Archive for November, 2011

Nov 08 2011

Percutian kontot.

Percutian kontot sungguh bermakna. Raya-raya I tak cuti tau. I kerja half day. Selepas pukul 1 petang, terus jalan-jalan ke Melaka. Frustated sebab tak dapat full day cuti raya, jadi I pergi berholiday kontot.

Sebenarnya I excited nak pergi Menara Taming Sari. Okeh jangan gelak. Jangan gelak. Oyy jangan gelak lah.

Sebenarnya family semua dah pernah naik ini. Bila ajak mereka naik lagi, mereka buat muka malas nak layan. Sampai hati. Terpaksa pergi sendiri. Memang Menara Taming Sari ini dah lama dibuka, dah berzaman dah pun. Masa pergi sini tak ada orang pun yang naik. Tak payah beratur panjang-panjang.

Lihatlah. kosong sahaja. Siap boleh berposing-posing dalam ini. Tak perlu berhimpit-himpit. Kalau nak main lari-lari tawaf dalam ini pun boleh.

Okeh-okeh, dia dah start buat perangai dah.

Bye-bye nok. Mak nak pulang ke kampung.

Errr rasanya orang kampung mati terkujat kalau aku balik kampung dress up cenggini.

Bersilat.

I sedang beraksi kengkonon tengah tolak keretapi itu tau. Bukan sedang membuat senaman push up disitu.

Di malam hari, jalan-jalan bersiar di Jonker Walk. Oh lama gila tak datang sini. Kali terakhir ke Jonker Walk bersama wartawan OhBulan beberapa tahun lepas. Eceh sengaja nak mention dekat sini baru highlight sikit biar dia ingat. Poyo kau eh mentang-mentang dah glamour, dah tak nak jalan jalan Jonker Walk dengan aku lagi.

Kulit yang berkilat menandakan sudah penat. Sampai penghujung Jonker Walk, ingat nak cari beca untuk berpatah balik ke tempat parking kereta. Tetapi malangnya tiada beca disitu. Kecewa. Terpaksa berjalan kaki jauh gila kena patah balik. Arghh tekanan betul lah malam-malam exercise pula.

Pukul 11malam baru pulang ke BP. Sampai rumah dalam pukul 1.30pagi. Pukul 530am sudah bangun, siap-siap nak pergi kerja. Haha memang penat. Memang kerja gila tapi tak apa. Sekali sekala kena jadi gila. Kasihan orang gila tak ada siapa nak jadi macam dia.

Saja je nak dress up cenggini, kan nak bercuti konon-kononnya tapi bf cakap, “Ni apahal tiba-tiba nak pakai lawa-lawa ni?” Huh, tak membina betul. Cubalah puji sikit! -_-

Nanti kang kalau aku kahwin dengan kau, aku pakai tshirt dengan seluar jeans je masa bersanding. Padan muka kau.

38 responses so far

Nov 07 2011

My current addiction

I bukan penggemar seaweed. Sebab I rasa seolah-olah makan kertas yang tak ada khasiatnya. Tetapi seaweed Super Crisp telah mengubah segalanya. Ecelamak ayat iklan sungguh. Daripada tak makan seaweed kepada ketagihan seaweed. Ke mana-mana mencari seaweed jenis ini. Cuma boleh didapatkan di kedai Watson. (kot?) Supermarket lain tak pernah nampak pula.

Ada dua perisa. Hot chilli and Kim chi. Tapi I prefer Kimchi. Manis manis sedap dan menyelerakan. Untuk yang tak tahu, seaweed merupakan makanan korea. Mengada-ngada masa pergi korea tak berminat pun nak makan seaweed. Kengkonon tekak asli Malaysia, cuma terima belacan cencaluk sahaja. Petuih.

Biasanya kalau beli seaweed ini dekat shopping mall, belum sampai rumah dah abis. Sepanjang shopping akan makan sambil berjalan. Ish tak ada adab.

Menurut penelitian, seaweed (rumpai laut) merupakan bahan makanan yang berkhasiat tinggi untuk mencegah cancer, antioxidant, dan dapat mencepat penyakit jantung.

Eceh. Sengaja letak sumber-sumber kesihatan sedikit barulah nampak macam blog doctor sikit-sikit.

Err, tapi dalam seaweed super Crisp ini sudah dicampur adukkan dengan pelbagai bahan perisa so no comment lah. Khasiat tetap ada sikit-sikit tapi ciput jeklah.

8 responses so far

« Prev

| |