Archive for September, 2013

Sep 30 2013

Resipi masakan untuk anak anak kekurangan zat.

Macam mana nak menarik anak-anak kita untuk makan? Especially budak-budak berumur dalam 2 tahun sehingga 6tahun. Waktu-waktu cenggini lah kritikal nak memujuk anak-anak makan. Sehinggakan mak tak perasan, kalau tengok graf perkembangan bayi dalam buku anak-anak tu, dah masuk pada skala kekurangan zat makanan.

Bila anak kekurangan gizi, dapat mempengaruhi perkembangan anak. Especially bab minda dan fikiran. Anak jadi letih, kurang bertenaga, susah nak dapat input pelajaran, mudah terkena penyakit dan sebagainya. Jadi mak mak kena lah take alert sikit pasal gizi anak-anak.

Okey kat sini I nak bagi resipi untuk kanak-kanak kekurangan gizi. Simple sahaja. Tapi cukup semua kandungan protein dan karbohidrat untuk anak.

AYAM BERGULUNG KEJU

BAHAN-BAHAN:

  1. 6 keping roti (dicanaikan)
  2. 6 keping keju
  3. 1 cawan cornflakes  (dikisar)
  4. 2 biji telur
  5. 1/2 cawan isi ayam (dikisar)
  6. 1/2 cawan sayur campur
  7. 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  8. 3 ulas bawang merah (dicincang halus)
  9. Lada sulah
  10. Garam dan gula
  11. Minyak (untuk goreng)
  12. Bancuhan gandum (sebagai gam)
  13. Salad, sos dan maiyonese (hiasan)

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam kisar dan sayur campur. Goreng -goreng lah sampai masak.

3. Perisakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Gaul-gaul kemudian kita asingkan dan ketepikan. Kalau jenis anak makan pedas boleh lah tambah lebih lada sula tu. Kalau tak makan pedas, tak payah letak pun tak apa. Ikut citarasa korang lah.

4. Kemudian kita lenyekkan roti dengan roller. Tujuannya bila kita goreng roti ini nanti tak adalah banyak minyak yang diserap pada roti tu. Kalau nak lebih menarik lagi, buang tepi-tepi roti yang keras tu.

5. Susun keju dan inti ayam sayur tadi atas roti yang telah dicanaikan. Iti ayam tu jangan letak banyak-banyak nanti susah nak gulungkan roti tu pula.

6. Kemudian gulung roti sehingga ketat. Sapukan bancuhan gandum di tepi roti untuk melekatkannya. Barulah gulungan roti tak terburai.

7. Celup gulungan ayam keju ke atas telur, lepas itu golekkan gulungan itu atas serbuk cornflakes yang dah dihancurkan. Nyammm. Dah boleh nampak crispy-crispy.

8. Step  terakhir, goreng gulungan ayam berkeju sehingga kekuningan.

SIAPPPP!!! Nak lebih menawan, hiaskan dengan salad, sos dan mayonese. Warna kuning keemasan, merah hijau itu semua sekaligus dapat menarik perhatian anak-anak kita untuk makan.

Bukan anak kita je yang terliur, dengan kita-kita sekali menjejeh air liur tengok ayam bergulung keju ni. Especially part cheese yang dah melting tu.

Nampak macam simple, ala-ala masak roti telur biasa tapi khasiat kalorinya lebih tinggi. Cukup dengan sayur, ayam, minyak, keju, dan cornflakes. Ingat ye, ni untuk anak-anak yang kurang zat sebab tujuan utama masakan ini adalah untuk menambah zat anak. Untuk kita yang dah terlebih zat tu tak digalakkan ye. Sekali sekala nak merasa tu tak apalah. Tapi kalau selalu makan terlebih zat cenggini badan boleh jadi macam tong.

Resipi ini I dapat masa kursus kekurangan zat makanan. Kalau nak tunjuk cara masakan satu-satu dekat klinik waktu follow up perkembangan anak memang tak ada masa lah. Jadi sesiapa yang terperasan dan terbaca blog ini, mohon share kepada semua para ibu ye. Especially untuk ibu yang anak dia kecik-kecik kurus kering tak sesuai dengan perkembangan umur dia.

5 responses so far

Sep 29 2013

Fraser Hill menakutkan T_T

Sekali sekala nak tulis cerita kisah seram. I tak pernah nampak hantu, tapi aura-aura seram / rasa tak sedap tu boleh terasa. Minggu lepas, I ditugaskan kursus di daerah Kuala Kubu Bharu selama 3 hari. Tak pernah pergi tempat tu, so bila dapat tahu kursus dekat situ, terus google. Agak jauh juga dari rumah dekat Ampang, dalam 73km +. Kalau ulang alik macam tak sanggup, jadi kami pun booking rumah rehat dekat situ. Nasib baik husband sudi temankan.

Sebenarnya datang KKB je dah terasa lain macam. Nak dijadikan cerita, habis kursus pukul 5 petang, husband ajak ke Fraser Hill. Sebab tak tahu nak pusing-pusing kemana. Jadi kami pun redah ke Fraser Hill tanpa sebarang idea apakah itu Fraser Hill. Ada apa dekat situ? Nak dijadikan cerita, jeng-jeng-jeng.

Jalan nak ke sana punyalah berliku-liku. sunyi sepi, tak berkenderaan langsung. Tak nampak orang langsung kiri kanan. Makin kami teruskan perjalanan, makin rasa tak sedap hati. Dan terasa jauhhhhhhhhhhhhhhh sangat. Apasal tak sampai-sampai lagi ni? Signboard tulis macam dekat?

Cuaca makin lama makin senja. Dah seram sejuk. Jenguk dekat meter minyak, tinggal 2 bar. Bagitahu husband, sempat lagi kot sampai atas, nanti kita isi minyak. Okeh, fine. Istigfar je sepanjang perjalanan sebab perasaan tak sedap hati tu semakin menjadi jadi. Ketiga-tiga handphone masa ini tak ada coverage. -_- GPS untuk anggarkan perjalanan ada berapa jauh lagi pun tak dapat detect.

Makin teruskan perjalanan, makin sunyi jalan tu. Dedaun kering penuh atas jalan, menunjukkan jalan itu macam dah bertahun-tahun tak pernah orang lalu. Hampir-hampir ke puncak, nampak rumah-rumah lama peninggalan British penjajahan dulu, jumpa jambatan lama yang dipenuhi rumput2 menjalar. Nampak sign board besar Fraser Hill, tapi dah berkulat-kulat. Serious memang keadaan seperti dah bertahun-tahun ditinggalkan. Bukan kah Fraser Hill merupakan salah satu tempat peranginan di Malaysia? Ehh, Serammmmmmm. T_T

Dan waktu itulah minyak habis, tinggal sisa-sisa 1 bar. Masa ni dah tawakal, apa nak jadi semua berserah sahaja. Dalam keadaan sunyi sepi tempat tu tak ada orang langsung, ada seorang mamat ni buka stall jual burger. Yang itu pon kami pelik tapi dalam kepala masa itu cuma nak minyak kereta sahaja. Tanya dekat brother itu, dia kata stesen minyak dalam 20km++ ke bawah puncak, di Raub Pahang. Denggg!!!

Nekad, kami pergi ke Raub, menyusuri bukit dan jalan berliku-liku tanpa hidupkan enjin langsung. Gigih tak husband aku mendayung kereta. Sejauh itu, kami tekad. Sepatah pun tak bercakap sangat masa ni. Masing-masing muka ketat. Cuaca pon makin senja nan merah gitu. Handphone tetap tak ada coverage. Nak minta tolong siapa-siapa pun tak tahu. Istigfar banyak-banyak je masa ni.

Sampai Raub baru masing-masing boleh senyum dan bersuara. Jumpa stesen minyak BHP terus tarik nafas panjang. Phewwwwwww. Niat nak holiday di Fraser Hill berakhir dengan ke Raub, terus ke Bentong Pahang, semata-mata nak balik ke KKB lalu hiway. Tak mahu lalu jalan yang sama!!! Hi way Bentong akan keluar kat Gombak, kemudian ke KKB balik. Dalam hati, baik aku tido rumah je kat Ampang tak payah sewa hotel bagai. -_-

Dekat Bentong baru berani nak ambil gambar.

Sampai dekat  KKB, singgah makan dekat mamak area sana. Turun kereta je, semua mata memandang. Bayangkan macam satu kedai tu tengok kami. Pelik. “Kenapa semua orang tengok kita?” Husband cakap maybe sebab kita orang luar kot. Pelik. Aku pakai baju t-shirt je bukannya pakai dress makeup bagai. Mungkinkah ada sesuatu yang ikut? grrrrrrr.

Balik ke rumah rehat KKB, kami terus tidur. Husband dah cuak siap suruh bawa keluar yassin letak dekat katil kiri kanan. Selain itu, dia bawa keluar kayu golf dan hadang pintu balcony dengan meja kerusi. Yang yassin tu aku faham lah kenapa. Yang kayu golf dan halangan balcony tu tak berapa faham. Kalau hantu nak masuk kena lalu pintu ke, lalu kita pukul dengan gayu golf? -_-

Alhamdulillah malam itu tak ada apa berlaku pun cuma tidur terjaga-jaga. Serik dah lepas ni memang tak mahu ke Fraser Hill!!!

Esok pagi nya baru tergerak nak Google, ada apa dekat Fraser Hill. Lepas itu terjumpa blogger yang baru pergi sana minggu lepas. Berbeza dengan keadaan yang kami pergi.

Yer, memang kami nampak signboard ini semua tapi dah berlumut-lumut semak samun. Samar-samar je tulisannya. Nak ambil gambar camwhore pun tak berani. Even pondok guard pun macam dah nak roboh penuh rumput menjalar.

Dan selepas pulang Fraser Hills tu terus phone blackberry tak boleh buka. White screen sahaja. Apakah sebenarnya yang berlaku, sampai sekarang tak repair phone tu. Sekarang I just pakai no Celcom. Maxis tidak lagi. Jadi kalau no phone korang dah hilang tu faham-faham lah ye.

Ada sesiapa nak share pengalaman ke Fraser Hill tak?

3 responses so far

Sep 28 2013

Eekin’s surprise Bridal Shower!

Published by under Well-meaning friends.

Assalammualaikum,

Banyak sebenarnya nak update tapi tak terupdate-update dek kerana pelbagai rintangan onak duri. Cheh propa betul. 21 September lepas, berjaya buat surprise bachelorette party untuk sahabat geng Aliens kami, Ee-kin. Nama pun bachelorette, mestilah sebab nak meraikan zaman-zaman akhir hidup membujangnya.

Actually kiterang sebenarnya nak buat 1 night holiday. Tapi macam-macam halangan. Hotel dah penuh lah, lepas tu masing-masing ada kesibukan sendiri. Nak kumpul untuk holiday tu susah sikit. Jadi kami menyampaikan khabar sedih kepada Eekin, Sorry la tak jadi nak sambut bachelorette ko. Nanti kiterang datang rumah ko bawa kek macam korang buat kat aku dulu. Konon-konon ko terperanjat lah ok?

Eekin ni jenis no hal. So bila kiterang cakap cenggitu, dia pon, eh takpe tak kesah pon.

Di waktu yang sama, kiterang buka groups whatsapp sendiri untuk organize simple party. Pilih tarikh 21 September sebab waktu itu semua balik Batu Pahat. Kemudian cari tempat yang privacy, supaya boleh buat decorations yang meriah-meriah. Lokasi dipilih adalah VVIP room Rengit Coffee, Jalan Rahmat. Bilik dia orait lah untuk kami ber 6, sebesar bilik karaoke cenggitu. Lepas itu tertutup dan privacy nak memekak pon tak ada sapa kesah.

Start deco bilik pukul 5.30pm . Tak banyak modal pun buat semua ni. Barang-barang semua recycle apa yang ada. Belon helium itu beli sendiri lepastu pergi dataran BatuPahat minta abang yang jual belon tu tolong pamkan. Satu je belon bachelorette  tu Cikanot import beli dari KL. Dekat BatuPahat mana lah ada kedai-kedai party nak cari bende cenggitu.

Husband masing-masing yang tolong deco. Emmet tolong deal kan dengan tunang Eekin. Kelakar bila sehari sebelumnya, Eekin berkobar-kobar cerita dekat aku kononnya tunang dia ajak pergi dinner. Tak pernah-pernah nak pergi dinner. Gelabah Eekin nak cari costume paling menawan. Kih-kih-kih dinner lah sangat.

Mula-mula gigih email salah sebuah kedai cake terkenal di daerah Batu Pahat. Awalnya email dibalas dengan baik. Lepas itu bagi contoh gambar dan bagitahu mereka kami nak naughty cake, terus mereka reject. Eeee paisehnya aku!!! Dah pening kepala tak tahu nak cari cake dekat mana. Terus teringat kawan Emmet pandai buat cake. So deal dengan dia je senang tak ada lah paiseh sangat.

Dalam bag Victoria Secret adalah thong untuk Eekin wajib pakai pada malam kebersamaan dengan suami nanti. Sebagai tanda persahabatan katanya. Bhuahaha. Card yang ada gambar kami tu, diprinted sendiri. Cikanot print dekat office dia. Kan dah cakap semua kami buat ni cost effective. Barang-barang accesories pari-pari semua dibeli di DIY. Alas meja polkadot itu adalah recycle alas meja guestbook waktu Cikanot kahwin.

Lalu kami surprisekan Eekin bila dia dibawa ke dalam bilik VVIP yang gelap gulita. Boleh nampak muka Eekin yang macam ‘Apa mamat ni nak buat dekat aku dalam bilik gelap-gelap ni?’ Aleh-aleh kami SURPRISEEEEE buka lampu lalu bunyikan letop-letop party tu. Nasib baik boleh bakar mercun kalau tak dengan mercun-mercun aku dah letopkan.

Memang semua sepakat nak pakai baju putih. Biar Eekin yang pakai baju menawan kononnya nak berdinner itu.

Aktiviti kami waktu itu, sambil makan-makan, sambil main kuiz kotak beracun. Dalam kotak ada pelbagai soalan-soalan nakal untuk Eekin. Merah padam Eekin menjawapnya. Boleh tengok muka Pareq yang membacakan soalan dengan gaya ‘Haaa habislah kau Eekin’ Sebab kalau eekin tak dapat jawap atau tak mahu menjawap pertanyaan kami, dia kena pergi ke meja makan orang ramai di luar sana sambil kepak-kepak kan sayap pari-parinya lalu berkaya ‘saya nak kahwin, saya nak kahwin’. Pareq bab membuli-buli cenggini dia suka lah sebab dia yang paling senior kahwin paling awal antara kami. Kiranya turn dia dibuli dah terlepas lah!

Segmen ini untuk kami-kami Aliens sahaja. Yang lelaki lepak warung kat luar, tak boleh join.

Ni la gambar bachelorette present untuk Eekin.Ada 5 pasang, tinggal pilih je nak pakai yang mana satu dulu. Yang ni kami bagi kebebasan untuk bakal suami Eekin membuat pilihan. Ahahakkkss apasal nakal pula entry blog aku kalini?

Gambar banyak sangat. Sebab Cikanot import official photographer dia. Haa bukan main. Jadi kami bercamwhore sakan. Bukan senang tau nak dapat kumpul cenggini. Bagi sesiapa yang tak tahu, Aliens ini adalah geng-geng schoolmates dari Tingkatan 1 sehinggalah sekarang. Eventhough masaing-masing ada kerjaya sendiri, life sendiri, tapi tetap keep in touch dalam whatsapp group macam kepoh kepoh gossip sentiasa sama macam zaman sekolah tak ada beza. Ish ish ish bila korang nak matang macam aku ni? Eh? bhuahahaa

Nak juga tu letak gambar diri sendiri besar-besar.

Overal majlis selesai dalam pukul 10.30pm itupon sebab pekerja kedai tu halau. -_-

One response so far

Sep 26 2013

Carry on BREASTFEEDING with MEDELA FREESTYLE!

Ramai para ibu / bakal ibu sekarang bercita-cita nak menyusukan anak mereka. Yeaa betul, banyak kepentingan susu kita kita orang perempuan ni. Subhanallah terrelnya Tuhan kita cipta susu ibu sehingga cukup segala zat untuk baby yang kita lahirkan. Tak payah nak bazir-bazir beli susu tin Enfagrow dekat RM80 , ish membazir! Dah lah membazir, zat dalam susu itupun tak sempurna macam susu kita. Hebat kan kita? Lelaki tak hebat macam kita. Kihkihkih.

Tapi kadang-kadang ada sesetengah dari kita tak banyak susu. Sebenarnya susu kena stimulate dari awal. Semakin kerap kita perah, semakin banyak susu yang dihasilkan. Biasanya ibu meriah meriah pam susu yang melimpah waktu berpantang. Sampai tertumpah-tumpah gitu. Sebab tak kerap pam dan simpan susu yang melimpah-limpah seawal hari pertama kelahiran baby, bila 2 bulan atau 3 bulan lepas bersalin, supply susu semakin berkurangan. Waktu itu mula lah teringat susu yang melimpah dulu kenapa tak tadah dalam baldi?

Sebenarnya walaupun baby dah breastfeed, susu seterusnya kita pam lah. Lagipun tengah berpantang kan, kau bukan buat apa pon. So kerja kau pam je susu selagi boleh. Ingat hipotesis tadi, semakin banyak kita pam, semakin banyak susu yang kita hasilkan. Susu yang dipam, boleh disimpan untuk bekalan akan datang. Especially bila dah start kerja (untuk ibu bekerjaya) , masa itu dah tak ada masa kerap untuk mengepam. Waktu itulah bekalan susu mula merundum. Jadi boleh gunakan stok susu yang ada sebaiknya. Betul tak?

Saya boleh explain about breastmilk, breastfeeding, and all. Tapi bila tanya pasal breastpump, tak berapa nak mahir. Sebab tak pernah ada experience pun pakai breastpump. -_-

Tapi dunia dah terbalik. My husband jual breastpump Medela. Yes, my husband. Dia ada jual breastpump, tapi breast untuk dia pam je yang tak ada. Dia boleh explain all those functions dekat Medela tu sampai tercengang kejap, eh mana dia belajar benda benda pump ni? Dia tak pernah buat kat aku pon? EH?


Anyway, akhir bulan lepas (nampak sangat entry ni dah pending lama gila) saja teman Emmet pergi expo baby PWTC sebab dia nak survey harga Medela Freestyle. Rupanya dia jual jauh lebih murah daripada harga expo. Oleh itu, I nak promote juga lah Medela Freestyle ini kepada semua readers blog sebab rugi beli dekat luar sana.

Retail Price RM2299. Expo jual RM1799. Mahal betul bendalah nak pam-pam ni. Tapi setelah disurvey-survey, pam Medela adalah yang terbaik, berbanding pam jenis lain. Ada sesetengah pam yang sakit sehingga nak tertanggal payudara kita. Ada yang pakai sekejap dah rasa tak selesa. Yang istimewanya breastpump Medela ini, selain selesa, tak sakit, hasil susu yang banyak, breastpump Medela ini satu-satunya breastpump paling ringan dan mudah digunakan. Boleh pump sambil drive (memang kebanyakkan pengguna Medela suka pump sambil drive) pump sambil mop lantai, cuci pinggan, masak memasak, lipat baju, baca surat khabar ke apa sukati.

Lagi satu, Medela breastpump ini tahan bertahun-tahun lamanya. Boleh recycle untuk anak-anak seterusnya. Bayar sekali mahal, tapi boleh pakai lama. Daripada kita beli barang tak berkualiti dan cepat rosak? Betul tak?

Gigih ambil gambar kotak dia depan belakang. Dalam 1 set include semua ni. Malas nak describe satu-satu, tengok gambar jekla ye. Paling best dapat tote bag dia yang smart sangat. Motor pump dengan battery ada warranty 1 tahun. Kalau rosak boleh bagitahu kiterang balik. Tapi so far memang tak ada masalah lah. Customer Emmet beli setakat ini tak pernah ada complain pon.

Sesiapa yang berminat, boleh contact nombor yang tertera. Kalau segan nak tanya Emmet, boleh tanya kita dekat facebook totinx.com . Boleh bayar 3 kali ansuran, so tak terasa sangat mahalnya kan? first trimester bayar sikit, second trimester bayar lagi, nak nak bersalin tu, habiskan bayaran. Lepastu boleh syok mengepam dengan bahagianya.
Selain itu, dapat pula freegift 10pcs Bumble Bee bottles yang boleh digunakan untuk isi stok susu-susu yang dah dipam tu. Iyelah Medela cuma bagi free 4 bottle je, tak cukup! Kita bagi extra lagi 10 bottles. (selagi stok masih ada lah ye). Kalau nak tahu, bumble bee bottle ini selamat digunakan untuk baby sebab BPA Free. Ingat, beli botol baby pon tak boleh sebarang beli je. Kena pastikan botol baby tiada kandungan BPA (Bisphenol-A), sejenis bahan kimia yang boleh terlepas saat botol bayi dipanaskan / disterilkan. Biasa dekat pasaran berharga dalam RM28, tapi kiterang bagi FREE je!

Happy pumping semua!

ps: Sesiapa ada experience dengan menggunakan Medela breastpump boleh share dekat sini!

3 responses so far

Sep 16 2013

2nd hand items : High heels from Vincci and Nose

Assalammualaikum,

I nak let go barang. Sebab barang ni tak pernah pakai dan rasanya tak tahu nak simpan mana. Sayang juga nak jual tapi roommate aku cakap menyemak je rumah ni dengan kasut yang melambak tapi balik-balik pakai kasut yang sama je.

High heels ni memang tinggi tapi classy. Kalau pakai tu memang nampak sexy menarik dan menawan gitu. Roommate suka I pakai ni tetapi sayangnya I ni ganas dan malas betul nak ber high heel lenggok lenggok. Kesudahannya pakai sekali je lepastu jadi pekasam.

High Heel Vincci Leather Blue

Size: 35

Brand: Vincci Plus (Vincci+)

Condition: 9.5 / 10

Price: RM100 (Harga asal RM239)

Close up sikit.

Tak pernh pakai langsung. Tanda harga pun ada lagi. Tapak kasut pun suci bersih lagi.

-SOLD-

High Heel NOSE red

Size: 35

Brand: NOSE

Condition: 9.5 / 10

Pernah pakai sekali je. Lepastu tak pakai lagi dah. Memang dijamin in excellent condition.

Bersih lagi, confirm tak berbau punya!

Nila antara sebab nak jual. Tak reti nak berjalan lelaju kalau pakai heel cenggini.

Kedua-dua heels ni, condition 100% macam baru lagi. Tak ada cacat cela langsung. Siapa berminat boleh email etotinx[at]gmail.com siapa cepat dia dapat. Ataupun message inbox facebook totinx.com oke?

-SOLD-

One response so far

Next »

| |