Archive for July, 2011

Jul 13 2011

Air dicincang tak akan putus.

Published by under Well-meaning friends.

Korang ada penpals tak? Sahabat pena orang melayu kata. Dedulu zaman sekolah-sekolah, I ada penpals sejati. Sejak dari darjah 5 uolss. Jangan main-main. Kami memang aktif berutus surat, tukar-tukar soalan exam sekolah, kongsi-kongsi gambar masing-masing, gambar keluarga, cerita hobi dan cita-cita.-_- Ala, budak-budak. Darjah 5 kau bayangkan!

Dan kami pun aktive berMIRC. Chit-chat bersama. Kiterang aktive dekat server Undernet, Dalnet, errr lepastu masuk channel #13thn. Padahal masa itu baru 11tahun.. Kami tak pernah berjumpa, dia tinggal di Terengganu. Penah juga contact on the phone sekali dua masatu, tapi haram jadah tak faham dia cakap apa.  Dia dengan loghat dia, I dengan loghat selatan.

Setelah 6 tahun berkawan,baru kami berjumpa. Masa itu dia melanjutkan pelajaran ke SAL college, JB. Kami berumur 17tahun. Cute lagi masatu. Masa sekarang pun kami cute juga. Bila dah meningkat remaja, cerita hobi dan cita-cita bertukar kepada cerita “hey siapa bf you sekarang?”

Time flies, jauh dimata tetap dekat di hati. Walaupun I consider persahabatan kita kadang-kadang tough juga dengan pelbagai anasir luar yang cuba memporak perandakan kami.  Eceh, tapi kami tetap “Air dicincang tak akan putus.”

Belajar tulis blog dari Nieja. Belajar dunia blogspot dari Nieja. Semuanya dari Nieja.

Thank you, sudi memeriahkan majlis tunang abang. Sanggup datang dari Setiu ke Dungun.

Baju kebaya pink yang Nieja pakai itu I yang bagi, dan dia pakai dengan cantik sekali! 🙂

Thanks Chox, sudi melayan kerenah I yang mengada-ngada minta karaoke dekat Dungun. Mana lah nak cari tempat karaoke dekat Dungun kan? Last-last end up dengan singing out loud dalam kereta Chox. Layann…

Kali ini perbualan lebih upgrade kepada, OMG you dah nak kahwin this coming November? Rasanya dulu I paling banyak boyfriend, tak sangka you kahwin dulu.

Hipotesisnya adalah, semakin banyak boyfriend, semakin lambat kahwin.-_-

Nieja, thanks for the nice friendship. You are  the greatest, friendliest, smartest, best people I have met.

Sayang awak!

30 responses so far

Jul 11 2011

Majelis Tunang.

Published by under Where the heart is.

Dari Johor kami datang,

Membawa seribu satu tujuan.

7 dulang kami hidang,

Selamat bertunang kami ucapkan.

Setelah merisik. Mari kita langkah setapak dengan menunang. Acara dilakukan penuh adat. Adat resam The Jamain lah. Pagi-pagi sebelum bertunang, ramai-ramai pergi berkelah di tepi pantai padahal tak sedar ada 2 dulang hantaran tak siap gubah lagi.

Jangan sangka semua anak dara. Hehek. Yang kanan sekali excited nak bawa sirih junjung. Lepas itu gelabah sebab baru tahu sirih junjung kena jalan dulu depan sekali sambil beri salam, Assalammualaikum, kami datang nak meminang. -_-

Kiterang memang sengaja pilih gubahan hantaran yang simple-simple. Itu pun dah cukup terseksa nak bawa dari Johor – Terengganu

All the gubahan mama yang order. I don’t know from where, hal orang tua saya tak reti nak masuk campur. Thanks to Nieja for Chocolate strawberry cake yang nyummeh.

Cik Don adalah juruhebah majlis bagi pihak kami.

Mama tak tahu nak masuk cincin dekat jari yang mana satu. It’s okay lah mama, asalkan tak masuk dekat ibu jari sudah.

Makan adalah tujuan nombor dua selain datang meminang.

Nieja, you punya nasi tu tak abis lagi, dah menjeling-jeling nasi I! Haip!

The big boss of Jamain’s family!

Rombongan kami nak pulang. Tahun depan kami datang buat onar lagi.

Kite kalau tunang, kita tak nak my future datang menyebuk sekali. Tak boleh tak boleh. Sebab nanti mesti orang akan, Hey mana satu Encik Tunang? Eee, tak secret lah cenggitu.

Alhamdulillah, everything done well and smoothly with blessings. I sudah jetlag habis ni for almost 10 hours journey. The next Jamain’s in law memang nak cari yang sebelah rumah je senang.

17 responses so far

Jul 06 2011

What is the best shampoo for your hair?

Published by under How to look beauty?

Dulu memang I sangat menitikberatkan penjagaan rambut. Iya lah masa dekat Indonesia sikit-sikit nak pergi saloon. Sekarang bila dah kerja dekat Malaysia, saloon dekat mana pun I tak tahu. -_-

I don’t give a damn. Tak payah pergi saloon lagi. Sebab I ada shampoo rambut yang mudah dan murah. Tarakucha, tarakucha cha.

Have you ever seen this?

Tipu lah tak pernah. Sebenarnya pernah nampak tapi kau buat-buat tak nampak sebab tulisan jepun tu membuatkan kau takut rambut kau jadi ju-on. You should try this weh. Like seriously, lepas pakai shampoo ini, rambut penyapu automatic akan menjadi selembut sutera. Ecewah.

Boleh beli dekat Kedai Watson berhampiran. Harga pun murah. Jangan bajet dia tulis Rich dekat situ bermaksud untuk orang kaya je yang mampu beli. Memandai je kau orang ni.

Shampoo lah rambut 2 hari sekali. Mudah bukan? Tonyeh je dekat kepala. Tak payah susah susah ke saloon. Use both, yes both. Shampoo and conditioner. Baru lengkap. Kalau pakai shampoo sahaja ibarat kau pakai baju tapi lupa nak pakai seluar. Ha cenggitulah.

Ini juga satu keperluan. Untuk mendapatkan hasil yang lebih mengancam, rajin-rajin lah buat hair treatment dekat saloon.  Cheh tadi cakap tak payah pergi saloon, ni tiba-tiba kena pergi saloon pulak. Grr suka hati. Nak buat dekat rumah pun boleh. Anggap lah rumah anda adalah saloon anda!

Kalau dulu memang I buat routine 2 kali sebulan. Tapi sekarang jadi sebulan sekali, itu pun jarang.

Blame my worklife -_-

Selebihnya boleh guna tips rambut mayang mengurai yang pernah I tulis dulu.

Chau Cin Cauuuu.

<~<~<~<~

I had an awesome weekend last week. Later lah I cerita.

Btw, thanks for everything, mama and Ihsan I love both of you! 🙂

9 responses so far

Jul 02 2011

Random update.

Hello semua. Yeah, I am aware that I haven’t updated for a long time but I’ve been a busy woman haven’t I? To be honest, I really have nothing to update about.

The past few days have been extremely busy, also pretty shitty (no connection to each other). Dah lah 5 EOD call, meaning 5 times oncall berturut-turut. I seriously pengsan wooo.

Baru balik kerja, tukar baju, tak mandi badan hanyir bau darah, terus keluar melepaks!

Tadi menjerit kuat kuat with the bestie. Aku memang suka terlebih excited kalau bestie aku gembira. The good news is, my voice dah boleh mencecah high pitch when I screaming gila gila punya. The bad news is, suara aku dah macam dinasour pulak sekarang. -_-

My date partner 🙂

Yun, I’m happy for you. Cepat cepat kahwin. *tak pasal-pasal*

Actually I got a lot of photos accumulated for today lah, tapi setelah dibelek punya belek, muka aku macam tempoyak. Errr. Better not to post.

.

.

Ohya, Today, Tomok is officially milik Ayu. Congrats to both of them. Sayu nya tak dapat datang.

Credits to Rody Kristal.

Khas untuk Tomok, boleh nyanyikan lagu ni sebelum tidur ..

Ayu sleeping Ayu sleeping

Ehehehe Ok lah Totin semakin membiul nampaknya

Better I stop now.

Tadaaaaa.

ps: some people do extra nice to me. Thank you very much. You know who you are. 🙂

6 responses so far

« Prev

| |