Archive for August, 2011

Aug 16 2011

Sweet food for sweet people.

Makanan perosak gigi memang favourite I. Cupcakes, candy, mashmellow oh yang comel-comel semua I suka. Lately ini I teruja dengan makanan perosak gigi warna warni. Teruja sampai nak makan pon sayang.

Macarons memang menggoda. Disebabkan duduk Johor, tak ada jual bendalah ini, I belikan kawan I. Susah payah ni belikan dia macarons jauh-jauh. Sampai BP, macarons dah hancur-hancur tapi tetap sungguh-sungguh nak bagi dia rasa. Rasa lah wei, rasa lah. Comel macarons ni warna warni ni!

“Manis sangat! Aku ni lidah jawa la, aku rasa makan belacan lagi sedap. “

Okeh komen yang tidak membina. Fine. Lain kali aku pergi KL, aku belikan kau belacan. -_-

Hati berbunga-bunga bila dapat macarons secara surprise tiba-tiba depan mata. Eh kenapa sweet sangat ni bagi makanan sweet sweet pula dekat orang sweet macam saya ni? *Muntah*

This box is full of loveeeeeeeeee.

Okey jiwang. Ambil baldi, boleh muntah jauh-jauh.

Next is sticky sticky handmade candy. First time nampak kedai ni dah teruja nak beli. Merengek-rengek dengan Ihsan suruh dia belikan. Baru lah nampak macam sweet sedikit. Err actually not. Sebab I yang minta dia belikan, tak sweet mana dah jadinya. -_-

Dari tadi meratapi candy ini. Nak makan, tapi sayang. Adik-adik I dah usha belakang pintu, bila la akak aku ni nak buka balang sticky ni. Kih kih kih.

Kalau gigi korang rongak, jangan salahkan blog ini.

11 responses so far

Aug 14 2011

Breaking the fast.

Adat resam bulan puasa adalah berbuka puasa beramai-ramai. Adat resam itu penting untuk diteruskan turun temurun.  Bila dah bertemu rakan-rakan, buka puasa dimulakan dengan gossip terhangat masa kini. Sebenarnya, itu lebih penting daripada makanan yang terhidang di atas meja. Seolah-olah gossip lebih mengenyangkan perut. Begitulah perempuan, ish ish ish.

Bumbu Desa, The Curve,

11 August


I’m so miss Indonesian foods.

The sisters. 🙂

Madam Kwan’s , Pavilion,

12 August


Amani and Ash

Menunggu masa je nak kerjakan ayam itu.

Ida yang kena buli sebab bf dia datang lambat,

“Orang lain semua nak partner, I bergambar dengan kerusi kosong sahaja. FINE.”

Amboi-amboi Bf datang je terus main suap-suap kan?

Marche, The Curve *again*,

13 August

With the Dubliners. *except me, JOGJARIAN!! *

Congratulations, Ihsan. You’re pregnant! ;p

*run and hide*

Ihsan’s twin brother, Iqbal. With my junior in school, Ili.

Do you remember AF3?

Gendang gendut, tali kecapi

Kenyang perut, senang hati.

7 responses so far

Aug 08 2011

Totinx.com giveaway, the winner!

Published by under Best Wishes!

Eceh tiba-tiba dah letak banner puji diri sendiri.

Teka blog siapa pemenang utama giveaway? Okey tak saspen sebab dah ada link blog dekat banner gambar di atas. Kenapa dia boleh menang? adalah kerana dia melambung-lambung blog ini sampai I tersipu-sipu malu. Eleh tahu lah dia tak ikhlas sebab sajaa nak pancing wa la tu. -_-

Anyway tahniah. Untuk matacoklat, boleh message my fb inbox your full address untuk dapatkan hadiah hari raya anda!

Untuk 2 pemenang seterusnya, I akan terus direct terjah blog dan inform personally. Not now, satu-satu. Busy gila ni sorry. T_T

4 responses so far

Aug 01 2011

Kueh Cornflakes buatan tangan teacher Asyikin.

Saya suka kueh cornflakes teacher Asyikin sebab cornflakes dia letak madu banyak gila. Hah tengok tu sampai tergolek-golek kueh cornflakes dia. Menurut kajian, gula madu tidak mendatangkan penyakit diabetes kerana gula madu adalah gula yang sihat. Jadi saya menghalalkan pemakanan kueh cornflakes teacher Asyikin.

Kalau dulu, setiap kali hari raya mesti wajib datang beraya ke rumah Eekin. Just for cornflakes madu dia. Just for cornflakes madu! Tak cukup makan di rumah Ee-kin, siap curi-curi masuk dalam kocek. Kekeke. Tapi sekarang tak perlu lagi ke rumah Ee-kin. Boleh datang rumah saya untuk dapatkan cornflakes madu paling sedap sebab awal-awal  dah borong kueh dia banyak-banyak.

Dan juga boleh didapatkan secara langsung ke rumah masing-masing dengan harga.. Jeng jeng jeng.

50biji = rm15

100biji = rm28

(Tak termasuk wang pos)

Tempah sekarang juga!

Selagi Ee-kin menerima tempahan. Nanti bila dia dah tutup tempahan, korang jangan ngada-ngada ketuk pintu rumah saya semata-mata nak makan kueh cornflakes extra madu ini. Haip!

Inbox facebook: Asyikin Zainal

to order!

11 responses so far

« Prev

| |