sama dengan cuti orang Johor. Memang kebanyakkan hari Jumaat Aurora akan ponteng class lah sebab follow Totin yang bercuti kemana-mana . kekeke.

 

Good girl je Aurora dalam kelas.

Seingat Totin, sesi persekolahan smooth macam biasa. Tak banyak masalah. Aurora dah attend orientation class, dia happy je sebab banyak toys. Hantar je dia pergi class, tak ada lah nak teman sepanjang persekolahan tu. Rasanya semua bersangkut paut dengan teacher Aurora juga kot. Aurora suka dengan teacher dia tu. Tapi ada satu hari tu teacher dia tak datang class, so Aurora mengamuk tak nak pergi school sebab tak ada teacher tu. Amboi kau kecik-kecik dah pandai memilih.

Masuk bulan ke 3, gaya otai dah pergi sekolah.

Okaylah. Tak ada apa nak cerita pasal school Aurora. Tak suka expose pasal persekolahan anak. But so far Alhamdulillah, Aurora dah boleh membaca sikit. mengenal huruf, nombor. Warna walaupun comot dan huduh, at least she can colors. kekeke. Untuk tahun ni, Totin memang sangat busy untuk beri tumpuan penuh dekat pelajaran Aurora, tapi in a week, Totin akan make sure Aurora buat revision and study back what she had studied.

Apa yang Totin perasan, Aurora lebih suka menulis, compared to colouring. Berbeza dengan mommy yang kaki mewarna dari dulu. Aurora kalau suruh mewarna sikit je dia dah cakap penatlah! cuba suruh menulis, habis semua workbook dia buat dalam sehari.

Okaylah, sekadar mengisi kekosongan untuk update blog yang bersawang ni. Dah lama tak update sampai tak ada idea nak update apa. See you later guys!

p/s: Sejak anak sekolah ni baru sedar yang diri tak boleh mengajar anak. Rasa macam hot temper je bila anak main-main time kita mengajar. Haha memang mommy semua ada perasaan macam ni ke? Eee geram. Bila teacher kat school ajar boleh pulak dia buat. -_-

 

No responses yet

Apr 18 2017

How to Pull Off the Wedges Sneaker Trend?

Korang suka pakai wedges sneaker tak? Macam Totin, zaman muda mudi dulu Totin memang suka pakai heels. Rasa lebih confident kalau pakai heels. Tapi sejak ada anak ni, memang boleh patah kaki kalau berkejar-kejaran pakai heels. Women nowadays have been spotted rocking their look with trendy wedges sneaker. Betul tak? Nampak lebih sporty and be the perfect footwear to replace slip on. Jadi lebih senang nak bergerak lasak. Rasa penat pun kurang!

Sekarang ni dah macam-macam wedges sneaker idea. You can check out this Wedges sneaker lookbook , mana tahu ada yang berkenan di hati?

2

Sebenarnya wedges sneaker ni boleh pakai dengan berbagai-bagai fesyen. Bukannya fix dengan satu fesyen dan gaya sahaja. Nak pakai seluar boleh, pakai dengan skirt pon cantik! Tengok lah wedges sneaker ni dah jadi salah satu gaya fesyen untuk para selebriti di luar sana.

3

OMG cantik sangat! Wedges sneaker pun boleh pakai dengan sports attire. Nampak kita seorang yang lasak dan trendy.

36519dd55a676829edbbff1263386586

Siapa kata muslimah tak boleh bergaya dengan wedges sneaker? Cuba try match kan pakaian maxi atau skirt labuh korang dengan wedges sneaker. You can choose any kind of wedges sneaker and rock it with confidence!

5

Contoh wedges sneaker dipakai dengan seluar jeans. Tuck the end of your jeans in the wedge sneakers and it will definitely focus attention to your trendy footwear. Ni gambar lama Totin. Kasut ni sampai sekarang Totin pakai. Dah 3 tahun bertahan!! Tak menyesal langsung beli kasut ni.

So macam mana? Tertarik tak nak bergaya dengan sneaker ala-ala heels ni?

No responses yet

| |