Archive for December, 2012

Dec 16 2012

Sarapan pagi

Kalau yang tak tahu dan bangun pagi masih ragu-ragu nak makan mana untuk sarapan pagi di Batu Pahat, mari sini I nak suggestkan semua kedai sarapan pagi paling sedap!

Kedai Makan Nabil!!

Yeay suka-suka je aku letak nama tu. Nabil ini geng Aliens . Punya lah sadis dekat 10 tahun berkawan, baru kali ini pergi breakfast kedai dia. Dah lama tahu dan sedar kedai dia memang terkenal di sekitar Batu Pahat tapi I tak pernah try. Plus tak berapa familiar dengan area pasar.

Kedai Nabil terletak di Jalan Pasar, bersebelah corner lot kedai Sri Cahya. Ok kalau dah Jalan Rahmat tu, akan nampak kedai Sri Cahya lalu belok ke kiri untuk ke pasar, maka Kedai Nabil terletak betul-betul bersebelahannya. Disebabkan kedai itu tak ada signboard dan I tak tahu nak panggil apa, so kita panggil Kedai Makan Nabil!

Makan dekat sini, kalau tak beratur dulu tunggu turn tempat duduk memang tak sah. Seat tak pernah nak kosong.

Tu dia, satay untuk sarapan pagi. Mana nak cari satay pagi-pagi kalau tak di kedai Nabil. Nama pun kedai sarapan pagi, kalau datang terlewat sedikit pukul 1o ke atas, satay dah habis. Kecewa punah ranah.

Sarapan yang disediakan selain satay, cuma ada jual soto. Itu sahaja trademark jualan di kedai Nabil. Satay dan Soto. Ada Mee soto, mee hoon soto, kue tiaw soto, atau lontong soto.  Soto bercicahkan sambal kicap hanya ada di Johor!

Tu dia tokey kedai Nabil sedang berkungfu.

Jadi kalau datang Batu Pahat, jangan lupa singgah bersarapan di Kedai Makan Nabil!

Hai Nabil, I dah promote ni, esok I nak breakfast free.

K bye!

2 responses so far

Dec 14 2012

Tony Moly Review: Tony Tint . Smooth massage peeling cream. Sleek Mist.

Hari ini I nak review 3 barang dari Tony Moly. Ololo comel je nama nya. Tony Moly ini berasal dari Korea. Sama seangkatan dengan Etude House and Skin Food. So kalau pergi Korea, akan nampak lah kedai si Tony ini di merata tempat. Yang bestnye, barang-barang keluaran Tony Moly ini unik dan cuma dipakai oleh perempuan korea sahaja. Jadi kalau terasa diri anda macam Wonder Girls tu boleh lah shopping di Tony Moly.

Tony Tint

Bibir korean yang merah-merah itu tipu sahaje. Ingatkan memang merah cenggitu lah. Rupanya mereka pakai Tony Tint. Adik I pakai ini dekat whole bibir. Terperanjat aku homak kau macam baru sedut darah. Salah salah.

Cara pakai yang betul, just coletkan 3 titis di bibir bawah. Lepas itu kemamkan bibir. Taraa. Baru lah bibir macam merah merah korea gitu.

Boleh follow cara apply tilt yang betul. Kalau rasa nak elakkan bibir kering, pakai pelembab bibir dulu before tilt. Hasilnya, bibir akan kemerahan bajet korea la konon.

Feedback-

GOOD:

  1. Size kecil sekecil duit 50sen. Senang sumbat dalam kocek pon boleh.
  2. It makes my lips look fresher!
  3. Harga murah so tak rugi kalau nak mencuba and berangan berangan korea sekali sekala.

BAD:

  1. Cepat hilang pula kesan kemerahannya.
  2. Sesetengah orang akan menyebabkan bibir kering. So to be safe, better apply lipbalm dulu.

RATING:6.5/10

Tony Moly Appletox Smooth Massage Peeling Cream

Bila sebut peeling cream je semua ingat bendalah ini leceh. Peeling? Noo I’m a busy woman I don’t have time for peeling2 my skins at home ohh noooo. Jangan nak bajet busy sangat lah. Busy macam mana pun kesihatan kulit mesti jaga! Haip!

Ingredients: AHA, green apple extract minerals such as magnesium, iron and vitamins A, E B1, B6 and C

Kebanyakkannya adalah minerals dan vitamins untuk kesihatan kulit.

Cara nak apply:

  1. Cuci muka sampai bersih
  2. Apply Appletox in appropiate amount. Agak-agak la jangan pula pakai segenggam kau nak buat masker wajah ke apa? Avoid lips and mouth areas ye, ini bukan Apple so jangan makan.
  3. Kemudian gently massage lembut-lembut selama 1-2 minit.
  4. Biarkan 30 saat.
  5. Massage sekali lagi sambil cuci-cuci dengan air.

Selesai. Tak sampai 5 minit dah berjaya buat small peeling dekat muka kita. Baru lah kulit nampak lembut, licin, lebih firm and bertambah cerah!

Feedback-

GOOD:

  1. Bila baca ingredients pun dah tahu semuanya bagus untuk kesihatan kulit.
  2. Bau dia memang freshie rasa macam letak epal dekat pipi.

BAD:

  1. Nama pun simple way of peeling. Kesan dia tak boleh lah nak harapkan peeling macam buat dekat skin clinic tu ye.

RATING: 7/10

Pocket Bunny Sleek Mist

Comel nya Sleek Mist ni. Berbentuk bunny, bersize kecil. Mudah dibawa dalam handbag dan angkut lah kemana-mana. Bila rasa muka lebih dan berpukan kesegaran, kita semprot! I baru pakai seminggu, memang sangat berkesan. Bawa time kerja masuk dalam white coat, bila rasa letih boleh spray, segar sikit rasa. Kocek white coat dah macam doraemon semua benda nak masukkan.

Jalan-jalan kena bawa pocket bunny dalam handbag. Agak-agak letih kita semprot! Orang sebelah pun ikut buat gaya semprot bunny di muka.

Cara nak apply:

  1. Spray dalam jaram 20-30cm dari muka kita.
  2. Eh-eh make sure tutup mata dan mulut ye. Jangan ternganga pula mulut tu.
  3. Biarkan spray meresap ke kulit dan anda akan merasa kesegarannya!

Feedback-

GOOD:

  1. Obviously, packing dia sangat cute!
  2. Fresh fresh fresh, yea kalau rasa mengantuk muka letih, sembur ini terus segar bugar.

BAD:

  1. Tak berapa pasti apa kandungan dia. I kalau guna apa-apa berkaitan kosmetik ni suka tengok bahan-bahan kimia and effect samping later on. Mana lah tahu tak elok untuk kulit. So tak berani nak komen bab itu. Tapi so far seminggu ini I pakai bunny tak ada masalah. 🙂

RATING: 7/10

Eh, semua barang-barang ini nak beli dekat mana? Takkan nak kena fly to Korea pula semata-mata nak cari kedai Tony Moly? Kalau tempat korang tak ada kedai ini, ataupun leceh lah nak keluar shopping tak ada mood. Hujung jari pun boleh.

Just Klik MIMO MOMI

Selain 3 barang di atas, ada juga jual pelbagai barang Tony Moly. Sebarang pertanyaan boleh tanya seller dia yang friendly abis tak sempat tanya pun dia dah explain sendiri product dia.

Happy shopping and selamat mencuba!

ps; Kalau ada rasa nak review barang, boleh leave a message dekat Facebook Totinx.com . Toceyy!

One response so far

Dec 10 2012

Hapuskan jerawat!

Dah lama tak bagitahu korang rahsia-rahsia ubat kecantikan. Kalau sebelum ini, I suggest korang beli Retin A untuk ubat jerawat. Tapi sekarang ramai mengeluh sebab I dah tak jual product, so nak dapatkan Retin A di Malaysia sangatlah susah. Jadi apa ubat jerawat yang sesuai di Malaysia? Apakah? Apakah?

Jeng. Jeng. Jeng

Dalacin T (Topical) adalah ubat jerawat berkesan dan selamat digunakan. Tested and recommended. Ini ubat ye, bukan skincare. Jadi bila namanya ubat, pakai bila perlu sahaja. Generic name daripada Clindamycin phospahe. So it’s a antibiotic medicine. Bagi sesiapa yang ada allergic antibiotic esp Clindamycin please take note! Untuk yang pregnant dan menyusukan anak juga TIDAK digalakkan.

Bila jerawat keluar, cuci muka bersih-bersih dan kita dap kan Dalacin ke area jerawat.

Side effect:

  1. Allergic reaction. Jadi kalau tiba-tiba muka merah merah, bengkak, gatal gatal, bukan salah Dalacin. Dia antibiotic, confirm dia tidak salah. Yang salah kulit anda kerana ada allergic to antibiotic. Jadi hentikan penggunaan!
  2. Dry Skin. Kulit jadi kering dan menggelupas. Sebab itu jangan pakai Dalacin jika kulit tak ada jerawat. (Kau dah kenapa?) Bila jerawat dah hilang, hentikan penggunaan.

Tak payah takut nak guna Dalacin, keberkesanannya memang tak pernah diragukan.

So far, Dalacin T is the best acne medication, berdasarkan survey.

Dekat BP, harga  terbaru dalam lingkungan rm50++.

Boleh didapatkan di mana-mana farmasi berdekatan!

I pernah bagi ubat ini dekat my future bro in law, sampai sekarang dia order je ubat jerawat ini. Which means berkesan lah kan? Yeay!

Siapa memang pengguna DalacinT ?

Jom share!

One response so far

Dec 08 2012

Surat dari peminat.

Published by under I'm just rambling.

Bhuahaha meluat aku baca topic.

Eh terharunya. Terharunya. Blushing dah saya ni. Tak sangka tips yang dah berkurun lamanya ada yang betul-betul follow dan memberi kesan. Perasaan yang sama bila I nasihatkan patient and patient ikut nasihat kita. Kesannya patient sembuh sihat walafiat sekaligus dapat menjana masyarakat yang produktif. Cheh apa aku dah merapek ni?

Okey, bagi sesiapa yang nak minta tips, pendapat, masalah-masalah kesihatan boleh tanya direct dekat sini. Kalau segan boleh pm dekat inbox Totinx.com. Kalau segan juga mana lah tahu kot-kot Mark Zuckerberg founder Facebook boleh baca, email direct dekat etotinx[at]gmail.

I bukannya hebat mana pon. Pengalaman tentang dunia pekerjaan dan kesihatan masih ciput lagi tapi tak salah kalau kita sama-sama share masalah kita. Mana tahu dapat membantu?

Kalau ada waktu saya reply.

Thanks for reading!

No responses yet

Dec 06 2012

Dip N Dip untuk hantu chocolate

I rasa nak makan chocolate la harini. Ada kedai choc sedap dekat Bangsar.

Kedai apa? Jom?

Entah. DipDap kot nama dia

Suka hati ubah nama kedai. Pusing bangsar 10 kali pon tak jumpa. Google baru tahu silap. Dip N dip rupanya. Dipdap dah macam dangdut DagDigDug pula. Sebenarnya kedai ni dah lama. Lantak lah korang nak cakap I ni so last year thingy ke apa. Yang pasti, ada yang tak pernah lagi makan sini kan kan kan? Jangan nak tipu.

Sebenarnya masa datang sini, baru je lepas makan lunch dekat Chawan. Perut kenyang tapi nak chocolate juga!

So yeah, rugi siapa yang belum pernah try.

Dip N Dip
Jalan Telawi 3, Bangsar, KL

Location dia senang sahaja. Betul-betul depan Alliance Bank. Bertentangan juga dengan House Of Dolls boutique Actress Fazura itu. Jadi mula-mula kita pergi bank, keluarkan duit, kemudian shopping di House of Dolls, badan penat perut lapar, kita isi perut di Dip N Dip. Ceh.

Credit: Eatdrinkkl

Lempeng disalut 3 jenis coklat. Cair menjejeh-jejeh. Yang ni favourite. Sedap gila! *Most recommended*

Credit: Eatdrinkkl

Strawbery pancake sambil dijirus chocolate cair. Perhhhhhhhhhhhhhhhhh

Credit: Eatdrinkkl

Haip. Kesat sikit air liur tu!

Boleh terkena sawan kancing gigi bila tengok gambar ini lama-lama.

Credit : Eatdrinkkl

Harga range dalam rm15 – rm30. A bit pricy untuk makan choc yang kenyang cuma 30minit je (bagi perut i) lepas tu I request nak makan benda lain pula. Tapi untuk penggila chocolate I rasa tak salah. Nasib baik I tak duduk KL kalau tak menangis laki aku. Boleh berdansa duit dia dalam wallet.

Environment dekat sini sangat cozy, menambahkan lagi nafsu makan. Nak dating-dating flirting flirting pun sesuai, ewah.

Macam dua monyet disini, tempat camwhore sebelum makanan sampai pon sesuai.

Orang buta makan lempeng chocolate.

Okey fine. I lapar. I torturing myself sekarang ini. Bongok. Mana nak cari crepe chocolate menjejeh jejeh begini dekat Batu Pahat? Jilat jari jerlah.

Sedap.

No responses yet

Next »

| |