Archive for June, 2011

Jun 05 2011

Anti Rody Kristal? Blughhhh. Hey adik-adik!

Published by under Celebrity Oops!

Cuba bayangkan kalau engkau orang rasa nak terkencing, sudah sampai ke kemuncaknya, cari punya lah cari tandas, akhirnya ketemu jua. Tinggal selangkah menuju ke gerbang melepaskan hajat, tiba tiba.. Jeng jeng jeng..

Langkah anda terhenti dengan halangan dan makian dari wakil penganjur,

“woi kau tak boleh masuk tandas ini, ini tandas untuk Mariah Carey.”

Dengan secara automatic, mesti lah korang akan rasa, WTF?

Begitulah yang dirasakan oleh Rody dari kumpulan Kristal. Chellamak ada macam rancangan berita terkini tak? Seminggu ini heboh kes Rody, Mila Jirin, Ika Nabella, Azwan Ali, dan beberapa lagi artis Malaysia dikecam hebat oleh peminat-peminat kumpulan pop dari korea, Suju.

Sebenarnya Rody terlalu marahkan penganjur sehingga menulis Puk********* di laman twitter. Apa lagi, peminat Suju mengamuk lah bajet Rody marahkan kumpulan kegemaran mereka. First thing is, puk********* ko tak nampak ke ***** banyak benar bintang bintang. It doesn’t mean dia cakap Puk*m*k lah. It can be anything! Itu macam satu ekspresi kemarahan. I dah kawan dengan dia for 4 years, and seriously he NEVER mencarut I tell you. Kau tengok je dia rock kapak tapi dia skema -_-

Well, if you want to talk about budi bahasa. Where are your budi bahasa memaki artis Malaysia di depan tandas, hanya kerana mereka hendak menggunakan tandas? Whereeeee, tell me whereeeeeeeee??  And to Suju Fans, where are your budi bahasa too mengutuk-ngutuk our own artist?

WHERE, TELL ME WHERE?

Simple, We are humans, our live’s have value.

Chellamak Totin emo siak.

For me, untuk organizer event besar seperti Hari Belia cenggitu tak perlu ada masalah cenggini. Masalah tak cukup toilet is so whatever. Tak perlu lah nak bezakan artis Malaysia ke artis Korea ke? Apa salahnya kemudahan itu dikongsi bersama? Mereka sama-sama artis, sama-sama keliks gitu. We are in our own country, why we have to respect them? Bukan kah they supposedly respect us?

I give you an example, bila kau orang pergi oversea, kau akan cakap “Hey, respect sikit kita dekat negara orang ni!”.. or the other way around?? “Hey respect diorang tu dekat negara kita ni?” Kih kih kih funneh.

Fine. I am not an artist. But fikir logik lah? Itu Konsert Belia, bukan Konsert Suju.

From http://www.meow.my

And this page is soooooooooooooooo WHATEVER!

Jangan jadi budak-budak sangat boleh tak?

Eh memang budak-budak pun.

Well, tak apalah Rody, at least kau ada ability sendiri. Ada bakat sendiri. Kau tak perlu joget joget atas stage untuk tarik perhatian orang. Kau headbanging je orang dah menjerit. Apalagi bila kau goreng gitar kan? Orang cakap kau artis anjing ke rimau ke mentadak mentadu ke, at least kau artis, dia?? (Spots to those yang mengutuk Rody). Kih kih kih.

Rody and Kristal on stage, Pesta Sungai Melaka, 4th June 2011.

Buktinya, you have thousands of fans! Chillex lah.

Ignore your haters. Eventually they will get bored and go away!

28 responses so far

Jun 04 2011

Catch me on TV!

Published by under Celebrity Oops!

Haa, gagap kau nak jawap. Itu lah siapa suruh kawan dengan aku. Kan dan kena jawap soalan wartawan. Eh eh? ni siapa artis sebenarnya ni?

Nasib baik gambar gambar yang keluar semua yang control cun. *muntah* Tak ada lah muka yang senget-senget sebelah.

Nak kena dia ni. Haip!

See the words, “Usik-usik je” So yeah, sama macam apa Rody cakap, kami hanya berkawan rapat. *chellamak ayat macam artis siot* Eh eh tapi betul lah. Ini semua propa je.

p.s; Siapa tak dapat tengok Galaksi tv9 malam tadi, boleh tonton dekat http://www.tonton.com.my

6 responses so far

Jun 03 2011

What’s up with teenagers nowadays?

Published by under I'm just rambling.

Heboh dekat twitter kisah adik Juliana Evans konon-kononnya membuat pengakuan tidak virgin lagi. Eh suka suka je aku cakap adik Juliana Evans. Tak tak. Auta je tu. Nama dia Adinda Evans, mungkin adik tiri dia kot. -_-

Sebenarnya nak cakap, korang ni tak baik tau. Berfikiran negatif kepadanya. Kan adik itu dah cakap, dia ada maruah diri. Memang dia pernah main, tapi budak-budak kan memang suka main. Main menan ke, main mak-mak ke, main masak-masak ke, main kompang-kompang ke. Ele, kau orang pun suka main juga kan masa kecik-kecik dulu?

Kalau dia berani buat pengakuan, I pun nak buat pengakuan juga lah.

I suka main mekap-mekap!

Ok bye.

ps; Amboi budak-budak zaman sekarang, bila ada boyfriend terus cakap, “I sayang you ohh. I hope you akn jd milik I suatu ketika nanti okay, bie?” Ololo comelnya ayat. Padahal PMR pon tak lepas lagi. Hoi, aku yang dah kerja ni pun tak ada bf lagi. Haip haip ketepi kau budak-budak.

9 responses so far

Jun 01 2011

Rahsia mata memikat.

Published by under How to look beauty?

Dari mata turun ke hati

Dari hati terungkap sanubari.

Ececeh. Belum apa-apa dah pandai bermadah helah. Tapi betul lah, kita tak tengok kening, hidung, telinga, tapi kita tengok mata bila kita berinteraksi. Jadi penting untuk kita touch up sikit mata kita. Tak perlu make up tebal-tebal, cukup pakai eyeliner dan celak bawah mata. Eh I bukan nak cakap pasal celak dekat kening tu, tapi celak bawah mata.

Celak bawah mata adalah benda penting untuk menonjolkan mata kita yang sepet. Atau mata tak sepet pun bila kita memakai celak, mata menjadi WOW!. Eh apa ayat aku ni merapek rapek je.

Sebenarnya I nak bagitahu satu rahsia bercelak. Celak bawah mata sebaiknya kita pakai yang jenis crayon / pencil yang memberi kesan paling hitam. Kalau warna kelabu kelabu asap cenggitu, mata nanti tidak menonjol. Tak cantik-tak cantik.

Kau orang mesti pernah dapat ini setiap kali ada makcik-makcik balik umrah/haji. Pernah cuba tak pakai celak ini? Ini antara celak palinggggg hitam yang pernah I jumpa. MAC punya hitam pun tak macam celak ini. Kalau beli, harga dia hanya rm4 sahaja kalau nak compare dengan MAC, rm60. Boleh fikir balik, kita nak celak mahal atau hasil yang lumayan?

Dan boleh pakai lama bertahun tak abis-abis.

I tahu pakai celak ini selepas rakan artis yang suggestkan. Sebelum ini pakai MAC sampai botak kepala nak beli MAC sentiasa. Jadi percayalah artis artis pun pakai celak empat ringgit setengah, harganya.

19 responses so far

« Prev

| |